Tips Lulus Temuduga Kerajaan

Anda dipanggil untuk menghadiri temuduga kerajaan. Jika Ya pasti anda sedang mencari rahsia ataupun tips bagaimana untuk lulus temuduga tersebut. Hati Putera terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak tip dan panduan lulus interview yang dikelolakan oleh pihak SPA.

temuduga kerajaan
temuduga kerajaan

Bekerja di sektor perkhidmatan awam ataupun kerajaan menjadi idaman buat semua orang dewasa ini. Pada masa dahulu sambutan pekerjaan di sektor awam kurang diminati oleh kebanyakan orang kerana faktor gaji yang sedikit dan juga terlalu sedikit kelebihan yang diberikan oleh kerajaan. Tetapi tidak pada masa sekarang. Tidak kira baik lepasan universiti ataupun yang sudah bekerja bertahun-tahun di sektor swasta pasti memasang niat untuk bekerja di sektor kerajaan.

Sebagai contoh pada masa sekarang terdapat lebih kurang tiga puluh ribu orang yang layak menghadiri temuduga kerajaan bagi jawatan Penguasa Kastam W41. Angka tersebut bukanlah jumlah yang sedikit. Pertambahan bilangan yang ingin memasuki sektor awam ini semakin bertambah dari setahun ke setahun kerana beberapa faktor:

  • Elaun perumahan
    Ya, Penjawat awam dapat elaun perumahan pada setiap bulan.
  • Cost of living allowance (COLA)
    Elaun COLA ini akan dibayar berdasarkan di bandar mana seseorang itu bekerja. Kalau nak elaun COLA tinggi maka bekerjalah di bandar-bandar besar.
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
    Elaun khas ini disediakan kerajaan sebagai satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat untuk negara.
  • Mendapat Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan mendapatkan pinjaman komputer,perumahan dan kenderaan.
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pilhan Caruman KWSP ataupun skim pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Itulah antara beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan bilangan yang ingin memasuki pentadbiran awam. Persaingan pada masa sekarang sangatlah sengit. Beberapa tapisan perlu dilakukan oleh pihak SPA supaya calon yang memasuki pentadbiran awam nanti betul-betul mempunyai kelayakan dan juga kreadibiliti.

Tips lulus temuduga kerajaan sebelum proses temuduga bermula

Lengkapi diri anda dengan ilmu dan pengetahuan tentang jawatan yang dipohon. Buat kajian ataupun case study peranan yang dilakukan dalam jawatan tersebut.

Sediakan selengkapnya dokumen berkaitan dengan diri anda seperti RESUME, salinan sijil dan surat sokongan. Dapatkan surat sokongan daripada majikan yang lama sekiranya anda pernah bekerja di tempat lain sebelum ini. Segala sijil dan surat sokongan mestilah diletakkan dalam satu folder ataupun fail dalam keadaan tersusun. Ini akan memudahkan anda mengeluarkannya nanti semasa proses temuduga apabila diminta oleh panel penemuduga.

Buat kajian ataupun research tentang pentadbiran negara. Saya beranggapan soalan-soalan yang berkaitan dengan pentadbiran negara akan ditanya dalam seisi temuduga. Contohnya siapakah Menteri Kesihatan Malaysia sekarang. Kalau anda tak bersedia tentu terkedu dibuatnya nanti.

Tips lulus temuduga kerajaan yang paling penting sebelum proses temuduga bermula ialah lokasi tempat temuduga. Perkara ini bukan harus tetapi wajib anda ketahui dan perlu berada di sana dalam masa yang ditetapkan. Anda harus sampai awal seeloknya satu jam sebelum temuduga bermula.

Pakailah pakaian yang kemas dan sesuai untuk proses temuduga. Jangan memakai baju yang berwarna-warni. Berpinar mata penemuduga nanti.

Pastikan anda mendapat restu dan doa daripada ibubapa. Mintaklah restu mereka terlebih dahulu sebelum menghadiri temuduga.

Pastikan anda rehat secukupnya sebelum menghadiri temuduga pada keesokan harinya. Rehat yang cukup akan membolehkan minda anda berfungsi dengan baik dan menjadikan anda akan lebih bersemangat.

Tips lulus temuduga kerajaan semasa proses temuduga

Masuk ke tempat temuduga setelah dibenarkan masuk. Duduk dengan penuh keyakinan dan tidak menyilangkan kaki setelah dibenarkan duduk.

jangan bersikap pasif dan pendiam semasa proses temuduga. Jawap setiap soalan dengan penuh keyakinan. Tunjukkan kepada panel penemuduga bahawa anda mempunyai komunikasi yang baik. Komunikasi yang baik ini penting semasa proses temuduga kerana jika anda tidak mempunyai komunikasi yang baik bagaimana anda hendak melakukan tugas nanti. Ini kerana sebagai penjawat awam, anda akan selalu berkomunikasi dengan orang ramai.

Tips lulus temuduga kerajaan yang paling penting semasa proses temuduga ialah anda hendaklah menyokong semua dasar kerajaan. Adalah satu kesilapan sekiranya anda membantah dasar kerajaan semasa proses temuduga.Soalan yang dikemukakan hanyalah sekadar untuk men”psiko” anda, adakah anda mampu melaksanakan dasar kerajaan atau sebaliknya.

Sekian sahaja serba sedikit tips lulus temuduga kerajaan dari saya. Masih belum lengkap untuk dijadikan panduan anda menghadapi temuduga kerajaan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *