Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Perumahan

Mungkin ada di antara pembaca yang tidak tahu apakah dokumen yang akan diminta oleh pihak bank sekiranya anda memohon pinjaman perumahan ataupun housing loan.

Untuk membantu anda tentang hal ini, berikut adalah dokumen asas yang perlu anda sediakan:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan 3 bulan slip gaji
  3. Salinan EPF Statement / Penyata KWSP
  4. Salinan dokumen berkaitan pembelian rumah, Sales and Purchase / POS (kalau menang auction)
  5. Salinan EA form
  6. Salinan Penyata Bank / Bank statement 3 bulan

Item 2, 3, 5, 6 adalah berkait rapat dengan pengesahan pendapatan. Jadi jangan anda fikir untuk sediakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu. Ini tidak boleh tipu dan jika anda pandai-pandai buat dokumen yang palsu, mesti permohonan anda akan kena batal dengan segera.

dokumen buat pinjaman

Contohnya kalau gaji bulanan anda adalah RM 6,000, tapi anda tipu slip gaji dengan RM 10,000, tapi bila statement EPF cuma potong RM 300 saja, senang saja bagi pihak bank tahu bahawa anda memberi statement yang tidak benar.

Benda ni Ahmad, Ah Cheong dan Mutu pun tahu.

Tapi tidak kisahlah adakah ramai yang sudah tahu, tapi mesti ada juga yang tak tahu, apa yang penting yang saya ingin sampai di sini adalah anda jangan cuba untuk tipu semasa membuat permohonan.

Apapun tujuan lain saya tulis, supaya anda dapat pastikan anda ada menyediakan semua dokumen yang disenaraikan di atas setiap masa, terutamanya bagi mereka yang membeli rumah lelong.

Dengan kata lain, bila kita telah sedia semua tu, maka cepatlah proses permohonan pinjaman kita berjalan. Kalau auction lagi penting sebab ada jumlah masa yang kita nak kene selesaikan baki yang perlu dibayar kepada bank pelelong. (biasanya dalam 90 hari ataupun 120 hari) Kalau boleh, pagi menang auction, tengah hari terus submit borang ke 4 – 5 bank.

Dokumen Tambahan Pinjaman Perumahan

Selain daripada dokumen-dokumen yang disenaraikan di atas yang anda perlu sediakan, kita boleh juga letak supporting dokumen, ataupun dokumen tambahan bagi meninggikan peluang pinjaman perumahan kita mendapat kelulusan.

Tentulah dokumen ini merupakan bukti yang kita mempunyai sama ada simpanan mahupun pendapatan sampingan. Berikut adalah yg sempat saya senaraikan apa yg terlintas.

  • Sebarang bentuk simpanan dalam bank / unit trust
  • Fix Deposit
  • Akaun Emas
  • Akaun simpanan / semasa
  • Tabung Haji
  • ASB dan lain-lain
  • Unit Trust
  • Bank Rakyat
  • Bank Persatuan
  • Koperasi Permodalan Felda
  • dan sebagainya

Sebelum serahkan dokumen-dokumen tambahan, anda perlu ada salinan berkenaan yang duit/ dana tu adalah atas nama anda.

Pendapatan Sampingan / Sewa Rumah

Kerja Part time

Kalau ada kerja part time yang makan gaji, senang sebab cuma perlu anda tunjuk statement yang boleh membuktikan gaji ada masuk setiap bulan.

Kalau ada business sendiri, ada baiknya masukkan income itu secara konsisten dalam satu akaun setiap bulan. Katakan ada part time jual burger, mungkin boleh letakkan RM 800 sebulan, jadi kerja part time anda dikira sebagai sumber pendapatan bulanan anda juga.

Pendapatan sewa

Perlu ada salinan perjanjian penyewaan rumah dan bukti salinan bank di mana duit ada masuk setiap bulan dari penyewa kita.

Loan ASB

Macam mana kita dapat buktikan kita ada Loan ASB? Duit tu ada di dalam ASB dan bukan boleh bawa keluar pun, itu patut kira sebagai simpanan ke?

Saya dapat tahu yang loan ASB itu tidak dikira sebagai komitmen oleh sesetengah bank (bc entry ni). Ia juga tidak dikira sebagai simpanan. Dividennya tolak interest bank mungkin dikira sebagai pendapatan.

Emas Fizikal

Jika anda ada emas fizikal public gold seberat 100 gram, boleh tak ia dijadikan sebagai bukti simpanan/ kekayaan?

Ini memang saya pun tak pasti sangat. Kalau nak bergambar dengan emas tu sebagai bukti, saya pun boleh bergambar depan KLCC dan mengaku KLCC tu milik saya. Jadi saya minta dealer emas atau sesiapa yang mempunyai pengalaman sedemikian untuk tolong jawabkan kemusykilan ini.

2 Comments on “Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Perumahan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *