9 Dosa Besar Dalam Perniagaan

Saya sudah berjanji dengan pembaca setia blog saya untuk saya berkongsi bersama anda ilmu-ilmu yang saya dapat dalam program yang saya hadiri tempoh hari iaitu Advanced Marketing Power, ce cakap kat orang sebelah ‘Advanced Marketing Power’ faham? tak faham takpe. hihi.

Program ini berlangsung selama 3 hari dan bertempat di MIECC, Mines Resort City Seri Kembangan Selangor. Jika tak silap saya, 5000 lebih peserta telah hadir ke program ini. SubhanaAllah. angka yang sungguh ramai dan saya sangat teruja kerana dapat bersama-sama mereka yang mempunyai aura positif ini. nak demam pun tak jadi nak demam sebab aura terlampau positif. hihi.

Tanpa berlengahkan masa, jom kita ‘go through’ satu per satu dosa-dosa besar yang saya maksudkan.

niat baik buruk
niat baik buruk

1. BERNIAGA SEBAB NAK KAYA DUIT SEMATA-MATA

Tak perlu nak menunding jari ke orang lain, saya sendiri dulu bila buat bisnes memang matlamat utama saya berniaga adalah nak dapat untung yang tinggi dan ternyata saya silap. saya juga percaya ramai dalam masyarakat melayu kita yang berniaga semata-mata nak dapat untung sahaja. betul betul?

Sebenarnya semakin kita mengejar keuntungan dan duit itu, keuntungan dan duit itu akan semakin lari dari kita. semakin kita kejar untuk menghampiri menjadi seorang yang kaya, kekayaan itu semakin lari dan menjauhkan diri dari kita. betul betul?

Nah! jadi apakah niat kita buat bisnes sebenarnya? Harini saya nak bongkarkan rahsia sebenar untuk buat bisnes. Sebenarnya niat kita buat bisnes mestilah bertujuan untuk menyelesaikan masalah orang dan menambah nilai hidup orang ramai. Faham faham?

Jadi sekarang kita mesti tajdid niat semula kenapa anda dan saya buat bisnes. Jika ia bersandarkan duit semata-mata, percayalah anda tak ke mana- mana. Sebab jika kita niatkan ingin menolong menyelesaikan masalah orang, kita akan nampak setiap masalah yang ada itu adalah peluang atau ‘lubuk kita’ untuk kita membantu mereka dan selain itu bila kita niatkan atas dasar ingin menolong, cara kita ‘approach’ mereka amatlah berbeza dari segi tutur kata, susunan bahasa dan sebagainya.

2. TIDAK MENGUTAMAKAN PELANGGAN

Bagi point yang ke-2 ini juga saya berbalik pada diri saya sekali lagi. Kalau dahulunya saya buat bisnes, selalu guna prinsip ‘asalkan dapat duit dah cukup’ Tapi ianya memang silap besar. Sebab pelanggan adalah segala-galanya. Jika tiada pelanggan maka bisnes tak wujudlah.

Jadi kita sebagai seorang businessman/businesswoman wajib layan setiap pelanggan yang kita dapat sebaik mungkin sebab jika kita ‘treat’ atau layan mereka sehabis baik, mungkin mereka akan datang kepada kita sekali lagi pada masa akan datang. Dengan cara ini, ianya lebih mudah untuk kita dapatkan pelanggan daripada kita perlu mencari pelanggan yang baru pada masa akan datang. betul betul?

Jadi ciptalah ‘loyal customers’ atau dalam bahasa melayunya pelanggan yang setia dan bukannya mencipta ‘one-time-purchased customers’ atau dalam bahasa melayunya pelanggan yang buat pembelian hanya satu kali dengan kita.

stay focus
stay focus

3. TIDAK MELAKUKAN PEMASARAN SECARA BERTERUSAN

Yang ini pula lebih merujuk kepada displin seseorang itu sendiri. Ramai yang buat bisnes hanyalah sekadar hot-hot chicken shit atau hangat-hangat tahi ayam. Jadi nilai konsisten amatlah diperlukan disini. Pemasaran bukan sekadar buat dalam masa 1-2 bulan sahaja lepas tu berhenti. TAK! pemasaran kena buat secara berterusan dan istiqamah.

Suka untuk saya kongsikan satu kes dimana ada seorang hamba Allah ini, banyak betul bisnes yang dia buat dan bisnesnya sering bertukar setiap bulan. Jika ditanya dalam bulan January, dia akan kata buat bisnes XX. Bila tanya bulan February pula, dia kata buat bisnes XXX pula. Bila tanya tahun depan, bisnes XXXX pula. Hihi. Lepas tu, bila kesemua bisnes itu tidak menampakkan hasil, dia buat bisnes XXXXX pula. Aduhai.

Apa yang diajar oleh mentor kami iaitu Dr. Azizan Osman ialah bila kita buat sesuatu bisnes, nekadkan dalam hati yang kita akan buat bisnes tu sampai habiss dan sampai berjaya. Jika ada sikap bertukar-tukar bisnes dalam diri seperti di atas, percayalah buatlah bisnes apapun seseorang itu takkan berjaya. Jadi, solusinya kami dipesan untuk fokuskan hanya 1 bisnes sahaja dahulu dan buat sehabis baik sehingga berjaya dan barulah menceburi cabang bisnes yang lain jika kita nak. FOCUS!

4. TIDAK BINA KREADIBILITY

Kreadibiliti disini bermaksud kemampuan membina kepercayaan pelanggan untuk mempercayai anda dan berasa yakin untuk berurusan dengan anda dan seterusnya menggunakan produk atau perkhidmatan yang disediakan.

5. BERNIAGA TIDAK IKUT ‘PASSION’

Perniagaan terbaik adalah perniagaan yang melibatkan produk/perkhidmatan yang ada suka dan minat lakukannya setiap hari. Tapi jika tidak jumpa lagi, suka dahulu dengan apa yang ada.

Quotation Wayne
Quotation Wayne

6. TIADA PRODUK TIADA PERKHIDMATAN

Jika anda ingin menjalankan perniagaan tetapi tidak mempunyai produk atau perkhidmatan, sila guna OPP – iaitu guna Other People Product dulu. Tujuan guna produk orang lain adalah untuk dapatkan rentak dan keyakinan sebelum ‘terjun’ ke dalam dunia perniagaan yang lebih mencabar.

7. TIDAK TAHU POTENSI PERNIAGAAN SENDIRI

Adalah penting untuk anda mengetahui potensi perniagaan anda. Anda yang mulakan bisnes tu, patut anda sendiri yang paling faham dengan kelebihan dan kelemahan bisnes sendiri.

8. BERNIAGA SEKADAR CUKUP MAKAN

Teringat lagi kata-kata Dr. Azizan beliau kata jika kita buat bisnes dan dapat hanya RM2k sebulan, lebih baik makan gaji. Hehe.

9. TIDAK ADA MATLAMAT DAN MISI YANG JELAS

Dalam kata-kata orang putih, jika buat sesuatu perkara biarlah ‘Begins with the End of Mind’ maksudnya anda mesti tahu apa yang anda nak pada penghujungnya. Anda mesti set target nak capai apa, tulis dalam 1 kertas A4 dan tampal supaya tiap-tiap hari matlamat yang anda nak itu jelas.

Anda jangan percaya apa yang saya cakapkan ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuba praktikkan apa yang diberitahu. InsyaAllah anda akan alami perubahan dalam hidup anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *