Web Analytics
kereta toyota

Tips Nak Pergi Beli Kereta Terpakai dan Tukar Hak Milik Kereta

Tukar Hak Milik Kereta

Sebelum ni kita telah berbicara mengenai bagaimana hendak melihat kesan kemalangan pada kenderaan terpakai (second hand) ,

Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh kita lihat untuk mengetahui kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan, sekiranya tiada pengalaman dinasihatkan supaya mencari sahabat ataupun kawan–kawan yang mengetahui cara–cara mengesan kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan.

hak milik kereta
hak milik kereta

Selepas kita memeriksa kenderaan dan berpuas hati dengan keadaan tersebut, semestinya apa yang perlu dilakukan adalah melalui proses pindah hak milik atau lebih senang  dipanggil tukar hak milik.

Tukar hak milik ini perlulah dilakukan terlebih dahulu di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer as known as Puspakom. Sebenarnya pemeriksaan Tukar hak milik ini sangat mudah dan cepat.

Cepat bermaksud tak ramai orang dekat Puspakom. Kalau ramai ikut piagam pelanggan saja. Kalau tak silap 1 jam dari masa atau resit dikeluarkan, itulah piagam pelanggan bagi Puspakom.

Dan anda sebagai pelanggan Puspakom tak perlu takut atau risau nak pergi membuat pemeriksaan tukar hak milik ni. Sebabnya ada yang bertanya pada saya samada brek perlu diperiksa, cat badan kereta teruk, lampu tak menyala seat koyak, hon tak berbunyi, dan macam–macam masalah kecil yang lain..

Apa yang diperiksa sebenarnya masa pemeriksaan tukar hak milik?

Pemeriksaan yang dilakukan ialah:-

  1. Pemeriksaan Identiti
  2. Keadaan Kenderaan ( sama ada terdapat potong dan sambung)
  3. Kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.

Pemeriksaan Identiti

Kat sini mereka akan periksa nombor casis pada kenderaan dan juga nombor enjin. Tujuannya adalah untuk mengetahui samada nombor enjin dan nombor casis adalah sama dengan JPJK2 (geran le tu). Kecuali itu, mereka juga nak tengok samada nombor enjin dan nombor casis pada kenderaan tersebut diketuk (tempered) atau terdapatnya gangguan.

Keadaan Kenderaan

Mereka nak tengok dan semak kalau–kalau kereta tersebut pernah potong atau tidak.

Kadar ketelusan cahaya

Ini adalah pemeriksaan berkaitan dengan cermin.  Kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin besar hadapan ialah 70%, cermin sisi kiri dan kanan depan belakang  50%, dan cermin besar belakang 50%.

Selalunya ada kelonggaran sebanyak 5%  bermula tahun lepas. Tak pasti sama ada masih ada kelonggaran atau tidak lagi pada tahun ini. Kadar ketelusan cahaya cermin ini di uji dengan menggunakan Tint Testa kalau tak silap, dan nilai alatan ini lebih kurang RM9,000 untuk 1 unit.

Cermin boleh diuji pada waktu siang atau malam dengan menggunakan alat ini.  Dan sekiranya semua mengikut piawaian yang telah ditetapkan cermin ini akan ditampal menggunakan pelakat hologram yang setiap satunya bernombor siri dan akan dimasukan kedalam sistem.

Apa yang nak dibawa?

Sesiapa pun boleh bawa, tapi lebih afdal kalau tuan kenderaan sendiri yang membawa kenderaan tersebut untuk pemeriksaan tukar hak milik ni. Dokumen yang perlu dibawa ialah Geran kenderaan (jpjk2), kad pengenalan pembawa kenderaan.

Satu lagi ialah bawa kereta anda. Kalau tidak bawah, tidak dapat untuk anda buat periksa atas kereta anda. Bayaran kalau tak silap adalah RM 30.00. Untuk bayaran yang tepat lebih baik anda pergi tanya dekat kaunter pembayaran. Bila sampai di sana boleh isi borang pelepasan tanggungan.

Kenapa Kenderaan Saya Gagal?

  • Kenderaan anda gagal apabila kenderaan tersebut sudah pernah potong.
  • Kadar ketelusan cahaya kurang dari ditetapkan.
  • Nombor enjin dan nombor casis diganggu. Diketuk atau terdapat gangguan pada cowl panel.

Kalau kereta pernah eksiden macam mana?

Kalau cuma kena eksiden sikit-sikit saja tak akan jadi masalah. Boleh anda bawa saja untuk buat periksa dan peluang besar akan diluluskan. Kalau teruk sikit boleh anda minta surat kawalselia dari bahagian kejuruteraan automotif JPJ. Anda boleh janji bahawa kereta tidak potong  nanti dah dapat surat boleh bawa kereta anda pergi ke Puspakom untuk buat pemeriksaan khas.

Kalau pergi sendiri baru bayar RM 30.00. Kalau suruh orang buatkan berapa pulak?

Setelah kita berbicara tentang tips–tips tukar hak milik kereta, sekarang tibalah giliran untuk tips–tips nak pergi beli kereta ni. Bunyinya kedengaran hampir sama, tetapi sebenarnya ianya sesuatu yang amat berlainan sekali.

kereta toyota
kereta toyota

Jika difikir secara logik, apa yang perlu di utamakan adalah kemampuan seseorang itu untuk memiliki kenderaan tersebut, di mana yang dimaksudkan adalah dari segi kewangan itu sendiri.

Ini kerana apa yang perlu ialah kemampuan menampung beban bayaran pinjaman membeli kenderaan tersebut. Kalau okay, kira cantiklah, kalau tak okay boleh makan maggi hujung bulan kira nasib baik, kalau 2 bulan masuk bulan ke-tiga kereta hantar balik kampung sorok tu nasib badan cari penyakit.

Jom kita tengok tektik–tektiknya.

Buat Kajian

Pergi dua tiga tempat yang jual used car. Jika tidak boleh juga beli majalah yang ada jual kereta tu kemudian bangdingkan harga antara kedai–kedai used car yang anda nak.

Kalau boleh siapkan soalan–soalan dan boleh buat pertanyaan dekat seller si tukang jual tu, contohnya ‘kawan! Apa macam dia punya condition?’, ‘pernah eksiden ka?’ , ada berapa ramai dia punya owner dulu?’.. bertanya ikut kesesuaian dan bukan ikut ayat ni semata–semata.

Anda perlu kenalpastikan bahawa kereta yang anda ingin beli tu tiada mempunyai sebarang baki hutang pada bank. Jika ada, perlu pemilik tu selesaikan semua hutang ini dulu.

Juga semak sama ada kereta itu terdapat apa-apa saman ke, jangan nanti anda kena bayar untuk kereta yang bukan kesalahan yang anda buat pulak. Buatlah pemeriksaan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang perjanjian.

Pandu uji (Test Drive)

Mula–mula pastikan anda semua bawa lesen, karang tak pasal–pasal pula kena saman.

Start enjin kereta dengar kot–kot ada gegar ke, bunyi–bunyi pelik ke.. karang bila enjin dah panas bunyi–bunyian ni menjadi semakin berkurangan.

Bawa kereta, perlahan, laju sikit, cuba rasai kenikmatan memasukan gear dari satu gear, dengar kot-kot ada bunyi sangkut–sangkut sebab takut  gearbox dah nak rosak. Pastikan semua aras gear sudah anda cuba. Test dengan kelajuan berbeza dan permukaan berbeza juga.

Periksa Semua dokumen

JPJ k2 ( Geran le tu)/ registration card, tengok betul ke tak betul nombor casis dan nombor enjin, buatan , model , tahun kereta dibuat dan nombor plate kereta tersebut. Semuanya boleh diperiksa dalam geran tadi.

Kelulusan Puspakom

Semua kelulusan Puspakom ada bercetak dalam komputer. Kalau pakai tangan tu tidak sah, tengok asli ke tak kelulusan tu. Kalau tak pasti boleh telefon ke 1 – 800- 88 – 6927. Tanya dekat mereka dan nanti mereka boleh periksa dalam sistem komputer.

Sejarah Lampau kereta tersebut

Tengok buku service dia, sama ada kenderaan tersebut di servis mengikut kadar yang telah di tetapkan.

Walaumacamana pun, terpulang juga kepada anda sendiri, kalau dah minat tunggu apa lagi.. belilah kereta…

Tukar Hak Milik Kereta

Artikel berkaitan:

Leave a Comment