Tawaran Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Kepada Peminjam

Bank Rakyat terkenal dengan perkhidmatan dalam pemberian pinjaman Islam. Ia menawarkan beberapa jenis pinjaman peribadi yang dapat sesuai dengan keperluan dan kemampuan pelanggan.

Pada masa ini Bank Rakyat ada menawarkan beberapa pinjaman peribadi seperti:

  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
  • Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
  • Pembiayaan Peribadi-i Pesara

Mari kita kaji tentang pembiayaan masing-masing.

Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Swasta

Pembiayaan Bank Rakyat Peribadi Sektor Swasta memberi tumpuan kepada pekerja sepenuh masa yang bekerja di organisasi sektor swasta. Proses kelulusan adalah dalam 5 hari pekerjaan dan proses untuk memohon loan adalah mudah kerana anda tidak perlu penjamin atau cagaran untuk memohonnya.

Bank Rakyat logo

Bank Rayat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta(Bank Rayat Personal Financing-i Swasta) adalah pakej pinjaman peribadi swasta yang disediakan untuk profesional sektor swasta seperti doktor, jurutera, peguam dan pekerja di syarikat awam tersenarai. Financing-i Swasta merupakan sebahagian cagaran pinjaman tidak bercagar, jadi anda mungkin perlu dapatkan seorang penjamin apabila dikehendaki oleh bank sebagai satu bentuk jaminan.

Loan ini menawarkan wang pembiayaan dari RM 2,000 sehingga RM 200,000. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah 15 kali gaji bagi pemohon yang berpendapatan dari RM 2000 hingga RM 4000, 20 kali gaji bagi mereka yang berpendapatan dari RM 4000 hingga RM 6000, dan 25 kali gaji bagi mereka yang berpendapatan melebihi RM 6,000 sebulan.

syarat pinjaman peribadi bank rakyat
syarat pinjaman peribadi bank rakyat

Kadar Faedah

Kadar faedah akan berbeza-beza bergantung kepada jumlah yang anda pinjam. Pada masa artikel ini ditulis, kadar faedah yang disediakan oleh pinjaman ini agak berdaya saing di kalangan pinjaman peribadi swasta lain di Malaysia. Anda juga boleh menikmati kadar yang lebih baik jika anda membayar melalui akaun simpanan Bank Rakyat dan pakej Takaful. Jadual di bawah meringkaskan kadar faedah untuk Bank Rakyat Pinjaman Peribadi.

Ia tertakluk kepada 0.5% duti setem yang berdasarkan daripada jumlah pembiayaan. Bayaran ini akan ditolak daripada jumlah yang dipinjam. Terdapat penalti p.a 1% bagi pembayaran lewat.

Pembayaran balik boleh dilakukan melalui skim auto debit dari Biro Angkasa, potongan gaji automatik atau wang tunai. Anda tidak dapat lulus permohonan sekiranya anda ingin buat pinjaman tanpa potongan angkasa sebab Bank Rakyat akan buat pindah gaji dari akaun bank anda untuk membuat bayaran.

Kelayakan

Personal loan ini ditawarkan kepada semua Warga Malaysia yang berumur dari 18 tahun ke atas. Ia mempunyai satu syarat umur pinjaman yang paling muda. Biasanya pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh kebanyakan bank dan institusi di Malaysia akan bermula dari 20 tahun ke atas.

Anda akan perlu mempunyai gaji minimum sebanyak RM 2000 untuk melayak diri kepada pinjaman itu. Pembiayaan Peribadi-i Swasta hanya disediakan untuk profesional daripada sektor swasta. Pekerjaan tetap diperlukan manakala pekerja kontrak perlu mempunyai gaji bulanan minimum RM 8,000. Bekerja sendiri pun boleh memohon.

Bolehkah Saya mohon tanpa slip gaji dan pengesahan majikan?
Tidak. Slip gaji dan pengesahan majikan adalah antara hukum dan syarat yang perlu dipenuhi.

Kelayakan Pembiayaan

kelayakan pembiayaan
kelayakan pembiayaan

Tempoh Pembiayaan

tempoh pembiayaan
tempoh pembiayaan

Kadar Interest Terapung

kadar pembiayaan i-swasta

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan IC di kedua-dua muka
  • 3 bulan slip gaji terkini
  • 6 bulan Penyata KWSP yang terbaru
  • Surat pengesahan tawaran pekerjaan
  • Borang BE terkini

Jika anda berminat, jadual untuk pembayaran balik Pembiayaan-i Swasta tanpa insuran Takaful boleh didapati di bawah.

Jadual Pinjaman Peribadi Bank  Rakyat

jadual pinjaman peribadi bank rakyat

Macam mana nak buat pinjaman tersebut?
Anda boleh rujuk ke laman Bank Rakyat untuk maklumat selanjutnya dan juga langkah untuk memohon:
http://www.bankrakyat.com.my/personal-financing-i-swasta

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Selain daripada pinjaman untuk sektor swasta, Bank Rakyat juga ada menawarkan personal loan untuk kakitangan kerajaan dengan perkenalan Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam. Pinjaman ini boleh dimohon oleh semua kakitangan kerajaan termasuk kakitangan GLC, pekerja kontrak, anggota tentera dan guru kafa.

Ciri-ciri untuk Pinjaman ini adalah:

  • Anda boleh buat pinjaman dengan amaun maksimum RM200,000.
  • Tempoh untuk balik balik boleh sampai ke 10 tahun.
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Boleh anda pilih sama ada nak kadar tetap atau terapung

Kadar Pembiayaan

Pembiayaan ini mempunyai dua kadar pembiayaan yang berlainan, iaitu kadar tetap dan kadar terapung. Boleh anda rujuk ke jadual bawah untuk mengetahui dengan selanjutnya tentang kadar masing-masing.

Kadar Peribadi-i Sektor Awam

Semua syarat-syarat dan kelayakan agak sama dengan i-Sektor Swasta. Untuk membuat pinjaman itu boleh anda rujuk ke link di bawah jika anda berminat untuk memohon secara online atau download borang dari laman tu.

Laman: Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Jika anda mempunyai beberapa pembiayaan yang berlainan, boleh anda membuat pembiayaan penyatuan hutang ini untuk menyatukan semua hutang anda kepada satu. Dengan membuat demikian, anda cuma perlu membuat satu bayaran sahaja setiap bulan.

Manfaat yang boleh anda dapat dengan pembiayaan ini adalah:

  • Lepas penyatuan hutang anda, anda cuma perlu tumpu untuk bayar satu ansuran sahaja.
  • Kadar pembiayaan agak rendah, cuma 2.76% setahun.
  • Peralihan daripada pembiayaan konvensional kepada syariah.

Jika berminat, boleh rujuk ke link ini untuk maklumat selanjut.

Pembiayaan Peribadi-i Pesara

Pinjaman ini boleh dimohon oleh para pesara dan warga emas di Malaysia. Ia  direka khusus untuk golongan pesara kerajaan. Pinjaman peribadi ini menawarkan kadar keuntungan dan ansuran bulanan yang berpatutan. Sebagai seorang pesara, jika anda mempunyai masalah kewangan dan perlukan buat pinjaman, maka pinjaman jenis ini merupakan pinjaman yang amat sesuai bagi anda pertimbangkan.

Kadar Pembiayaan

kadar pembiayaan i-pesara

Boleh anda rujuk ke link ini untuk maklumat selanjut.

Boleh juga anda membuat panggilan ke Pusat Panggilan tele-Rakyat dengan nombor telefon mereka.

Contact Number: 1-300-80-5454.

Soalan-soalan Yang Mungkin Anda Ingin Tanya

Bolehkah saya menyelesaikan Pinjaman Peribadi-i Swasta saya dengan tempoh awal?
Ya, anda boleh membuat full settlement awal pembiayaan peribadi Bank Rakyat anda tanpa sebarang kos tambahan. Sebenarnya, anda akan diberi ibra (rebat), iaitu keuntungan tertunda yang tidak diambilkira sebagai keuntungan yang diperolehi.

Berapa Hari Pinjaman Saya Boleh Diluluskan?
Pinjaman ini senang lulus jika semua dokumen yang diperlukan sudah diserah dengan lengkap. Tempoh lulus boleh sependek dalam 3 hari sahaja. Selepas review oleh bank, pihak berkenaan akan menghubungi anda dan beritahu sama ada permohonan anda berjaya atau tidak.

Adakah saya layak memohon pembiayaan peribadi Bank Rakyat jika saya disenarai hitam?
Ini bergantung pada sejarah kredit anda dengan institusi kewangan lain kerana semua maklumat ini (hutang kad kredit, pinjaman peribadi, hutang rumah atau hutang kereta) akan disimpan dalam CCRIS / CTOS (sistem yang mengumpulkan maklumat kredit peminjam, tidak menyenaraihitamkannya).

Dengan mengandaikan anda mempunyai markah kredit yang lemah kerana pembayaran yang tidak teratur, apa yang terbaik yang boleh anda lakukan adalah mula membuat pembayaran anda tepat pada masanya untuk mengelakkan masalah pinjaman untuk masa depan.

Bank ini lebih cenderung untuk meluluskan permohonan pinjaman peribadi Bank Rakyat daripada mereka kepada anda jika anda dapat menunjukkan bahawa anda menguruskan kewangan peribadi anda dan bukan mengumpulkan lebih banyak hutang.

Apa cara nak semak baki pinjaman saya?
Anda boleh log masuk ke Perbankan Internet Bank Rakyat dan buat semakan.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Untuk Blacklist

Bagi mereka yang ada dalam blacklist, boleh juga mereka cuba memohon jika perlukan pinjaman. Penyata blacklist/CTOS perlu disediakan jika diminta oleh pihak peminjam.

Bagi pemohon dalam blacklist, mereka mungkin layak untuk buat pinjaman jika jumlah hutang mereka tidak melebihi RM100,000.

Pinjaman Perniagaan Bank Rakyat

Jika anda seorang peniaga dan perlukan pembiayaan untuk perniagaan anda. Boleh juga anda membuat pinjaman dengan bank itu. Terdapat pelbagai pinjaman perniagaan yang ditawarkan. Antaranya termasuk:

  • DEPOSIT-i
  • PEMBIAYAAN MIKRO-i
  • PEMBIAYAAN PERNIAGAAN-i
  • SKIM KERAJAAN
  • PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA
  • PROGRAM KOPERASI DAN KEUSAHAWANAN
  • PERDAGANGAN KEWANGAN ISLAM
  • KONSEP SHARIAH
pinjaman perniagaan bank rakyat
pinjaman perniagaan bank rakyat

Boleh anda buat semakan sendiri di laman bank ini untuk mengetahui maklumat selanjutnya dan dapatkan loan yang sesuai dengan perniagaan anda.

Anda juga boleh rujuk ke pinjaman bank BSN atau AEON Credit untuk mengetahui skim pembiayai yang ditawarkan oleh bank-bank ini dan buat perbandingan anda sendiri.

Artikel berkaitan:

25 Comments on “Tawaran Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Kepada Peminjam”

  1. Aku baru saja dpt pinjaman peribadi Bank Rakyat dlm 1 minggu je. I dpt sbb I kerja di pejabat kerajaan dan gaji bulanan I lebih drpd RM3,000. Utk gaji I, I entitled utk pinjaman limit ke RM50,000. Apa yg baik adalah I x perlu guarantor sbb I kerja di pejabat kerajaan. Bg mereka yg bekerja di syarikat private swasta, mungkin mmg susah utk dpt approval. Sbb Bank Rakyat buat potongan gaji melalui Biro Angkasa.

  2. Jika u sudah bekerja berterusan lbh drpd 5 tahun, maka Bank Rakyat x akan perlu anda cari penjamin. Cuma mereka yg kerja kurang drpd 5 tahun perlu cari guarantor. Kalau nak pinjaman peribadi swasta tu, u kena tunggu sampai dah kerja selama 5 tahun alh. Cara alternatif, mungkin blh anda minta tolong drpd sesiapa yg dah kerja 5 tahun dan pakai dia punya nama utk memohon. Ada kawan yg sebaik demikian ke? Hehe….

  3. I jugak dah dpt approve ngan loan dari Bank Rakyat. Amik Rm50K (min. jika nak mohon melalui koop) dengan bayar balik selama 15 tahun. Kadar faedah 5.85% sbb tempoh panjang. Jika tempoh pendek seperti 8-10 thaun blh dpt 4.9% saja…

    Mohon cepat lulus jugak dlm tempoh 2 minggu selepas mohon. Lepas dapat panggilan dari Bank Rakyat, I pergi tandatangan perjanjian, lepas 2 hari duit dah masuk ke bank akaun I. Bayaran balik melalui potongan gaji setiap hujung bulan.

  4. I masih ingat semasa membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat tahun lepas, kakitangan yang cakap dalam telefon sangat tidak sopan dan x sabar utk membantu apabila say acuba untuk membuat permohonan. Ketika pertanyaan, dia cakap sistem dia terhempas dua kali dan saya terpaksa bermula sekali lagi. Hampir setengah jam untuk menjawab pertanyaan yg x berkaitan dengan pinjaman yang I ingin mohon. Lepas tu, I terus tutup telefon sahaja dan rasa amat marah sekali.

  5. Proses bermula dengan baik, tetapi lepas tu byk masalah yang timbul. Mereka mengubah pemohonan saya demi kesilapan kakitangan mereka dan mereka tidak mengambil tanggungjawab. Mereka perlukan saya sediakan banyak dokumen dan bukti pendapatan. Selepas semua masa yang saya habiskan untuk memberikan mereka semua dokumen dan komunikasi dengan mereka, saya masih tidak berjaya untuk mendapatkan pinjaman. Pengalaman saya dengan Bank Rakyat tu benar-benar buruk. Menghantar e-mel kepada perkhidmatan pelanggan mereka dan tiada jawapan langsung….

  6. Salam, kalau majikan dah xbuat potongan gaji, mcm mana kita nk buat bayaran pinjaman tu sendiri? Perlu berhubung dgn bank terus atau boleh buat Standing Instruction melalui bank simpanan kita sendiri? Kalau perlu berhubung dgn bank, apa prosedur kebiasaan?

  7. nak tanya..kalau nak buat full settelment awal…adakah kalau kita bayar bulan-bulan lebih daripada ansuran yang ditetapkan..atau kumpulkan duit dulu dah cukup bayar habis..mana satu lagi bagus?

    1. Terdapat Rule of Ibra yang mempunyai formula berikut:

      Rebate = [n (n+1) / N (N+1)] x PM

      n = Bulan tertinggal sampai pinjaman matang

      N = Jumlah Tempoh Bulan Pembiayaan

      PM = Jumlah Margin Keuntungan

      Contoh:
      Settlement awal 20 bulan

      Amaun Kewangan: RM5,000

      Harga Jualan Bank Tertunggal: RM7,320

      Tempoh: 5 tahun (60 bulan)

      Kadar Keuntungan: 24%

      n = 60 – 20 = 40

      N = 5 tahun (60 bulan)

      PM = (RM5,000 X 24% X 5) : RM6,000

      Rebate (Ibra’):

      [40 (40 + 1) / 60 (60 + 1)] X RM6,000 = RM2,688.52

      Jumlah yang perlu dibayar selepas Ibra’:

      RM7,320.00 – RM2,688.52 = RM4,631.48

  8. Mohon pencerahan.. sy ad buat loan peribadi di bank RAKYAT berjumlah 100k selama 10 tahun tempoh bayaran.. sehingga skrg loan sy berbaki 79k yg perlu dibayar ..contohnya, jika sy membuat bayaran sebanyak 50k bolehkah pihak bank arrange kan semula tempoh dan jumlah bayaran bulanan loan sy?

    1. Lebih baik anda terus hubungi 03-2693 6880 dan dapatkan jawapan daripada officer yang berkenaan utk jelaskan dengan terang kepada anda.

  9. saya sudah cuba untuk memohon mana-mana bank akan tetapi gagal oleh kerana saya mempunyai tunggakan bayaran daripada Aeon cradit…tujuan memohon bank Rakyat untuk membayar habis tunggakan dan baki yang tinggal.Diharap pihak Bank Rakyat dapat membantu menyelesaikan segala masalah.Terima kasih.

  10. Huhu…. Saya sign aggrement 22.4.2019 sampai ke hari ni xda apa2 maklumbalas dari incharge….Rasa terkilan…bila saya call telerakyat dia kata sayanya loan submit pada 3.5.2019.
    MCM mana leh jadi macam tu…
    Saya bukan 1st time buat loan dgn bank rakyat…dah banyak kali…tetapi kali ni lah paling lama saya rasa..
    Bila saya tanya apa perkembangan, dia kata nanti dia cek semula permohonan….
    Kalau kira Dr tarikh saya sign aggrement dah dua minggu.kalau dikira time loan saya d submit oleh pihak dia…dah 5 hari dah…
    Rasa frust pun ada.

  11. Saya fandy berniaga barang mainan,boleh ke saya buat pinjaman rm5000,dan bayar dari duit kwsp yg saya dapat tiap2 selama 12 bulan,,pohon bagitahu kalau boleh,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *