Petua Untuk Hilangkan Kedut Bawah Mata (Eyebag) Yang Berkesan

Hari ini saya akan berkongsi bersama para pembaca satu lagi petua tradisional kepada anda semua yang dihormati sekalian iaitu petua untuk hilangkan kedut bawah mata.

kedut bawah mata
kedut bawah mata

Nampak amat baik sekali, kan? Ia amat berguna terutamanya bagi wanita yang sering tidur lewat dan bersengkang mata setiap malam.

Walaupun terdapat banyak produk di pasaran yang mendakwa dapat membantu hilangkan eyebag atau meringankan kesan bengkak dan mencerahkan warna kulit di kawasan bawah mata, tetapi bukan semuanya berkesan.

Pengambilan air yang lebih dan penggunaan jaram sejuk dapat membantu menyusutkan eyebag atau kantung mata dengan cepat, tetapi satu-satunya cara untuk mengurangkan kemunculannya dalam jangka masa yang panjang adalah dengan membuat beberapa perubahan dalam gaya hidup. Ternyata ia akan menjadi lebih ketara jika kantung mata dan lingkaran gelap di sekeliling mata diwarisi secara genetik.

cara hilangkan eyebag
cara hilangkan eyebag – sumber foto medsovet

Perkara seperti alergi bermusim, ekzema, penahanan air dan tidur meniarap boleh memburukkan lagi keadaan, begitu juga dengan kewarisan. Dan kelakuan yang disengajakan seperti merokok, pengambilan dadah dan alkohol.

Ubah Tabiat Hidup Tertentu

Nasib baik dengan mengubah tabiat tertentu dan mengamalkan gaya hidup dan langkah-langkah pemakanan tertentu, anda dapat mengelak daripada eyebag demi kebaikan anda. Mari kita menerokai dengan lebih dalam lagi dengan cara hilangkan eyebag.

Kalau anda ingin nak tahu, sebenarnya saya juga mempunyai masalah lebam bawah mata sebelum ni. Tapi Alhamdulillah sekarang dah beransur hilang. Saya tak pasti ianya disebabkan oleh petua tradisional menghilangkan kedut bawah mata yang ada kat bawah ni atau tidak, ataupun ia adalah kerana keberkesanan produk moden yang saya gunakan.

Apa pun anda bolehlah cuba sendiri dengan petua yang saya berkongsikan bersama anda di bawah ini. K,.alau tak berusaha manakan tahu hasilnya. Betul atau tidak?

Jom layan anda sendiri.

1. Pakai Daun Aloe Vera

Walaupun aloe vera biasanya digunakan untuk rawatan luka terbakar, sebenarnya ia juga berkesan melegakan mata yang letih. Dengan kandungan 18 jenis asid amino perlu, dan sifat anti-bakteria, anti-kulat dan sifat-sifat penyembuhan yang lain, aloe vera dapat melembapkan kulit dan juga mencegahkan kemunculan kerut.

Hiris sedikit daun aloe vera atau nama kampungnya Daun Lidah Buaya secara melebar. Kemudian boleh simpan aloe vera itu ke dalam peti sejuk dan biarkannya di dalam untuk 10 minit. Kalau rasa 10 minit kurang lama, boleh juga simpan buat masa yang lama sikit.

Lepas 10 minit, boleh keluarkannya dari peti sejuk dan gunakan daun tu sebelum anda pergi tidur. Sapu di sekitar bawah mata dan tunggu sehingga 15 minit macam tu. Akhir sekali basuh muka anda dengan pakai air yang bersih.

aloe vera
aloe vera

2. Pakai Sudu Besi

Anda juga boleh menggunakan cara K-Pop ini untuk menghilangkan lingkaran bawah mata iaitu dengan menggunakan sudu besi. Memula dengan bengkokkan sudu tu supaya anda boleh memegangnya dengan selesa.

Seterusnya gunakan bahagian dalam sudu dan tekapkan pada mata. Saya tak pasti ianya berkesan atau tidak, tapi ini adalah salah satu teknik yang biasa digunakan oleh orang Korea. Saya tak pernah cuba lagi, tapi menurut salah satu blog Korea yang saya baca, ianya amat mujarab untuk mengatasi masalah bengkak bawah mata.

3. Pakai Uncang Teh Yang Terpakai

Teh berkafeina yang mengandungi tanin semula jadi, adalah diuretic sederhana yang telah lama diguna oleh nenek dan model untuk mengurangkan bengkak mata. Rendamkan dua beg teh dalam air suam, kemudian menyejukkan beg selama beberapa minit di dalam peti sejuk. Letakkan satu beg teh pada setiap mata selama lima minit, dan mata anda akan rasa segar dan kelihatan lebih berseri.

Boleh juga anda gunakan uncang teh yang sudah tak guna atau sekurang-kurangnya sudah digunakan untuk 2-3 kali (sikit pun jimat). Tapi terpulang kepada anda sebenarnya, kalau anda rasa poket lebat macam saya, adalah baik untuk gunakan uncang teh yang baru. Ambik tea bag tu dan tekapkan pada mata.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, apa kata anda simpan uncang teh tu di dalam peti sejuk sebelum anda jadikan mangsa projek kecantikan anda. Di sini saya ingin ingatkan anda jangan lupa tutup mata tau. Sebab takut air teh tu meleleh masuk kat dalam mata. Dan hasilnya… tada, mata yang lebih bersinar.

uncang teh
uncang teh

4. Gunakan Potongan Timun

Ya! walaupun saya pasti ianya kurang berkesan untuk mengatasi masalah lingkaran bawah mata, tapi sekurang-kurangnya potongan timun boleh merehatkan mata anda. Ambil sebiji timun dan hiris secukup rasa. Lepas tu boleh anda letaknya pada kedua-dua mata. Efek sejuk ini akan memberikan kesegaran pada mata anda.

cucumber relief
cucumber relief

Timun adalah ubat semula jadi yang hebat untuk menyingkirkan bengkak di bawah mata. Ambil 2 keping timun segar yang sejuk dan letakkannya di mata anda selama 25 minit. Bersantai dengan kedinginan yang melegakan dari kepingan timun atas mata anda lalu jatuh tidur sekejap, ia akan membantu menyegarkan minda anda dan juga mata anda. Khasiat anti-radang dari timun dingin juga akan membantu mengurangkan tisu bengkak secara semula jadi.

5. Pakai Ice Cube

Selain itu, anda boleh juga gunakan ice cube untuk hilangkan bengkak bawah mata dan sembab. Memula buat bunjut dan letak dekat kawasan mata yang berkedut tu. Selepas tu rehat dan alami kesegarannya. Sejuk dowh…

ice cube
ice cube

6. Minum Lebih Banyak Air

Kantung bawah mata sering disebabkan oleh tumpuan garam yang tinggi akibat penahanan air di kawasan tersebut. Anda mungkin bangun dengan kantung mata selepas mengambil makanan yang masim atau menangis pada waktu malam; sama ada dari makanan atau air mata, garam dapat menarik air ke muka anda dan menyebabkannya terkumpul di bawah mata anda.

minum lebih air
minum lebih air

7. Minyak Pati (Essential Oil)

Anda akan memerlukan:

  • 1 titik minyak lavender
  • 1 titik minyak lemon
  • 1 titik minyak kamomil
  • 1 suda teh air
essential oil utk eyebag
essential oil utk eyebag

Apa yang perlu anda lakukan:

  1. Campurkan minyak pati dan adunkan mereka dengan baik di dalam air.
  2. Sapu minyak ini di bawah mata anda dan uratnya dengan lembut sebelum masuk tidur. Biarkan semalaman.

Berapa kerap anda perlu melakukannya:
– Ulanginya setiap malam untuk menghilangkan bengkak dan eyebag.

8. Telur Dadar Putih (Egg-white)

Telur putih adalah sarapan pagi tanpa kolesterol yang berzat, bahkan boleh digabung ke dalam kumpulan kosmetik anda. Jika anda sudah lama diganggu oleh masalah kantung mata, pukulkanlah beberapa telur putih ke dalam mangkuk, lalu sapukannya ke sekeliling mata anda dengan berus. Tunggu lebih kurang 20 minit sehingga adunan menjadi kering dan kulit anda mula berasa ketat, sebelum membasah muka anda dengan air suam.

telur putih
telur putih

9. Memakai Pelindung/Penapis Suria (Sunscreen) di sekeliling kawasan mata anda

Pelindung UV mata fizikal (Physical Eye UV Defense) adalah satu penapis suria baru dan hebat yang dirumus khas untuk kawasan mata, ia kalis air dan tidak akan menitis (non-migrating) ke mata anda. Ternyata ia harus digunakan pada waktu pagi. Biasanya, krim mata yang lebih tebal paling sesuai digunakan pada waktu malam dan dibiarkan semalaman untuk menghidrat dan memulihkan kulit.

sunscreen
sunscreen

10. Menguruskan Alergi Anda

Musim alergi dan mata yang berair, bengkak muncul secara serentak. Di sini ada satu berita baik: Ubat-ubat dari kaunter yang anda ambil untuk alergi, selesema, atau jangkitan sinus dapat menghentikan bengkak pada mata anda dan juga hidung anda yang berhingus.

allergic relief
allergic relief

11. Menukar Kedudukan Tidur

Adakah anda seorang yang tidur sisi atau meniarap ? Daya gravity menyebabkan bendalir terkumpul di bawah mata anda, yang mungkin menjelaskan kemunculan kantung mata yang bedebah itu. Cuba tidur menelentang dan tambah bantal lebih di bawah kepala anda.

kedudukan tidur
kedudukan tidur

12. Menggunakan Krim Mata

Krim mata yang betul dapat membantu anda menghindari dan menghilangkan eyebag. Sebagai panduan, pilihlah krim mata yang dirumus dengan asid hialuronik, retinol, gliserin, vitamin C dan mentega syea kerana ia berkesan untuk mengembalikan kemudaan dengan mengetatkan kulit di kawasan bawah mata.

krim mata
krim mata

13. Pakai Kentang

Kentang diperlukan dalam mana-mana resipi. Kentang mengandungi enzim yang mengurangkan pigmentasi kulit muka. Untuk penggunaan yang berkesan, bersihkan kentang dan bahagikannya kepada kepingan. Kemudian tekan hirisan ini ke dalam kulit di sekeliling mata untuk mengurangkan bintik hitam. Semasa tidur, seseorang harus menghabiskan kira-kira 10-20 minit di kedua-dua sisi.

14. Masker Yogurt

Yogurt mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti kalsium, vitamin A, riboflavin, tiamin dan niasin. Ia juga terkenal dan dihargai kerana sifatnya yang berkaitan dengan kecantikan. Sapukan yogurt pada muka membantu ia kekal lembap dan mengurangkan penampilan garis bawah mata. Ini boleh dicapai dengan mengambil satu sudu yogurt, campurkan dengan air, kemudian sapukan ke muka. Setelah kering, bancuh lagi dengan air dan sapukan lagi.

15. Pastikan Dapat Tidur Yang Mencukupi

Kurang tidur atau tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kedutan di bawah mata. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam.

16. Hilangkan Air Mata

Kedutan di bawah mata yang disebabkan oleh air mata yang kerap boleh diatasi dengan mengelakkan faktor yang menyebabkan air mata anda keluar seperti kemalangan atau mengelakkan sentuhan dengan bahan yang menyebabkan koyak.

17. Menghilangkan Garis Halus dan Kedutan

Anda boleh mencuba produk kosmetik yang mengandungi retinol atau asid hyaluronik yang boleh meremajakan kulit dan mengurangkan garis halus dan kedutan.

18. Menghilangkan Bengkak

Bengkak di bawah mata boleh disebabkan oleh pengumpulan cecair di bawah mata. Anda boleh cuba mengelap bawah mata anda dengan teh hijau sejuk atau pek ais selama beberapa minit setiap hari untuk mengurangkan bengkak.

19. Kekalkan Gaya Hidup Sihat

Makan diet yang sihat, kerap bergerak dan mengelakkan merokok dan minuman beralkohol boleh membantu mengekalkan kulit anda sihat dan menghilangkan kedutan bawah mata.

20. Rawatan Estetik

Rawatan estetik seperti pengisi, Botox, laser, dll. boleh digunakan untuk menghilangkan kedutan di bawah mata. Walau bagaimanapun, pastikan anda melakukan rawatan ini dengan doktor yang berpengalaman dan berlesen.

Cubalah buat salah satu cara di atas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. InsyaAllah eye bag anda tu akan nampak lebih bersinar dan kesan kedutan di bawah mata akan beransur-ansur hilang. Kalau kurang berkesan pun tak apa, ianya akan memberikan kesegaran pada mata anda juga.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Petua Untuk Hilangkan Kedut Bawah Mata (Eyebag) Yang Berkesan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *