Maybank Malaysia adalah salah satu bank terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1960-an. Bank ini mempunyai lebih daripada 400 cawangan di seluruh negara dan mempunyai kehadiran global di beberapa negara termasuk Singapura, Indonesia, Filipina, dan negara-negara di Asia Tenggara.
Sejak ditubuhkan, Maybank telah berkembang pesat dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan termasuk akaun simpanan, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pelaburan, insurans, dan banyak lagi.
Antara pinjaman yang paling ramai pelanggan berminat adalah pinjaman peribadi.
Pinjaman Peribadi Yang Ditawarkan Oleh Maybank
Pinjaman peribadi Maybank adalah jenis pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank Malaysia untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan.

Maybank juga menyatakan bahawa ia akan mengambil masa selama 48 jam untuk tempoh kelulusan pinjaman tersebut. Dana akan dipindahkan ke akaun pemohon sebaik sahaja telah mendapat kelulusan pinjaman. Pemohon dikehendaki mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan Maybank.
Mengapa Memilih Pinjaman Peribadi Maybank?
Pinjaman Peribadi Maybank (Maybank Personal Loan) adalah produk yang bertujuan untuk memanfaatkan perkhidmatan kewangan di Malaysia dan juga di serata Asia.
Memanfaatkan perkhidmatan kewangan bermakna ia melibatkan penyediaan akses yang mudah terhadap pembiayaan, terma syarat dan harga yang adil, dan memberikan nasihat berdasarkan keperluan pelanggan, semuanya masih ke arah mengutamakan keperluan masyarakat. Bersama-sama dengan pelanggannya, Maybank memasang impian untuk terus bergerak ke hadapan dan memajukan cita-cita Asia.
Jumlah pinjaman
Jumlah pinjaman peribadi Maybank yang boleh dipohon adalah dari RM5,000 hingga RM100,000.
Kadar Faedah
Kadar faedah ini bergantung kepada jumlah pinjaman. Anda akan dapat menikmati kadar faedah yang lebih rendah dengan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.
Jumlah pinjaman bermula dari RM 5,000. Pinjaman RM 5,000 hingga RM 20,000 akan memberi anda 8.00% p.a. , RM 20,000 hingga RM 50,000 akan memberi anda 7.00% p.a. manakala pinjaman RM 50,000 hingga RM 100,000 akan memberi anda 6.50% p.a. Sila ambil maklum bahawa kadar yang dinyatakan adalah kadar rata.
Jumlah Pinjaman | Kadar Faedah P. A. |
RM 5,000 hingga RM 20,000 | 8.00% Kadar Rata |
RM 20,000 ke atas hingga RM 50,000 | 7.00% Kadar Rata |
RM 50,000 ke atas hingga RM 100,000 | 6.50% Kadar Rata |
Caj dan Bayaran
Pinjaman Peribadi Maybank tidak memerlukan yuran pemprosesan dan juga tiada yuran setem. Pinjaman ini datang dengan pelan perlindungan peribadi dari Maybank. Pemohon akan mendapat denda penalti 1% p.a untuk sebarang kelewatan pembayaran balik pinjaman.
Standard GST 6% akan dikenakan bagi sebarang caj perkhidmatan oleh bank. Pemohon juga akan dikenakan caj RM 200 atau tunggakan 3% (bergantung pada mana pilihan yang lebih tinggi yang akan dikenakan) untuk bayaran awal pinjaman peribadi tersebut.
Tempoh pembayaran
Pelanggan boleh memilih tempoh pembayaran dari 2 hingga 6 tahun.
Bayaran balik
Bayaran balik pinjaman peribadi Maybank dilakukan melalui pemotongan automatik gaji atau pemindahan wang secara automatik dari akaun bank pelanggan.
Caj lewat bayar
Caj lewat bayar akan dikenakan sekiranya pelanggan gagal membuat bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan.
Tiada cagaran
Pinjaman peribadi Maybank adalah tanpa cagaran, jadi pelanggan tidak perlu meletakkan apa-apa jaminan sebagai cagaran.
Syarat-syarat Kelayakan
Pinjaman peribadi Maybank hanya boleh didapati untuk warganegara Malaysia sahaja. Anda perlu berusia 21 tahun hingga 60 tahun pada tempoh akhir pembayaran balik. Gaji bulanan minimum untuk menjadikan anda layak adalah sebanyak RM 2,500 sebulan atau RM 30,000 setahun bagi pekerjaan tetap.
Dokumentasi
Bekerja
- Salinan Kad Pengenalan Malaysia (Hadapan dan belakang)
- Borang BE terbaru dari LHDN beserta dengan resit cukai
- Penyata gaji paling terbaru selama 3 bulan
- Penyata akaun bank paling terkini selama 6 bulan
Bekerja Sendiri
- Salinan Kad Pengenalan Malaysia (Hadapan dan belakang)
- Salinan pendaftaran Syarikat
- Borang BE terbaru dari LHDN beserta dengan resit cukai
- Penyata akaun bank paling terkini selama 6 bulan
Jadual Pembayaran Balik

Kebaikan
- Bayaran serendah RM 102.78 untuk sebulan
- Pelan Insurans Wajib
- Tersedia untuk sektor swasta
Keburukan
- Kadar adalah agak tinggi berbanding dengan pinjaman lain di Malaysia
Adakah Saya Perlu Pinjaman Peribadi Maybank?
Dengan Pinjaman Peribadi Maybank, anda akan menerima terma syarat yang fleksibel serta kadar yang berpatutan. Untuk mendapatkan pinjaman yang bersesuaian dengan anda, isikan borang di halaman ini dan bandingkan pinjaman peribadi Maybank dengan pembekal lain hari ini.
Anda boleh mengubah keputusannya mengikut kesesuaian diri anda dengan menyatakan jumlah yang anda ingin pinjam, tempoh pembayaran yang anda inginkan, dan juga pendapatan bulanan anda.
Dengan membandingkan melalui RinggitPlus, atau iMoney, anda akan boleh memastikan bahawa anda menerima pinjaman peribadi yang direka mengikut keperluan kewangan anda. Cubanya sekarang! Anda juga boleh menyemak butiran penerangan mengenai pinjaman peribadi Maybank di bawah, seperti kadar bayaran yang dikenakan dan apa yang anda perlukan sekiranya anda ingin membuat permohonan.
Selain daripada Maybank, terdapat banyak lagi bank lagi yang menawarkan pinjaman peribadi bagi mereka yang perlukan. Antaranya termasuk MBSB yang juga mempunyai pinjaman sedemikian. Jika anda minat, boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui tentangnya.
Maybank Ezy Cash
Lagi satu pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank adalah Ezy Cash. Jika anda adalah pemegang kad kredit dari Maybank, maka anda boleh mendapatkan wang tunai melalui pinjaman ini.
Maybank EzyCash /JEzyCash-i melalui Maybank2u adalah pinjaman yang ditawarkan kepada Pemegang Kad Utama Kad Kredit Maybank sedia ada dengan had kredit yang tersedia. Kemudahan ini diambil dari had kredit Ahli Kad yang sedia ada dan ditukar menjadi pelan ansuran.
Maybank Ezy Cash ini pada dasarnya merupakan pinjaman peribadi yang dipakej semula dan dipanggil Ezy Cash di mana anda perlu membayar balik pinjaman yang anda buat dalam tempoh 6 bulan. Oleh itu, kadar faedah efektif bagi pinjaman tunai ini adalah lebih daripada 10%.
Jadi pinjaman ini tidak digalakkan jika anda bukan perlukan wang demi perkara kecemasan. Anda perlu tahun kadar yang tinggi yang perlu anda bayar balik dalam tempoh yang singkat boleh menjadi satu beban kepada anda sekiranya anda tidak mampu bayar tepat pada masa.
Kebaikan:
- Kelulusan segera: Pelanggan boleh memohon dan mendapatkan kelulusan segera dalam masa 24 jam, menjadikan Maybank Ezy Cash sesuai untuk keperluan kewangan yang mendesak.
- Tiada cagaran: Maybank Ezy Cash adalah jenis pinjaman peribadi tanpa cagaran, jadi pelanggan tidak perlu meletakkan apa-apa jaminan sebagai cagaran.
- Pinjaman yang fleksibel: Pelanggan boleh memilih jumlah pinjaman yang sesuai dengan keperluan mereka, dari RM5,000 hingga RM100,000, dan tempoh pembayaran dari 2 hingga 6 tahun.
- Kadar faedah yang kompetitif: Kadar faedah Maybank Ezy Cash bermula dari 6.5% setahun, menjadikannya salah satu kadar faedah yang paling kompetitif di pasaran.
- Pelbagai pilihan pembayaran balik: Pelanggan boleh membuat pembayaran balik melalui pemotongan automatik gaji atau pemindahan wang secara automatik dari akaun bank pelanggan.
- Program promosi: Maybank kerap menawarkan program promosi untuk Maybank Ezy Cash, seperti kadar faedah yang lebih rendah atau yuran pemprosesan yang lebih rendah, yang menjadikannya lebih menarik untuk dipohon.
- Mudah dipohon: Pelanggan boleh memohon Maybank Ezy Cash secara dalam talian, atau melalui salah satu cawangan Maybank Malaysia yang terdekat, menjadikan ia mudah dan cepat dipohon.
Keburukan
- Yuran pemprosesan: Maybank Ezy Cash mempunyai yuran pemprosesan yang dikenakan untuk setiap permohonan. Yuran ini boleh menjadi kos tambahan yang tidak dijangka, jadi pastikan anda mempertimbangkan yuran ini sebelum memohon.
- Kadar faedah yang boleh berubah-ubah: Kadar faedah Maybank Ezy Cash boleh berubah mengikut keadaan pasaran, jadi pastikan anda memahami dan merancang pembayaran balik anda dengan betul.
- Penalti pembayaran lewat: Jika pelanggan gagal membuat pembayaran balik pada masa yang ditetapkan, mereka akan dikenakan penalti pembayaran lewat. Ini boleh meningkatkan jumlah pembayaran bulanan dan membebankan keadaan kewangan anda.
- Risiko kekurangan kewangan: Jika pelanggan tidak mempunyai kestabilan kewangan yang mencukupi, memohon pinjaman peribadi seperti Maybank Ezy Cash boleh meningkatkan risiko kekurangan kewangan dan menambah beban hutang.
I realy need a money to upgrade my shopp
Saya dri Kalbar ap boleh mengajukan pinjaman
Payslip gji tk blh bt pnjman
Susah nak buat pinjaman.. Baik tulis kt syarat hanya ada degree sahaja boleh buat pinjaman
boleh ke buat pinjaman..saya gaji basic hanya 1200 jee..saya kerja petrol station dekat kemunting
Hi.. Sy kerja govement tp gaji mmg siput lar… Hutang pn banyak tp sy ada income luar seperti bisnes2 tertentu.. Sy mohon pinjaman untuk roll modal dan perbaiki lg bisnes sy.Sy perlukan rm10k dan boleh buat pemotongan auto debit d akaun maybank sy sbb stiap bulan duit akan masuk
Salam. Masalah. Gaji slip 3bulan dlm nk pinjam dan bulan bayar ?