Pinjaman Peribadi Alliance Bank Malaysia

Adakah anda sedang mencari pinjaman peribadi Alliance Bank? Jika ya, marilah kita buat sedikit kajian dan semakan tentang institusi kewangan ini.

Alliance Bank Malaysia Berhad adalah sebuah bank perkhidmatan penuh yang menyediakan perbankan untuk pengguna (termasuk kad kredit dan pinjaman peribadi), perbankan PKS, perbankan borong, perbankan Islam, perbankan pelaburan dan perkhidmatan pembrokeran saham.

alliance bank Foto kredit kpd Alliance Bank

Alliance Bank telah wujud selama kira-kira 50 tahun, ia telah melalui penggabungan antara beberapa bank yang berlainan dan institusi kewangan. Ia mempunyai pelbagai saluran penyampaian termasuk cawangan bank, pusat perbankan, dan pejabat pemasaran langsung di seluruh negara. Alliance Bank dikenali dengan penyelesaian kewangan yang kreatif dan inovatif kepada masyarakat Malaysia.

Perkhidmatan Yang Diberikan oleh Bank Ini

Produk pinjaman peribadi Alliance Bank (CashFirst, CashVantage dan Pension Financing-I untuk pesara tentera) boleh memberi pinjaman kepada pemohon yang layak sehingga RM150,000 dengan tempoh pembayaran balik maksimum 7-10 tahun.

CashFirst

Alliance CashFirst Personal Loans memberikan anda keperluan kewangan sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Anda kini boleh menikmati lebih fleksibiliti untuk kewangan anda dengan ansuran bulanan yang amat rendah.

Apa yang bagus tentang pinjaman ini adalah ia tiada yuran pemprosesan dan bayaran balik awal. Kadar faedah adalah tetap dan tawaran amat kompetitif untuk sepanjang hayat pinjaman peribadi anda. Anda boleh membuat semua bayaran tambahan yang anda mampu dalam tempoh pinjaman.

Pinjaman tidak bercagar ini juga boleh digunakan untuk menggabungkan sehingga empat kad kredit atau komitmen pinjaman peribadi untuk menjadi satu akaun satu ini dan dengan itu anda dapat membayar semua kehutangan anda dengan cepat.

Tempoh untuk pinjaman itu adalah antara 1 dan 7 tahun dan anda boleh membuat pinjaman peribadi dari Alliance Bank sehingga RM150,000.

CashVantage financing-i (Islamic)

Pinjaman ini adalah serupa dengan kebanyakan bank lain yang menawarkan pinjaman untuk muslim. Pembiayaan CashVantage-i adalah pinjaman peribadi yang patuh kepada pegangan Syariah.

Jika anda meminat dengan pinjaman ini, anda kena tahu bahawa ia tidak ada yuran pemprosesan dan bayaran balik awal. Di samping itu, ia juga boleh digunakan untuk menyatukan kesemuaan hutang yang anda ada juga.

Tempoh untuk bayar balik kesemuaan pinjaman ini adalah berjangka antara 1 hingga 7 tahun.

Produk pembiayaan Islam mungkin tertakluk kepada pembiayaan sekatan, terma dan syarat-syarat Islam. Selain daripada pinjaman peribadi, Alliance Bank juga memberikan perkhidmatan pinjaman pembelian kenderaan motor dan produk gadai janji.

Mortgage refinancing (Islamic)

Pembiayaan semula gadai janji yang patuh kepada pegangan Syariah Islam untuk muslim ini juga dikenali sebagai Alliance ONE Account.

Dengan memohon pinjaman ini, ia membolehkan anda untuk mengeluarkan modal daripada gadai janji rumah anda yang sedia ada untuk memenuhi keperluan wang peribadi atau untuk menyokong urusan perniagaan anda.

Margin pembiayaan adalah amat tinggi di mana anda boleh dapat pembiayaan sehingga 95%. Tempoh pinjaman juga amat lama di mana anda boleh membuat bayaran balik selama 35 tahun.

Manfaat Terperinci

  • Ansuran bulanan yang rendah
  • Tempoh pinjaman FLEKSIBEL sehingga 7 tahun
  • Tiada Yuran Pemprosesan
  • Tiada Penalti Penyelesaian Awal
  • Cepat kelulusan
  • Tidak perlu penjamin atau cagaran
  • Pembayaran boleh dibuat dengan senang melalui IBG

CASHFIRST BALANCE PEMBIAYAAN SEMULA
Menggabungkan sehingga maksimum 4 Kad Kredit dan/atau komitmen Pinjaman Peribadi ke dalam SATU pembayaran balik bulanan.

Siapa Boleh Memohon?

  • Rakyat Malaysia dan penduduk tetap yang bekerja dan menetap di Malaysia sahaja.
  • Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, tetapi menetap di Malaysia akan dipertimbangkan.

Keperluan umur:
Pemohon mesti berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan maksimum 60 tahun (pada tarikh matang pinjaman)

Syarat pendapatan:
Pendapatan kasar bulanan minimum RM2,000 atau RM24,000 setahun.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen-dokumen ini hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan di mana-mana cawangan terdekat. Alliance Bank mempunyai hak untuk meminta dokumentasi tambahan jika perlu.

Pemohon Makan Gaji:

  • MyKad (kedua-dua belah)
  • 3 bulan slip gaji
  • Borang EA / Penyata KWSP / surat daripada majikan

Bekerja Sendiri:

  • MyKad (kedua-dua belah)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D atau Borang 9,24,49 dan M&A)
  • 3 bulan penyata bank / Borang BE dengan resit cukai pendapatan / dokumen sokongan lain

Bagi mereka yang disenarai hitam (blacklisted) dalam laporan CTOS

Ada orang yang ingin tahu sama ada bolehkah mereka memohon pinjaman peribadi dari Alliance Bank jika nama mereka ada di dalam senari hitam oleh CTOS.

Jawapannya adalah tidak boleh. Anda tidak akan diluluskan jika anda disenaraihitamkan dalam laporan CTOS anda.

Walau bagaimanapun, sekiranay nama anda cuma disenaraihitamkan oleh institusi yang bukan kewangan seperti syarikat telekomunikasi atau syarikat yang anda hutang dengan skim ansuran untuk pembayaran bulanan mereka, anda masih layak untuk memohon pinjaman ini daripada Alliance Bank.

Anda juga boleh rujuk ke pinjaman peribadi swasta dari Bank Rakyat jika anda bekerja di syarikat swasta dan ingin untuk memohon pinjaman tersebut.

Baca juga: Skim Pinjaman TEKUN Ditawarkan Oleh Kerajaan

One Comment on “Pinjaman Peribadi Alliance Bank Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *