Cara Hilangkan Pijar Cili di Tangan

Saya tahu, ketika entri ini ditulis, mesti ramai di antara ibu-ibu yang sedang rajin bersilat di dapur. Memang ada banyak juga dari antara mereka yang tercari-cari petua dan cara hilangkan pijar cili di tangan. Betul tak?

Apa lagi sedangkan pada musim yang mengidam ni, sudah tentu ramai yang sudah terkena dengan penangan pijar cili, yang termasuklah saya sekali juga.

cili
cili

Semuanya disebabkan oleh kerajinan saya memasak hidangan ala Minang untuk santapan tengah hari tadi. Ah okey… bab santapan tengah hari tu saya tipu. Anda jangan memandai cakap saya yang ajar tau.

Lepas tu saya membuat keputusan untuk buka browser, dan tanya soalan itu kepada google.

Tada… Muncul beberapa entri cara hilangkan pijar cili di tangan yang rata-ratanya bersetuju bahawa untuk menghilangkan rasa pijar, kita perlu merendamkan tangan ke dalam air larutan garam.

Lepas buat kajian dalam masa satu jama, apa maklumat yang saya dapat tak banya sebab semua tulis benda yang sama, jadi saya ikutlah.

Saya ambil garam keluar dari dapur. Lepas tu saya masukkan garam tu ke dalam semangkuk air paip.

Lepas dah siap, saya pun masukkan kedua-dua tangan saya ke dalam mangkuk yang mengandungi gamara tu. Saya tunggu masa lalu. 10 minit… 15 minit… sampailah masuk minit yang ke 20, saya angkat tangan dan semak,  ho ho ho… , rasa pijar tiada lagi pada tangan saya. Rasa amat mengkagumkan.

Boleh begitu? Boleh blah. Tak berkesan langsung nyah… Serius! Pi mai pi mai, tang tu jugak.

Apa kes?

Geram punya pasal, saya ambil keputusan untuk google kembali semua cara hilangkan pijar cili di tangan, dan buat ujikaji cara-cara yang telah ditulis oleh mereka. Antara cara-cara yang sempat saya baca dan praktikkan ialah

Lain cara-cara untuk hilangkan pijar cili di tangan

Petua 1.
Rendam tangan dalam larutan air garam.

Petua 2.
Rendam tangan yang berpijar dalam air basuhan beras.

Petua 3.
Ambil segenggam gula dan lumurkan pada tangan yang berpijar, kemudian basuh.

Petua 4.
Ambil satu sudu garam halus, lalu lumurkan pada tangan anda selama 2 hingga 3 minit. kemudian cuci sehingga bersih.

Petua 5.
Genggam dan ramas beras yang berhabuk. Lagi banyak habuknya, lagi cepat ianya berkesan.

Hasilnya? Macam berkesan tapi jelas cukup membazir bahan-bahan yang digunakan semua ni. Apa yang paling penting tentang cara-cara yang diberikan di atas adalah semuanya mengambil masa yang cukup lama untuk mendapat hasil yang berkesan. Ini membuatkan saya terfikir.

“Serius kah macam ni? Kenapa semua cara-cara yang diajar macam bukan betul-betul boleh pakai dengan senang? Adakah semua cara yang dikongsikan oleh blogger in sudah pernah dicuba oleh mereka dalam tutorial yang mereka tulis pada blog mereka tu?”

Bertitik-tolak daripada itu, hari ini saya akan mengadakan kelas pengenalan cili secara percuma kepada anda. Bolehkan?

Dari mana datangnya pijar cili

Rasa pijar atau panas cili berpunca daripada sejenis bahan kimia yang dipanggil capsaicin yang banyak terdapat pada urat cili. Boleh anda dapatkan satu cili dan buka untuk tengok isi dalamnya untuk mengetahui apa yang terlekat pada urat cili tu.

Jadi bagaimana menghilangkan rasa pijar cili?

Perlu diingat bahawa punca rasa pedas, hangat dan pijar ini adalah dijadikan daripada sejenis bahan kimia yang dipanggil capsaicin. Untuk menghilangkan kesannya, anda memerlukan bantuan bahan kimia lain yang dikenali sebagai caisen yang bertindak menanggalkan kesan capsaicin pada deria rasa anda.

Apa yang menariknya, caisen bukan satu bahan yang pelik tetapi sebenarnya ia merupakan satu bahan yang sangat mudah didapati kerana ianya ada pada bahan-bahan tenusu seperti yogurt dan aiskrim.

Apa yang perlu anda lakukan ialah menyapukan alkohol pada tangan anda yang berpijar. Lepas sapu akohol, boleh anda rendamkan tangan anda pada semangkuk susu atau bahan tenusu buat masa selama 2 minit.

hilang pijar cili dengan susu
hilang pijar cili dengan susu

Macam ni dah siap.

Sekiranya anda tidak mempunyai bahan tenusu ketika itu, anda digalakkan untuk mencuba cara di bawah.

Basuh kulit dengan air suam bersabun. Gosok kulit dengan sayur-sayuran atau minyak zaitun dan biarkan selama 3 minit. Bilas.

Sedikit info mengenai cili

  • Tumbuh-tumbuhan menghasilkan capsaicin untuk melindungi benih mereka dari pemangsa yang memakan buah-buahan pokok.
  • Biji cili tidak mengandungi dan menghasilkan capsaicin.
  • Cecair kromatografi berprestasi tinggi digunakan untuk mengukur tahap kepedasan cili. Walaupun demikian, cara ini dikatakan sangat mahal dan memerlukan kos yang tinggi.
  • Sebagai alternatif, kaedah Scoville digunakan iaitu dengan menggunakan kumpulan penguji rasa (biasanya sekitar 5 orang) untuk menilai kehangatan tersebut.

Macam mana? Mudahkan. Saya harap tutorial cara hilangkan pijar cili di tangan ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukannya.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *