Zaman sekarang kita banyak menghabiskan masa duduk di depan komputer dan tengok skrin komputer untuk masa yang panjang. Ini boleh meletihkan mata kita dan kita perlu menjaga mata kita dengan baik.
Menatap pada skrin untuk masa yang panjang boleh menyebabkan ketegangan mata dan ini juga boleh menyebabkan masalah visual. Mata anda dipengaruhi oleh gaya hidup dan kesihatan anda. Jadi ia adalah penting untuk anda menjaga mata anda dengan baik.
Dengan membuat beberapa perubahan kecil dan mengikuti beberapa latihan yang dikongsikan di artikel ini boleh menjadi sesuatu yang diperlukan untuk penjagaan mata yang berkesan.
1. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Berikut adalah alasan yang baik untuk tidur lebih awal. Tidur membolehkan mata anda berehat sepenuhnya dan memperolehi tenaga semula selepas kerja harian yang penuh dengan tekanan.
Sekiranya anda tidak dapat tidur dengan masa yang cukup pada waktu malam, anda berisiko untuk mendapat mata kering, yang boleh menyebabkan rasa sakit, kegatalan dan penglihatan kabur.
Dalam kes-kes yang lebih teruk, anda mungkin mengalami kerosakan saraf optik akibat peredaran darah yang teruk dan tersumbat di mata.
2. Jauhi Diri Dari Skrin Komputer
Melihat skrin komputer atau telefon terlalu lama boleh menyebabkan:
- Ketegangan mata
- Penglihatan kabur
- Mata kering
- Masalah menumpukan penglihatan pada jarak jauh
- Sakit kepala
- Sakit leher, belakang, dan bahu
Untuk melindungi mata anda:
- Pastikan preskripsi kacamata atau kanta sentuh anda adalah terkini dan bagus untuk melihat skrin komputer.
- Jika ketegangan mata anda tidak dapat dihilangkan, boleh anda pergi jumpa doktor mata untuk berbincang dengannya mengenai cermin mata yang sesuai untuk melihat komputer.
- Menyelaraskan skrin supaya mata anda adalah pada tahap yang sama dengan bahagian atas monitor. Ini membolehkan pandangan anda sedikit ke bawah di skrin.
- Cuba untuk mengelakkan silau dari tingkap dan lampu. Gunakan skrin anti-silau jika diperlukan.
- Pilih kerusi yang selesa dan boleh memberik sokongan yang baik untuk anda. Menyelaraskannya supaya kaki anda tetap rata di atas lantai.
- Jika mata anda rasa kering, cuba berkedip dengan banyak kali.
- Rehatkan mata setiap 20 minit. Lihat jauh ke jarak 20 kaki selama 20 saat. Berdiri atau pergi berjalan-jalan setiap 2 jam dan berehat selama 15 minit.
3. Selalu Membuat Senaman
Kajian menunjukkan bahawa senaman yang kerap seperti berjalan pantas atau berenang dapat mengurangkan risiko degenerasi makula yang berkaitan dengan usia sehingga 70 peratus. Jadi adalah kita buat senaman sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, dan sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali.
4. Senaman Untuk Mata
Oleh kerana mata mempunyai otot, kita boleh melakukan beberapa senaman untuk kekalkan mata kita dalam keadaan baik. Senaman mata adalah lebih berkesan apabila dilakukan pada waktu malam, apabila mata anda merasa letih dan sebelum pergi tidur. Sekiranya anda melakukan senaman dengan dengan konsisten selama sebulan, anda akan mula melihat perbezaan.
Senaman mata yang boleh anda buat adlah dengan memanaskan mata anda selama lima saat dengan tapak tangan yang hangat dan lakukan tiga kali. Memusing mata juga dapat membantu otot mata anda. Boleh anda cuba untuk pusingkan mata anda kira-kira sepuluh kali dalam kedua-dua arah.
Untuk mengasah fokus anda, pegang sebatang pen dan letak pada panjang lengan dan tumpukan penglihatan padanya. Gerakkan pen mendekat dengan perlahan sehingga kira-kira enam inci dari hidung anda. Mengulang proses ini untuk sepuluh kali.
Membuat senaman mata ini dengan kerap dapat membantu pergerakan mata dan menjadikan kelihatan mata yang lebih tajam.
5. Pakai Pelindung Kaca Mata
Pakai pelindung kaca mata apabila bermain sukan atau melakukan aktiviti di sekitar rumah. Pelindung kaca mata termasuk kaca mata keselamatan dan cermin mata, perisai keselamatan, dan pengawal mata yang direka khas untuk memberikan perlindungan yang betul untuk aktiviti tertentu.
Kanta-kanta sentuh mata yang paling banyak diperbuat daripada polikarbonat, yang 10 kali lebih kuat daripada plastik lain.
6. Elakkan Menggosok Mata
Tangan terdedah kepada banyak kotoran, debu dan bakteria, dan semua ini boleh dipindahkan ke mata dengan mudah setiap kali anda menyentuh atau menggosoknya. Jadi elakkan meletakkan tangan ke mata anda untuk mengelakkan jangkitan dan kerengsaan. Sekiranya kebiasaannya begitu tertanam pada kelakuan anda, lakukan usaha untuk menyingkirkannya secepat mungkin.
7. Makan Diet Seimbang
Sebagai sebahagian daripada diet sihat anda, adalah dinasihatkan untuk pilih diet seimbang dan makanan yang kaya dengan antioksidan, seperti Vitamin A dan C. Makanan seperti sayur-sayuran dan ikan adalah antara yang baik demi menjaga kesihatan mata kita.
Terdapat banyak makanan terutamanya ikan berlemak seperti ikan salmon yang mengandungi asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan makula yang merupakan bahagian mata yang bertanggungjawab untuk penglihatan pusat.
Pengambilan antioksidan yang tidak mencukupi, penggunaan minuman ringan atau lemak tepu boleh menghasilkan reaksi radikal bebas yang boleh merosakkan makula di bahagian tengah retina. Diet tinggi lemak juga boleh menyebabkan deposit yang menyekat aliran darah di arteri. Mata sangat sensitif terhadap ini sebab saluran darah yang memberi nutrisi kepadanya adalah sangat kecil sahaja.
Di samping itu, anda perlu kawal gula darah, tekanan darah dan paras kolesterol anda. Mengekalkan glukosa darah, tekanan darah dan tahap kolesterol yang rendah boleh membantu menjaga kesihatan mata dan badan anda.
5 Makanan Yang Terbaik untuk Kesihatan Mata
1. Ikan
Kebanyakan ikan merupakan sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang boleh memberikan nutrisi untuk mata kita.
Ikan berminyak adalah ikan yang mempunyai minyak dalam usus dan tisu badan mereka. Jadi makan ikan-ikan boleh menawarkan minyak ikan omega-3 yang lebih tinggi untuk kita. Ikan yang mengandungi paras omega-3 yang paling bermanfaat termasuk:
tuna, salmon, trout, makarel, sardin, ikan bilis dan ikan hering.
Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa minyak ikan boleh memulihkan mata kering, termasuk mata kering yang disebabkan oleh kehabisan terlalu banyak masa di depan komputer.
2. Sayur-sayuran
Sebagai contoh, sayur kale, bayam, dan kolard adalah kaya dengan vitamin C dan vitamin E. Sayur-sayur ini juga mempunyai karotenoid lutein dan zeaxanthin yang merupakan nutrisi yang diperlukan oleh mata.
Di samping itu, bentuk vitamin A yang berasaskan dari tumbuhan ini boleh mengurangkan risiko penyakit mata yang mempunyai jangka masa panjang, termasuk AMD dan katarak.
3. Badam
Badam adalah bijirin yang seperti kacang dan bijirin lain. Ia secara umumnya adalah baik untuk kesihatan mata. Almond mengandungi vitamin E yang boleh mengawal dan menentang molekul yang tidak stabil yang menyasarkan tisu sihat.
Mengambil nutrisi vitamin E secara tetap boleh membantu mencegah degenerasi makula yang berkaitan dengan usia serta katarak. Anda harus mengambil sebanyak 15 mg vitamin E sehari. Satu hidangan badam adalah kira-kira 23 kacang, atau ΒΌ cawan, dan mempunyai 11 IU. Kacang dan biji lain yang mengandungi vitamin E termasuk biji bunga matahari, hazelnut, dan kacang.
4. Teh Hijau
Minum secawan teh hijau merupakan sesuatu yang amat santai dan menikmati. Selain daripada itu, teh hijau juga mengandungi antioksidana yang boleh membantu mengurangkan risiko untuk menghidapi katarak dan degenerasi makula.
Teh hijau mengandungi bahan-bahan yang sihat yang dikenali sebagai katekin(catechin) yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksidannya. Makanan lain yang tinggi dalam katekin termasuk coklat, berry dan epal. Teh hitam juga mempunyai catechin, tetapi jumlah kandungan adalah lebih rendah berbanding dengan teh hijau.
5. Lada Loceng
Tahukah anda bahawa lada loceng berwarna terang adalah pemakanan nutrisi yang boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia? Makan satu biji lada loceng dapat menyediakan 100 peratus nutrisi harian untuk vitamin A dan vitamin C bagi badan kita.
Tambahan pula, lada loceng adalah bebas lemak, rendah kalori, dan mengandungi tiga gram serat per cawan. Selain memberi badan anda isi vitamin yang diperlukan, ia juga boleh memberi nutrisi yang diperlukan oleh mata kita.
5 Pembuatan Yang Boleh Merosakkan Mata Kita
1. Gunakan Titisan Mata Terlalu Banyak
Sesetengah titis mata mengandungi pengawet benzalkonium klorida, yang boleh menyebabkan tindak balas hipersensitiviti. Menggunakan titisan mata terlalu kerap boleh merengsakan mata anda. Jadi adalah baik untuk anda gunakan hanya apabila anda memerlukannya. Jangan titiknya setiap hari pada bila-bila masa dan menjadikannya tabiat buruk.
2. Menonton Televisyen Pada Waktu Gelap Malam
Tidak kira anda menonton mana-mana jenis skrin, termasuk televisyen, telefon bimbit, atau laptop sebelum tidur dalam keadaan yang gelap adalah tidak baik untuk mata anda. Ini disebabkan bahawa tahap cahaya boleh berubah dengan cepat, jadi mata anda perlu bekerja lebih keras untuk memproses perubahan ini. Akibatnya ia mungkin menyebabkan kesakitan, keletihan mata, sakit kepala, kemerahan mata, mata kering dan sebagainya.
3. Menggosok Mata
Menggosok mata mungkin boleh memberikan kelegaan kepada anda, tetapi anda juga menyebarkan kotoran dan bakteria ke dalam mata anda apabila anda menggosoknya. Anda mungkin memindahkan kuman ke mata anda dengan cara ini dan bakteria merupakan penyebab utama bagi seseorang mendapat mata merah jambu. — dari Jessica Ciralsky, M.D.
4. Tidak Memakai Cermin Mata
Mengikis yang berlebihan boleh menyebabkan mata jadi ketat, yang kemudian boleh menyebabkan kesakitan. Jadi bagi mereka yang mempunyai rabun jauh, adalah baik untuk pakai cermin mata anda selalu.
5. Tidur Dengan Pakai Kanta Sentuh
Tidur dengan pakai kanta sentuh bukan saja meningkatkan risiko anda untuk jangkitan mata, anda juga boleh merengsakan mata anda dan mengalami masalah lain dengan kornea di permukaan depan mata anda. — dari Allison Babiuch, MD.
Mitos dan Fakta Mengenai Mata
Mitos 1
Anda akan merosakkan penglihatan mata anda dengan duduk terlalu dekat dan menatap dengan skrin televisyen atau skrin komputer sepanjang hari.
Fakta
Skrin elektronik tidak menyebabkan kerosakan penglihatan mata kita. Tetapi menatap pada skrin buat masa yang lama boleh meningkatkan kekeringan dan ketegangan mata. Untuk menyelesaikan masalah ini, boleh anda gunakan gelas anti-silau, berehat kerap, dan ingat untuk berkelip mata dari masa ke masa.
Mitos 2
Anda boleh pergi berenang dengan pakai kanta sentuh
Fakta
Anda mungkin pernah pergi berenang dengan pakai kanta sentuh anda, tetapi ia mempunyai risiko dengan memakainya. Sekiranya anda pakai kanta sentuh yang lembut dan membuka mata anda di bawah air, anda mempunyai kemungkinan untuk mendapat jangkitan yang boleh membahayakan mata anda.
Mitos 3
Duduk terlalu dekat dengan TV boleh memburukkan mata kanak-kanak
Fakta
Pernahkah anda melihat anak anda menonton TV dan rasa hairan kenapa mereka boleh menonton dengan selesa semasa duduk begitu dekat dengan skrin? Walaupun duduk dekat dengan TV mungkin boleh jadikan tidak selesa kepada orang dewasa, tetapi ia tidak akan menyebabkan kerosakan mata kanak-kanak.
Mitos 4
Membaca dalam cahaya redup akan merosakkan mata anda
Fakta
Membaca dalam cahaya redup mungkin menjadi lebih sukar dengan umur, tetapi ia tidak akan menyakiti mata anda, kata Dr Beth Summers, OD.
Rujukan:
- Simple Tips for Healthy Eyes
- 20 Tips for Optimal Eye Health
- Digital tablets help readers with vision loss