Semakin hari kos hidup semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kos makanan, tempat tinggal, utiliti, dan juga segala apa yang hidup memerlukan kos untuk disara. Kita tidak boleh lari dari terlibat dengan kos dalam kehidupan seharian seperti ini langsung.
Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, mencari nafkah untuk menyara keluarga adalah perkara wajib bagi semua lelaki. Tidak boleh kita sebagai lelaki sangat dituntut dalam agama islam dan juga dalam kehidupan berkeluarga.
Pernah kita terfikir bagaimana cara untuk mengurangkan kos sara hidup keluarga kita? Atau kita langsung tidak terfikir bagaimana cara untuk mengurangkan nya langsung. Jika kita tidak pernah terlintas untuk mengurangkan kos sara hidup, maka kita perlu bekerjalah dan berusaha kuat sehingga kita mencapai umur pencen.
Setiap bulan kita akan berterusan mengeluh kerana tidak cukup wang untuk sara keluarga. Bagi seorang bapa seperti kita, kita kena bijak menguruskan kos sara hidup keluarga.
Semasa saya mempunyai anak pertama dahulu tidak pernah terfikir untuk mengurangkan kos sara hidup. Ketika itu kami berbelanja agak mewah. Makan pun bermewah, kalau dulu setiap minggu kami makan diluar, KFC, Pizza Hut, MCDonald menjadi pilihan kami sekeluarga yang biasa. Jika dulu apabila berbelanja ke pasar pasti ikan tenggiri, udang besar, sotong, ketam menjadi pilihan kami sekeluarga.
Apabila sudah dapat anak ke 2 segala kehidupan di keluarga saya mula berubah. Kami tidak boleh berbelanja semewah seperti dahulu kerana ada 3 mulut wajib diberi makan.
Semasa saya mempunyai anak kedua perkara pertama yang saya jimatkan adalah lampin anak. Kos lampin anak memang agak tinggi buat setiap bulan. Dalam sehari hampir 5 atau 6 keping lampin pakai buang digunakan, cuba kira kalau 6 keping didarab dengan 30 hari, maka 180 keping yang diperlukan buat setiap bulan.
180 keping bersamaan dengan 3 bag lampin pakai buang. Hampir RM 100 lebih sebulan diperlukan untuk anak sahaja, itupun belum dikira susu serta yang lain-lain lagi.
Bagi saya, selepas mendirikan rumah tangga RM 1.00 adalah amat berharga bagi saya sekeluarga. Seboleh-bolehnya RM 1.00 saya gunakan kepada perkara yang berfaedah. Kalau dulu masa bujang baju t-shirt berharga RM 100 pun sanggup beli tanpa kelipkan mata. Tapi sekarang baju melayu berharga RM 10.00 pun sudah memadai.
Kos hidup kini semakin tinggi, kita tidak boleh lari dari nya. Apa yang kita harus lakukan adalah mula berjimat dan lihat kembali kalau ada apa-apa yang kita rasakan tidak perlu, kita harus buang atau cari jalan untuk mengurangkan nya.
Kepada pembaca bujang jangalah takut untuk berkahwin selepas ini. Ini adalah sedikit cerita tentang berjimat cermat. Kata orang bila sudah ada anak nanti maka bertambah lah rezeki kita. Rezeki ada dimana-mana kita kena bijak mengendalikan rezeki yang telah diberi kepada kita.
Berjimat cermat adalah jalan satu-satunya untuk kita mengimbangi kos hidup yang semakin tinggi. Tentang pemakaian lampin diaper, untuk menggantikan DD adalah satu langkah yang sangat bijak. Ia boleh menjimatkan wang beratus hingga beribu ringgit.
8 Petua Untuk Perbelanjaan Yang Bijak
Semua rakyat perlu memberi perhatian terhadap perkara ini! Adakah anda mengalami masalah di mana wang tidak mencukupi untuk pembelanjaan setiap hari? Adakah gaji anda dihabiskan dengan cepat setiap bulan?
Jika jawapan anda adalah “Ya”, maka anda perlu mengamalkan apa yang saya ingin berkongsi bersama anda di sini bagaimana untuk membuat perbelanjaan yang bijak supaya tidak kekurangan wang bagi setiap bulan lagi. Walaupun penurunan nilai RM pun tidak akan terjejas bajet anda!

Dalam kejatuhan nilai ringgit yang semakin banyak, ramai orang keliru tentang masa depan. Terdapat ramai orang yang perlu menghadapi masalah wang yang tidak cukup untuk perbelanjaan setiap hari sebab seluruh keluarga perlu disara.
Ringgit Malaysia Turun Dengan Banyak
Penukaran mata wang Ringgit Malaysia telah jatuh dari RM3.50 sampai ke RM4.25 untuk USD$ 1.00. Susut nilai ringgit mempunyai impak yang besar. Ini bukan sahaja memberikan impak kepada rakyat yang sering berkunjung ke luar negeri, tetapi ia juga untuk meningkatkan harga import dalam negeri.
Penurunan nilai RM, dengan kata lain, sama dengan pemotongan gaji dari bos anda. Dalam masa gelap ini, ramai orang berasa tidak tentu pada masa depan. Gaji yang mereka terima setiap hari tidak mencukupi untuk membayar keperluan harian.
Boleh Hidup Juga Dengan Gaji Yang Rendah
Jadi, apa yang saya dah bagi tahu anda adalah walaupun dengan gaji yang kurang, anda masih boleh hidup dengan selesa. Apa yang penting adalah anda perlu memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan. Jangan putus asa atas satu pelaburan yang anda buat sebab keuntungan yang rendah. Selagi anda mengambil langkah pertama, anda tidak jauh dari kejayaan.
1. Memahami status kewangan anda
Pertama, anda perlu ambil sebatang pen dan kertas untuk membuat kiraan. Senaraikan peratusan perbelanjaan atas makanan, sewaan rumah, pengangkutan, hiburan, rekreasi, penjagaan ibu bapa, wang simpanan, dan lain-lain.
Dapatkan pemahaman aliran wang bulanan anda supaya anda dapat mengetahui mana tempat yang menjadikan wang anda tidak cukup.
2. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu
Katakan perbelanjaan bulanan atas makanan adalah 25%, sewaan rumah + pengangkutan adalah 40%, hiburan & rekreasi 15%, duit kepada ibubapa 15%, wang simpanan dan lain-lain 5%.

Dalam peratusan perbelanjaan seperti ini, selagi perbelanjaan atas rekreasi dikurangkan 5%, dan bayaran pengangkutan juga dapat dikurangkan 5%, ditambah dengan 5% wang simpanan setiap bulan, maka lepas pelarasan, anda sekarang dapat simpan 15% daripada gaji anda.
3. Simpan 10% daripada gaji bulanan
Tidak kira sama ada gaji anda rendah atau tinggi, tetapi simpanan 10% yang tetap untuk bulanan mesti dilaksanakan! Jika anda simpan RM200 untuk satu bulan dan dalam satu tahun anda akan mempunyai RM2400. Jika simpan dalam bank, jumlah faedah yang ditambahkan lepas beberapa tahun akan menjadikan ia amaun yang lebih banyak lagi!
Wang simpanan ini dapat membantu anda membuat fixed deposit, atau sebagai bayaran pertama bila membeli rumah. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan jumlah hutang dari pinjaman bank, melabur, atau mengekalkan taraf hidup anda jika anda dipecat oleh majikan.
4. Peruntukan kewangan yang betul
Peratusan peruntukan kewangan yang terbaik adalah:
- perbelanjaan bulanan: 50%
- pelaburan: 15%
- simpanan: 25%
- hiburan: 10%
Dan anda perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga bulan daripada gaji bulanan anda.
5. Gunakan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan anda untuk tujuan pelaburan
Menghabiskan 10% daripada gaji bulanan untuk belajar kemahiran baru, melabur dalam saham, unit amanah, atau koleksi duit syiling lama yang mempunyai nilai. Carilah apa-apa pelaburan yang anda berminat dan melaksanakan dengan perlahan-lahan. Dalam kadar jangka panjang kepulangan wang adalah tinggi.

6. Membeli insurans
Sekiranya anda mempunyai keupayaan wang, adalah baik untuk anda membeli insurans kesihatan, insurans perubatan, dan sebagainya seawal mungkin. Walaupun anda perlu mengeluarkan satu perbelanjaan bulanan yang baru, tapi insurans ini dapat menyelamatkan anda supaya anda usah risau tentang kemalangan yang mungkin laku pada keluarga anda.
7. Menentukan matlamat kewangan
Anda boleh mengikut dengan apa yang ditunjukkan dalam gambar untuk menentukan matlamat kewangan jangka panjang anda sendiri. Boleh anda rujuk kepada nombor-nombor yang dinyatakan supaya anda boleh menyakinkan diri bahawa gaji bulanan anda mempunyai kemungkinan untuk memperolehi pendapatan pulangan yang menarik juga.
8. Tampalkan matlamat kewangan di tempat yang mudah dilihat
Perkara yang paling sukar untuk berjaya bukanlah untuk mengambil langkah pertama, tetapi untuk tetap berakhir dengannya. Oleh itu adalah baik untuk anda tampalkan matlamat kewangan anda di banyak tempat yang boleh anda lihat.
Macam ini ia dapat ingatkan diri anda dari semasa ke semasa! Selagi anda memberitahu anda tujuan mengapa anda perlu bekerja keras, anda biasanya akan dapat meneruskan keusahaan buat masa yang panjang.

Sudah tentu adalah sesetengah orang akan berkata: “Setiap bulan cuma simpan jumlah wang yang begitu sedikit, lepas kira masuk inflasi, SST dan sebagainya, walaupun beberapa tahun kemudian melihat jumlah wang menjadi banyak sikit, tetapi masih tidak berguna!” Ya, mungkin cakap macam ini betul.
Simpanan yang anda buat sekarang mungkin tidak banyak membantu di masa depan, tetapi jika anda tidak simpan sebarangan wang sekarang, anda akan tidak dapat apa-apa pun pada akhirnya!
Artikel berkaitan:
- Cara Membuat Anggaran Bajet Kahwin
- Jika Inflasi 10% Setahun
pada pendapat saya yang 6 anak ni, kos makan adalah yang paling besar dan sukar untuk dianggarkan. Biasanya setiap bulan mesti lari dari budget yang dah kita tetapkan