Jenis-jenis Insurans di Malaysia

Tiga jenis insurans yang paling umum di Malaysia adalah:

  • Am (General)
  • Hayat (Life)
  • Perubatan dan kesihatan (Medical & Health)

Insurans Am (General Insurance)

Insurans am adalah kontrak insurans yang tidak termasuk dalam bidang insurans hayat. Terdapat pelbagai jenis insurans am, ia merangkumi api, marin, motor, kemalangan dan lain-lain yang bukan insurans hayat.

Insurans am dapat membantu kita melindungi diri kita sendiri dan benda-benda yang kita hargai, seperti rumah, kereta dan barang bernilai kita dari kesan kuat risiko kewangan, besar dan kecil – dari kebakaran, banjir, hujan ribut dan gempa bumi, ke kecurian, kemalangan kereta, kemalangan kecil semasa dalam perjalanan – dan juga kos tindakan undang-undang terhadap kita. Kita boleh meninjau perlindungan insurans berdasarkan risiko-risiko yang kita hadapi, dan memilih polisi yang bersesuaian dengan kehendak kita.

jenis jenis insurans
jenis jenis insurans – foto kredit kpd IJN

Insurans motor (Motor Insurance)

Faedah akan dibayar untuk kehilangan, atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran yang tidak disengajakan. Di samping itu, perlindungan ini juga dilengkapi dengan perlindungan kemalangan peribadi percuma bagi setiap pemandu dan penumpang, dari kematian atau kehilangan upaya kekal akibat kemalangan semasa dalam perjalanan atau turun dari kenderaan.

Insurans kebakaran/empunya rumah/isi rumah (Fire/Houseowner/Household Insurance)

Perlu diingatkan bahawa perlindungan insurans kebakaran bukan pada nilai harta tanah tetapi untuk kos pembinaan semula dan penggantian isi kandungannya – pada masa yang sama memastikan anda dan keluarga anda juga diberi perlindungan. Oleh itu, anda perlu membeli polisi empunya rumah dan polisi isi rumah, jika anda menginginkan perlindungan komprehensif untuk kediaman anda dan juga isi kandungannya.

Bencana-bencana utama yang dilindungi dalam ketiga-tiga polisi insurans adalah:

Jenis Perlindungan

Kebakaran

Empunya Rumah

Isi Rumah?

Kerosakan akibat kebakaran, kilat dan letupan 

(disebabkan oleh gas yang digunakan untuk 

tujuan domestik)

Ya

Ya

Ya

Kerosakan akibat pesawat udara, letupan 

(disebabkan oleh gas yang bukan digunakan untuk tujuan domestik), 

kenderaan, haiwan, letusan atau limpahan tangki atau paip air, pemasangan elektrik, ribut angin, 

ribut kencang, gempa bumi, letusan gunung berapi dan banjir

Tidak*

Ya

Ya

Kecurian dengan pecah masuk

Tidak

Ya

Ya

Kehilangan sewa

Tidak*

Ya

Ya

Liabiliti kepada kemalangan pihak ketiga

Tidak

Ya

Ya

Pampasan kematian untuk pengambil insurans

Tidak

Ya

Ya

Penenggelaman dan runtuh tanah*

Tidak*

Tidak*

Tidak*

Rusuhan, mogok dan kerosakan niat jahat

Tidak*

Tidak*

Tidak*

*Pengecualian ini boleh diberi perlindungan di bawah polisi masing-masing dengan premium tambahan.

Kemalangan diri (Personal Accident)

Insurans ini membayar sejumlah wang yang tetap jika anda mengalami kecederaan atau kecacatan sementara, sebahagian atau kekal, atau kematian akibat kemalangan. Insurans kemalangan diri seakan sama polisi insurans hayat, tetapi jumlah yang berinsurans (jumlah bayar balik)selalunya lebih rendah.

Insurans perjalanan (Travel Insurance)

Insurans ini akan melindungi anda dari risiko seperti pembatalan perjalanan, kelewatan, kecemasan perubatan, kehilangan dan kelewatan bagasi, kehilangan passport dan banyak lagi risiko lain yang berkaitan dengan perjalanan. Peristiwa-peristiwa ini mungkin terjadi dan jika anda kerap berjalan-jalan, anda harus memikir tentang pembelian insuran perjalanan kerana kesemua ini berkemungkinan besar akan terjadi pada anda.

Insurans Hayat (Life insurance)

Insurans hayat adalah perlindungan insurans yang membayar balik sejumlah wang tertentu kepada pengambil insurans atau waris yang ditentukan atas peristiwa tertentu seperti kematian pengambilan insurans. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, satu pendekatan berasaskan Shariah untuk perlindungan anda dan keluarga anda.

Terdapat pelbagai jenis produk insurans hayat yang ditawarkan oleh syarikat insurans di Malaysia. Ini termasuk pelan hayat seumur hidup (whole life), bertempoh tetap (endowment), bertempoh (term), berkaitan pelaburan (investment-linked) dan anuiti hayat (life annuity). Polisi insurans hayat berlanjutan hingga bertahun-tahun lamanya, oleh sebab demikian premium perlu dibayar secara tetap (bulanan/suku tahunan/ tahunan) bagi polisi begini.

Jenis-jenis insurans hayat

Jenis-Jenis Insurans Hayat

Pemberian

Bertempoh tetap

Adalah gabungan perlindungan dan simpanan di mana sejumlah wang akan dibayar pada akhir tempoh tertentu apabila terjadi kematian atau kecacatan menyeluruh dan kekal.

Berkaitan pelaburan

Ia menggabungkan pelaburan dan perlindungan, di mana premium anda akan dibahagikan untuk perlindungan insurans hayat dan pilihan pelaburan anda dalam dana tertentu. Anda boleh memilih nisbah peruntukan premium.

Anuiti hayat

Syarikat insurans akan membayar anda dalam satu tempoh masa yang ditetapkan sehingga anda meninggal. Jenis anuiti termasuk anuiti serta-merta atau anuiti tertangguh. Paling sesuai untuk: simpanan persaraan dan pengumpulan kekayaan cukai tertunda.

Ansurans bertempoh gadai janji berkurangan

Ia menginsuranskan pembayaran balik pinjaman harta tanah yang belum dijelaskan kepada institusi kewangan jika pemimjam mangalami kematian, hilang upaya atau penyakit kritikal yang tidak kena pada masanya. Paling sesuai untuk: perancangan harta dan pemindahan asset.

Perlindungan/rider tambahan

Rider adalah tambahan yang diikatkan pada pelan insurans asas seperti insurans bertempoh tetap atau insurans hayat seumur hidup. Rider yang umum adalah perubatan, kemalangan diri dan penyakit kritikal. Paling sesuai untuk: perlindugan perubatan, kemalangan diri dan penyakit kritikal.

Insurans bertempoh

Cuma untuk tempoh terhad sahaja, contohnya 10 tahun. Biasanya ia lebih murah berbanding dengan polisi hayat yang lain. Paling sesuai untuk: penggantian pendapatan dalam tahun bekerja.

Insurans seumur hidup

Ia direka untuk memberikan perlindungan seumur hidup, disebabkan itu ia memerlukan bayaran premium yang lebih tinggi daripada insurans hayat bertempoh. Premiumnya sudah ditetapkan pada satu jumlah, ia mempunyai nilai tunai yang berfungsi sebagai komponen simpanan dan boleh mengumpul cukai tertunda dari masa ke semasa. Paling sesuai untuk: pemindahan kekayaan, pemeliharaan dan, pengumpulan kekayaan cukai tertunda.

Insurans perubatan dan kesihatan (Medical and Health Insurance)

Insurans perubatan digunakan untuk memenuhi pelbagai keperluan rawatan perubatan yang dilindungi oleh polisi insurans perubatan anda. Di Malaysia, insurans perubatan ditawarkan oleh syarikat insurans am dan juga syarikat insurans hayat. Terdapat tiga jenis produk insurans perubatan yang terdapat di Malaysia iaitu:

1. Insurans kad perubatan (Medical Card Insurance) (juga dikenali sebagai insurans kemasukan hospital dan pembedahan)(also known as Hospitalization and Surgical Insurance).

Insurans ini meliputi faedah kemasukan hospital dan pembedahan;

Pembezaan antara kad perubatan kendiri dan rider
Kad perubatan boleh distruktur atau dijual sebagai kad perubatan kendiri atau rider. Kad perubatan kendiri berfungsi sebagai insurans bertempoh, perlindungan akan diaktifkan setiap tahun selagi anda masih membayar premiumnya. Rider pulak digabungkan dengan polisi pelaburan sebagai ciri tambahan.

2. Perlindungan penyakit kritikal (Critical Illness Protection).

Ia adalah polisi yang terpenting yang harus diberi pertimbangan untuk membeli selain daripada perlindungan perubatan dan kemasukan hospital. Insurans penyakit kritikal akan memberi anda sejumlah wang yang ditetapkan (bayaran sekaligus) selepas salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang dinyatakan dikenal pasti terjadi pada diri anda.

Senarai 36 penyakit kritikal:
  1. Penyakit Alzheimer atau demensia teruk (Alzheimer’s Disease or Severe Dementia)
    – kemerosotan atau hilang keupayaan intelek yang timbul daripada penyakit Alzheimer atau demensia yang teruk akibat kerosakan organik otak yang tidak dapat dipulihkan.
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari (Angioplasty and other invasive treatments for coronary artery disease)
    – Angioplasti belon arteri koronari, uretrektomi, rawatan laser atau penyisipan sten untuk membetulkan penyempitan atau penyumbatan.
  3. Meningitis bakteria (Bacterial meningitis)
    – mengakibatkan ketidakupayaan kekal dalam pengurusan aktiviti kehidupan seharian
  4. Tumor otak benigna (Benign Brain Tumor)
    – Tumor benigna di dalam otak atau meninges di dalam tengkorak.
  5. Buta (Blindness)
    – Kehilangan penglihatan yang kekal yang tidak dapat dipulihkan akibat kemalangan atau penyakit.
  6. Pembedahan otak (Brain Surgery)
    – menjalani pembedahan ke otak di bawah anesthesia am semasa kraniotomi (pembedahan tengkorak) dilaksanakan.
  7. Kanser (Cancer)
    – Apa-apa tumor malignan yang dikenal pasti positif dengan pengesahan histology dan dicirikan oleh pertumbuhan sel-sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu.
  8. Kardiomiopati (Cardiomyopathy)
    – diagnosis kardiomiopati oleh pakar kardiologi yang mengakibatkan fungsi ventrikel terganggu secara kekal dan juga gangguan fizikal yang kekal.
  9. Anemia aplasia kronik (Chronic Aplastic Anaemia)
    – Kegagalan sumsum tulang yang kekal dan tidak dapat dipulihkan, yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia
  10. Koma (Coma)
    – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
  11. Pembedahan pintasan arteri koronari (Coronary Artery By-Pass Surgery)
    – menjalani pembedahan buka dada untuk membetulkan atau merawat penyakit arteri koronari dengan cara pintasan graft arteri koronari.
  12. Kepekakan (Deafness)
    – Kehilangan pendengaran yang kekal yang tidak dapat dipulihkan akibat kemalangan atau penyakit.
  13. Ensefalitis (Encephalitis)
    – Keradangan otak yang teruk yang mengakibatkan ketidakupayaan kekal dalam pengurusan activiti kehidupan seharian.
  14. Kegagalan hati peringkat akhir (End-Stage Liver Failure)
    – dibuktikan dengan jaundis kekal; asites (tumpukan cecair serum dalam rongga peritoneum); dan/atau ensefalopati hepatic.
  15. Penyakit paru-paru peringkat akhir (End-Stage Lung Disease)
    – Penyakit paru-paru peringkat akhir yang menyebabkan kegagalan respirasi kronik.
  16. AIDS dengan gejala penuh (Full Blown AIDS)
    – Mesti disokong oleh keputusan ujian antibody HIV (virus kurang daya tahan penyakit) yang positif dan ujian pengesahan.
  17. Hepatitis virus fulminan (Fulminant Viral Hepatitis)
    – Sebarang virus yang menyebabkan nekrosis (kematian tisu hati) dari sub-masif ke masif.
  18. Serangan sakit jantung (Heart Attack)
    – Kematian otot jantung, disebabkan oleh bekalan darah yang tidak mencukupi.
  19. Pembedahan injap jantung (Heart Valve Surgery)
    – Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap kardium akibat daripada kecacatan atau keabnormalan injap jantung.
  20. Jangkitan HIV melalui transfusi darah (HIV Infection Due to Blood Transfusion)
    – Dijangkiti virus kurang daya tahan penyakit (HIV) melalui transfusi darah.
  21. Kegagalan buah pinggang (Kidney failure)
    – Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang diperlihat sebagai kegagalan kronik yang tidak dapat dipulihkan bagi kedua-dua buah pinggang yang memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk berfungsi.
  22. Kehilangan upaya hidup sendiri (Loss of Independent Existence)
    – Pengesahan dari pakar berkenaan mengenai kehilangan upaya hidup sendiri yang mengakibatkan ketidakupayaan kekal.
  23. Hilang keupayaan bertutur (Loss of Speech)
    – hilang keupayaan untuk bertutur sepenuh, kekal dan tidak dapat dipulihkan akibat kecederaan atau penyakit.
  24. Trauma kepala major (Major Head Trauma)
    – menyebabkan ketidakupayaan kekal dalam perlaksaan aktiviti kehidupan seharian.
  25. Transplan organ utama/sumsum tulang (Major Organ / Bone Marrow Transplant)
    – Penerimaan transplant sumsum tulang, jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas manusia akibat kegagalan peringkat akhir organ berkenaan yang tidak dapat dipulihkan.
  26. Penyakit sistik medular (Medullary Cystic Disease)
    – Satu penyakit keturunan buah pinggang yang akan menjadi semakin teruk yang dicirikan oleh kehadiran sista di medula, atrofi tubul dan fibrosis interstisial dengan manifestasi klinikal anemia, poliuria dan kehilangan natrium renal, hingga menjadi kegagalan buah pinggang kronik.
  27. Penyakit neuron motor (Motor Neurone Disease)
    – defisit kekal neurologi dengan simptom klinikal yang berterusan.
  28. Sklerosis berbilang (Multiple Sclerosis)
    – Satu diagnosis kepastian sklerosis berbilang oleh pakar neurologi.
  29. Kelumpuhan anggota badan (Paralysis of Limbs)
    – Kehilangan penggunaan yang tidak dapat dipulihkan, kekal dan menyeluruh bagi kedua-dua lengan atau kaki, atau salah satu lengan dan kaki, melalui penyakit atau kecederaan.
  30. Penyakit Parkinson (Parkinson’s Disease)
    – menyebabkan ketidakupayaan kekal dalam perlaksanaan aktiviti kehidupan seharian.
  31. Hipertensi arteri pulmonari primer (Primary Pulmonary Arterial Hypertension)
    – satu diagnosis kepastian hipertensi arteri pulmonari primer dengan pembesaran ventrikel kanan yang cukup besar, yang ditetapkan oleh para penyiasat termasuk pengkateteran kardium, menyebabkan gangguan fizikal yang kekal.
  32. Penyakit arteri koronari serius (Serious Coronary Artery Disease)
    – Penyempitan lumen arteri koronari kanan (RCA), arteri menurun anterior kiri (LAD) dan arteri sirkumfleks.
  33. Strok (Stroke)
    – Kematian tisu otak akibat bekalan darah yang tidak mencukupi, pendarahan dalam tengkorak atau embolisasi dari sumber tambahan kranial yang menyebabkan defisit kekal neurologi dengan simptom klinikal yang berterusan.
  34. Pembedahan aorta (Surgery to Aorta)
    – Menjalani pembedahan melalui torakotomi atau laparotomi (pembedahan bukaan toraks atau abdomen) untuk memperbaiki aneurisme aorta.
  35. Lupus eritematosus sistemik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk (Systemic Lupus Erythematosus with Severe Kidney Complications)
    – Diagnosis kepastian lupus eritematosus sistemik yang disahkan oleh pakar reumatologi.
  36. Kelecuran tahap ketiga (Third Degree Burns)
    – Luka kulit terbakar meliputi sekurang-kurang 20% daripada jumlah kawasan permukaan badan.

Insurans pendapatan hilang upaya (Disability income insurance)

Insurans pendapatan hilang upaya memberikan satu aliran pendapatan apabila anda tidak dapat bekerja.
Pelan insurans hilang upaya adalah sejenis pelan insurans yang melindung pekerja dari ancaman sebenar yang terdapat di tempat kerja mereka. Jika kemalangan terjadi atas seseorang semasa dia melaksanakan tanggungjawabnya, dia akan dijamin atau dilindungi dengan pendapatan.

Faedah perdapatan masuk hospital (Hospitalization Income Benefit)

Insurans yang memberikan pendapatan semasa pengambil insurans berada di hospital. Polisi jenis ini membuat pembayaran balik secara harian, mingguan atau bulanan. Bantuan pembayaran balik boleh digunakan untuk membayar pembelanjaan hospital atau untuk apa saja tujuan yang dipilih oleh pengambil insurans.

Baca juga: Tips Membeli Insurans Kereta di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *