Web Analytics
bajet kahwin

Cara Membuat Anggaran Bajet Kahwin

Pelan yang terbaik untuk menyediakan bajet perkahwinan adalah dengan mengambil satu siri langkah-langkah yang penting sebelum membuat rancangan atau pembelian pertama.

Anda tidak boleh membuat anggaran yang realistik yang akan membolehkan anda untuk memilih semua unsur-unsur anda mahu untuk hari kebesaran anda, jika tanpa mengetahui pengiraan kos.

Sebagai contoh, anda tidak mahu membuat anggaran kasar dan kemudian terkejut apabila anda mengetahui bahawa pakej fotografi bermula dari RM 3,000 di kawasan anda apabila anda hanya menyediakan bajet RM 1,000 untuk fotografi.

Buatlah sebanyak kajian yang mungkin, melabur masa anda dalam mesyuarat dengan semua pakar-pakar kahwin, mendapatkan senarai harga, dan dapatkan idea yang jelas tentang kesemuaan kos. Kemudian duduk dan melihat dana anda yang mampu untk apa jenis perkahwinan.

bajet kahwin
bajet kahwin

Sini terdapat dua langkah lagi:

1. Berbincang dengan ibu bapa untuk mengetahui sama ada mereka mampu untuk membantu atas pembayaran perkahwinan. (Bukan semua ibu bapa boleh mampu untuk bayar kesemuaan bil hari ini. Ada ibu bapa yang mampu buat bayaran untuk hantaran, dan ada yang mampu untuk katering saja.)

2. Buat Senarai Keutamaan unsur perkahwinan yang penting kepada anda (katering, cenderahati, gaun, dan foto) dan buat kiraan untuk membuat keputusan atas bil yang anda akan belanja.

Katakan anda mungkin akan membuat perbelanjaan 75% daripada bajet anda untuk pakej pelamin, dan 25% untuk perbelanjaan yang lain sahaja. Ia mungkin mengambil beberapa langkah dan masa tambahan, tetapi ia adalah berbaloi untuk membuat bajet yang fleksibel yang membolehkan anda melaraskan.

Belanjawan yang dikongsikan di sini adalah untuk rujukan anda, ia bole membantu anda buat bajet yang boleh dilaksanakan daripada kehilangan kawalan.

Adakah apa bulan yang boleh anda jimat wang?

Tapi juga ingatkan anda sendiri jangan pilih tarikh kahwin pada musim hujan. Ia tidak berbaloi untuk merebut pakej dengan harga yang murah tetapi cuaca memberikan banyak ancaman kepada hari kebesaran anda yang boleh mempengaruhi emosi.

Ada apa butik pengantin yang bajet untuk anda?

Mendapatkan senarai emel daripada beberapa butik pengantin dalam talian. Dengan itu anda boleh membuat bandingan pakej dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet anda. Pilih baju pengantin yang mengadakan promosi dan boleh dapat diskaun yang banyak.

Terdapat mana-mana barangan pengantin perempuan yang perlu belanja?

Kasut yang berkualiti dan selesa untuk pakai. Sama seperti baju pengantin, itu semua adalah tentang perasaan serta bagaimana kelihatan anda. Anda akan pakai kasut sepanjang hari dan sepanjang malam. Maka, keselesaan adalah sangat penting. Salah satu trend baru untuk pengantin lelaki adalah dengan membeli pengantin perempuan sepasang kasut yang hebat sebagai hadiah perkahwinan.

Adakah terdapat mana-mana barangan pengantin perempuan TIDAK patut tolak daripada bajet mereka?

Makanan, makanan, makanan! Walaupun terdapat banyak cara untuk mendapatkan lebih banyak katering denga bajet anda, ia bukan satu idea yang baik untuk menyediakan makanan yang tidak lazat untuk tetamu anda.

Tetamu mungkin akan sangat tidak puas hati apabila mendapatkan katering yang murah yang memberikan makanan yang tidak sedap langsung bagi mereka. Terutamanya saudara mara anda yang datang dari jauh tempat untuk menghadiri hari kebesaran anda.

Hadiah yang paling bernilai adalah mendapat kehadiran tetamu di majlis perkahwinan anda, jadi berikan makanan yang sedap kepada mereka. Anda perlu menumpukan sebahagian yang lebih besar daripada bajet perkahwinan anda ke atas katering untuk makanan yang unik dan lazat, dan juga pencucit mulut yang boleh tetamu nikmati.

Dapatkan Jurugambar Yang Baik

Perkara kedua yang penting untuk penyediaan bajet yang cukup adalah jurugambar anda. Perkhidmatan fotografi mungkin tidah murah, tetapi adalah berbaloi. Gambar yang cantik amat bernilai dari masa ke masa, dan kerja ini anda tidak boleh berikan kepada sesiapa saja yang tidak mahir atau jurugambar yang tiada pengalaman.

Untuk mendapat perkhidmatan fotografi yang baik, anda boleh mengumpul maklumat daripada kawan-kawan dan buat kajian online tentang servis jurugambar yang baik. Ia berbaloi untuk setiap mata wang yang anda belanjakan untuk mendapatkan gambar yang boleh jadi kenangan untuk anda buat seumur tahun!

Adakah cara bijaksana untuk meminta bantuan daripada ibu bapa?

Kebanyakan ibu bapa mengharapkan memainkan peranan untuk menyumbang dalam perkahwinan, jadi cara terbaik untuk memulakan perbualan ini adalah berbincang dengan mereka.

Rancangkan satu makan malam bersama-sama, jika boleh, aturkan makan malam secara berasingan dengan ibu bapa pengantin masing-masing. Berikut adalah cara yang ideal: “Ibu, ayah, kita begitu teruja untuk berkongsi rancangan perkahwinan dengan kamu.

Kami ingin kamu menyertai kami untuk memberi nasihat untuk perkahwinan kami. Kami juga ingin tahu macam mana kamu ingin untuk menyumbang dalam perkahwinan kami. ”

Ibu bapa perlu diberitahu hasrat awal anda tentang perkahwinan, seperti bilangan tetamu, masa tahun dan formaliti, supaya mereka mengetahui skala perkahwinan (dan juga supaya mereka tidak cuba untuk memberi tekanan kepada anda untuk menyediakan majlis perkahwinan impian mereka!).

Dengan komunikasi terbuka, ibu bapa boleh memberitahu anda berapa banyak mereka telah merancang untuk menyumbang, atau anda boleh bantu mereka memahami apa kos perkahwinan anda.

Anda akan mendapat keputusan yang lebih baik apabila anda menjemput ibu bapa untuk menyertai dan membolehkan mereka untuk menyatakan apa yang mereka fikirkan.

Tunjukkan mereka senarai bajet anda dan berkongsi keseronokan anda tentang proses perancangan perkahwinan kepada mereka.

Sekarang jika anda pada mulanya memberitahu ibu bapa anda bahawa anda ingin membuat bajet kahwin tetapi masa kini perbelanjaan telah menimbun, dan anda kini memerlukan bantuan ibu bapa, ia adalah baik untuk diberikan secara langsung: “Kami benar-benar mahu untuk tanggung semua bil diri kita sendiri, tetapi walaupun dengan rancangan sederhana kami perbelanjaannya masih lebih besar daripada amaun yang kita anggarkan.

Jadi, jika tawaran anda untuk membantu dengan sumbangan kewangan boleh dijadikan, maka boleh bincang dengan kami dengan fikiran buka. ” Dengan bercakap terus seperti ini sentiasa akan meningkatkan kemungkinan anda untuk dapatkan sokongan wang daripada ibu bapa.

Artikel berkaitan:
8 petua untuk perbelanjaan yang bijak

Leave a Comment