Kenapa Buat Bisnes Best?

Bila ada orang tanya saya apa perkara yang paling best bila buat bisnes, tanpa fikir saya akan jawab: “bila saya dapat ‘beri’ lebihan rezeki yang saya dapat kepada orang lain.”

Selepas itu, bila saya tak perlu minta duit dah dari mak untuk beli barang keperluan diri sebaliknya saya dapat bagi duit kepada mak tiap-tiap bulan.

Berapa nilai kita beri kat mak itu tak penting tapi asalkan bagi je even sepuluh ringgit sekalipun.

Lepas bagi tu, cakaplah kat mak.

‘Mak, sepuluh ringgit je yg dapat (kita) bagi bulan ni sebab bisnes sales drop sikit bulan ni’
Sebab mak kita automatically akan doakan kejayaan kita dalam bisnes dan doakan sales kita kembali normal.

amalanku
amalanku

Tapi kadang-kadang saya tak berani nak bagi wang tunai kepada mak saya kalau amaun yang saya ingin bagi adalah sikit sangat. Sebaliknya saya akan direct bank in tanpa pengetahuannya. Sebab rasa tak sanggup nak bagi RMxx sekeping sedangkan kita buat bisnes kan? Rasa bukan baik sangat.

Tapi saya percaya selagi kita beri, insyaallah we will get rewarded and our businesses boleh survive dan itulah yang jadi pendorong untuk saya buat bisnes tanpa henti sebab saya nak ‘beri’ lebih.

Itulah kepuasan sebenar bila buat bisnes (bagi saya la).

Saya dapat tolong sikit sikit orang yang saya rasa perlu ditolong yang berdekatan dengan saya (terutama ahli keluarga)

Sekian coretan saya, lama tak menulis sebab selama ini saya lebih kepada memerhati.

Saya orang biasa saja tapi I have big dreams deep inside and I will live it biarpun manusia tidak suka saya,
as long as I’m on the right track with Allah, there’s nothing that I should be afraid of!

p/s : Jangan takut nak tunjuk kebajikan yang kita buat sebab kita tak tahu berapa ramai di luar sana yang boleh ambil manfaat dari apa yang kita cuba sampaikan.

Sebab kita bukan nak riak jauh sekali nak berbangga sebab semua itu adalah niat yang hanya diketahui oleh kita dan Allah sahaja. Orang lain tak boleh baca niat kita.

10% Untung Bisnes Untuk Ibu

Saya berfikir banyak kali sama ada nak tulis atau tidak tentang benda ni dalam blog. Sebab saya takut ada yang tersalah tafsir motif yang saya cuba nak sampaikan.

Tapi tak mengapa lah. Biarlah Allah sahaja yang tahu niat asal saya menulis tentang perkara ini di sini.

untung
untung

Semoga lebih ramai yang terinspirasi dan lebih ramai yang tahu motif kenapa kita mesti bangkit buat bisnes.

Seperti mana yang ramai tahu, saya buat bisnes online. Alhamdulillah setiap bulan ada pendapatan yang datang dari bisnes online ini.

Sebaik sahaja saya dapat, saya akan agihkan siap-siap 10% dari jumlah pendapatan yang saya dapat bulan itu untuk diberikan kepada ibu.

Bulan lepas saya dapat RMx,xxx maka saya agihkan RMxxx dan berikan kepada ibu.

Ibu saya sangat bersyukur kerana dapat 3 angka setiap bulan dari saya.

Saya rasa nilai itu amat besar di ‘mata’ nya sebab ibu tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan JKM setiap bulan di atas penyakit kronik yang dihadapi oleh ibu saya.

Lalu saya berseloroh dengan selamba,

“Ma, doakan lah saya supaya dapat keuntungan sebanyak 5 angka pulak setiap bulan. Saya boleh bagi kat ma 4 angka setiap bulan pulak (4 angka = 10% dari income 5 angka) lepas ni tak perlu lagi dapat bantuan JKM.

Sambil ketawa kecil saya meneruskan kerja-kerja bisnes saya di hadapan laptop.

Sejurus saya berkata begitu,

Ma saya mengangkat tangan kedua-dua belah mendoakan kejayaan saya dalam bisnes online dan saya masih ingat baris ayat yang di minta di dalam doa rezeki ma adalah:

‘Ya Allah, berikan lah kejayaan dalam perniagaan kepada anak saya. Berikan pendapatan RM10 ribu sebulan kepada anak saya’

Simple dan padat doa ma. Saya senyum sambil terharu juga di sudut ruang kecil hati.

Nampak tak?

Kita kena niat, kita buat bisnes bukan sebab duit tu untuk kita tapi untuk orang lain.

Kita buat bisnes supaya kita boleh bantu tingkatkan ekonomi keluarga kita, ekonomi bangsa Melayu kita dan juga negara kita.

Bukan sebab kita nak untung duit semata-mata dan bukan duit itu digunakan untuk kepentingan dan kemewahan kita semata-mata.

Satu lagi pasal BR1M kan.

Kita selalu nak kejar BR1M tu. apa kata kalau kita doakan supaya suatu hari nanti kita tak dapat BR1M tu sebabnya ia cuma diperlukan oleh orang yang susah sahaja.

Kalau kita kerap doa nak bantuan BR1M, maksudnya kita doa supaya taraf hidup kita masih berada pada tahap orang miskin lah kan.

Apa kata kita doa supaya tak dapat semua bantuan macam ni, secara tidak langsung taraf hidup kita waktu tu dah tinggi dah.

Saya doakan lepas ni saya tak dapat BR1M, sebab saya nak jana pendapatan RM10 ribu ke atas sebulan. BR1M cuma berapa ratus saja. Lagi itu pun satu kali dapat. kalau income RM10 ribu ke atas, tiap-tiap bulan dapat begitu. Hihi.

Artikel berkaitan:
Cukup Ke Dapat 4 Angka Sebulan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *