Web Analytics
kad debit maybank

Tukar Kad Debit Maybank

Pada minggu lepas saya ada urusan di bank dan terpaksa keluarkan duit melalui ATM di Maybank yang terletak di Simpang Renggam.

Semasa saya cuba untuk mengeluarkan wang dari ATM seperti biasa, amat mendukacitakan pula apabila kad Debit / ATM yang telah banyak berjasa itu tiba-tiba tidak berfungsi dan macam tak boleh pakai pula langsung. Alah, lepas tu baru tahu senang cerita kad tersebut dah rosak dan terpaksa tukar yang baru.

kad debit maybank
kad debit maybank

Tukar Kad Debit

Untuk menukar kad Debit atau ATM ni menjadi satu perkara yang buat saya pening kepala pula. Kenapa boleh jadi begitu? Semua ini adalah disebabkan saya kena banyak bersabar untuk menunggu nombor giliran di depan cawang Maybank yang saya kunjungi itu.

Sebagai kesimpulannya, memang merupakan adatlah kalau kita ingin berurusan di bank. Apa yang patut kita mempunyai bukan sabar saja tetapi kena banyak-banyak bersabar.

Jadi waktu rehat pada hari ini digunakan spenuhnya oleh saya untuk membuat urusan penukaran Kad Debit Maybank di cawangan yang berdekatan dengan tempat kerja saya. Alhamdulillah setibanya di bank, nampak nasib aku ada sikit baik sebab saya lihat macam orang tidak ramai sangat.

Tanpa fikir banyak, saya terus pergi ke mesin nombor dan tekan nombor giliran itu. Lepas dapatkan nombor saya pergi duduk di kerusi yang disediakan dalam bank  dan tunggu untuk kakitangan bank sebut nombor giliran saya. Memang sekejap saja saya tunggu atas kerusi dan nombor saya sudah dipanggil .

Apabila dah alang-alang bercerita tentang kad Debit Maybak Buah Ceri ini (Ada rakan blogger yang dapat kad debit Manchester United tapi saya tidak ada nampak di sini.

Mungkin kad ini sudah tamat promosi kot di sini. Mesti adalah ramai yang ingin dapat kad ini sebab di Malaysia memang ramai peminat kelab bola sepak Manchester United.

Walaupun tak dapat Manchester United, tapi juga layankan sajalah, selagi janji kad debit yang baru ini boleh buat urusan di ATM sudalah. Di sini mungkin terdapat orang yang tertanya-tanya dan ingin tahu apakah kelebihan tentang  kad debit ini ?

Sebelum itu, kita perlu tahu macam mana untuk dapatkan kad debit ini? Dan banyak lagi persoalan yang mungkin anda ingin tanya apabila berada di depan kaunter pertanyaan di Maybank. Walaupun bukan semua soalan saya boleh jawab, tapi mana yang saya tahu tu , saya akan kongsikan saja di sini lah ya.

Apa Perbezaan Di Antara Kad Lama dan Kad Baru?

Kad baru mepunyai dua fungi baru iaitu pay Wave dan MyDebit. Pay Wave membolehkan anda membuat bayaran dengan cepat manakala MyDebit jadikan kad ATM baru itu juga boleh berfungsi sebagai kad debit.

Sekiranya kad anda sudah ada dua logo ini, maka anda sudah ada kad yang paling baru dari Maybank. Anda tidak payah perlu tukarkan kad lagi.

Pay Wave banyak memudahkan urusan juga. Sebagai contoh, jika anda pergi isi minyak kereta di stesen petrol seperti BHP yang mempunyai mesin PayWave tu, maka anda cuma perlu scan saja kad itu dan transaksi sudah dapat proses.

Sama juga jika anda pergi makan di restoran McDonald, lepas pesan makanan anda cuma perlu pakai mesin PayWave dengan scan saja. Bayaran sudah siap.

Macam mana untuk dapatkan kad debit ini ?

Seperti biasa, anda kena mempunyai satu akaun bank dengan Maybank terlebih dahulu. Kalau saya tak silap masa mula-mula buka akaun di Maybank, kad yang saya dapat macam kad yang berwarna kuning hitam tu.

Untuk urusan penukaran kad debit Maybank yang ada gambar buah ceri ini, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM12.00 yang akan ditolak terus dari akaun Maybank anda; manakala untuk kad debit, ia akan tolak RM8.00 dari akaun bank anda setiap tahun .

Keseluruhan urusan penukaran ini tidak mengambil masa yang lama, apa yang diperlukan cuma anda perlu bawa kad ATM lama atau kad yang telah rosak dan terus rujuk di kaunter-kaunter Maybank yang berhampiran di tempat anda semua. Kesemuaan proses ambil masa tidak sampai 15 minit pun dan kad debit baru anda akan siap sedia.

Apakah kelebihan kad Debit Maybank ?

Antara kelebihan kad debit Maybank ini ialah :-

  • Pengeluaran wang tunai dari ATM.
  • Boleh digunakan sebagaimana juga kad ATM lama dan kad kredit.
  • Boleh digunakan untuk verify dengan akaun Paypal.
  • Boleh dipakai untuk buat urusan jual beli dalam talian.
  • Tambah nilai kad prepaid atau PLUS ( sama macam kad lama tu )

Kalau ada lagi kelebihan kad debit ni bolehlah anda nyatakan di ruang komen di bawah entri ini ya. Harap dapat bermanfaat untuk semua orang.

Artikel berkaitan:

Leave a Comment