Berapa Modal Sebenar Untuk Mula Buat Bisnes

Sebelum saya masuk ke tajuk utama, saya ada satu kisah untuk dikongsikan bersama anda semua. Saya ada seorang kawan, dia suka sangat bisnes. Boleh dikatakan memang ‘otak bisnes’ la. Ada satu hari dia join satu bisnes ni iaitu pelaburan emas syarikat xxx.

Ia lebih kepada trading emas kerana tidak melibatkan emas fizikal. dia rela buat loan bank untuk join bisnes ini dan akhirnya dia di tipu kerana bisnes itu sebenarnya adalah skim cepat kaya dan sekarang ini terpaksa menanggung hutang bank untuk membayar loan yang dipinjam.

quote mahathir
quote mahathir

BELAJAR DARI KESILAPAN

Kadang-kadang saya rasa sakit hati bila dapat tahu bangsa saya terjebak dalam skim cepat kaya kerana sudah banyak kes penipuan yang telah terjadi sebelum ini tapi masih ramai bangsa saya yang tidak mahu belajar dari kesilapan orang lain.

Apabila benda utama yang mereka nampak adalah kekayaan semata-mata, mereka rela melakukan apa sahaja demi untuk ‘cepat kaya’ walaupun terpaksa bergolok-gadai tanah pusaka dan sebagainya.

MODAL SEBENAR

Saya rasa sungguh terkejut bila dengar ada yang sanggup keluarkan modal berpuluh-puluh ribu semata-mata ingin memulakan bisnes.

Sesak dada saya dengar.

Sebenarnya tidak kisahpun berapa K modal yang nak di gunakan namun yang lebih penting dari modal adalah ILMU ILMU ILMU dan ILMU!

Sebab bisnes berpuluh-puluh ribu, jika tidak ada ilmu bisnes, bisnes boleh lingkup. Memang bila kita berada dalam dunia bisnes, risiko itu ada tapi dengan ada ilmu, kita boleh belajar untuk mengurus risiko itu dan mengurangkan risiko yang bakal kita dapat.

Sebab kat mana-mana pun ada risiko. Walhal bawa kereta pun ada risiko. Alhamdulillah dengan adanya ilmu, kemalangan yang berlaku atas jalan dapat diminimumkan. Cuba bayangkan bawa kereta Kancil dan Ferrari. Kalau tiada ilmu memandu, bawa kereta Kancil pun boleh ada kemalangan. Betul tak?

Jadi, jika ingin berbisnes, mulakan dengan apa yang sudah ada ‘dalam tangan’ dan insyaAllah dengan berbekalkan sekeping hati yang kental, bisnes akan berjaya juga.

DUNIA BISNES

Sebelum kita nak terjun dalam bidang bisnes, kita harus ada paling minimum 5 benda ini.

M – mentor
E – elmu (emosi + ilmu)
S – strategy
T – tindakan
I – impian

Cuba bayangkan anda sedang memandu kereta dan begitulah dunia bisnes.

Untuk memastikan kita cepat sampai ke tempat yang kita tidak ketahui(exact location), kita wajib ada GPS (mentor) sebab dengan ada GPS (mentor) ini lah, kita akan jumpa ‘short-cut’ untuk ke tempat itu dan mengelakkan kita langgar dinding banyak kali.

buat bisness
buat bisness

Sebelum nak bawa kereta, kita mesti belajar memandu dulu kan dan mesti memandu dalam keadaan emosi yang tenang dan gembira. Di sini lah ELMU (emosi + ilmu) diperlukan. Ianya untuk mengelakkan kita eksiden tengah jalan atau ‘eksiden dalam dunia bisnes’

Semasa berada dalam kereta, kita mesti mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan dan kita mesti buka lampu kereta bila malam. Di sini lah strategy semasa memandu diperlukan sebab ia untuk mengelakkan kita dari mendapat sebarang musibah sepanjang perjalanan dan dalam dunia bisnes.

Apa yang paling utama juga adalah tindakan kita untuk memandu kereta itu. Sebab jika kita tidak bertindak untuk memandu, kita tidak akan sampai ke tempat yang dituju. Betul tak?

Dan akhir sekali adalah impian. Ia seperti memandu kereta sambil membayangkan perkara yang sangat menyeronokkan di tempat yang kita tujui dan ianya seolah-olah sedang menunggu kita sampai. Dan itulah yang menyebabkan kita ‘keep-driving’ untuk sampai ke sana.

Insan yang berjiwa besar akan melihat impian mereka lebih besar dari masalah yang mereka ada.

tetapi

Insan yang berjiwa kecil akan melihat masalah mereka lebih besar dari impian yang mereka ada.

Adakah anda insan yang berjiwa besar?

Dilema Pengusaha Spa Dan Wellness

Dilema pengusaha Spa dan Wellness yo! Masalah yang melanda pengusaha Spa dan Wellness.

Semalam aku terserempak dengan salah seorang kawan lama aku. Sekarang dah bukak Spa dan Wellness. Bagus-bagus. Kawan sudah bikin bisnes kita kenalah gembira.

spa
spa

Tapi dalam pada sembang-sembang tu, dia ada cerita jugak perkara-perkara yang dialami sendiri sepanjang mengusahakan pusat Spa dan Wellness tu. Sampai pening kepala dia kadang-kadang. Antaranya :-

  • Lelaki-lelaki Melayu hidung belang telefon untuk Booking Massage. Tapi nak Massage B2B.
  • Lelaki Bangladesh telefon nak Booking Massage. Tapi nak tukang urut perempuan.

Terdetik jugak dalam fikiran aku, kenapa dorang nak perkhidmatan tu? Adakah pusat Spa dan Wellness ni kebanyakannya tawarkan perkhidmatan macam tu? Adakah dah sinonim Spa dan Wellness ni dengan urutan B2B, ahmoy urut, dan jugak urut batin? What The Heck Is Going On? Something Fishy Is Going On Round N Roundabout.

Lepas tu baru dia ceritakan. Kebanyakan Spa dan Wellness terutama kat bandar-bandar ada tawarkan benda-benda tu. Kira pakej rawatan kesihatan sekali dengan penyedap dan pemuas nafsu serakah. Wah. Nasib baik aku tak pernah gatal-gatal nak singgah kat mana-mana pusat Spa dan Wellness. Tak pepasal kalau kena Rush, muka aku masuk 999.

Disebabkan pusat Spa dan Wellness yang jalankan kegiatan sulit Underground ni lah yang menyebabkan KESEMUA pusat Spa dan Wellness ni dianggap tempat penyedap untuk lelaki-lelaki hidung belang termasuklah suami-suami orang, pakcik-pakcik orang, atuk-atuk orang dan jugak warga asing yang ada kat Malaysia ni.

Adeh. Masalah besar jugak pada pengusaha yang betul-betul cari rezeki halal dengan pusat Spa dan Wellness ni. Silap-silap pengusaha dia terdedah pada risiko dari lelaki-lelaki sangap berhidung belang yang sanggup dan buat apa je asalkan dapat puaskan nafsu dia.

Kat Malaysia ni, lelaki-lelaki yang ada bukan macam aku. Aku lain lah. Berjiwa rakyat. Butang baju sampai atas. Zip seluar tak pernah lupa tarik. Minum teh tarik dengan mata yang kuyu. Jerkah anjing liar yang tengah berak. Nampak awek jatuh tersepak batu, aku marah awek tu dan bawak batu yang tak bersalah tu balik rumah.

Kalau semua lelaki kat Malaysia macam aku, selamat gadis-gadis kat Malaysia ni. Tapi ramainya yang ada nafsu bagaikan kuda hitam. Cuma sesetengah je yang baik. Tu pun masih tak dapat nak Challenge kebaikan aku.

Aku tak mampu nak nasihatkan banyak. Cuma aku suruh dia lebih berhati-hatilah dalam mengusahakan pusat Spa dan Wellness tu. Kalau boleh, pastikan keselamatan diri tu nombor satu.

Sebenarnya aku pelik jugak. Tak payah cerita pasal pusat Spa dan Wellness yang jalankan kegiatan haram secara Underground ni. Aku petik pusat Massage yang bersepah kat Bukit Bintang tu terang-terang bikin benda tak elok. Tak percaya cuba pergi kalau nakkan kepastian. Persoalan aku.. kenapa masih lagi boleh beroperasi ye? Taiko dia payung besar ke apa?

Jadi kepada korang yang menganggap pusat Spa dan Wellness ni adalah pusat yang ada sediakan ‘Rawatan-Rawatan LuarBiasa Bayyeekk’, betulkan Mindset korang tu balik. Tak semua pusat-pusat Spa dan Wellness menyediakan menatang-menatang sebegitu.

Artikel ni aku tak cakap kesemua lelaki-lelaki Melayu dan kesemua lelaki-lelaki Bangla yang gatal dan berhidung belang tau. Sesetengah orang saja yang memang bernafsu kuda hitam dan jugak nafsu zirafah belang.

Peluang Perniagaan Istimewa Spring Potato

Pastinya ramai dikalangan kita semua mencari-cari idea untuk menambah sumber pendapatan sedia ada melalui peluang perniagaan. lebih-lebih lagi di zaman sekarang ini di mana semua barangan keperluan harian semakin meningkat dan begitu juga kos hidup yang semakin bertambah. Kini pencarian kita semua mungkin sudah terjawab dengan adanya peluang perniagaan yang menarik Spring Potato ataupun Kentang Spring.

spring potato
spring potato

Dengan pakej perniagaan spring potato ini, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan mereka sendiri tanpa mengeluarkan modal sehingga mencecah ribuan ringgit. Apa yang diperlukan cuma komitmen dan usaha yang konsisten untuk menjalankan perniagaan ini.

Secara ringkasnya Spring Potato menyediakan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan perniagaan makanan ringkas berasaskan ubi kentang yang digoreng dengan empat perisa istimewa BBQ, Tom Yam, Sweet Corn & Cheese. Mudah, murah dan menguntungkan.

Pakej perniagaan Spring Potato ini juga amat mudah dan sempoi. Sesuai untuk semua jenis lokasi perniagaan sama ada di cafe, kopitiam, kantin atau restoran.. malahan juga sesuai di pasar malam, pasar pagi, pasar tani, karnival atau seumpamanya yang berkonsepkan bergerak. Pendek kata ianya sesuai untuk apa sahaja situasai dan lokasi.

Semua keperluan asas telah disediakan lengkap melalui pakej perniagaan Spring potato ini iaitu:

  1. 1 Unit Mesin Pemotong Kentang Spring/Potato Spring
  2. Percuma 250 pcs Lidi istimewa Kentang Spring/Potato Spring
  3. Penghantaran PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia
  4. 4 jenis Perisa (BBQ, Tom Yam, Sweet Corn & Cheese) ~ 250g/pek
  5. Banner Promosi bersaiz 2′ x 5′
  6. Acrylic Stand untuk display Lidi Kentang Spring/Potato Spring
  7. Video & Manual Penggunaan disediakan PERCUMA

Dengan pakej lengkap yang disediakan oleh Spring Potato ini, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan, janji ada lokasi dan ruang yang bersesuaian. Penyediaanya juga mudah dan ringkas serta tidak memerlukan kemahiran teknikal mahupun kepandaian memasak pun.

Rasional blog ini berminat dengan pakej perniagaan Spring potato ini adalah:

  1. Perniagaan berasaskan makanan segera sememangnya menjanjikan keuntungan yang mudah kepada para pengusahanya, lebih-lebih lagi tren pemakanan masyarakat kita hari ini yang gemarkan makanan yang mudah dan ringkas namun mengenyangkan seperti ubi kentang;
  2. Penyediaan bahan yang ringkas dan mudah serta tidak memerlukan kita bertungkus lumus menyediakan bahan keperluan yang pelbagai;dan
  3. Makanan berasaskan ubi kentang diterima oleh semua orang tanpa mengira bangsa, jadinya pasaran atau ‘target group’ begitu luas dan pastinya mampu memberikan pulangan yang memberangkan.

Dengan tawaran promosi semurah RM799 berbanding harga asal yang bernilai RM1299, pastinya pakej perniagaan Spring potato ini cukup istimewa dan mampu merealisasikan hasrat dan impian untuk memulakan perniagaan sendiri. Mudah, murah dan menguntungkan.

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut dan keterangan lebih terperinci mengenai peluang perniagaan yang cukup istimewa ini bolehlah rujuk di laman KentangSpring.com.

Artikel berkaitan:
Macam Mana Saya Berbisnes, Sedangkan Saya Berada di University?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *