10 Impian Sebelum Saya Berumur 25 Tahun Mengikut Bulan

Dalam bisnes, kita wajib kena ada impian. memang wajib. Ia tiada pilihan lain. Kalau nak pastikan kita sentiasa bergerak buat bisnes adalah dengan cipta sebuah impian yang jelas dan itulah yang memacu kita untuk terus bergerak, konsisten dan bersungguh-sungguh buat bisnes. Buat bisnes tak boleh malas-malas ye.

dream big up
dream big up

Jujur saya cakap. Kalau anda nak rasa hidup anda ‘hidup’ dan bebas, cuba lah buat bisnes. Anda akan rasa yang hidup ni best sebenarnya. Bukan setakat makan tidur makan tidur atau pergi university -> dapat izazah -> kerja -> dan kitaran ini di ulang sehingga kita mati.

Sebenarnya Allah hidupkan kita di muka bumi ini untuk kita buat banyak benda bukan setakat pergi kerja suap mulut kita dan anak bini kita sendiri je tapi Allah nak kita hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain kerana sebaik baik manusia adalah manusia yang beri manfaat kepada orang lain kan?

Saya tak kata kalau kita hidup ‘biasa-biasa’ seperti orang lain iaitu kerja makan gaji, kita tak boleh bagi manfaat kat orang lain. Boleh tu memang boleh tapi ianya terhad. Sangat terhad sebab kerja makan gaji ibarat masa kita dibeli oleh orang lain untuk realisasikan impian mereka.

Cuba lihat, jika anda bekerja dalam company A, boss dalam company A je yang boleh kaya dan capai impiannya tapi anda tak dapat. Anda hanya ‘bantu’ boss anda untuk capai impiannya sahaja. Nampak tak? Inilah sistem kapitalis atau sistem MLM sebenar yang orang tak nampak. orang bawah takkan kaya. Boss seorang je kaya.

Berbalik kepada beri manfaat tadi. Kalau buat bisnes, kita akan ada lebih masa nak beri manfaat kepada orang lain kerana masa kita adalah hak kita. Kita bebas nak tolong sesiapa pun dalam masa 24 jam tu.

Nak bagi manfaat tak semestinya kita post satu perenggan hadis atau ayat quran dalam status Facebook padahal sampaikan ilmu yang bermanfaat macam saya buat ni pun dah dikira beri manfaat.

Ok nanti saya kongsi lagi ilmu bisnes ye.

Sekarang saya nak kongsi dengan anda impian saya sebelum saya berumur 25 tahun. Sekarang saya berumur 22 tahun. Masih ada 3 tahun lagi saya nak complete kan ke semua sepuluh impian saya ni. Impian jangka pendek lah kiranya ni.

Lagipun kan. Mentor bisnes saya selalu pesan. Kalau kita nak sesuatu, kalau kita berimpian atau kita ada sesuatu goal/matlamat yang hendak dicapai, kita wajib kongsi dengan orang terdekat dengan kita. kalau yang dah berkahwin, kongsikan kepada isteri/suami masing-masing. Kalau yang single, kongsikan dengan mak/ayah.

Masa kita kongsi dan cakap impian kita kat mereka tu, bukan nak suruh mereka setuju pun. Itu cuma hanya nak bagi kita luahkan dalam bentuk perkataan sebab bila kita bercakap apa yang kita nak, ianya ibarat magnet tarikan yang ‘menarik’ impian kita tu akan jadi lebih kuat dan kita lebih cepat capai insyaAllah berbanding kalau kita simpan sorang sorang dalam hati je.

Buat apa nak takut? Takut mereka gelakkan ke? kalau mereka gelakkan impian anda itu, saya ucapkan TAHNIAH sebab impian anda itu sudah cukup besar dan ianya petanda yang bagus! sekarang kita just ‘work backward’ dan plan apa yang perlu buat untuk jadikan impian tu sesuatu yang realiti.

Oh ya. Satu lagi kalau mereka gelak kat anda tu, just ignore je sebab awal-awal nak buat bisnes memang lah kena gelak. Tapi bila bisnes anda dah ok dan semakin bagus nanti, mulut mulut itu akan tertutup dengan sendirinya.

Lagipun buat apa nak kisah sangat kan sebab bukan mereka pun yang suap rezeki ke dalam mulut anak anda pun kan. Atau bukan mereka pun yang tolong bayarkan loan kereta loan rumah anda tiap tiap bulan pun kan. Sentap tak? Fikir macam tu ok. Lagi satu fikir macam ni je:

apa yang anda akan buat jika mereka tak gelak kan anda. mesti anda akan terus berjalan kan? jadi. pekak kan telinga. buat tak dengar. sekat telinga anda daripada di masuki aura negative yang akan membinasakan diri anda dan bisnes anda.

Alamak. Dah meleret pulak taip. Ini 10 impian saya ye.

10 Impian Saya Ingin Capai Sebelum Umur 25 Tahun

  1. Minimum 2 buah rumah sewa.
  2. Pergi haji atau umrah dengan mak.
  3. Mempunyai kereta sebiji kegunaan untuk bisnes (COMPLETED).
  4. Ada seorang isteri dan seorang anak.
  5. Bebas segala hutang yang ‘tak baik’ seperti pinjaman pendidikan.
  6. Income RM10,000 sebulan.
  7. Setiap hari tahajud, solat sunat sebelum subuh, solat dhuha 4 rakaat, istighfar 100x, selawat 100x, zikir 100x, ya wahhab 100x (seramm. insyaAllah boleh hihi) (HALF-COMPLETED).
  8. Sedekah minimum RM1,000 sebulan.
  9. Capai berat badan 65 kilo ke atas dengan sihat. Tak nak berat sebab lemak. Sekarang sedang konsisten set tambah berat.
  10. Ada sebuah syarikat sendiri (COMPLETED).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *