Cukup Ke Dapat 4 Angka Sebulan?

Hari ini pada masa saya sedang surf dalam internet tadi, saya ternampak satu keratan akhbar bertarikh 15 April 2014 ini. Sebenarnya isu ini saya sudah kupas dalam group Facebook sebagai berita ‘exclusive’ saya buat beberapa bulan lepas.

RM2K tak cukup
RM2K tak cukup

Tapi apabila saya ‘terserempak’ balik dengan gambar ini tadi, hati saya jadi runsing dan takut sekali lagi.

Antara persoalan yang bermain di fikiran otak saya setiap kali saya fikirkan situasi ini adalah:

‘Betul ke lepasan siswazah gaji RM2,500 sebulan sahaja? cukup ke?’

‘Takkan belajar separuh ‘mati’ pastu kerja keluar pagi balik petang, cuma dapat banyak ni je?’

‘Adakah nasib saya bila dah graduate nanti akan jadi macam ni? itu pun kalau dapat kerja, kalau menganggur macam mana?’

Arghhhhhhh.

Saya tak sanggup menghadapi nya. Saya rasa saya akan meruntuh.

Walaupun saya lambat lagi nak graduate dan memegang segulung ijazah yang di idam-idamkan tu, tapi hati saya memang tak boleh tenang bila fikirkan masa depan saya nanti.

Sebab katakan lah fresh graduate dapat gaji RM2,500 sebulan:

  • RM600 bayar duit loan rumah atau duit sewa rumah.
  • RM200 bayar hutang PTPTN, JPA atau MARA.
  • RM600 beli makanan.
  • RM500 bayar loan kereta.
  • RM300 bayar duit minyak kereta, toll, parking berbayar dan sebagainya.
  • RM300 bayar bil elektrik, bil air dan kredit topup smartphone.

Jumlah RM2,500 dah habis untuk semua perbelanjaan ni.

Mana duit simpanan saya?

Mana duit gaji saya untuk diberikan kepada mak saya?

Mana duit saya untuk diberi kepada ‘orang lain’ seperti rakyat Gaza ke, orang susah ke, masuk tabung masjid ke?

ADA bro?

Itu pendapatan saya yang saya kira kalau saya masih single dan itu tak kira inflasi wang pada masa depan lagi. Kalau saya sudah berkahwin, mempunyai keluarga, saya lagi ada isteri dan anak perlu bela, maka ini bermakna lagi banyak duit yang saya perlu untuk digunakan setiap bulan. Ini masih tidak kira masuk wang untuk beli baju anak, bayar yuran sekolah, bayar road tax, bayar itu bayar ini. Kat mana saya nak ‘korek’ semua duit yang diperlukan ni?

Adakah anda nampak tak di sini, betapa ‘selfish’ nya kita sebagai manusia. Kita macam langsung tidak fikir tentang orang lain, yang kita fikir hanyalah kepentingan diri kita sahaja.

‘Asal aku dapat hidup jadilah. Buat apa nak fikir tentang orang lain kan? Hidup dia biar dia fikir sendiri la kalau mahu hidup di dunia ini!’

Takkan sampai saya perlu cakap macam ni dari mulut saya, kan?

Tapi macam mana nak bantu orang lain kalau diri kita sendiri pun cuma cukup-cukup makan sahaja. Siap ikat perut lagi.

Maka, saat ini lah kita perlu ‘BERUBAH’ sebab It’s Now or Never! Kita tidak perlu tunggu esok atau tunggu bulan depan. Apa yang patut kita buat adalah bertindak sekarang!

Kita berubah sekarang bukan demi orang lain, tapi untuk diri kita sendiri juga. Kita berubah dan berusaha ntuk masa hadapan kita juga. Betul tak?

Cuba anda teka, benda apa yang paling susah nak buat di dalam dunia ini?

.
.
.
.
.
.

Apa dia?

.
.
.
.
.
.
.

Ianya adalah BERUBAH / TO CHANGE

change your life
change your life

Ramai orang ingin berubah dunia ini, tapi jarang ada orang yang ingin berubah dirinya sendiri. Jadi ubah diri kita baru adalah matlamat yang paling penting and kita perlu bertindak dengan segera.

Jika Inflasi 10% Setahun

Pada masa dulu bila bersekolah kita dah belajar apa itu inflasi dan selalu jadikan negara seberang sebagai contoh.

Padahal negara kita pun tidak terkecuali untuk mengalami benda yang sama.

Tetapi sejauh manakah fahaman kita tentang inflasi di Malaysia ini?

inflasi
inflasi

Contohnya amat mudah juga.

Dulu kalau kita masuk beli barang di supermarket. hanya dengan bawa sekeping note RM50, kita mampu untuk borong sakan tak hengat donia sampai penuh troli kan.

Tetapi sekarang RM50 setengah troli pun tak dapat.

Ini bermakna KUASA BELI kita sudah hilanggg!
Katakanlah gaji naik 5% setahun, (5%-10%=-5%!!) Itu pun kalau gaji naik lah kan.

-5% di atas bermaksud kita terpaksa bekerja keras siang malam keluar pagi balik petang buat OT dan berhempas pulas memerah keringat untuk ‘cover’ kadar inflasi 5% yang masih berbaki itu.

Kalau ada side income selain gaji tetap, should be ok kot.

Tapi masalah timbul bila kita hanya mengharapkan gaji tiap bulan untuk ‘cover’ nilai inflasi yang mencanak naik tak hengat donia tu.

Di sini lah keadaan di mana rakyat marhaen seperti saya ‘tersepit’ di celah-celah ‘kekejaman’ ekonomi dunia.

malaysia inflation rate
malaysia inflation rate

Hari ini, adalah sangat susah untuk anda mendapat sesebuah bank yang menawarkan kadar faedah lebih baik daripada 3% untuk akaun simpanan. Sesetengah bank menawarkan kadar yang lebih tinggi, tetapi kebanyakan mempunyai syarat-syarat yang terikat dengan keperluan simpanan tertentu, baki minimum, keperluan penggunaan, dan faktor lain.

Purata kadar faedah bagi akaun simpanan yang ditawarkan oleh bank-bank Malaysia adalah antara 0.1% hingga 3% bergantung kepada bank masing-masing. Sementara itu, kadar inflasi Malaysia telah berkisar sekitar 3.64% sejak beberapa tahun kebelakangan. Kadar ini pun sudah jadikan banyak orang hidup dalam keadaan yang susah. Jika inflasi mencapai 10%, tidak tahu apa akan jadi pulak.

Wang simpanan anda tidak akan mengalahkan kadar inflasi sama sekali jika anda cuma simpan semua wang dalam akaun simpanan biasa dalam bank.

Untuk melawan inflasi, anda perlu mencari beberapa cara di mana pulangan faedah boleh jadi lebih tinggi daripada kadar inflasi. Kadar faedah FD dan KWSP juga turun setiap tahun, tidak berbaloi untuk letakkan wang kita di sana juga.

Jadi pilihan yang lebih baik yang boleh kita fikiran adalah membuat laburan dalam unit amah atau kita boleh masukkan wang ke dalam ASM yang menawarkan kadar faedah dari 7% hingga 10%. Juga kita boleh pertimbangkan untuk melabur di bursa saham dengan membuat pilihan syarikat yang berkualiti dan menjana keuntungan tiap-tiap tahun, supaya kita dapat menikmati kenaikan nilai saham dan juga dividen yang diberikan daripada pendapatan yang dijana dalam bisnes mereka.

Akhir kata, Sekiranya inflasi negara kita mencapai 10% setahun, pastinya banyak orang akan mengisytiharkan muflis. Ramai orang akan hidup dalam kehidupan yang sengsara. Semoga ini tidak akan berlaku di Malaysia sama sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *