Web Analytics

Kenal pasti Hala Tuju Selepas SPM Sebelum Menyesal Di Tengah Jalan

Saya tertarik nak berkongsi pengalaman memandangkan saya sudah melalui fasa belajar dari alam sekolah rendah hingga ke universiti. sebab dulu saya pun suka google juga cari maklumat.

Jadi, apa salahnya saya menyumbang balik apa yang saya dah tahu, faham dan rasai sendiri tentang sistem pendidikan di Malaysia ni. sedikit sebanyak adik-adik dapat gambaran tentang apa yang bakal di tempuhi pada masa akan datang dan buat keputusan yang terbaik.

Saya yakin mesti ramai dalam kalangan adik-adik yang tertanya-tanya apakah haluan dan jalan yang mesti di tempuhi selepas SPM kan? sebab iyer lah. orang kata lepas SPM, kita yang tentukan sendiri apa yang kita nak. kalau sekolah rendah hingga sekolah menengah tu, just follow the flow je kan. masuk kelas, belajar dan tup tup tup dah habis PMR/SPM.

How-I-Feel-After-An-Exam

Ok. mari kita mulakan.

Lepas SPM, biasanya akan cuti panjang sikit kan. dalam 4 bulan macam tu. waktu cuti ni lah kalau boleh cuba google dan cari mana-mana badan yang bagi scholarship. paling popular JPA dan MARA sebab ramai pelajar ingat dua tu je hehe. hakikatnya sangatlah banyak. kena cari kat Internet sendiri.

Kalau boleh cari secara berkumpulan lah sebab senang info nak di hebahkan. maksudnya sama-sama cari, sama-sama mohon, sama-sama ingatkan tarikh last penghantaran permohonan, cetak borang permohonan tu kena berapa salinan dan etc supaya tidak ada yang tercicir atau tak sempat nak print borang ke.

Cari lah seberapa banyak penaja pun dan mohon lah banyak mana pun. sebab kalau mohon 1 penaja je, belum tentu dapat kan. banyak penaja antaranya petronas, tenaga nasional, shell, bursa malaysia, maxis, telekom, sime darby, khazanah nasional, yayasan negeri dan banyak lagi. boleh kata setiap syarikat gergasi di malaysia ni mesti ada buka kuota scholarship untuk pelajar.

Masa tunggu result spm keluar ni juga lah masa yang terbaik untuk adik-adik kenali minat, bakat, potensi dan kecenderungan masing-masing ke dalam bidang apa. minat perubatan ke, minat engineering ke, minat kulinari ke, minat perhotelan ke, minat bisnes ke, minat nak jadi cikgu ke.

scholarship yayasan tenaga nasional tnb master phd
scholarship yayasan tenaga nasional tnb master phd

Saya rasa minat sahaja tak cukup, sebab adik kena tahu juga potensi diri adik. setakat mana kemampuan diri. SITUASI 1, contoh katakan lah ramai yang minat nak jadi doktor, tapi tahu tak bidang perubatan tu adalah bidang kritikal dan antara bidang yang memerlukan hafalan, pemahaman dan kesabaran yang tinggi.

SITUASI 2, ok katakan lah adik seorang yang bijak. tapi adik tak minat sesuatu bidang ni tapi ‘di paksa’ atau tersalah pilih bidang. mungkin semasa di alam university, adik akan stress dan tak enjoy belajar. bukan apa tau, kalau adik berdepan dengan situasi 1 atau 2 di atas, mungkin akan timbul masalah di kemudian hari. mungkin adik akan rasa nak tukar kos sebab memang tak boleh bawa atau adik rasa menyesal dan sebagainya.

Satu lagi nak ingatkan. walaupun result spm straight a+, tidak bermakna adik diwajibkan untuk menjadi ‘stok’ dalam bidang perubatan atau engineering. satu lagi, kena ubah mindset. jangan ingat walaupun adik a+, adik kena amik either medicine or engineering. cuba jangan timbulkan rasa macam ni dalam diri.

‘Sayang lah result straight a+ spm aku kalau amek kos kulinari jer’

‘Rugi lah aku belajar teruk teruk sampai dapat semua a tapi amek kos marketing, pengurusan perniagaan, atau human resources jer’

‘Malu lah kalau orang kata result spm aku tak laku kalau amek kos nurse je walhal result spm gempak’

Sebab lepas buat keputusan nanti, kita yang alami nya. jadi, pilih je apa yang kita minat, suka, enjoy dan rasa boleh bawa masa belajar nanti.

Business-Startup-Starting-a-new-business-key-to-success

Lagipun saya bagi nasihat semua ni sebab ianya berdasarkan pengalaman original saya sendiri ye.

Result spm saya dulu mostly a+, masa tu saya rasa medicine atau engineering je dalam kepala padahal saya minat bisnes. bila nak minta tajaan, JPA dan MARA je dalam hotak. so, dengan tak buat solat istikarahnya, tanpa fikir masak-masak, tanpa google banyak kat internet, terus saya mohon tajaan JPA dalam bidang perubatan ke luar negara.

Papp! dapat. memula tu suka la sebab first time naik flight travel oversea kan. maka saya pun berkelana lah setahun kat Czech Republic tu. Setahun kat sana bagi saya ‘neraka dunia’ dan saya ambil keputusan untuk tamatkan pengajian kat sana.

Kiranya 1 tahun saya ‘bazir’ masa kat sana. nampak tak kesannya dan kenapa kita kena pilih betul-betul kos yang kita nak belajar nanti? jangan ikut orang. jangan ikut kata ibubapa. lupakan kisah saya itu. hihihi.

Ok. lepas dapat result spm, ada beberapa pilihan yang adik kena buat samada nak masuk :-

1) matrikulasi
2) a-level
3) asasi
4) IB
5) tingkatan 6 (stpm)
6) politeknik or etc
7) diploma
8) foundation

Biasanya yang a-level dan IB tu adalah program persediaan ke luar negara. macam saya dulu, saya ambil a-level di kolej teknologi timur sepang. pada tahun saya tu, tajaan jpa yang bakal fly ke czech republic, poland, india dan indonesia memang di letakkan di situ. kalau ke mesir, jpa letak kat intec shah alam. kena lepas cut off point 12 daripada 15 barulah layak nak fly.

Kalau result gempak, biasanya kawan saya dapat asasi. kalau sederhana, ramai yang masuk matrikulasi. kalau selain daripada itu, mereka masuk stpm ataupun politeknik.

poster selamat datang
poster selamat datang

Kalau adik nak fly ke luar negara, masuk matrikulasi dulu pun boleh. score pointer 3.75 dan ke atas insyaAllah boleh minta nak fly ke luar negara. orang kata kalau masuk matrikulasi ni, ianya ibarat ‘peluang kedua’ sebab tak dapat masuk asasi ipta. tak tahu betul ke tidak.

Kalau masuk asasi sains hayat contohnya, kebiasaanya pelajar akan di serap masuk terus ke ipta berkenaan. contoh, asasi di universiti malaya kan. lepas habis asasi tu, boleh sambung ijazah kat universiti malaya terus. mungkin ada syarat-syarat tertentu sikit.

Katakanlah adik dah mohon semua tapi masih tidak diterima masuk, adik boleh masuk ke tingkatan 6. ambil stpm dan belajar macam spm dulu. jadi ‘budak’ balik kejap. hehe. pergi pagi, balik petang pakai baju sekolah. ok je. tiada masalah pun.

Selain tu masa mohon UPU nanti, mohon lah diploma kat mana-mana universiti tempatan IPTA. pilih kos yang adik rasa sesuai dengan result spm tu. contoh kalau tak ambil subject biology spm, janganlah minta bidang perubatan. kalau tak ambik subject fizik dalam spm, janganlah mohon bidang engineering. gitu lah maksudnya.

thank-you-and-wish-you-all-the-best-18

Last sekali nak pesan. katakanlah lepas ni adik tak di terima masuk langsung ke mana-mana tempat, mohonlah IPTS, sekalipun mahal bayarannya sebab kita kan ada MARA. hihi. good to know yang mana, MARA hanya bagi pinjaman kepada pelajar yang belajar di IPTS sahaja. maksudnya, insyaAllah confirm dapat kemudahan ini.

Kalau score kat IPTS, mungkin bayar sikit je dalam 20% atau 10% atau 5% gitu je. kena belajar betul-betul bagi dapat pointer cantik lah syaratnya kalau betul-betul nak belajar. macam kita kena ‘insaf’ lah sikit sebab tak dapat IPTA kan. hihihi. saya IPTS Uniten ye. mohon la UNITEN. Hihi.

Rasa macam banyak benda yang terlepas pandang nak kongsi ni. kalau adik-adik ada soalan, mohon komen di bawah ye sebab mungkin soalan itu adalah soalan yang orang lain nak tahu juga. mohon elakkan whatsapp saya untuk tanya soal hala tuju selepas spm sebab whatsapp tu hanya untuk bisnes je melainkan jika adik urgent nak tanya apa-apa insyaAllah boleh.

Baca juga: Papan Tanda Dan Logo Popular Sepanjang Perayaan

Leave a Comment