Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah ditubuhkan selepas cadangan untuk mendirikan satu dana pendidikan oleh Bank Rakyat diluluskan semasa mesyuarat agung tahunan bank pada 11 Jun 2005 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Ekoran daripada satu kajian pada cadangan itu, satu keputusan telah dibuat oleh bank untuk menubuhkan sebuah yayasan yang akan berfungsi sebagai satu entiti berasingan, yang bebas dari operasi bank.

yayasan bank rakyat

yayasan bank rakyat

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)

PPBU ditawar kepada warganegara Malaysia yang berhak menerimanya untuk mengikuti pendidikan peringkat tinggi dari Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Professional, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah (PH.D). Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan para pelajar yang bijak tetapi miskin menerima pendidikan sepenuh masa pada peringkat siswa di institusi pengajian tinggi dan institusi latihan awam atau swasta tempatan.

PPBU ditawar kepada para pemohon tahun pertama yang telah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi dan institusi latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk kajian pada peringkat siswa dalam pelbagai subjek akademik dan praktikal, di mana pada pendapat ahli lembaga pemegang amanah YBR, dapat memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Kriteria Untuk Memohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Ia terbuka kepada rakyat Malaysia yang kurang mampu dan miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, yang telah layak untuk pengajian sepenuh masa di institusi pengajian tinggi dan institusi latihan awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Syarat-syarat Am

  • Pemohon mesti adalah Warganegara Malaysia.
  • Umur pemohon tidak boleh kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  • Umur pemohon tidak boleh melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Umur pemohon tidak boleh melebihi 45 tahun semasa tamat pengajian Ijazah Sarjana.
  • Umur pemohon tidak boleh melebihi 50 tahun semasa tamat pengajian Doktor Falsafah dan PHD.
  • Bukan muflis.
  • Pengesahan kemasukan dari universiti atau pusat latihan awam atau swasta.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 dalam akaun.
  • Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan Lembaga Pemegang Amanah YBR.

Keutamaan diberi kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Perniagaan
  • Pengurusan
  • Sumber manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi media
  • Sains aktuari

Perlu diingati bahawa permohonan sekarang hanya dibuka untuk peringkat 2 dan program: Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD.

Kelayakan

  • PhD: Sehingga RM18,600 setiap tahun
  • Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setiap tahun
  • Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setiap tahun (Hanya RM6,500 untuk UiTM)
  • Diploma: Maksimum RM7,500 setiap tahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500)
  • Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (2 tahun)
  • Sijil Kemahiran: Sehingga RM4,920 setiap tahun

Penarikan balik pembayaran PPBU

YBR boleh menarik balik PPBU jika:

  • Penuntut menangguhkan pelajaran mereka tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada YBR.
  • Gagal untuk menyempurna dan melaksanakan perjanjian dalam tempoh yang dinyatakan.
  • Memberi maklumat palsu dalam borang permohonan.
  • Gagal untuk kekal dalam bidang pengajian yang dinyatakan dalam permohonan PPBU.
  • Gagal menamatkan pengajian dari universiti/kolej/ ILA / ILS dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Memperolehi purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.0 dan ke bawah.

Penamatan pembayaran PPBU

YBR akan menamatkan segala pembayaran kepada penuntut secara automatic jika penuntut tersebut gagal untuk meneruskan pengajian.

Penuntut perlu membuat bayaran balik penuh jumlah keseluruhan penajaan yang telah dikeluarkan semasa tempoh pengajian sepertimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

Bagaimana untuk memohon

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang PPBU (Tempatan)

Langkah 1: Semua permohonan mesti dibuat secara dalam talian di yayasanbankrakyat.com.my
Langkah 2: Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS.
Langkah 3: Pemohon perlu mendaftar satu akaun di laman web YBR untuk mengisi borang pemohonan.
Langkah 4: Selepas mengisi Borang-E, pemohon perlu mencetak dokumen untuk rujukan peribadi.
Langkah 5: Selepas tarikh tutup permohonan, pemohon perlu menjawab kuiz pengetahuan am.
Langkah 6: Semua pemohon PPBU yang berjaya akan diumum di laman web rasmi YBR dan surat tawaran akan dikirimkan.

Maklumat perhubungan

Alamat: Yayasan Bank Rakyat, 8th Floor, Tower 1, Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +603 2612 9600
E-mel: [email protected]
Laman web: http://yayasanbankrakyat.com.my

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, boleh cuba Yayasan Bank Rakyat ini. Tetapi apa yang perlu diingati adalah bahawa permohonan untuk Yayasan Bank Rakyat itu cuma dibuka untuk para pelajar memohon pada bulan September setiap tahun. Proses untuk membuat permohonan ambil masa agak lama juga. Apa yang diperlukan oleh bank itu adalah anda perlu buka satu akaun simpanan dengan Bank Rakyat. Lepas tu kena kena menyediakan semua dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan anda.

Lepas semua dokumen dah hantar, anda masih perlu tunggu berita selama 2 bulan. Dalam masa 2 bulan, anda akan terima emel atau SMS dari Yayasan Bank Rakyat. Bank itu akan susunkan untuk anda membuat assessment online.

Selepas online assessment, anda lagi perlu tunggu 2 bulan untuk temuduga dengan pengarah YBR. Selepas temuduga dengan pengarah, kena tunggu lagi 1 atau 2 bulan untuk mendapatkan berita sama ada anda berjaya memohon atau tidak.

Jadi, inilah seluruh prosesnya, banyak prosedur yang perlu diikuti. Untuk mengetahui maklumat yang selanjutnya, boleh anda baca dan cari di Google untuk orang yang pernah membuat permohonan supaya anda dapat tips macam mana untuk membuat semua persediaan seperti soalan yang diuji apabila mengambil online assessment dan apa yang akan ditanya bila membuat temuduga dengan pengarah YBR.

Apa yang paling bagus tentang Yayasan Bank Rakyat itu adalah jika anda dapat markah yang ditetapkan oleh Bank Rakyat, anda tidak perlu membayar semula pinjaman yang diberikan.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh