Papan Tanda Dan Logo Popular Sepanjang Perayaan

Hari ini pastinya suasana di pejabat mahupun di bandar-bandar terasa agak lengang, maklumlah sudah ramai warga kota sudah mula bergerak untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Manakala jalan-jalan di kampung pula sudah mula menampakkan pertambahan kenderaan yang memiliki nombor plat pendaftaran luar.

Artikel kali ini ingin berkongsi beberapa papan tanda dan logo sempena keseronokan balik kampung. Sama ada sedar atau tidak, sememangnya papan tanda dan logo di bawah ini memang menjadi perhatian kita.

1. Awas perangkap had laju

speed trap
speed trap

Rasanya bila memandu aje, kebanyakan mata pemandu melilau mencari tanda-tanda awal untuk kenalpasti kat mana ada operasi perangkap had laju. Jadi anda kena berhati-hati ni, kalau tak kering-kering mungkin RM300 anda telah melayang.

2. Berhenti Pemeriksaan Polis

Berhenti Pemeriksaan Polis

Mesti jumpa punyalah papan tanda ni kalau memandu di musim perayaan ni, bukannya apa, ada juga sesetengah kes pemandu yang lupa lesen pandu mereka sudah mati 2 atau 3 bulan yang lepas, atau pun road tax dah tamat tempoh dan lupa pergi renew.

3. Papan Tanda Had Laju

Hadlaju kebangsaan

Papan tanda had laju yang memang menjadi pedoman dan juga ‘accelerating point’ kepada sesetengah pemandu. Ada yang cuba ikut dan ada juga yang cuba tambah lagi satu angka kat depan papan tanda peringatan tu, dari elok-elok 90km/j dah jadi 190km/j. huhuhu

4. Papan Tanda Stesen Minyak

petrol-stattion-sign

Papan tanda pun tersenarai di antara papan tanda popular juga, lebih-lebih lagi bagi kes-kes yang silap bajet isi minyak, hati dok berdebar takut ‘terhabis’ di tengah jalan. Silap-silap mau lari timing balik raya kalau silap bajet ni.

Tapi jika papan tanda ini boleh tunjukkan stesen minyak jenama apa yang berada di depan adalah lebih baik. Sebab terdapat ramai juga pemandu yang cuma isi minyak dengan jenama yang tertentu. Macam saya cuma pakai BHP RON95 untuk kereta saya, tetapi banyak kali I pusing ke R&R yang mempunyai stesen minyak, cuma dapati jenama stesen ini bukan BHP ,  buat susah payah bagi saya saja.

5. Bulan Sabit Merah

bulan sabit merah

Logo bulan sabit merah atau hospital juga antara yang dicari bila menjelang perayaan disebabkan banyak kes. Sama ada kes kemalangan jalan raya sampailah kes cirit birit dek terlebih makan, belum kira kes demam tiba-tiba di hari raya.

Maka jika dapat tahu hospital yang berdekatan semasa memandu, bolehlah cepat untuk tuju ke hospital dan pesakit juga boleh dapat rawatan yang berkenaan dalam masa yang singkat.

6. Mesin ATM dan Tanda MEPS

tanda MEPS

Yang ni pulak logo mesin ATM dan tanda MEPS, memang penting sama ada dalam apa jua situasi, sama ada masa balik kampung mahupun bila pulang semula ke kota. Maklumlah bajet ni kekadang ada jugak yang lari, silap-silap tengah-tengah malam raya melilau dok cari mesin ATM sana sini.

7. Zon Operasi Kamera

zon operasi kamera

Untuk menangkap kenderaan yang melanggar peraturan lalu lintas (pandu dengan cepat, lampu merah, pandu di lorong kecemasan dan pelanggaran yang berbahaya), Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah secara rasmi melaksanakan dan memasang penghalang mata AES di banyak lokasi di seluruh Malaysia.

Terdapat banyak AES juga yang dipasang di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Banyak kereta yang suka pandu dengan kelajuan yang amat tinggi di lebuhraya dan kena tangkap gambar oleh AES.

Jadi bila anda pandu di Lebuhraya Utara-Selatan, perlulah anda berhati-hati dengan kamera AES tu supaya tidak kena tangkap gambar dan perlu banyak saman yang bukan murah tu.

8. Tanda RFID

papan rfid

Sekarang apabila anda melalui toll, bolah anda dapati banyak stesen toll sudah ada papan MYRFiD yang berdiri di lintas toll yang tertentu.

RFID merupakan teknologi yang baru yang dipasangkan oleh syarikat Touch ‘n Go untuk memudahkan bayaran toll dengan laluan yang lebih cepat. Sebab sekarang semakin banyak kenderaan yang pakai toll dan penggunaan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag pun bukan cepat sangat yang boleh menyebabkan kesesakan jalan.

Jadi dengan perkenalan RFID baru ini, ia dapat mengurangkan kesesakan dan membolehkan semua kenderaan melalui toll dengan lebih lancar.

Tetapi teknologi RFID ini masih belum matang lagi. Banyak kali terdapat banyak kereta yang sangkut di depan papan RFID sebab isyarat tidak dapat dibaca oleh scanner di toll itu.

Touch ‘n Go menyedari masalah dengan pelekat RFID pada tinted windows atas kereta. Kereta seperti ini memerlukan pilihan pelekat lampu depan. Masalah dengan membaca isyarat RFID hanya berlaku pada tinted windowos yang isyarat perlu melalui filem tetingkap metalisasi.

Syarikat toll itu sedang mempertimbangkan tag RFID logam untuk menyelesaikan masalah ini.

Rasanya ada banyak lagi papan tanda dan logo yang sentiasa dicari sepanjang musim perayaan ini, kalau ada yang terlintas tu bolehlah dikongsikan di sini.

Adakah orang akan pergi tukar papan had laju macam ini? Jangan nanti kena saman akan kena masuk penjara dan makan nasi kari untuk raikan hari raya pulak…

papan had laju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *