Saya Minat Bisnes. Tapi Apa Mula-Mula Yang Saya Perlu Buat?

Sejak saya masuk belajar di university ni, ramai kawan saya tanya saya soalan yang sama dan jawapan yang saya berikan kepada mereka juga sama sebab itulah prinsip bisnes yang saya pegang sehinggakan alhamdulillah bisnes saya berjalan sehingga hari ini.

Kadang-kadang tak larat nak bercakap dah hehe sehinggakan ada 1 hari tu perut saya masuk angin sebab tak makan apa-apa lagi tapi dah bercakap 3-4 jam tanpa henti. Bila terkenang rasa macam gerun pulak sebab seksa rasanya bila perut masuk angin.

Jadi saya rasa saya wajib tulis di dalam blog ni sebab ada seorang tanya, saya jawab dari A-Z. Satu orang lagi tanya A-Z juga saya jawab. Cuba bayangkan kalau 10 orang tanya benda yang sama? Hahaha rasanya tak perlu jadi mahasiswa university dah kot, jadi speaker motivasi saja.

Tapi itulah disebabkan rasa tanggungjawab, saya nak kongsi juga dengan semua orang terutama bangsa Melayu supaya sedikit sebanyak saya dapat tolong mereka dalam jihad ekonomi ini. InsyaAllah.

perkembangan pencapaian tamadun islam
perkembangan pencapaian tamadun islam

Setiap dari kita wajib berjihad. Anda pilihlah nak jihad dari segi apa. Saya pilih untuk jihad dari segi ekonomi sebab saya ada ilmu tu insyaallah. Ilmu lain saya tak ada. masing-masing kena ‘jihad’ supaya kita complement each other (saling melengkapi). Ini yang buat ISLAM great kan?

Ok. Bagi saya lah kan. Orang lain mungkin pendapat berbeza tapi kalau anda tanya saya, benda yang mula-mula kena ada kalau kita nak buat bisnes adalah kena ada modal ‘DIRI SENDIRI’.

Bukan modal duit ya. Bukan modal kereta besar. Bukan modal kedai fizikal. Bukan modal material tapi kena ada modal diri sendiri.

Diri sendiri tu maksud saya adalah kita kena berubah. Dalaman kita kena berubah. Kalau sebelum ini kita bukan orang yang baik-baik, kalau anda nak start buat bisnes, anda kena belajar ‘paksa’ diri untuk jadi baik. Dan niatkan anda jadi baik itu bukan untuk orang lain tengok tapi untuk diri sendiri!

Mula-mula memang kena paksa. Lama-lama benda tu akan jadi biasa sampaikan orang sekeliling anda akan tegur:

‘Ehhh baiknya kauu’.

‘Bagusnyaaa cara kau berfikir’.

Serious saya cakap. Lama-lama kita tak perasan pun yang kita dah terbiasa untuk buat benda yang baik baik sebab ianya dah jadi habit dan amalan kita. Bagi kita benda tu dah jadi perkara biasa tapi bagi orang lain (yang tak pernah buat benda tu) bagi mereka ianya sangatlah baik di mata mereka hehe.

Contohnya macam kalau kita terbiasa untuk perlahankan kereta masa orang nak lintas jalan dan bagi orang melintas dulu, then kalau kawan kita ada dalam kereta tu, dia akan cakap wahhh baiknya. Hahaha padahal kita dah terbiasa buat benda tu dan tak rasa pun ianya baik.

Satu lagi kalau kita dah terbiasa untuk tolong bukakan pintu kelas dan biarkan kawan-kawan kita masuk dulu, kawan kita akan cakap wahhhh gentleman/macho/romantic nyeee (what?) Padahal kita tak rasa benda tu gentleman pun sebab kita dah terbiasa untuk practise benda tu.

Nampak tak? Untuk jadi baik, semuanya kena bermula dengan ‘paksa’ diri dan lama-lama kita akan belajar untuk buat sesuatu dengan ikhlas tanpa harapkan pujian dari orang lain. FAKE IT UNTIL YOU MAKE IT!

2 amalan ni saya belajar dari budaya orang luar masa saya belajar di oversea dulu. Masa tu saya perangai budak-budak kampung kan tak tahu pulak budaya-budaya macam ni tapi bila orang sana buat macam ni kat saya, saya rasa macam wahhhhh saya kena buat jugak ni untuk rasa apa yang dia rasa kalau buat benda ni kat orang lain (sorry berbelit sikit).

Dan saya rasa gembira sangat sebab dapat buat baik kat orang. Dulu memang rasa FAKE juga hehe tapi lama-lama dah jadi biasa dan saya tak expect anything in return pun.

Good Manner
Good Manner

Selain tu, paling penting adalah untuk ‘paksa’ diri untuk jadi seorang manusia yang 200% positif. Benda ni wajib ada sebelum anda masuk dunia bisnes. Kalau malas sangat nak fikir positif, rasa positif dan semua positif, ingat macam ni je. Anda jadi positif adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang tengok!

Saya fikir macam tu je. Saya jadi positif sebab saya nak bisnes saya maju. Diri saya maju. Itu je. Saya tak kisah orang lain nak cakap saya apa sebab saya nak jadi insan yang hebat dalam dunia bisnes. Jadi saya kena buat benda yang orang biasa-biasa tak buat lah kan?

Kenapa wajib jadi positif? Supaya kita tak sabotaj diri sendiri. Nak buat bisnes tapi bagi alasan.

‘Boleh ke aku jadi macam awak ni haha (contoh ye).’

‘Ada ke orang nak beli barang aku ni?’

‘Aku macam tak ada bakat nak berniaga la. Ibubapa saudara semua makan gaji je. Darah bisnes tak ada mengalir pun dalam jiwa sanubari aku.’

‘Malu lah nak tanya macam mana nak buat ni nak buat tu.’

Nampak tak? Kalau kita fikir negative, kita akan sabotaj diri sendiri dan benda ni lah yang membuatkan kita tak buat bisnes sampai sekarang. Sebab tu saya memang tekankan untuk jadi insan yang positif kalau nak buat bisnes

Kiranya, fikir rasa cakap tulis dan buat yang positif itu sebenarnya adalah doa dan dalam al-quran pun ada cakap kan yang Allah mengikut sangkaan hamba hambanya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *