Tips Agar Disukai dan Disenangi Orang

Bismilahirahmanirahim…

Apa khabar anda semua? Seriously sangat-sangat busy sekarang sebab kena uruskan banyak perkara. Saya perlu fokus dengan belajar and nak settle down all things tentang project yang saya ada. Hampir setiap malam ada saja meeting, event and sebagainya.

Okay, kali ini saya nak berkongsi bersama anda sikit mengenai tips agar disukai atau disenangi orang. Sebelum tu, kita kena ingat bahawa dalam dunia ni, sebaik mana pun kita, there must be A PERSON that cannot accept us… Must Be… Sebabnya, ada orang dalam dunia ini memang wujud jenis orang yang tak boleh tengok orang lain buat baik. Dia akan rasa annoying or tercabar mungkin… Tapi tak pe, itu hakikat kehidupan untuk kita semua.

Niat bagi saya tulis artikel ini bukan sebab saya rasa semua orang adalah suka atau senang dengan saya. Tapi saya nak kita semua cuba untuk buat orang di sekeliling kita rasa senang hati untuk bersama kita. This is not about we need to change our personality, BUT we try to add some a little thing that could lead us to happiness.

Tips:

1. Berikan ucapan salam.

peace be upon you
peace be upon you

Bila bertemu dengan kawan-kawan, cuba bagi salam beserta dengan nama mereka… Contohnya,

Untuk muslim, “Assalamualaikum, Azrul” – dengan nada yang ceria dan senyum serta seikhlas mungkin… Bila kita panggil nama seseorang, ia sebenarnya membuatkan seseorang tu akan rasa lebih dihargai…

Kalau bukan muslim, mungkin anda boleh say “Hi” or “Hello”…

Dengan cakap macam ini saja, mereka akan rasa kemesraan daripada anda.

2. Sedekahkan senyuman

senyum
senyum

Macam yang saya cakap tadi, senyuman seseorang boleh buat kita tenang sebenarnya. Tapi kita kena belajar untuk senyum dengan betullah. Mungkin anda ada soalan, senyum pun kena belajar k?? Ya betul, jika nak senyum dengan betul, anda perlu sikit latihan depan cermin sebelum keluar dari bilik/rumah.

Pernah tak kita rasa tenang bila kita lihat seseorang senyum, walaupun kita tak kenal pun orang tu siapa? Jadi, itulah sebenarnya kuasa senyum dengan ikhlas.

3. Mudahkan ucap terima kasih

terima kasih
terima kasih

Basically, ini adalah untuk kita membuatkan orang rasa dihargai… Kadang-kadang kita dengan kawan-kawan ini sensitif sikit… Kita tak perasan sebenarnya kita banyak mintak tolong kawan,

“Tolong tutup lampu jap”
“Tolong bukak kipas jap”
“Tolong tepi sikit” – Hahaha, yang ni pun ada ke???

Macam-macam tolong la… Dan kadang-kadang, kawan-kawan akan rasa diperhamba… Itu masalahnya bila kita kurang ucap terima kasih… Jadi, murahkan ucapan terima kasih anda kepada semua orang disekeliling….

4. Sentiasa fikir dan cakap yang baik-baik tentang orang lain

Pernah tak kita ditanya oleh seseorang pasal keburukkan orang lain…??? Pernah kan???
Masa ini kita kena bersikap positif, jangan tunjuk keburukan atau aib orang walaupun orang tu memang ada melakukan kesilapan… Masalah masyarakat kita adalah JUDGE… Kita suka JUDGE orang lain… Sangat bahaya sebenarnya… Jangan JUDGE orang kalau kita tak nak orang JUDGE kita… Faham??? Haahaha..

5. Layan orang seperti mana dia mahu dilayan

Kat sini kita bukan nak jadi hipokrit… Betul ke eja tu… Hehehe…Yes, kita bukan nak jadi hipokrit tapi kita kena cuba untuk terima seseorang seadanya dia.. Kalau dia ada kekurangan dari segi apa-apa, kita kena cuba untuk belajar yang itu adalah dia… Dan jika kita rasa kita perlu untuk ubah kekurangan dia, kita kena guna cara yang paling betul… Sebab biasanya orang salah guna teknik untuk nasihat orang… Lepas tu timbul la konflik,” Kau tu baik sangat ke nak nasihat aku”… Ni yang biasanya terjadi….

6. Tidak mengkritik dan mengaibkan orang depan orang lain

kritik orang
kritik orang

Ini sangat penting… Sangat… Kalau kita tak suka orang, cakap dengan orang tu baik-baik apa masalah dia… Tak suka dalam konteks ini bukan annoying tapi dia memberikan masalah kepada kita…

Contohnya, kalau dia guna barang kita tanpa kebenaran, it is better for us untuk jumpa dia face to face rather than kita pergi cerita dekat orang lain… Benda tu tak settle masalah kot… Kalau nak sindir pun, sindir dia depan-depan masa orang tak de la… Haha.. Boleh pulak saya ajar orang sindir orang lain…

Baca juga: Ya Lah Kalau Nak Gaduh Pun

7. Simpan rahsia orang baik-baik

Bila orang bagi tahu something, maksudnya dia percaya kat kita… And kita jangan musnahkan kepercayaan tu… Please jangan… Dia macam luka tau… Sekali kita terluka, luka tu boleh pulih… Tapi parut luka tu still ada…

Saya rasa tu saja kot setakat ini…

Semua tips-tips ni saya jumpa kat Facebook sebenarnya… Boleh tengok gambar kat bawah untuk full tips..

tips agar disukai orang
tips agar disukai orang

Baca juga: Bahagian lelaki yang perempuan suka tengok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *