Beras Basmathi – Kebaikan dan Cara Untuk Makan

Apa Itu Beras Basmathi?

Beras basmathi berasal dari India. Basmathi berasal dari perkataan Hindi untuk “harum,” dan nama ini rasa tepat sekali. Beras basmathi adalah mengenai rasa dan aroma, yang sangat pedas, keras, dan wangi.

Ia adalah beras aromatik yang panjang dan ramping. Bentuknya nampak extra dan super long daripada beras lain.

Ia ditanam secara meluas di dataran kaki Himalaya. Beras ini dikata merupakan salah satu makanan istimewa untuk raja India dan Parsi kuno.

beras basmathi

Sumber air tulen di kaki bukit Himalaya dan mineral yang kaya dari alam semulajadi menghasilkan beras basmathi yang berkualiti tinggi.

Kebaikan Untuk Makan Beras Basmathi

Apa yang special dengan beras ini. Sebenarnya terdapat banyak benefits yang boleh kita dapat dengan makannya.

1. Makanan yang baik untuk pesakit kencing manis(diabetes)

Ramai orang yang menghidap kencing manis percaya bahawa mereka perlu menghadkan pemakanan mee dan beras yang boleh memburukkan penyakit. Tetapi jika mereka makan beras basmathi, ia tidak akan memburukkan keadaan penyakit.

Indeks glisemik makanan adalah petunjuk yang berkesan terhadap tindak balas glikemik postprandial makanan. Beras basmathi adalah lebih rendah gi berbanding dengan beras putih, jadi ia dapat membantu untuk menunda penukaran karbohidrat dari menjadi gula darah. Ini bermaksud beras basmathi sebenarnya membantu mengawal gula darah pesakit diabetes.

2. Mengawal selera dan mengekalkan berat badan yang sihat

Beras basmati mengandungi banyak amilosa yang merupakan salah satu karbohidrat yang lebih sukar dicerna. Jadi ia boleh memberikan rasa kenyang kepada seseorang dan sesuai untuk pengurusan gula darah.

Kalori dalamnya juga rendah. Untuk satu cawan nasi basmati yang mempunyai l58g, ia cuma ada 205 kalori sahaja.

basmati rice nutrition facts

Apabila selera makan dapat dikawal, maka berat badan untuk seseorang secara semulajadi juga dapat dikekalkan. Oleh itu, beras basmathi adalah baik untuk diet sebab ia boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan dan memberi anda lebih banyak tenaga.

3. Menggalakkan kesihatan jantung

Kandungan lemak tepu dalam beras basmathi jauh lebih rendah daripada beras lain. Sebilangan kecil lemak tepu di dalamnya membantu untuk jaga kesihatan jantung.

Nasi basmathi mengandungi lemak tak tepu dan mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah. Oleh itu, ia disyorkan sebagai bijirin yang amat berkhasiat untuk kesihatan jantung.

Di samping itu, beras basmathi juga mengandungi banyak serat. Jika anda sering memakannya, ia daapt bantu untuk mengekalkan sistem kardiovaskular yang sihat.

4. Membantu menurunkan tekanan darah

Beras ini adalah kaya dengan vitamin B dan selulosa. Dan ia mengandungi kurang kanji berbanding dengan beras lain seperti beras putih atau beras perang.

Jika anda secara berkala makan beras basmathi, nutrisi dalam beras ini akan membantu menurunkan indeks tekanan darah anda.

Beras basmathi mengandungi magnesium dan kalium, kedua-duan nutrisi ini telah ditunjukkan dalam kajian saintifik yang mereka dapat membantu menurunkan tekanan darah jika dimakan dengan kerap.

5. Menggalakkan fungsi otak

Beras basmathi mengandungi vitamin yang dipanggil tii, yang bukan sahaja mempunyai keupayaan untuk meningkatkan perhatian dan ingatan, tetapi juga membantu fungsi positif untuk sistem saraf dan menggalakkan semangat psikologi secara keseluruhan. Oleh itu, makan beras basmathi dapat meningkatkan memori otak kita.

Beras Basmathi Untuk Nasi Arab

Sekiranya anda ingin sediakan resepi untuk nasi arab dengan pakai beras basmathi, boleh anda lihat video ini untuk jadi rujukan masakan anda.

Cara masak beras basmathi guna Noxxa

Penyediaan nasi ayam yang sedap

Masak beras basmathi guna pressure cooker

 

Langkah-langkah masak:

  • Sukat beras ikut berapa orang yang akan makan. Jika 5 orang, maka sukat untuk 2 1/2 atau 3 cawan.
  • Basuhkannya dan buangkan air selepas itu.
  • Masukkan beras ke dalam pressure cooker.
  • Lepas tu, sukat air untuk dimasukkan. Sukatan beras basmathi dan air adalah pada nisbah 1:1.5. Jika masak 3 cawan beras, maka anda perlu tuangkan 4.5 cawan air ke dalam. Untuk 1 cawan beras adalah lebih kurang 200 gram, jika masak 1 kg beras, maka perlukan 5 cawan. Dan ini bermaksud anda perlu tuang 7.5 cawan air.
  • Rendam nasi untuk 30 minit untuk memastikan nasi jadi cukup lembut.
  • Akhirnya, masuk ke dalam pressure cooker dan masak.

Ada juga orang yang suka pakainya untuk buat bubur. Ini memang terpulang ke kesukaan anda sendiri.

Jenama(Brand)

Terdapat pelbagai jenama beras basmathi yang boleh anda beli di pasaran. Antaranya termasuk Jasmine, Bird of Paradise, Cap Biri Biri, Cap Rambutan, Cap Ketupat, Cap Lily, Cap Udang, Jati, Taj Mahal, Sunflower, Saga, Juara, Faiza Kashmir, Faiza Moghul, Maharaja, Maharani, Bidara, Daawat, Murni, Tilda dan banyak lagi.

Antara yang paling famous ialah Jasmine Rice. Sekarang ia merupakan sebuah anak syarikat kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Jasmine merupakan jenama yang lama di Malaysia yang mengimport pelbagai jenis beras dari Thailand, Myanmar, China, Vietnam, India, Pakistan, Australia dan Amerika Syarikat.

Terdapat pelbagai beras basmathi yang bagus yang dibekalkan dari syarikat Jasmine ini. Antaranya termasuk Basmathi King, PusaCream Sella, Royal PusaGold 1121, Peacock. Sesetengah beras itu adalah parboiled.

Apa itu Parboiled?

Beras parboiled juga dikenali sebagai converted rice. Sebahagian daripada beras itu dimasak dalam sekamnya yang tidak boleh dimakan sebelum diproses untuk dimakan.

Beras ini akan mengalami proses rendam, kukus, dan pengeringan untuk meningkatkan tekstur, penyimpanan dan manfaat kesihatannya.

Sekiranya anda ingin beli beras basmathi yang organik yang tiada racun perosak, tiada herbisida dan bebas pengawet, boleh anda dapatkannya di Clean Eating Grocer. Beras yang dijual adalah halal dan sesuai dimakan oleh para muslim.

Packing yang boleh anda beli di pasaran biasanya dalam kandungan 1 kg, 2, kg, 5 kg, dan 10 kg.  Anda boleh beli mengikut berapa orang yang akan makan. Sama ada 10, 20, atau 30 orang.

1 kg cukup untuk berapa orang makan?

1 cawan nasi basmati adalah lebih kurang 200 gram. Biasanya seseorang perlukan 1/2 cawan nasi atau 100 gram. Maka untuk 1 kg adalah cukup dimakan oleh 10 orang.

Mana Dapat Beli?

Beras ini agak senang untuk didapati. Boleh anda beli di pasaraya seperti Tesco, Giant, Mydin dan lain-lain tempat. Sekiranya anda ingin beli online, boleh juga anda beli dari Lazada atau Shopee. Harga untuk beras ini juga berbeza dengan jenama yang berlainan. Ada yang murah dan ada yang mahal.

Perbezaan antara beras basmathi dengan beras-beras lain

Jika anda ingin tahu perbeza beras ini dengan beras-beras yang lain seperti herba ponni, beras perang, beras putih, beras rebus, beras merah dan sebagainya, boleh anda rujuk ke artikel ini.

Boleh Jadi Door Gift Juga

Ada juga orang yang berikan beras basmathi sebagai door gift atau cenderahati dalam sesuatu acara atau jamuan mereka.

Ia adalah amat praktikal sebab semua orang pun ada makan nasi dan bila mereka dapat cenderahati seperti ini, mesti tidak akan mereka buangkannya tetapi mereka akan ambil balik rumah dengan hati yang gembira.

One Comment on “Beras Basmathi – Kebaikan dan Cara Untuk Makan”

  1. Terima kasih kerana berkongsi maklumat berkenaan beras basmathi. Saya memang bercadang mahu amalkan makan beras parboiled selepas stok beras habis. Baru tahu beras parboiled dalam kategori beras basmathi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *