Kalkulator ini boleh diguna untuk tukar antara gram, cawan, auns dan mililiter dengan mudah. Boleh anda guna kalkulator ini untuk banyak bahan yang popular termasuk tepung, gula, mentega dan banyak lagi.
The Calculator
Convert From:
Convert To:
Amount:
NOTA – Satu sudu besar dalam sukatan ini ialah 15ml (sukatan standard di UK / US). Satu cawan dianggap mengandungi 240ml.
Semasa menyediakan makanan dari buku resipi seperti buat kek atau kuih muih, anda mungkin memerlukan penukar sukatan gram ke cawan. Ini adalah kerana terdapat buku-buku resipi yang mempunyai ukuran yang berbeza dari ukuran metrik yang kami gunakan.
Adakah secawan tepung berubah menjadi jumlah yang sama dalam gram dengan secawan susu?
Sama ada anda membuat kek coklat, menyiapkan kuih muih untuk hari perayaan atau membuat pencuci mulut, anda perlu mengetahui bahawa penukaran sukatan cawan ke gram atau gram ke cawan adalah tidak sama dari tepung, susu, yis, mentega(butter), gula dan sebagainya.
Semasa membuat sukatan atas bahan kering berbanding bahan basah, ukurannya akan berbeza. Jadi anda harus memastikan anda memilih sukatan yang betul semasa menyediakan bahan untuk resipi anda.
Semua Bahan Mepunyai Ketumpatan Yang Berlainan
Ia adalah sangat penting untuk anda mempertimbangkan terlebih dahulu apa ramuan yang anda sediakan sebelum menyukat gram dari resipi yang diberikan dalam cawan.
Secawan mentega akan menimbang lebih banyak daripada secawan tepung, walaupun kedua-duanya membuat topping pancake yang enak, Oleh itu, tidak ada satu gram yang setara dengan cawan; garam seberat 300g dalam satu cawan, sementara serbuk roti segar mungkin cuma mencapai 60g. Semuanya tergantung kepada ketumpatan bahan yang diguna.
Sukatan Cawan Standard
Sukatan di bawah adalah anggaran umum yang berdasarkan cawan biasa ikut Amerika standard di mana kandungan cawan adalah 236.588ml. Ini adalah cawan yang biasanya dirujuk dalam resipi.
Baca juga: Kuih Tradisional Sabah