Bibir kering atau pecah adalah keadaan biasa yang berlaku bagi kebanyakan orang. Tetapi sesetengah orang mungkin mengalami bentuk bibir pecah-pecah yang lebih teruk yang dipanggil cheilitis. Cheilitis boleh disebabkan oleh jangkitan yang disebabkan oleh kulit yang retak di sudut bibir.
Walau bagaimanapun, kebanyak orang yang mengalami bibir selalu kering tanpa ada apa-apa penyakit pun.
Kenapa Bibir Boleh Jadi Kering?
Bibir tidak mengandungi kelenjar minyak seperti bahagian kulit yang lain. Ini bermakna bibir lebih mudah kering dan pecah. Kekurangan lembapan boleh memburukkan lagi masalah, sama ada ia disebabkan oleh cuaca atau anda tidak jaga bibir dengan baik.
Kelembapan pada udara semasa musim sejuk boleh menyebabkan bibir pecah. Pendedahan kepada matahari dengan kerap pada musim panas juga boleh menjadikan bibir kering.
Satu lagi punca biasa bibir pecah adalah anda mempunyai tabiat untuk menjilat. Air liur dari lidah boleh menghilangkan kelembapan bibir yang akan menyebabkan kekeringan.
sumber foto: Feisbuuker
Makanan Anda Mengandungi Terlalu Banyak Makanan Masin atau Pedas
Adakah anda sangat suka makan snek atau kerepek? Makanan ini boleh menjadi sebab mengapa bibir anda mengelupas. Makanan masin, terutamanya yang mempunyai banyak garam di luar yang boleh lekat di bibir, akan menjejaskan kulit bibir anda. Garam pandai menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air dari bibir dan jadikan bibir kering.
Satu lagi sebab ialah makan makanan ringan yang pedas. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan kehilangan air.
Untuk rawatan bibir yang kering, apa yang boleh anda buat ialah hentikan makanan masin untuk seketika dan biarkan bibir anda sembuh secara semula jadi.
Cara Untuk Mengatasi Bibir Kering dan Pecah
Petua atau tips untuk mengatasi bibir kering ini bukan susah sangat. Sebenarnya cara ini mudah saja dan ia sahkan tidak akan memeningkan kepala para pembaca. Apa yang paling penting adalah ianya tidak menggunakan sebarangan bahan kimia untuk mengatasinya.
1. Minum Air Putih Secukupnya
Tahukah anda semua bahawa salah satu petanda yang menunjukkan seseorang tengah terdehidrasi adalah bibir yang kering dan merekah. Jadi bagi nasihat saya ialah minumlah air yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari untuk mengelakkan masalah bibir kering. Terutamanya ketika anda melakukan aktiviti lasak yang menuntut pengeluaran peluh yang berlebihan.
2. Jangan Terlalu Kerap Membasahkan Bibir Dengan Air Ludah
Salah satu faktor yang membuatkan bibir kering dan pecah-pecah adalah disebabkan oleh kebiasaan menjilat bibir dan membasahinya dengan saliva (air ludah) kita. Saya akui perbuatan tersebut akan mengurangkan rasa pedih pada bibir yang kering, tapi sebenarnya ia cuma bersifat buat sementara saja!
Malah kebiasaan ini tidak bawa kesan yang baik tapi ia akan memburukkan keadaan. Alasannya sangat mudah, air ludah sebenarnya mengandungi enzim pencernaan yang membuatkan bibir menjadi semakin kering. Jadi fikir-fikirkanlah, adakah anda cuma nak kelegaan sementara atau menambahkan masalah sedia ada.
3. Gunakan Pelembab Bibir
Saya tahu terdapat banyak jenis lip salve di pasaran seperti lip ice yang boleh mengatasi bibir kering. Tapi bukan benda alah tu yang saya nak sebut di sini. Sebaliknya penggunaan bahan alami seperti madu kelulut, minyak kelapa, merjerin dan minyak zaitun.
Caranya:
- Mula-mula sapu bibir anda dengan madu/minyak kelapa/marjerin.
- Selepas itu urut bibir anda dengan lembut pada kawasan yang berkenaan selama 20-25 minit.
- Akhir sekali basuh bibir dengan menggunakan air suam (terpulang sebenarnya, kalau anda malas nak basuh pun tak apa. Cuma saya risau mulut anda akan dihurung semut semasa sedang tidur nanti). Amalkan cara ini setiap hari sebelum masuk tidur. Insya Allah anda akan merasa perubahannya dalam 3 minggu.
Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai pengganti pelembab bibir.
4. Manjakan Bibir Dengan Skrub Alami
Selain kulit wajah dan kulit tubuh, bibir juga sebenarnya boleh dimanjakan dengan belaian skrub bertujuan membuang sel kulit mati yang terkumpul di permukaan bibir.
Caranya:
- Campurkan 1 /4 senduk teh gula pasir dengan setengah senduk teh minyak zaitun.
- Adun campuran tersebut sehingga sebati, kemudian gosok perlahan pada bibir sehingga kulit mati pada bibir tertanggal (jangan risau, ianya tidak akan menimbulkan rasa pedih).
- Ulangi proses menggosok sehingga kulit terasa lembut.
- Selepas itu basuh bibir dengan air suam untuk membersihkan gula dan serpihan sel kulit mati yang tertanggal. Keringkan dengan tisu. Dan letakkan pelembab bibir secukup rasa. Lakukan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya nanti.
5. Mineral Untuk Bibir
Siapa kata bibir tidak memerlukan nutrien? Perlu anda tahu bahawa bibir juga memerlukan khasiat daripada buah-buahan dan sayuran. Jadi, apa yang perlu anda buat ialah perbanyakkanlah makanan yang mempunyai nutrien yang tinggi dalam pemakanan anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, C, B, E seperti jambu batu, mangga, epal, tomato, sayur kobis, timun dan lain-lain perlu dimasukkan ke dalam menu diet anda.
6. Gunakan Kosmetik Yang Bersesuaian
Gunakan lipstik atau gincu bibir yang mengandungi pelembab dan bahan antioksida seperti Vitamin A, C dan E. Anda juga digalakkan untuk menyapu Vaseline atau balm bibir sebelum bergincu untuk memelihara kelembutan dan kelembapan bibir. Sila hentikan penggunaan produk kecantikan sekiranya bibir anda menunjukkan tindakbalas terhadap produk seperti terasa gatal, panas dan kering.
7. Gunakan Lip Balm
Balm yang baik boleh menampan kulit bibir anda. Perlu anda pilih lip balm yang tinggi dengan emolien. Semak ramuan untuk petrolatum. Petrolatum boleh mengekalkan kelembapan. Juga lihat berapa kandungan dimethicone yang ada dalamnya. Dimethicone dapat menutup rekahan dan pecah pada bibir yang kering.
Jangan hadkan diri anda kepada produk dengan perkataan lip balm saja. Lip ointments juga merupakan pilihan yang baik untuk anda.
Apa sahaja jenis produk yang anda pilih, sapu sebelum anda memakai gincu atau pengilat bibir. Ingat, bukan sapu selepas. Untuk memastikan bibir anda dilindungi, sapukan semula dengan kerap. Anda memerlukan kira-kira enam hingga lapan lapisan pada siang hari, jadi gunakannya pada waktu pagi dan juga pada waktu malam. Sapu beberapa jam sekali pada siang hari.
Untuk memudahkan anda sapu, sediakan satu botol di dalam dompet dan satu lagi dekat katil.
Produk Yang Perlu Dielakkan
Dalam kebanyakan kes, lip balm boleh memberikan rasa lega dengan serta-merta kepada bibir anda. Tetapi sebenarnya ia tidak membantu dengan fungsi penghalang. Dan kadang kala ia boleh menjadi perengsa dan bahkan memburukkan lagi kekeringan.
Apabila memilih balsem bibir, cuba elakkan produk yang mengandungi bahan-bahan seperti berikut:
- Bahan minyak wangi.
- Kilauan berkilat yang boleh meningkatkan kerosakan kulit bila dedah kepada sinaran matahari.
- Perisa seperti pudina, sitrus, vanila, dan kayu manis.
- Bahan tambahan yang tidak diperlukan seperti camphor, lanolin, octinoxate, oxybenzone atau propyl gallate.
- Mentol, fenol atau asid salisilik, yang sebenarnya boleh menjadikan bibir anda lebih kering.
- Bahan berwarna-warni yang boleh menyebabkan kerengsaan dan tidak melakukan apa-apa untuk membantu lembapkan bibir.
Dan pastikan anda berhenti menggigit, memetik atau menjilat bibir anda secara berlebihan.
Kekal terhidrat dan menggunakan balm bibir hambar harus menjadi rutin yang diamalkan oleh anda dalam gaya hidup seharian supaya anda akan dapat bibir yang lembap dan sihat.