Fungsi Otak dan 10 Cara Meningkatkan Daya Ingatan

Sebelum masuk ke topik utama yang kita ingin bincangkan dalam post ini, kita perlu tahu apakah yang menyebabkan seseorang individu mempunyai daya ingatan.

Seseorang mempunyai daya ingatan kerana adanya satu proses yang menghubungkan sel-sel di bahagian otak manusia yang mengurus memori, proses ini dipanggil sebagai synapse.

Semakin kerap proses tersebut digunakan, maka semakin gagah perkasalah sel-sel tersebut. Sebaliknya jika ia tidak digunakan dengan kerap, ia akan semakin menjadi lemah. Dan kadangkala ia akan mati untuk sesetengah orang yang tidak pakainya buat masa yang panjang.

tingkat daya ingatan

Kuasa dan kemampuan otak amat luar biasa. Ini termasuk dalam proses penyimpanan maklumat atau ingatan. Menurut kajian didapati ada 10 cara bagaimana ingatan kita berfungsi untuk mengakses maklumat setepat dan secepat yang dikehendaki. Saya yakin ramai yang nak tahu terutama golongan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Ayuh kita teliti bersama-sama.

1. Deria

Sebagaimana yang saya tulis dalam artikel sebelum ini maklumat dan data masuk ke dalam otak melalui deria yakni pancaindera. Semakin banyak yang kalian lihat,dengar,rasa, hidu dan sentuh terhadap sesuatu perkara maka memori tentangnya sangat kuat dan jelas. Proses mengingatkan kembali maklumat tersebut tampak lebih mudah.

2. Penonjolan

Penonjolan imej yang luar biasa memudah memori kita menyimpan dan mengakses sesuatu perkara, perlu saya tekankan bahawa otak kita bekerja menggunakan gambaran atau imej. Sebab itu jika ada imej yang terlalu menonjol sifatnya akan mudah disimpan dalam memori kita. Yang menakjubkan ia akan diakses dengan sangat cepat, tepat dan mudah sekali oleh memori kita.

3. Ritma

Otak sangat suka benda yang bergerak. Ia bagi memastikan ingatan kita kuat untuk mengingatkan sesuatu perkara, sebaik-baiknya ia buat imej yang bergerak, tiga dimensi dan ada ritma.Memori manusia lebih kuat mengingat kepada perkara yang turutan dan ada cerita disebaliknya. Jadi tidak hairan ada yang boleh mengingati jalan cerita sesuatu filem berbanding jalan cerita yang dikisahkan dalam novel.

4. Warna

Warna membolehkan memori kita terus hidup dan senang diingati. Dalam imaginasi gunakan warna yang terang dan jelas. Gambarkan sesuatu maklumat menggunakan warna. Otak suka warna dan dirangsang untuk lebih seronok melalui warna. Cuma elakkan penggunaan warna hitam sebab otak cenderung untuk tidur. Tidak hairan pengamal ilmu hipnosis suka mengenakan pakaian serba hitam supaya cepat menidurkan otak sedar para klien atau subjek.

5. Nombor

Nombor memberi pengaruh yang hebat ke atas memori.Nombor adalah signal untuk otak membuat urutan dan secara spesifik penyimpanan maklumat ke atas memori. Mari saya ajak pembaca sekalian untuk membilang nombor 1 hingga ke 100. Tentu sangat mudah, selepas itu cuba membilang nombor secara rawak. Bayangkan perbezaannya. Sudah pasti lidah boleh berbelit dan sangkut-sangkut pulak tu. Betul tak?

6. Simbol

Penggunaan simbol adalah kod yang padat untuk memahat ke dalam memori. Ia mudah diingati kembali kerana berbentuk imej yang boleh dihubungkan dan dijalinkan sebagaimana sebuah cerita. Secara logiknya simbol amat memudahkan memori kita untuk mengingatkan kembali.

7. Corak

Fikiran kita boleh diarahkan untuk bergabung dengan pelbagai corak, warna, berat, saiz atau apa sahaja yang sifatnya. Begitu juga dengan cara memori tersebut berfungsi. Memori lebih mudah disimpan dan diakses menggunakan corak dan susunan mengikut turutan.

8. Minat

Apa jua perkara yang kita minat amat mudah diingat. Tidak hairan ada subjek yang diminati para pelajar sekolah atau penuntut universiti mendapat skor yang tinggi kerana diminati. Mereka mungkin minat apa yang dipelajari atau siapa yang mengajar ilmu tersebut.

9. Ketawa

Ingat lagi tak tagline tv suatu ketika dahulu. Ketawa penawar duka.Ya memang benar. Ketawa boleh meningkatkan memori seseorang kerana otak suka dalam keadaan seronok. Keupayaan memori bertambah dengan adanya unsur humor, lawak jenaka dan ada bahan ketawa. Selepas ini jangan abaikan cara ketawa untuk proses meningkatkan memori.

10. Positif

Positif yang saya maksudkan di ialah pemikiran positif. Amat besar pengaruh pemikiran positif dalam perkembangan memori. Otak lebih gemar mengingatkan imej positif, kenangan bahagia, pengalaman gembira. Oleh sebab itu kita amat disarankan supaya sentiasa tenang hadapi hidup ini. Perasaan sedih, runsing dan stress akan melemahkan daya ingatan dan kemampuan memori.

Perkara Yang Mempengaruhi Kekuatan Daya Ingatan

Antara perkara yang boleh mempengaruhi kekuatan daya ingatan bagi otak kita adalah termasuk emosi, keadaan persekitaran, umur dan kecelaruan. Jadi, untuk kukuh dan dapatkan daya ingatan yang baik, di sini terdapat senarai empat hal yang harus dijaga dengan baik.

1. Jagalah emosi daripada terlalu beremosi

Kita menghadapi banyak penukaran emosi setiap hari. Antara emosi yang paling menpengaruhi daya ingatan kita adalah emosi marah. Hal ini kerana, apabila seseorang berasa marah. Hormon stress dan cortisol akan dibebaskan.

Hormon cortisol ini baik untuk jangka masa pendek. Tapi ia akan mengecutkan otak kita dalam jangka masa yang panjang. Sebab itulah, bagi seseorang yang marah berpanjangan, depression dan dendam sangat semua ni adalah tidak baik untuk kesihatan dan juga untuk memori otak.

Selain itu, semua perintah Allah juga menjadikan emosi lebih baik, maka jangan terlupa pula, taatilah perintah Allah.

2. Dapatkan keadaan persekitaran yang baik

Masyarakat kita yang mengamalkan budaya berilmu dan tidak suka menjadi pelupa melahirkan orang-orang yang kuat dengan ingatan. Hal ini disebabkan oleh satu perkara yang dipanggil dominasi.

Selain itu, persekitaran yang kurang tercemar pula membolehkan lebih banyak aliran oksigen untuk masuk ke dalam otak kita melalui proses pernafasan. Justeru meningkatkan kebolehan otak manusia untuk berfungsi dengan baik.

So, untuk meningkatkan daya ingatan, ingatlah untuk anda selalu mendapatkan udara segar selalu. Maksudnya, ambil masa untuk beriadah dan cubalah pelbagai perkara baru.

3. Umur

Secara semulajadi, umur yang semakin meningkat akan menjadikan badan semakin kurang menghasilkan kimia yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, pengambilan makanan yang sihat dan vitamin-vitamin untuk cover keperluan tu amat penting untuk mengelakkan lebih banyak sel otak yang mati.

Antara contoh makanan yang boleh diambil, tengok 10 Cara Untuk Meningkatkan Daya Ingatan -Erie Yohoho. And, jangan lupa untuk stay mentally active.

4. Kecelaruan

Elakkan diri daripada mengalami kecelaruan informasi. Kecelaruan informasi membuatkan minda menolak untuk mengingati informasi tersebut. Jadi, pertama sekali adalah wujudkan persoalan. Kemudian, jawab.

Dengan menjawab persoalan yang ada, minda akan mencari jawapan dan menyusunnya dengan sistematik. Maka, kecelaruan akan berkurangan dan semakin mudahlah untuk mengingati sesuatu. Teknik ini amat efisien dan sesuai dipraktikkan dalam pembelajaran seharian.

Ingatan yang bagus banyak memudahkan kehidupan ini. Kita ingat tempat,nama orang, harga barangan dan sebagainya.

Oleh hal demikian daya ingatan boleh ditingkatkan dengan 10 cara yang saya huraikan secara ringkas di atas.

5 Fungsi Utama Otak Manusia

Organ yang paling hebat pada diri manusia ialah otak. Pengetahuan tentang otak banyak diterokai pada zaman ini dan ianya masih misteri untuk dipelajari secara maksima. Ada yang mengelarkan otak adalah pemproses yang super luarbiasa dan berkapasiti tanpa batasan dan kekuatanya jauh dari apa yang kita fikirkan.

otak manusia
otak manusia21

Saya cuba untuk menyenaraikan 5 fungsi utama otak manusia. Bagi memastikan keyakinan pembaca, saya telah memetik informasi ini dari buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan oleh Tony Buzan. Mari kita kaji bersama dan berharap ianya boleh memberi manfaat kepada pembaca semua. Meskipun begitu ulasan ini agak ringkas demi memudahkan pemahaman pembaca.

1. Menerima

Otak berfungsi untuk menerima maklumat dari deria manusia. Maklumat tentang rasa sejuk, rasa lapar, rasa berahi dan sebagainya. Maklumat ini akan diproses dan ditapis pada bahagian minda sedar sebelum dibenarkan sampai ke bahagian minda separuh sedar. Proses ini berterusan hingga ke akhir hayat. Orang kata selagi otak masih berada di atas kepala.

2. Menyimpan

Otak akan menyimpan maklumat yang telah diterima dengan begitu baik dan boleh diakseskan sebaik yang mungkin apabila diperlukan. Namun begitu ramai yang menghadapi masalah untuk mengakses kembali maklumat tersebut kerana banyak perkara. Keadaan ini memang menyukarkan para pelajar yang menghadapi peperiksaan khususnya dan sesiapa sahaja amnya. .

3. Menganalisis

Kemampuan otak untuk menganalisa maklumat bersandarkan kepada logik akal. Selain itu ia turut merungkai makna dan persamaan maklumat tersebut dengan pengalaman kita sebelum ini. Hebatnya otak kita menganalisis maklumat tidak mungkin boleh dilawan komputer paling canggih sekalipun. Komputer tidak menyertakan elemen emosi dan perasaan pada setiap maklumat yang telah dianalisis.

4. Mengawal

Kehidupan manusia dikawal oleh cara otaknya bekerja. Malahan otak bekerja dipengaruhi secara langsung dengan sikap kita, keadaan kesihatan dan faktor persekitaran. Sebab itu sangat penting untuk kita membentuk sikap dan akhlak supaya sentiasa positif agar otak kita mengawal untuk kebaikan juga. Orang yang mempunyai akhlak yang bagus akan menghasilkan bentuk pemikiran yang baik juga.

5. Memberi output

Setelah maklumat diterima oleh otak dan ianya telah diproses dengan sewajarnya maka otak akan memberi output dalam bentuk fikiran, ungkapan, lukisan, pergerakan dan sebagainya yang bersifat positif.

Membicara isu atau perkara tentang otak memang menarik. Ia adalah satu topik yang menjadi kegemaran saya sejak dari dulu lagi.

Artikel berkaitan:
Soalan Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *