Web Analytics
tentang ulser mulut

Petua dan Cara Hilangkan Ulser Mulut

Mesti ada ramai orang yang pernah kena ulser dalam mulut, kan? Memang terdapat banyak jenis ulser yang boleh kita kena dan ulser mulut merupakan antara satu jenis ulser yang biasa dikenakan oleh orang ramai biarpun orang dewasa, kanak-kanak atau bayi.

Apa itu ulser mulut?

Ulser mulut juga dikenali sebagai mata ikan sebab kelihatannya memang macam mata ikan. Ia adalah luka yang boleh jadi sangat sakit yang muncul di dalam mulut. Ia boleh muncul di lelangit mulut atau di lantai mulut. Apabila anda kena ulser mulut, anda akan rasa tidak selesa. Tetapi ia biasanya tidak berbahaya dan ia boleh sembuh sendiri dalam masa satu atau dua minggu.

Gejala ulser mulut

  • Muncul di mana-mana tempat di dalam mulut.
  • Satu uka yang menyakitkan di bahagian kulit yang melapisi mulut.
  • Bengkak kulit di sekitar tempat luka.

Apa punca dan faktor yang menyebabkannya?

Rata-ratanya yang terkena ulser ini akibat tergigit bibir atau bahagian dalam pipi kita. Walau bagaimanapun, ulser ini boleh berpunca akibat tindak balas dengan ubat tertentu, ada juga akibat penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik dan mengakibatkan jangkitan.  Ia juga boleh disebabkan oleh mereka yang kurang vitamin.

Dalam kes-kes tertentu, ulser mulut ini juga boleh juga terbentuk akibat kanser di mana ia boleh jangkiti lidah juga. Ia juga boleh merebak ke tempat lain seperti lidah. Umumnya, ulser ini tidak berbahaya cuma mungkin menyusahkan sewaktu makan sahaja.

Biasanya anda tidak perlu pergi jumpa doktor gigi pun kecuali ulser itu lambat sembuh atau masih belum sembuh lepas tiga minggu baru perlu anda pertimbangkan untuk pergi jumpa doktor gigi. Biasanya ulser tidak akan berpanjangan tetapi ia mungkin boleh berulang.

Punca yang menyebabkan ulser pada mulut bayi dan kanak-kanak?

Penyebab umum ulser pada bayi atau kanak-kanak mungkin diakibatkan oleh keletihan, kegelisahan, terlalu mengunyah pada makanan keras, atau bahagian dalam gusi mereka dicederakan oleh gigi yang tajam atau memberus gigi dengan tenaga yang terlalu kuat. Ada juga yang disebabkan oleh tindak balas terhadap makanan tertentu atau melalui virus.

ulser mulutsumber foto: wikimedia

Ulser Mulut Ketika Hamil

Bagi ibu mengandung, mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dapatkan ulser mulut ketika hamil. Ulser yang mereka dapat adalah jenis stomatitis aphthous di mana ia kelihatan seperti luka yang mempunyai luka yang sangat kecil.

Ini jenis stomatitis aphthous yang paling biasa didapati oleh ibu semasa mengandung. Ulser ini biasanya kelihatan seperti luka yang mempunyai diameter kecil, kira-kira 2-9mm. Mereka kelihatan di pangkal mulut, gusi dan lidah.

Maklumat Selanjutnya

Ulser mulut adalah kehilangan atau hakisan sebahagian daripada tisu halus yang melekat dalam mulut (membran mukus).

Ia boleh terjadi oleh beberapa sebab. Contohnya pengambilan ubat-ubatan tertentu, bahan kimia dan penyakit berjangkit seperti herpes atau thrush. Sakit mulut jenis berjangkit atau mulut melepuh biasaannya senang menyerang kanak-kanak. Sebab yang paling biasa adalah kecederaan mekanikal, seperti sengaja menggigit pipi anda.

Sesetengah orang mungkin mengalami bengkak dan kemerahan lapisan mulut yang menyakitkan. Ada juga orang yang akan berdarah, bernanah, atau gusi bengkak. Jika keadaan jadi buruk, maka perlulah anda pergi jumpa doktor gigi untuk mendapat rawatan.

Beberapa Petua dan Cara Untuk Mengatasi dan Hilangkan Ulser Mulut

1. Elakkan makan masakan pedas dan berempah. Tomyam, nasi lemak, kari dan laksa semua ni merupakan makanan pedas yang perlu dielakkan.

2. Elakkan makan makanan yang masam. Pengingatan yang baik untuk anda ialah makanan masam boleh menyebabkan ketidakselesaan. Semua makanan seperti ini adalah pantang larang dan harus dielakkan sehingga ulser mulut sembuh dengan sempurna.

3. Minum banyak air panas. Biar mulut anda selalu berada dalam suhu yang lebih tinggi yang membolehkan ulser pulih dengan cepat.

4. Selalulah berkumur dengan air suam yang sedikit masin. Campurkan satu sudu garam dengan segelas air hangat dan biarkan ia dibubarkan. Minum campuran minuman ini di mulut anda dari sisi ke sisi. Kemudian meludah ke dalam sink. Jangan menelan larutan garam. Ulang ini beberapa kali sehari, secara amnya selepas makan dan sebelum tidur.

5. Pastikan mulut sentiasa bersih. Jika mulut tidak dijaga dengan baik, ia akan senang diserangi oleh bakteria yang boleh menyebabkan ulser mulut. Jadi, kenalah kita rajin gosok gigi dengan menggunakan ubat gigi.

6. Boleh guna ubat penahan sakit macam paracetamol. (Panadol) Ubat seperti ini boleh meringgan kesakitan yang dihadapi oleh anda. Boleh anda dapatkan panadol di kedai runcit atau farmasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

7. Makan ais-krim ( petua dari blog ni). Anda mungkin ingat petua ini adalah gila. Tapi sebenarnya ais-krim adalah makanan yang tinggi dengan kalori. Makan makanan yang mempunyai kalori yang lebih tinggi akan membantu memberi tenaga yang mencukupi untuk badan anda. Dengan ini anda boleh sembuh dengan cepat daripada penyakit ini.

8. Sapukan gel antiseptik. Sapukan gel ini di kawasan yang terjankit. Cara merawat ulser ini dapat meringankan kesakitan anda. Antara gel antiseptik yang biasa diguna oleh orang ramai adalah Oral Aid atau Bonjela.

9. Pakai spray ulser mulut.  Aloclair Spray merupakan ubat ulser mulut paling mujarab dan berkesan. Anda boleh dapatkannya di farmasi termasuk Watson.

10. Pakai Daun Tulsi atau Daun Fenugreek.  Daun Tulsi merupakan satu herba yang mempunyai sifat perubatan. Boleh anda mengunyah beberapa helai daun segar dan minum dengan air untuk menelan mereka. Herba ini mungkin agak pahit tetapi ia benar-benar berkesan untuk merawat ulser mulut anda.

Anda juga boleh mendidih beberapa daun fenugreek dan gunakan air untuk berkumur dua atau tiga kali sehari. Pastikan anda menggunakan ramuan ini dengan kerap untuk memulihkan mulut dengan cepat.

aloclair spray

Pencegahan

Ulser mulut tidak mempunyai ubat yang berkesan untuk merawat dan biasanya ia akan berulang dalam mulut seseorang buat sepanjang hayat.

Walaupun ulser ini mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi masih terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keterukan atau mengurangkan bilangan kali mereka perlu mengalami wabak ini.

Beberapa kaedah pencegahan termasuk:

  • Berjumpa dengan doktor dan beritahu mengenai perubahan ubat-ubatan yang diketahui yang menyebabkan ulser.
  • Mengelakkan makanan yang boleh mencetuskan atau memburukkan gejala.
  • Menjaga mulut bersih dengan membersihkannya dengan ubat gigi dan flosing setiap hari.
  • Mengelakkan pencetus yang diketahui yang menyebabkan wabak ini pada masa lalu.

Doa yang boleh dilaksanakan

Bersugi atau bersiwak merupakan satu kelakuan untuk membersihkan gigi dan mulut kita. Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah  telah bersabda :

السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

 “Siwak boleh membersihkan mulut dan menjadikan diredhai Tuhannya (Allah).” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)

Makanan untuk pesakit ulser mulut

Adalah baik untuk pesakit ulser mulut untuk makan makanan yang tidak merengsakan kesakitan mereka. Jika nak minum, boleh pakai straw supaya tdapat elakkan cecair kena dengan mulut dan mencetuskan kesakitan.

Boleh anda potong daging, ayam, ikan, sayur-sayuran ke dalam kepingan kecil supaya senang dimakan. Di samping itu, anda juga boleh minum susu, soya, dan teh herba. Buah-buahan yang sesuai adalah tembikai, anggur, kiwi, dan nenas.

Tanda HIV?

Luka pada mulut merupakan gejala HIV yang biasa. Sebenarnya, terdapat banyak orang yang menghidap HIV akan mendapat kemunculan luka mulut yang disebabkan oleh sistem imun yang lemah.

Luka mulut ini boleh mengganggu kesejahteraan seseorang. Dalam kes HIV, luka dan jangkitan ini lebih sukar untuk dirawat.

Okey, itu sahaja cara yang mudah dan ringkas untuk hilangkan ulser ini. Mungkin ada cara tradisional lain untuk mengubati ulser ini. Kalau rakan pembaca tahu. Boleh berkongsi bersama.

Leave a Comment