Pinjaman Peribadi BSN Yang Layak Dimohon

Nama penuh untuk BSN ialah Bank Simpanan Nasional. Bank ini diperbadankan pada 1 Disember 1974. Pada masa tu, BSN ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Tengku Razaleigh Hamzah.

Misi bagi BSN ialah untuk membantu rakyat Malaysia melalui perkenalan pengurusan kewangan bijak. Pada masa ia ditubuhkan, bank ini adalah melaksanakan banyak program dan kempen-kempen untuk menggalakkan semua orang buat simpanan di bank ini dengan menawarkan kadar faedah simpanan yang agak baik. Di samping itu, BSN juga menggalakkan rakyat untuk membuat pelaburan supaya dapat meningkatkan taraf hidup bagi semua orang.

Pembiayaan Peribadi BSN (BSN Personal Loan)

Pakej pinjaman peribadi BSN eksklusif disediakan khususnya kepada golongan eksekutif yang bekerja di sektor swasta tanpa keperluan penjamin. Ia juga memberi kemudahan islamic banking kepada semua muslim. BSN mempunyai kakitangan yang berada dalam shariah committee. Jadi banyak produk dari bank ini adalah shariah-compliant.

Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional

Secara umum, terdapat 2 jenis pembiayaan peribadi utama yang ditawarkan oleh BSN. Pembiayaan itu ialah BSN MyRinggit (Sektor Awam) dan  BSN MyRinggit (Eksekutif-1)

BSN MyRinggit (Sektor Awam)

Ciri-ciri produk untuk Bank Tempatan ini

  • Kelulusan segera

Semak Kelayakan Pinjaman

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas (tertakluk kepada maksimum 60 tahun semasa tamat pinjaman).
  • Pekerja tetap dan telah berkhidmat selama lebih daripada tiga (3) tahun.
  • Hanya ditawarkan kepada kakitangan sektor kerajaan / agensi kerajaan / syarikat berkaitan kerajaan / organisasi dengan kemudahan potongan gaji BPA.
  • Minimum gaji tetap RM1,500 (gaji pokok + elaun tetap).
  • Pemegang BSN GIRO / GIRO-i Akaun.

Jumlah Pembiayaan

Minimum RM5,000 atau lima (5) kali daripada gaji kasar bulanan atau RM200,000 maksimum tertakluk kepada:

  1. Potongan bulanan menghadkan tidak lebih daripada 60%.
  2. Mematuhi garis panduan pembiayaan yang bertanggungjawab.

Tempoh Pembiayaan

Syarat pembayaran balik adalah di antara dua (2) sampai sepuluh (10) tahun.

Kaedah Bayaran Balik

  • Arahan tetap dari Institusi Kewangan lain di mana akaun gaji pelanggan dikreditkan.
  • Arahan dari BSN.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon Pembiayaan Pinjaman Peribadi BSN adalah seperti berikut:

  • Tiga (3) bulan kenyataan gaji asal untuk pengesahan.
  • Salinan kenyataan gaji bulanan tiga (3) bulan terkini.
  • Salinan Kad Pengenalan di depan dan belakang.
  • Penyata KWSP yang terkini.

Surat pengesahan dari majikan dengan butir-butir di bawah:

  • Nama dan Kad Pengenalan
  • Jawatan dan Status Pekerjaan
  • Tarikh Pekerjaan
  • Gaji bulanan
  • Penyata EA / EC terkini dan Borang J bagi dua (2) tahun atau dokumen rasmi yang lain yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kadar Keuntungan Untuk Pembiayaan Peribadi

Terdapat 2 kadar faedah yang boleh anda pilih:

  • Kadar Tetap: 4.60% – 5.30%
  • Kdaar Terapung: BR + 1.75% hingga BR + 3.77%

BSN MyRinggit (Eksekutif-1)

Ciri-ciri produk untuk Bank Tempatan ini

  • Kelulusan segera

Semak Kelayakan Pinjaman

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas (tertakluk kepada maksimum 55/60 tahun dari pengesahan majikan).
  • Mempunyai kedudukan kerja dari Executive ke atas.
  • Pekerja tetap dan telah berkhidmat selama lebih daripada tiga (3) tahun.
  • Hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, Badan Berkanun dan GLC / GLA (atau organisasi BPA yang dipilih), Syarikat awam tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia (sektor terpilih) dan Profesional (Doktor, Arkitek, Peguam, Akauntan, dan semua profesional yang diperakui).
  • Minimum gaji tetap RM3,000 sebulan (jawatan tetap) & RM10,000 sebulan (jawatan kontrak)
  • Pemegang BSN GIRO / GIRO-i Akaun.
  • Pinjaman koperasi yayasan juga boleh dimohon oleh kakitangan kerajaan yang mempunyai perlindungan penuh dari Insurans Takaful. Juga kakitangan tersebut telah membuat pembayaran balik melalui potongan slip gaji atau Biro Perkhidmatan Angkasa.

Jumlah Pembiayaan

10x pendapatan kasar bulanan  atau Maksimum RM200,000 maksimum tertakluk kepada:

  1. Potongan bulanan menghadkan tidak lebih daripada 60%.
  2. Mematuhi garis panduan pembiayaan yang bertanggungjawab.

Tempoh Pembiayaan

Syarat pembayaran balik adalah di antara dua (2) sampai sepuluh (10) tahun.

Kaedah Bayaran Balik

  • Arahan tetap dari Institusi Kewangan lain di mana akaun gaji pelanggan dikreditkan.
  • Arahan dari BSN.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Tiga (3) bulan kenyataan gaji asal untuk pengesahan.
  • Salinan kenyataan gaji bulanan tiga (3) bulan terkini.
  • Salinan Kad Pengenalan di depan dan belakang.
  • Penyata KWSP yang terkini.

Surat pengesahan dari majikan dengan butir-butir di bawah:

  • Nama dan Kad Pengenalan
  • Jawatan dan Status Pekerjaan
  • Tarikh Pekerjaan
  • Gaji bulanan
  • Penyata EA / EC terkini dan Borang J bagi dua (2) tahun atau dokumen rasmi yang lain yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kadar Keuntungan Untuk Pembiayaan Peribadi

Terdapat 2 kadar faedah yang boleh anda pilih:

  • Kadar Tetap: 6.00% – 8.50%
  • Kdaar Terapung: BR + 5.00%

Sila tanya orang jualan atau baca di dalam lembaran pendedahan produk untuk mengetahui Kadar Keuntungan Tahunan.

Bayaran dan Caj

Bayaran lewat untuk pinjaman peribadi itu akan dikenakan 1% penalti p.a yang akan dikira setiap hari. Tiada lock in semasa dalam tempoh pinjaman, ini bermaksud peminjam boleh membayar balik pinjaman bila-bila masa dengan memberitahu atau memberi notis terlebih dahulu kepada BSN.

Soalan tentang Pinjaman Peribadi BSN

Soalan: Apakah jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan?
Jawapan: BSN menawarkan Executive-1 dan Executive-1 dengan kadar faedah terapung.

Soalan: Apakah syarat umur untuk mendapat Pinjaman Peribadi Bank Simpanan Nasional?
Jawapan: Pemohon mesti sekurang-kurangnya berumur 21 tahun dan tidak lebih daripada 55 tahun. Umur 60 tahun adalah had maksimum jika majikan mengesahkan pekerjaan pekerja itu.

Soalan: Adakah terdapat sebarang caj pembayaran lewat?
Jawapan: Ya, caj bayaran lewat dikenakan jika pembayaran pinjaman ditangguhkan atau lewat bayar pada tempoh yang ditetapkan.

Soalan: Bagaimanakah caj pembayaran lewat dikira?
Jawapan: Caj pembayaran lewat dikira menggunakan formula: bulanan ansuran tertunggak didarab dengan 1% didarab dengan bilangan hari tertunggak dibahagi dengan 365.

Soalan: Apakah tempoh yang ditawarkan untuk loan peribadi itu?
Jawapan: Tempoh minimum yang ditawarkan adalah 2 tahun dan maksimum adalah 10 tahun.

Soalan: Pinjaman ini boleh dibuat oleh persara ke?
Pada masa ini, tiada pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh BSN untuk persara. Mungkin masa depan akan ada skim seperti ini. Boleh anda semak dari masa ke masa dengan laman BSN.

Jadual bayaran balik Pembiayaan BSN

Anda boleh membuat kiraan untuk bayaran balik pinjaman anda setiap bulan dengan pakai kalkulator yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional.

Sebagai contoh, jika anda pinjam RM5,000 untuk bayar balik dalam tempoh 2 tahun, dan kadar faedah yang dikenakan adalah 5.20%, maka setiap bulan anda perlu bayar RM230.38. Boleh anda buat pengiraan anda sendiri dengan klik link gambar tu.

jadual bayar balik BSN

Memohon Pembiayaan Peribadi BSN Secara Online

Jika anda berminat untuk memohon Pembiayaan Peribadi BSN (pinjaman), sila isi borang permohonan dan kembali semula ke mana-mana cawangan BSN yang berhampiran.

Pinjaman Peribadi / Pembiayaan Maklumat Peribadi:
Nama: Bank Simpanan Nasional
Laman Web: www.mybsn.com.my

Pinjaman Perniagaan BSN

Selain daripada pinjaman peribadi, terdapat juga pinjaman perniagaan BSN yang ditawarkan oleh bank itu untuk keperluan untuk pelbagai bisnes.

Pinjaman Perniagaan BSN
Pinjaman Perniagaan BSN

Antara pinjaman perniagaan yang ditawarkan termasuk BSN Micro, BSN MIcro-i, dan BSN Microplus. Jika anda berminat, boleh kunjung ke laman bank itu untuk mengetahui  maklumat, syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman perniagaan BSN itu.

Artikel berkaitan:

8 Comments on “Pinjaman Peribadi BSN Yang Layak Dimohon”

  1. Minggu lepas I pergi minta borang utk buat pinjaman ngan BSN. Kakitangan sana bagi laman dan panggil I muat turun softcopy sendiri dan isikan. Terdapat satu huraian untuk pengiraan kadar faedah bayar balik untuk pinjaman. Table yg diberikan terdapat ansuran bulanan, prinsipal balance ngan faedah, semua boleh kira keluar dengan table excel yang diberikan. I dah mohon lah, tak tau blh dpt lulus atau x.

  2. Kakitangan bank itu juga kurang bersopan. Bukan sahaja mereka tidak menjelaskan prosedur pinjaman dengan betul atau minta maaf untuk perkhidmatan lambat, mereka juga menyindir unutk jawab balik soalan saya…. Secara jujur, I benar2 terkejut dengan perkhidmatan mereka apabila satu officer cakap: “Kami mampu kurangkan satu pelanggan dan kami tidak risau langsung.”

    Sudah tentu, bukan semua cawangan berkelakuan seperti demikian. Ia juga bergantung kepada kakitangan dan lokasi. Jika anda pergi ke cawangan yang “buruk” seperti I pergi, perkhidmatan yang anda dapat akan jadi buruk jugak.

  3. Jika anda mempunyai pengalaman yang buruk tentang mendapat pinjaman dari bank, saya akan mencadangkan anda utk membuat surat aduan ke HQ BSN. Ini adalah langkah yang baik jika u mempunyai sebarang rasa tidak puas hati tentang perkhidmatan mereka. Mak I pernah membuat demikian pada 2 tahun lalu mengenai beberapa caj dari BSN yang tidak masuk akal, dalam masa yang singkat pengurus cawangan secara peribadi meminta maaf dan mengurangkan caj itu.

    Tetapi apa yang saya tidak memuaskan adalah kakitangan mereka selalu cuba untuk menjual skim kewangan yang lain kepada pelanggan dengan menjamin pulangan wang yang lebih tinggi. Bagi warga tua tanpa pendidikan tinggi mungkin mereka akan senang jatuh ke dalam perangkap ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *