Cara Menggemukkan Kucing Secara Semula Jadi Yang Berkesan

Kucing adalah makhluk yang comel yang disukai oleh orang ramai. Tetapi kadangkala mereka pun akan mengalami masalah. Sesiapa yang pernah membela kucing tahu bahawa mereka suka berpura-pura macam sangat berdikari, padahal mereka sangat memerlukan anda untuk jaga mereka.

Tidak kisah kucing pemelihara atau kucing kampung, mereka tidak suka memberitahu anda jika mereka sakit atau lapar. Jadi anda perlu memerhatikannya dengan teliti. Sesetengah kucing walaupun mereka ada makan, tetapi mereka nampak tetap kurus macam lili.

Berikut ialah panduan untuk memberikan beberapa cara kepada anda jika anda tidak tahu sama ada kucing anda terlalu kurus atau tidak. Di samping itu, petua dan cara menggemukkan kucing juga diberikan jika kucing anda terlalu kurus.

Petua ini boleh dipakai atas mana-mana kucing saja, tidak kira kucing kampung, kucing biasa, kucing British Shorthair(BSH), Parsi, Scottish Fold atau lain-lain kucing jenama.

gemukkan kucing

Bagaimana Saya Tahu Jika Kucing Saya Terlalu Kurus?

Mengetahui sama ada kucing anda terlalu kurus adalah soalan yang baik untuk anda tanya kepada doktor haiwan. Walau bagaimanapun, anda boleh menentukan sendiri sama ada kucing anda terlalu kurus dengan melakukan berikut di rumah:

Ujian rusuk

Anda boleh merasakan tulang rusuk haiwan kesayangan anda. Jika anda dapat merasakan tulang rusuknya, maka beratnya adalah tepat. Sekiranya tulang rusuk boleh dinampak agak jelas dan boleh dirasai, kucing anda mungkin terlalu kurus.

Jika anda dapat merasakan tulang tulang belakangnya di sepanjang punggungnya, itu juga boleh menjadi tanda terlalu kurus.

Ujian Tangan

Anda juga boleh menggunakan tangan anda sebagai rujukan untuk menentukan keadaan badan kucing anda. Rasakan tulang rusuk kucing anda (terletak di belakang kaki depan mereka).

Jika tulangnya rasa seperti belakang tangan anda, maka berat mereka adalah okay. Jika tulang rusuk itu kelihatan atau terasa seperti buku jari anda, maka anda mempunyai kucing yang kurus.

Jika tulang rusuk terasa seperti tapak tangan anda, maka ia berkemungkinan besar terlalu gemuk. Sekiranya anda tidak tahu macam mana uji dengan tangan, boleh rujuk ke video ini untuk mengetahui caranya.

Cara Gemukkan Kucing Yang Kurus

Mungkin terdapat ubat atau makanan tambahan lain yang kucing anda perlu makan untuk tambahkan keberatan. Tetapi jika kucing anda terlalu kurus, apa yang perlu anda buat terlebih dahulu ialah menggemukkan mereka.

Jika kucing anda tidak mempunyai kekuatan untuk melawan penyakit, tiada sebarang ubat yang boleh membantu mereka. Apa yang paling penting ialah kucing perlu makan baru boleh hidup.

Jadi, berikut adalah cara paling popular untuk menggemukkan kucing dan jadikan bulu cantik:

1. Semak Kesihatan Kucing Anda

Jika anda ingin mengemukkan kucing yang kurus, anda perlu pastikan terlebih dahulu sama ada kucing anda mempunyai masalah kesihatan atau tidak. Jika anda cuba banyak cara untuk mengemukkan kucing kurus anda tanpa semak kesihatannya, tiada apa yang akan membantu jika punca penurunan berat badan adalah disebabkan oleh masalah kesihatan yang tidak kelihatan.

Jika kucing anda kehilangan berat badan dengan cepat dan kelihatan sakit, sila bawa kucing anda ke doktor haiwan secepat mungkin.

2. Diet Kucing Anda Semasa Penambahan Berat Badan

Kebanyakan orang akan beri kucing mereka dengan lebih banyak makanan dengan tujuan untuk membantu kucing mereka menambah berat badan, tetapi ini bukan idea yang baik. Sistem kucing anda mungkin tidak dapat menampung dengan makanan yang terlalu banyak, dan mungkin ia tiada selera makan, jadi mereka mungkin tidak memakannya sama sekali.

Memberi makanan terlalu banyak juga mungkin tidak memberikan keseimbangan nutrien khusus yang diperlukan oleh kucing anda untuk menambah berat badan atau pulih selepas sakit. Sebagai contoh, mereka mungkin mendapat manfaat daripada diet khusus dengan prebiotik tambahan untuk membantu mengimbangi semula mikroflora gastrik mereka dan menguatkan kesihatan pencernaan mereka.

Makanan penambah berat badan kucing anda harus mempunyai ketumpatan tenaga yang tinggi. Ini membolehkan kucing anda kurang makan tetapi masih mendapat semua nutrien yang mereka perlukan daripada diet mereka. Ia juga harus sangat sedap untuk merangsang selera makan mereka, dan mudah dimakan.

Makanan kucing seperti wet food yang dibekalkan oleh jenama makanan Royal Canin dapat memberi kucing anda makanan bertekstur yang lebih lembut dan boleh menggalakkan selera makan kucing anda.

3. Beri Kucing Anda Sedikit Susu

Jika kucing anda menikmati susu dan tidak mengalami kesan sampingan daripadanya, maka ia boleh dianggap sebagai rawatan yang menyihatkan. Nak beri berapa banyak susu dan perlu bagi ia minum berapa kali sehari bergantung pada rancangan diet kucing anda.

Jika ia terlalu gemuk, maka susu dan lain-lain makanan perlu diberi hanya sekali-sekala. Berikan sedikit sahaja seperti satu atau dua sudu teh.

Jika ia terlalu kurus, maka perlu anda beri dengan lebih kerap dan dalam kuantiti yang lebih banyak. Boleh anda berinya susu yang mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi. Ingat bahawa susu hanya boleh digunakan sebagai rawatan dan tidak boleh menggantikan pemakanan biasa kucing anda.

4. Pilih Makanan Yang Kaya Dengan Nutrien

Untuk menggemukkan kucing anda, anda mesti memilih makanan kucing berkualiti tinggi yang kaya dengan protein dan nutrien. Bila beli makanan kucing, ingat untuk sentiasa baca label dengan teliti untuk mengetahui ramuan dalam makanan kucing anda.

Cuba elakkan makanan yang kaya dengan bijirin. Sebaliknya, berikan kucing anda makanan kaya protein yang bahan pertamanya ialah ayam rebus, daging atau ikan.

5. Beri Makanan Tambahan Di Antara Makan

Ia akan membantu jika anda memberi kucing anda makanan dan snek antara waktu makan untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Makanan kecil seperti biskut kucing dapat membantu menggemukkan kucing kurus anda.

Tetapi apa sahaja makanan yang anda berikan, pastikan ia kurang daripada 10% daripada pengambilan kalori harian mereka dan tidak menggantikan makanan utama.

6. Semak Persekitaran

Kucing anda mungkin tertekan yang disebabkan oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengan makanannya. Terumatanya kucing kampung yang anda bawa dari luar. Tekanan mungkin dari perubahan dalam ruang kediaman, seperti bunyi baru atau haiwan peliharaan baharu. Ini boleh menyebabkan sesetengah kucing kehilangan selera makan mereka. Perlu anda semak rumah anda untuk menentukan sebarang perbezaan yang mungkin menyebabkan kebimbangan kucing anda.

Kucing yang baru beranak atau bawa anak kucing ke rumah buat kali pertama boleh jadikan kucing tertekan. Kucing memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Jika boleh, tetapkan bilik atau kawasan yang sunyi di rumah anda di mana kucing anda boleh menyesuaikan diri di tempat tu. Ini memberinya ruang yang selamat untuk kucing membiasakan diri dengan bau dan bunyi di rumah anda.

Makanan yang Perlu Dielakkan

Kami sebagai tuan kepada kucnig kesayangan kita, mungkin kita ingin berkongsi segala-galanya di atas pinggan kami dengan kucing. Tetapi memang terdapat beberapa makanan yang harus dielakkan sama ada anda mempunyai kucing yang kurus atau gemuk. Ini termasuk;

  • Telur mentah – Dalam bentuk ini telur mengandungi avidin (protein) yang boleh mengganggu penyerapan Vitamin B.
  • Tuna dalam tin – Pemakanan tuna dalam tin yang berterusan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan. Ia juga boleh menyebabkan cirit-birit.
  • Anggur/Kismis – Boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
  • Bawang besar/bawang putih/kucai – Makanan ini dalam sebarang bentuk boleh memecahkan sel darah merah kucing.
  • Kopi/Teh/Cola – Mana-mana minuman yang mengandungi kafein boleh membahayakan kesihatan kucing. Minuman yang mengandungi theobromine boleh menyebabkan kematian pada kucing dan juga haiwan lain.
  • Doh yis – Malah sedikit adunan yis yang tertelan akan terus berkembang dalam perut kucing anda yang akan menyebabkan kesakitan yang teruk. Doh yis boleh ditemui dalam gula-gula, gum dan ubat gigi.

Kesimpulannya, jika kucing anda sedang mengalami penurunan berat badan, bawa dia ke doktor haiwan anda untuk membuat pemeriksaan secara penyeluruhan sebelum anda melakukan perkara lain.

Jika terdapat masalah kesihatan yang perlu dirawat pada kucing anda tetapi anda tidak ambil perhatian, malah macam mana pun apa anda lakukan untuk menggemukkan kucing anda pun sia-sia saja.

Pastikan anda membincangkan sebarang perubahan diet dengan doktor haiwan anda kerana sesetengah keadaan memerlukan diet khas.

Jika anda dapat menerangkan dengan teliti tentang keadaan kucing anda kepada doktor haiwan, anda pasti akan dapat cara yang paling sesuai untuk menggemukkan kucing anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *