Apa Itu Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah merupakan daya yang ditolak oleh darah terhadap dinding arteri. Setiap kali jantung berdenyut, ia mengepam keluar darah ke dalam arteri. Jika tekanan ini meningkat dan kekal pada jangka masa yang lama, ia boleh merosakkan sistem badan dalam banyak cara. Tekanan darah tinggi(high blood pressure), juga dikenali sebagai hipertensi, diwakili dengan bacaan tekanan darah 140/90mm Hg dan ke atas.

Terdapat 2 jenis tekanan darah tinggi yang biasa dihidapi oleh pesakit:
Utama: Tekanan darah tinggi yang tidak berkaitan dengan keadaan perubatan yang lain.
Sekunder: Keadaan perubatan lain yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Biasanya berlaku di buah pinggang(ginjal), arteri, jantung, atau sistem endokrin.
Tekanan Darah Normal Berdasarkan Usia
Jika anda ingin tahu sama ada tekanan darah anda adalah normal untuk umur anda, boleh rujuk ke jadual yang disediakan di bawah ini. Biarpun lelaki dan wanita pun ada dalam lingkungan yang disenaraikan dalam jadual ini.
Umur | Minimum | Normal | Maksimum |
1 - 12 Bulan | 75/50 | 90/60 | 100/75 |
1 - 5 Tahun | 80/55 | 95/65 | 110/79 |
90/60 | 105/70 | 115/80 | |
14 - 19 Tahun | 105/73 | 117/77 | 120/81 |
20 - 24 Tahun | 108/75 | 120/79 | 132/83 |
25 - 29 Tahun | 109/76 | 121/80 | 133/84 |
30 - 34 Tahun | 110/77 | 122/81 | 134/85 |
35 - 39 Tahun | 111/78 | 123/82 | 135/86 |
40 - 44 Tahun | 112/79 | 125/83 | 137/87 |
45 - 49 Tahun | 115/80 | 127/84 | 139/88 |
50 - 54 Tahun | 116/81 | 129/85 | 142/89 |
55 - 59 Tahun | 118/82 | 131/86 | 144/90 |
60 Tahun Ke Atas | 121/83 | 134/87 | 147/91 |
Mengapa kita perlu menguji tekanan darah?
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom. Anda boleh menghidapinya bertahun lama tanpa disedari. Pada jangka masa ini, ia boleh merosakkan jantung, salur darah, buah pinggang, dan bahagian badan yang lain. Jika tekanan darah anda normal, anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang kaedah untuk mengekalkannya.
Boleh anda rujuk ke chart di bawah untuk bacaan tekanan darah dan semak sama ada anda berada dalam keadaan yang normal atau tidak.
Punca dan Faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi
Sekiranya seseorang mempunyai tekanan darah tinggi biarpun pada usia muda, ia bermakna bahawa dinding arterinya sentiasa mengalami tekanan yang terlalu banyak.
Punca dan faktor yang menyebabkan risiko tekanan darah tinggi utama dan sekunder adalah termasuk yang berikut:
Genetik: Sesetengah orang secara genetik menderita hipertensi. Ini mungkin dari mutasi genetik atau genetik luar biasa yang diwarisi dari ibu bapa.
Umur: Risiko tekanan darah tinggi meningkat apabila usia seseorang menjadi lebih tua kerana saluran darah menjadi kurang fleksibel.
Gemuk dan Kelebihan berat badan: Orang gemuk yang mempunyai berlebihan berat badan lebih cenderung untuk mengalami tekanan darah tinggi.
Merokok: Pengambilan tembakau menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Merokok juga mengurangkan kandungan oksigen darah, jadi pam jantung perlu bekerja dengan lebih cepat yang menyebabkan peningkatan tekanan darah.
Sebab dari penyakit lain: Bagi mereka yang menjangkiti penyakit akibat stress, kurang tidur, sakit kepala, detak jantung rendah, jantung berdebar, sakit jantung dan lain-lain penyakit juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
Simptom, Tanda dan Gejala Hipertensi
Kebanyakan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarangan tanda atau gejala. Ia boleh datang mendadak ketika bangun dari tidur.
Sesetengah orang mungkin mengalami sakit kepala, sesak nafas, mimisan atau hidung berdarah, tetapi tanda-tanda dan gejala ini tidak spesifik dan biasanya tidak berlaku sehingga tekanan darah tinggi telah mencapai tahap yang teruk yang sudah mengancam nyawa seseorang.
Sekiranya anda selalu rasa senang letih, sakit dada, masalah kelihatan, atau ada darah dalam kencing, ini semua boleh jadikan simptom yang anda perlu berhati-hati denganya.
Tips Mengawal dan Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Keramaian orang ingin tahu macam mana mereka dapat elakkan untuk menjangkiti tekanan darah tinggi tidak kira usia muda atau tua. Untuk mengurangkan risiko, anda perlu mengamalkan kehidupan dan langkah-langkah yang disyorkan seperti berikut:
Jaga pemakanan
Mengambil terlalu banyak lemak dan garam boleh meningkatkan tekanan darah. Baca label pada paket makanan.
- Pilih makanan yang rendah lemak dan kurang garam. (Boleh rujuk ke artikel ini untuk mendapat tahu piramid makanan dan boleh ikutnya untuk mengamalkan makan makanan yang seimbang)
- Banyakkan pengambilan buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
- Makan daging, ikan, atau ayam.
- Makan pasta, nasi, dan sayur kekacang.
- Kurangkan makanan yang mengandungi tahap garam yang tinggi sebab ia boleh mengundang kepada darah tinggi juga.
- Jika nak makan nasi, boleh gantikan beras putih dengan beras basmathi yang lebih rendah gi.
Ambil nutrisi yang diperlukan
Pengambilan asid folik dan vitamin B12 boleh menurunkan hipertensi juga. Sayur-sayuran, bayam, oren, dan kacang adalah kaya dengan asid folik. Manakala ikan, daging, telur, dan susu adalah makanan yang kaya dengan vitamin B12.
Bagi vitamin D, walaupun tidak kajian yang dapat membuktikan ia ada bantu, tapi ia juga satu nutrisi yang amat penting untuk menjaga kesihatan badan kita.
Pengambilan Herba
Minum jus lemon dan minyak zaitun. Kerana resipi herba ini membolehkan oksida nitrat jadi lebih aktif supaya kapasiti saluran darah menjadi lebih luas dan bersih.
Kekal aktif
Seperti otot lain pada badan kita, jantung juga memerlukan senaman untuk kekal sihat.
- Pilih untuk berjalan atau mengayuh basikal berbanding memandu.
- Selalu gunakan tangga dan jangan terlalu harapkan pakai lif yang boleh membuat kita jadi malas.
- Berenang merupakan satu sukan yang boleh melatih pergerakan seluruh badan kita dan ia amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah pada badan seseorang.
Berhenti merokok
Bagi perokok yang hisap rokok, mereka perlu mengingati bahawa merokok boleh meningkatkan tekanan darah dan merosakkan salur darah. Jadi jika anda merupakan seorang perokok yang hisap rokok dengan kerap setiap hari, anda perlu:
- Berusaha dengan sedaya boleh untuk kurangkan hisap rokok atau berhenti merokok sekaligus.
- Berbincang dengan doktor tentang penggunaan pelekat nikotin atau gula-gula getah seperti pengganti untuk rokok.
- Mencari program berhenti merokok yang dianjurkan oleh Organisasi Bukan Kerajaan(NGO) dan kerajaan.
Kurangkan stres
Seseorang yang mengalami stres yang berterusan buat masa yang panjang juga boleh menghadapi peningkatan tekanan darah tinggi. Ini paling biasa berlaku atas pekerja-pekerja dalam pejabat yang menghadapi dengan kerja yang banyak dan stres yang tinggi.
Kadang-kadang bagi sesetengah orang, pemakanan boleh dikawal oleh mereka. Tetapi bila dsebabkan oleh stres, maka memang susah sikit, sebab kita tak tahu bila masa stres itu akan datang.
Jika anda juga sedang menghadapi stres beterusan, adalah baik untuk anda membuat sedemikian untuk mengelakkan kenaikan tekanan darah pada badan anda.
- Tinggalkan tempat kerja anda buat sementara. Tetapkan masa untuk bercuti dan mencari ketenangan.
- Bersosial secara baik dengan keluarga dan rakan-rakan, dan jalani hobi yang diminati.
- Cuba untuk bertenang dan gembira. Apa yang paling penting adalah anda perlu cari masa untuk berjenaka.
Makanan dan Minuman Yang Perlu Dielakkan
Garam dan natrium
Ini dua adalah tidak baik jika anda mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit jantung. Anda perlu elakkan untuk makan makanan yang mempunyai garam dan natrium yang banyak yang boleh meningkatkan lagi tekanan darah.
Gula
Makanan macam donut atau kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh menyumbang kepada peningkatan obesiti untuk semua golongan umur. Tekanan darah tinggi adalah lebih biasa pada orang yang berlebihan berat badan atau terlalu gemuk.
Minuman ringan
Minuman ringan cuma membekalkan gula dan kalori. Sebotol minuman soda secara amnya mengandungi lebih daripada 9 sudu atau 39 gram gula. Ia merupakan jumlah gula yang diperlukan untuk satu hari untuk lelaki dan dua pertiga untuk wanita.
Makanan Beku
Makanan beku yang disimpan di dalam peti sejuk seperti pizza, nugget dan bebola ikan bukan sahaja dimuatkan dengan ramuan yang tidak diingini tetapi diisi dengan natrium. Malah makanan ini biasanya mengandungi natrium yang tinggi.
Makanan Pemprosesan
Daging yang sudah pack, termasuk sosej sarapan pagi biasanya mempunyai banyak natrium. Walaupun ada orang yang katakan daging seperti ini boleh menjadi sumber protein tanpa lemak, tetapi kebanyakan makan proses mengandungi garam tambahan yang tidak baik untuk badan kita.
Makanan Laut
Anda perlu hadkan untuk pengambilan makanan laut seperti ketam, sotong, kerang, udang dan siput. Ini kerana makanan laut ini mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi.
Saya melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap bulan. Kebiasaannya tekanan darah akan naik mendadak bila kita terlalu stres. Jadi, perlulah kita kurangkan stres, hatta ketika menulis blog sekalipun, kerana ianya memang tidak baik untuk kesihatan bagi kita.
Penyakit seperti ini sudah tidak kira umur sekarang . Kalau muda-muda tak jaga , sama seperti orang tua yang menjaga kesihatan. Biasa kalau umur dah meningkat makin mudah pulak nak darah tinggi ni. Maklumlah duduk di negara yang kaya dengan makanan.
Apa yang perlu dielakkan
Adalah dinasihatkan pesakit dengan tekanan darah yang melebihi 180/110 mmHg untuk elakkan cabut gigi mereka. Sebab jika pesakit rasa gementar semasa cabut gigi, tekanan darahnya akan meningkat dengan cepat dan ini boleh mencetuskan komplikasi akut seperti sakit jantung atau strok.
Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Dengan Cepat
Sekiranya anda ingin menurunkan hipertensi dengan cepat, caranya adalah dengan mengambil ubat. Sekarang ada beberapa ubat yang boleh bantu untuk menurunkan tekanan darah dengan cepat.
Antara ubat-ubat yang digunakan adalah diuretik, beta-blocker, calcium channel blocker, angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors dan angiotensin receptor blocker (ARB).
Anda perlu pergi jumpa doktor dan dapatkan ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengawal hipertensi anda dengan cepat. Tetapi kebanyakan ubat mungkin mempunyai kesan sampingan(side effect) yang tidak baik, jika anda mempunyai efek yang tidak selesa, perlu anda rujuk balik kepada doktor sebelum keadaan jadi teruk.
Mitos
Tidak boleh makan kambing
Ada orang yang cakap pesakit hipertensi tidak boleh makan kambing, tapi ini bukan sesuatu yang benar sebab kambing merupakan makanan yang bertindak sebagai pengurai protein yang baik.
Hipertensi yang berlaku semasa hamil tidak bahaya
Bagi ibu mengandung, mereka juga mempunyai risiko untuk menghidapi hipertensi pada awal dan akhir kehamilan. Bagi wanita yang tidak pernah ada penyakit ini, mereka juga boleh mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung yang disebabkan oleh komplikasi kehamilan.
Wanita akan mengalami hipertensi ketika haid
Kebanyakan doktor tidak menganggap PMS atau wanita datang haid sebagai faktor risiko untuk hipertensi.
Mereka mungkin mengalami preeclampsia di mana buah pinggang dan hatinya mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi rawatan yang berkenaan adalah diperlukan untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi.
Doa Yang Merawat Hipertensi
Boleh rujuk ke post ini untuk zikir dan doa bagi rawatan tekanan darah tinggi yang mengamalkan cara islam.
Rujukan:
- Medical News Today: What to know about high blood pressure?
- Healthline: Everything you need to know about hypertension
- Myhealth.gov.my: Ubat untuk rawatan hipertensi
- Webmd.com: Could PMS Raise Women’s High Blood Pressure Risk?