Tips dan Panduan Memilih Pekerjaan Yang Betul

Sejauh mana anda tahu mengenai diri anda? Sekiranya anda merancang untuk menjalani kehidupan kerja yang sangat memuaskan dan menikmati pekerjaan anda, anda harus memilih pekerjaan yang paling sesuai dengan anda.

pilih pekerjaan

Malangnya, ada banyak orang yang akhirnya memilih pekerjaan yang salah dan kecewa dalam jangka masa panjang. Berada di tempat kerja yang salah bukan sahaja bersia-siakan kehidupan profesional anda, tetapi ia juga boleh merosakkan kehidupan peribadi anda.

Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, anda perlu pilih pekerjaan yang anda minat dengan bersungguh-sungguh.

Jangan memilih kerjaya atau pekerjaan berdasarkan keutamaan wang semata. Wang tidak dinafikan penting, tetapi untuk jangka masa panjang, ianya tidak dapt memenuhi tuntutan kepuasan kita yang lain.

Jangan memilih kerjaya berdasarkan cadangan ibu bapa, rakan atau orang lain. Pilihlah pekerjaan yang sememangnya datang dari kemahuan kita sendiri.

Tetapi bagaimana boleh anda memilih kerjaya yang tepat? Terdapat beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan untuk memilih kerjaya yang paling sesuai dengan anda. Kebanyakan orang akhirnya memilih pekerjaan yang salah kerana mereka kekurangan bimbingan dan nasihat daripada orang yang sesuai. Anda tidak seharusnya menjadi salah seorang daripada mereka.

1. Ketahui Tentang Diri Anda

Perkara yang pertama perlu anda lakukan adalah mengetahui sebanyak mungkin mengenai diri anda. Sekiranya anda fikir anda tahu semua yang perlu diketahui, hasil penilaian diri akan dapat menarik perhatian.

Seorang profesional kerjaya, misalnya, seorang kaunselor kerjaya akan dapat membantu anda untuk mengetahui diri anda jika anda mampu bayar untuk dapatkan nasihat daripada mereka. Jika anda tidak mampu, jangan putus asa sebab anda masih boleh dapatkan pendapat daripada ahli keluarga dan kawan-kawan .

Semua orang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berlainan. Perlu anda tahu apa yang anda mahir. Adakah anda pandai bercerita? Adakah anda gemar mengajar pelajar? Pasti ada sesuatu yang anda rasa gemar dan pandai melakukannya. Anda perlu mengetahui apakah kemahiran dan kelebihan tersebut.

Buat senarai kemahiran yang anda ada, dan kemudian pilih kemahiran yang paling baik dari senarai itu. Rujuk rakan atau keluarga anda untuk pendapat yang lain. Sekiranya anda pergi cari pekerjaan yang sepadan dengan kelebihan anda, anda akan menikmati kehidupan profesional yang hebat.

2. Buat Ujian Pekerjaan

Sekiranya anda keliru untuk menentukan mana satu pekerjaan yang sesuai untuk anda, anda juga boleh menjalani ujian pekerjaan. Biasanya, ujian pekerjaan memberi anda sekumpulan soalan yang perlu anda jawab dalam jangka masa tertentu. Ujian ini bertujuan untuk menilai kemahiran dan kelebihan anda dan kemudian mencadangkan kerjaya yang sesuai. Setelah selesai menjawab semua soalan, anda akan diberikan 2-3 pilihan kerjaya yang paling sesuai dengan anda yang dapat menjanjikan kehidupan yang memuaskan.

Berikut adalah beberapa soalan yang boleh anda mulakan. Cuba jawab tanpa memikirkan soalan tetapi sebaliknya, tuliskan pemikiran pertama yang terlintas di fikiran anda. Sekiranya anda tidak yakin dengan sebarang soalan yang ada, boleh anda minta panduan dari kawan-kawan atau ahli keluarga.

Kita perlu bertanya kepada kita beberapa soalan sebelum membuat keputusan memilih pekerjaan impian. Jawapan yang diterima itulah yang akan memandu kita untuk memilih kerjaya tersebut atau tidak.

Antara soalan yang perlu ditanya adalah:

  • Adakah kerjaya ini bermakna untuk saya?
  • Adakah kerjaya ini memberi saya peluang untuk berkembang?
  • Adakah saya berpeluang untuk belajar sesuatu yang baru?
  • Adakah saya mempunyai peluang untuk lebih berjaya dan dihargai?
  • Adakah saya diberikan tanggungjawab?

3. Selalu Buat Percubaan

Sekiranya anda sudah bekerja, fikirkan cara untuk mencuba pilihan baru bila ada peluang dan masa. Boleh anda melakukan projek yang pendek tetapi relevan pada masa lapang, atau belajar kemahiran yang baru dalam pekerjaan anda. Boleh juga anda bercakap dengan banyak orang dalam pekerjaan untuk belajar dan mengetahui maklumat yang lebih banyak.

Sekiranya anda seorang pelajar, cuba lakukan sebanyak mungkin latihan magang(internships). Cuti universiti adalah salah satu peluang terbaik dalam hidup anda untuk diterokai.

4. Gaya Hidup Apa Yang Anda Mahukan?

Kebanyakan pekerjaan bermula dengan kerja keras sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun dengan gaji yang rendah. Apa yang lebih penting ialah melihat orang yang lebih baik dalam landasan kerjaya untuk menentukan sama ada gaya hidup yang mereka jalankan sesuai untuk anda.

Beberapa faktor yang mungkin anda ingin pertimbangkan termasuk jumlah kawalan yang mereka miliki sepanjang masa mereka sendiri, gaji mereka dan berapa kerap mereka perlu buat bisnes trip ke tempat lain.

Saya tidak mengatakan bahawa anda perlu mempunyai matlamat yang terlalu besar seperti mencapai gaji RM 200,000 setahun atau jadi manager dalam masa 3 tahun. Apa yang saya cakap di sini adalah tentang perkembangan anda sendiri untuk pekerjaan yang anda pilih itu, dan adakah syarikat yang anda kerja itu memberikan kemajuan dan keselesaan yang anda harapkan.

5. Bina Hubungan dan Jaringan(Network)

Sama ada anda aktif mencari kerjaya baru, atau berusaha untuk mengetahui perjalanan yang harus anda lalui, bina jaringan adalah cara terbaik untuk anda mengumpul maklumat. Semakin banyak orang yang anda temui, semakin banyak pandangan yang anda dapat tentang bagaimana persekitaran kerja, seperti apa kerja yang mereka menjalani, adakah mereka menikmati pekerjaan itu, mana syarikat yang menilai usaha pekerja mereka. Dan jika anda mencari pekerjaan seterusnya, mempunyai jaringan tertentu adalah sangat penting. Tinjauan menunjukkan sebanyak 85% pekerjaan diisi melalui hubungan dan jaringan!

Inilah sebenarnya kriteria utama yang perlu ditanya dan difikirkan untuk memilih kerjaya. Menurut Prof Clayton, kita boleh sahaja memilih kerjaya berdasarkan kriteria lain, tetapi lambat laun, inilah antara aspek penting yang memberi kebahagian kepada seseorang dalam pekerjaan dan bukannya wang. Wang hanyalah kepuasan dalam jangka masa pendek.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *