Web Analytics
jadi jutawan

5 Kualiti Diri dan Alasan Untuk Jadi Usahawan Berjaya

Sudah pasti informasi dunia keusahawanan menjadi tarikan utama kepada saya untuk membacanya. Sebab tanpa ilmu dan teknik yang betul memang sukar untuk berjaya dalam bidang ini.

Berikut adalah ilmu yang saya perolehi dan saya sesuaikan penulisannya mengikut konsep blog ini. Sumbernya adalah dari buku yang bertajuk Melangkah Ke Alam Keusahawan terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

jadi jutawan

1. Tahap kesihatan yang terbaik

Sebagai usahawan faktor kesihatan adalah penyumbang kejayaan. Mereka mesti menjaga kesihatan secara optimum supaya dapat bekerja lebih luar biasa dari kebanyakkan orang. Tanpa kesihatan yang baik memang menyukarkan pergerakan, produktiviti dan daya fikir seseorang.

2. Budaya cintakan ilmu

Ilmu berkembang dengan sangat pantas. Siapa yang terlambat pasti tertinggal. Ilmu mesti dipelajari dan diamalkan sekiranya ingin berjaya dunia atau akhirat ataupun kedua-duanya sekali. Walaupun ada contoh klasik menunjukkan orang kaya tidak semestinya berpendidikan tinggi. Namun alangkah baiknya kalau ada usahawan yang mempunyai ijazah dan berjaya pula dalam perniagaan.

3. Kualiti diri semasa bekerja

Adalah lumrah seseorang itu bekerja makan gaji sebelum menceburi diri dalam perniagaan. Semasa bekerja ada kualiti diri yang mesti dipergunakan sebaik yang mungkin dalam dunia bisnes nanti. Misalnya menepati masa, multi tasking, semangat pasukan yang tinggi dan sebagainya. Kualiti ini bagaikan permata dalam lumpur dan ia akan tetap bersinar walaupun di mana jua berada.

4. Latar belakang keluarga yang harmoni

Seorang usahawan yang berjaya mesti mempunyai latar belakang keluarga yang harmoni. Jika ada krisis rumahtangga ia pasti menjejas usaha untuk membina bisnes. Oleh itu seorang usahawan perlu fokus dan menumpukan sepenuh tenaga untuk memajukan bisnes.

5. Kemampuan mengurus kewangan

Saya pernah tertewas dalam bisnes sebelum ini kerana tidak mampu mengurus kewangan yang baik. Selain itu sukar untuk memastikan pulangan pendapatan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu sebagai usahawan mereka mesti mempunyai tabung kewangan yang mencukupi sebelum terus menceburi bisnes sepenuh masa atau setidak-tidak bisnes sudah mendatangkan pendapatan menyamai gaji sebulan secara konsisten.

5 Alasan Untuk Menjadi Jutawan

Setiap orang ada impian. Malah impian yang besar dan luar biasa itu bukan sesuatu yang mustahil jika Allah SWT izinkan. Pada kali ini saya bercoleteh sedikit tentang impian untuk menjadi jutawan. Nak kata impian ini saya yang punya rasanya tak salah. Namun tujuan sebenar adalah mengajak pembaca untuk berimpian dan bercita-cita tinggi dalam kehidupan mereka.

Masing-masing punya alasan untuk menjadi jutawan. Itupun kalau kalian yang ada impian yang sama dengan saya. Jadi dengan rasa rendah hati saya nak kongsikan apa alasan untuk menjadi jutawan.

1. Kepentingan agama

Saya percaya menjadi jutawan menjadi penanda aras kepada kekuatan ummah. Orang kaya dipandang mulia. Lebih-lebih lagi kalau kekayaan tersebut digunakan untuk kepentingan agama seperti membina madrasah, penyumbang zakat, penaung rumah kebajikan dan saluran dana kepada masyarakat yang memerlukan tanpa mengira agama maupun keturunan. Bayangkan menjadi jutawan sebagai ikon pendakwah untuk menarik orang bukan Islam suka dengan cara hidup Islam.

2. Pencetus kebahagiaan rumahtangga

Memang benar tanpa menjadi jutawan pun boleh hidup bahagia dengan pasangan masing-masing. Namun apa akan jadi kalau dengan suami menjadi jutawan rumahtangga kita lebih harmoni dan saling menyayangi. Makan minum yang berkualiti dan tempat tinggal kelas pertama. Ini belum termasuk ada pembantu rumah yang mengurus rumah supaya isteri boleh memberi tumpuan 100% kepada kita. Alahai macam baby la pula kita jadi macam tu.

3. Sumber inspirasi anak-anak

Ayah yang bagus dan hebat boleh diukur dengan memenuhi keperluan pendidikan, makan minum dan kasih sayang. Dengan menjadi jutawan anak-anak merasa bangga kita menjadi ayah kepada mereka. Kehidupan masa depan mereka kita sudah sediakan aset dan wang berjuta-juta untuk diuruskan.

Anak-anak akan menganggap kita adalah hero dalam hidup mereka. Jika kita sudah tiada maka mereka akan sentiasa kirimkan doa anak yang soleh untuk kita di alam kubur kelak.

4. Peluang memuliakan orang tua sehabis baik

Selagi orang tua kita masih hidup maka buktikan kejayaan kita sebagai jutawan. Luangkan masa kita sebaik mungkin untuk mereka. Tunaikan apa jua impian orang tua yang mungkin tidak sempat dilakukan kerana membesar kita suatu ketika dahulu.

Gembiranya hati mereka dengan duit, perhatian dan kasih sayang seseorang anak. Sudah tentu kita tidak risau lagi tentang bos marah kerana kita adalah bos jika tak turun kerja menemani ibu ke pasar ikan.

5. Memberi manfaat kepada orang sekeliling

Jutawan adalah pemurah. Dengan nikmat jutawan kita boleh sebarkan rasa pemurah agar orang lain turut menikmati tempias kekayaan. Kita boleh anjurkan ceramah motivasi percuma supaya anak-anak muda lebih terarah hidup mereka.

Kita juga dapat menyediakan peluang pekerjaan dan menjadi majikan kepada pekerja. Jika pekerja dah ada keluarga maka manfaat kita sebagai majikan lebih luas untuk anak-anak pulak.

Apapun saya hargai kalian pembaca untuk sama-sama menjadi jutawan.

Leave a Comment