Web
Analytics

Gaya Tudung Perempuan Yang Aku Suka


Beberapa hari dulu ada nampak satu blog bincang tentang tudung. Tapi sekarang sudah tak ingat blog siapa. Cuma ingat dalam blog tu ada memperbahaskan perihal tudung. Jadi,  aku pun turut serta untuk memberi pendapat aku. Mana tahu mungkin ada ramai perempuan yang senangnya tunggu benda ni kuar dari mulut aku. Hehehe!

Ok, biar aku bincang tentang tudung yang berlainan yang biasa perempuan pakai di sini.

Tudung Yuna

Memang tidak tahu apa nama sebenar untuk tudung ini, tak tahu nak panggil tudung apa, jadi di sini biar panggil tudung Yuna saja. Ini merupakan tudung yang dipakai oleh selebriti Yuna.

tudung yuna

foto kredit kepada: ProjekmmOpens in a new tab.

Tudung ni merupakan fesyen terbaru, selepas tudung Indon. Tudung ni kalau kena pada bentuk muka si pemakai, rasa oklah, tapi tidak akan jadikannya lawa gila.

Tudung ini rasa sangat sesuai untuk dipakai oleh perempuan yang bermuka bulat. Kalau perempuan yang bermuka penyek dan panjang tu rasa tak sesuai sangat. Sebab tudung ini akan jadikan muka makin panjang atau pun makin penyek muka mereka.

Dan kekadang aku tak suka tudung ni sebab ia akan menampakkan bentuk kepala. Bagi aku, kalau nampak bentuk kepala perempuan yang pakai tudung macam ni, selalunya aku akan bayangkan dia tiada rambut atau botak, Ha! Tak tahu kenapa aku boleh fikir demikian.

Tudung Indon

tudung indon

Huhu, kalau anda ada tengok Nur Amina atau Nur Kasih pakai tudung Indon ini, mereka kelihatan amat lawa sekali. Aku tidak ada pengkritik tentang tudung ini sebab ia merupakan tudung yang sangat sesuai dipakai oleh semua perempuan.

Lagipun, jenis tudung ini adalah sangat senang nak pakai. Apa yang perlu kita lakukan cuma masukkan tudung ini kepala kita saja. Hehe, jadi ia adalah amat menggalakkan kaum hawa untuk memakai! Lagipun, tudung macam ini selalunya untuk pakai pada waktu buat kerja dapur dan emergency. Contohnya jika tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah anda dan anda tidak sempat untuk tukar apa-apa pun, tetapi anda ada pakai tudung Indo ni pada kepala, boleh saja anda letak tudung ni kat pintu, sungguh senang.

Tudung Wardina

foto kredit kepada: KekabooworldOpens in a new tab.

Sekarang memang ada banyak tudung Wardina di pasaran yang dibekalkan dengan reka bentuk yang cantik dan sangat fesyen. Aku selalu rasa amat cantik tudung ini bila nampak ada perempuan yang pakainya, sungguh lawa.

Tudung jenis ini biasanya dipakai pada waktu nak masukkan tudung dalam baju. Coat biasanya. Tudung ni menunjukkan seseorang tu merupakan seorang yang berkerjaya, berusaha kuat, bisnes woman, dan yang sewaktu dengannya.

Hehe, tapi apa yang kurang sempurna dengan tudung Wardina ini ialah bentuk kepala akan dinampak. Sebab kebanyakan orang akan pinkan kat atas kepala mereka kan? Ini akan jadikan sangat ketatlah untuk pakai tudung macam ni. Kalau perempuan yang ikat rambut tu akan nampak macam ada bonggol kat belakang kepala.

Tudung Original

tudung original

foto kredit kepada: Nur Fadzlina Mat ZinOpens in a new tab.

Tudung original ataupun nama lainnya tudung tiga segi yang biasa kita namakan. Fuh, tudung jenis ini merupakan tudung yang paling aku suka! Hehe, sebab tudung ni biasanya dipakai oleh wanita yang bergelar ibu.

Tudung ni menampakkan ketimidan seseorang perempuan. Sifat sopan santun dan keperempuanannya dapat dicermin keluar dari pakai tudung macam ni.  Anda akan nampak macam ibu yang penuh dengan kasih sayang.

Bila pakai tudung original, perlu ingat untuk tutup dada dengan baik. Janganlah biarkan orang lelaki nak usaha hati anda, kan? Sebelum nampak hati nampak apa-apa yang tidak diingini?

Tudung ini amat selesa dan cantik dipakai pada kepala aku. Rasa agak selamat saja untuk aku dan selalu puas hati dengannya.

Tapi untuk tudung ni, aku tidak suka beli tudung mempunyai hujung yang terlalu panjang punya. Sebab kalau panjang sangat hujung dia tu, dan kalau ketinggian seseorang perempuan itu bukan tinggi sangat yang pakai, kelihatannya akan nampak pelik sikit.

Jika nak pakai, lebih baik unuk pin dua hujung sekali. Sebab kalau tak pin dua hujung tu, anda mungkin akan nampak tak berapa kemas sebab leher mungkin akan terdedah.

Pendek kata, adalah baik untuk pakai saja tudung pape, daripada tak pakai tudung langsung. Tak payah anda ambil peduli apa yang tertulis di sini, janji tutup aurat, kan? Tudung memang dapat memisterikan kecantikan sebenar yang ada pada seseorang perempuan.

Kalau semua sudah terdedah kepada orang lain, apa yang nak dimisterikan lagi? Pernah aku dengar Ustaz cakap, “perempuan yang mempunyai banyak rahsia akan kelihatan lebih cantik”.

Dalam buku conan pun ader cakap, “a secret makes a woman woman”. Hehe kepada lelaki-lelaki lain? Jadi, macam mana pula pendapat anda semua? Adakah sesiapa yang suka tudung cane lak? Sekian, wassalam…

Baca juga: Cara pakai tudung yang senang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content