22 Cara yang Mampu Membuat Wanita Tersenyum

Keramaian daripada kita tahu bahawa Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi . Jadi , sebagai seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang, kita perlu selalu memastikan wanita yang kita sayangi gembira dan bahagia.

wanita senyum

Tetapi memang ada ramai lelaki yang tidak tahu macam mana untuk mengambil hati wanita dan mebuat mereka senyum. Jadi, untuk memastikan ini, di sini terdapat 22 cara atau sikap yang boleh anda lakukan supaya dapat membuat Hawa yang bergelar wanita tersenyum dan rasa disayangi.

1 . Selalu buat pujian dan katakan yang mereka namapk sangat cantik. Dengan percakapan yang suka didengar oleh semua wanita ini, tidak sampai sesaat pasti senyuman terukir di wajahnya.

2. Sekiranya anda tidak bercakap dengannya, dia mungkin akan berfikir tentang lelaki lain yang lucu dan dapat jadikannya tersenyum. Dia akan rasa anda mungkin bukan lelaki yang betul yang dia nak.

Sebaliknya, jika anda bercakap dengannya, dia mungkin akan rasa lebih senang dan gembira untuk mengenali anda dengan selanjutnya.

Oleh itu, pastikan untuk memikatnya dengan senyuman anda sambil berusaha memintanya untuk memberikan senyumannya sebagai balasan. Kedua-dua oran senyum bersama itu pastikan akan jadikan perbualan sangat mesra.

3 . Tinggalkan pesanan ringkas untuk dibacanya ketika bangun pagi, cukup sekadar mengucapkan ” Morning ” dan hari-harinya akan menjadi indah berseri.

4. Bawa kawan baiknya keluar untuk minum kopi atau makan malam. Dia akan menghargai sikap anda untuk mengenali rakan-rakannya. Juga, pujian yang akan diberikan oleh rakan-rakannya kerana dia sangat bertuah untuk mempunyai teman lelaki yang bijaksana seperti anda akan menjadikannya gembira dan senyum manis dalam hati.

5. Jangan mempunyai rasa cemburu dengan rakan-rakan lelaki yang dia ada. Jangan memaksa dia dengan keluarkan peraturan tentang apa yang boleh dia buat atau apa yang dilarang buat kepadanya. Tanpa rasa cemburu dan peraturan serius yang anda bagi kepadanya, ini akan memberitahunya bahawa anda mempercayai dia dengan sepenuhnya.

7. Buat perjanjian kepadanya bahawa anda tidak akan melepaskannya. Anda perlu menepati janji yang anda buat itu. Pastikan dia tahu bahawa anda takut kehilangannya dan bahawa anda akan melakukan apa yang diperlukan untuk memastikan perkara itu tidak akan berlaku.

8. Berada di sisi dia ketika dia memerlukan anda. Kita semua perlu tahu bahawa pasangan kita akan berada di sisi kita pada masa yang baik dan yang buruk. Untuk merasa gembira bersama anda, dia perlu tahu bahawa anda ada beri sokongan sepenuh kepadanya dan anda akan berada di sisinya ketika dia menghadapi kesedihan dan kesusahan.

9. Ingat pada harijadinya dan berikan sesuatu sebagai tanda peringatan . Hadiah yang diberikan tidak perlu sesuatu yang mahal tapi boleh jadi sesuatu yang cukup sekadar satu ingatan kepadanya.

10. Beritahu dia betapa banyak anda menyayanginya. Tidak salah untuk meluahkan percintaan anda melalui mulut buat sekali-sekala.

11. Elakkan membuat komen pada gadis lain seperti ‘Wow, gadis ni memang cantik’! Jangan sekali-sekala anda bercakap demikian di depan wanita anda. Sebab dia mungkin akan mula membandingkan dirinya dan itu hanya membawakan akibat yang buruk di mana mungkin dia tidak akan bersenyum kepada anda lagi.

12. Bercakap tentang masa depan anda walaupun dia tidak sebut tentang perkara ini. Dengan bercakap tentangnya, ia dapat memberitahu dia bahawa anda benar-benar ambil serius tentang hubungan anda dengannya dan ingin bersama dengannya buat jangka masa panjang.

13. Perkenalkannya kepada rakan-rakan anda dan orang-orang yang penting bagi anda. Ini akan membuatnya merasa seperti dia berada dalam kedudukan yang penting dalam hati anda.

14. Selalu perhatikan apa yang dia cakap dengan pandangya di mata. Ini akan beritahunya bahawa anda berminat tentang apa yang dia cakap. Tanyakan kepadanya tentang kehidupan harinya dan ada apa-apa hal menarik yang berlaku. Tumpu pada apa yang dia katakan. Juga boleh anda tanya dia tentang keadaan keluarga dan rakannya.

15. Selalu ucapkan sila dan terima kasih. Ini adalah kaedah yang sangat mudah untuk memberitahunya bahawa anda menghargai apa sahaja yang telah dia lakukan untuk anda.

16. Wanita suka pertemuan yang merancang. Dia juga menyukainya apabila anda merancang sesuatu walaupun anda mungkin menganggapnya satu idea yang bodoh.

17. Sekiranya dia mengecewakan atau mengganggu anda, Katakan kepadanya. Dia akan rasa lebih gembira mengetahui anda adalah jujur dan bersedia untuk menyelesaikannya. Sebab bila anda gembira, dia juga akan gembira.

18.Sekiranya ada sesuatu yang mengingatkan anda kepadanya, beritahu dia.

19. Kadang-kadang, boleh anda pandang pada matanya dan hadiahkan satu senyuman yang indah kepadanya.

20 . Hantarkan mesej Whatsapp bila ada masa. Melalui perbuatan macam ini, dia akan tahu bahawa anda sedang rindu dan mengingatinya.

21. Jadilah seorang gentleman. Buka pintu untuknya bila keluar dan masuk bangunan atau luahkan kerusi kepadanya apabila pergi makan di restoran.

22. Terangkan perkara-perkara kecil yang mungkin kelihatan tidak relevan seperti jika anda tahu anda tidak akan dapat bercakap dengannya hari itu, beritahu dia terlebih dahulu supaya dia tidak risau. Beritahu dia mengapa anda akan lambat untuk buat panggilan denganya juga.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *