Web Analytics

Beritahu Saya Tentang Diri Anda Dalam Satu Temuduga

Dalam artikel ini, saya akan mengajar anda 3 peraturan untuk menjawab soalan “Beritahu Saya Tentang Diri Anda” yang merupakan soalan temuduga dengan cara yang betul. Dengan ini anda dapat menonjol di hadapan pengurus pengambilan jawatan. Anda juga akan dapat lebih banyak tawaran pekerjaan dengan pengajaran ini.

beritahu tentang diri anda

Sekarang sebelum kita mula, terdapat beberapa peraturan dasar yang perlu anda ketahui sebelum anda dapat mengembangkan jawapan yang sempurna untuk soalan ini.

Peraturan #1: Jangan bercakap tentang kehidupan peribadi atau keluarga anda.

Apabila majikan bertanya kepada anda, “beritahu saya tentang diri anda,” mereka sebenarnya tidak meminta anda memberitahu mereka tentang kehidupan peribadi anda, kesilapan yang anda pelajari dari kerja dulu, atau mengapa anda hadiri temuduga di tempat ini.

Mereka sebenarnya tidak meminta anda untuk “memberitahu mereka tentang diri anda”.

Mereka sebenarnya meminta anda memberitahu mereka mengenai kelayakan anda, pengalaman anda, dan juga mengapa anda sesuai untuk kerja ini.

Mereka hanya ingin mengetahui latar belakang dan pengalaman profesional anda secara ringkas.

Peraturan #2: Ceritakan Sesuatu.

Walaupun saya berkata, anda tidak sepatutnya memberitahu mereka mengenai kisah kehidupan anda, tetapi anda perlu memberitahu mereka tentang kisah kerja profesional anda.

Saya akan terangkan dengan lanjutnya mengenai perkara ini di belakang, tetapi pada dasarnya, kisah kerja profesional yang baik bermakna ia perlu anda melibatkan diri, rasa menarik, dan boleh siap dengan lengkap.

Jadi, sekarang kita telah mendapat peraturan yang dasar, mari kita beralih kepada 3 petua utama tentang bagaimana untuk menjawab soalan “beritahu saya mengenai diri anda” semasa anda dalam temuduga.

Petua 1

Petua nombor 1 adalah untuk memberi gambaran tentang latar belakang dan sejarah kerja anda. Jadi apa maksudnya ialah, anda akan kembali ke masa yang tepat untuk pekerjaan profesional terawal yang pernah anda pegang, dan anda akan memulakan cerita anda dari sana.

Jadi pada dasarnya, anda akan menerangkan apa syarikat yang pernah anda bekerja, apa gelaran yang anda pegang semasa anda berada di tempat kerja itu, berapa lama anda kerja dengan syarikat itu, dan yang paling penting, apakah tanggungjawab utama anda dalam kerja itu.

Contohnya, katakan anda memulakan kerjaya anda lima tahun lalu sebagai Penganalisis Kewangan. Anda memulakan pekerjaan anda lima tahun lalu sebagai Penganalisis Kewangan dan kemudian anda berpindah ke Penganalisis Kewangan Kanan dan sekarang anda adalah seorang Pengurus Kewangan.

Apabila anda memberitahu cerita anda, anda akan bermula dengan peranan anda sebagai penganalisis kewangan. Dan anda akan mengatakan sesuatu di sepanjang percakapan, Jadi sekarang anda akan menceritakan untuk setiap posisi anda.

Anda pada dasarnya memberitahu gambar dan sejarah pekerjaan anda secara ringkas untuk setiap jawatan yang anda buat dan apa posisi anda pada masa itu.

Jadi selepas anda memberitahu majikan mengenai syarikat yang pernah anda kerja, dan posisi yang anda pegang, berapa tahun anda kerja di syarikat tersebut, dan tanggungjawab utama yang anda ada dalam posisi itu, anda kemudian akan menerangkan satu pencapaian utama yang anda dapat capai dalam peranan itu.

Pencapaian adalah di mana anda berjaya membantu syarikat yang pernah anda kerja untuk jimat masa, jimat wang simpanan, mempertingkatkan proses, dapat keuntungan yang lebih baik.

Apa-apa sahaja yang anda telah lakukan yang telah menghasilkan sesuatu yang dapat diukur oleh syarikat anda atau jabatan anda.

Jadi, anda boleh berkata sedemikian untuk setiap jawatan yang anda pegang.

Petua 2

Sebaik sahaja anda telah memberitahu keseluruhan cerita anda, dan anda telah memberitahu majikan mengenai peranan utama anda, serta pencapaian yang telah anda capai, kini sudah tiba masanya untuk memberitahu majikan apa yang anda tahu tentang jawatan yang anda mohonkan dalam temuduga.

Ini adalah sangat penting tetapi ramai orang yang mengabaikan. Ini adalah kerana ia akan memberitahu majikan bahawa bukan sahaja anda faham tentang kebolehan anda dan pencapaian anda, tetapi anda juga sedar tentang apa yang majikan nak untuk jawatan ini.

Dan apabila anda boleh mengatakan sesuatu yang mudah seperti hanya mengakui, “Saya sedar bahawa untuk peranan ini anda memerlukan seseorang yang mempunyai kemahiran tentang peningkatan proses”. Ia mewujudkan satu hubungan antara anda dengan majikan yang anda memang bertimbangrasa dan faham tentang apa yang mereka cakap.

Petua 3

Ini adalah nilai tambahan.

Dan ini merupakan satu perkara yang ramai orang tidak peduli untuk mengatakannya, kebanyakan pemohon untuk berlaku secara pasif dengan cuma menjawab soalan yang ditanya oleh majikan saja.

Sebaliknya, anda boleh proaktif tanya soalan yang ada dalam fikiran anda supaya ini boleh beri teraan kepada majikan bahawa anda seorang yang dapat fikir berdikari.

Tambahan, anda boleh bagi mereka tahu mengapa anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini. Jadi, anda boleh mengatakan sesuatu untuk menegas kepada majikan mengapa anda sesuai untuk pekerjaan ini.

Jika anda tidak berakhir dengan ini, peluang untuk anda dapatkan kerja ini mungkin jadi kurang. Anda mungkin akan berakhir temuduga anda seperti kebanyakan calon yang lain.

Tetapi dalam kes ini, anda menjadi sangat jelas dan khusus. Walaupun tanpa mereka bertanya kepada anda kenapa anda betul-betul sesuai untuk jawatan ini, anda secara harfiah memberitahu mereka bahawa anda adalah calon yang sesuai untuk jawatan ini.

Leave a Comment