Jangan anda gelak sekarang okey, sebab saya bukannya bertujuan untuk buang tabiat dengan beri motivasi bagai hari ini. Tetapi sebenarnya adalah kerana saya terfikir untuk berkongsi dengan para pembaca selepas ditanya oleh salah seorang ahli mesyuarat tingkap pada petang tadi.
Ceritanya adalah seperti begini, semasa sedang ‘bermesyuarat,’ salah seorang ahli majlis bertanyakan kepada saya rahsia kemesraan di antara saya dan suami walaupun usia perkahwinan kami sudah menghampiri angka 1 dekad.
Well, secara jujur saya akui, saya tidak mempunyai sebarangan jawapan khusus untuk perkara seperti itu. Bukan apa, saya sedar bahawa itu semua takdir dan ketentuan Allah. Bukankah rezeki, jodoh, pertemuan, ajal dan maut setiap insan sudah diatur oleh-Nya.
Ya betul… itu merupakan jawapan yang paling tepat dari saya untuk pertanyaan tersebut. Pada zaman ini, memang tiada tips cinta bertahan lama yang betul-betul berkesan sebenarnya.
Tapi saya rasa, tidak ada salahnya kita mencuba tips-tips di bawah. Manalah tahu kot-kot ianya sesuai untuk kita. Kalau tak berkesan pun, tak rugi apa pun. Boleh anda jadikan ia sebagai renungan. Betul tak?
Jadi tanpa habiskan sebarangan masa lagi, mari kita layan bersama tentang tips-tips yang ringkas tu:
1. Jangan suka merajuk
2. Jangan suka menghukum pasangan
3. Buang sifat panas baran
4. Sentiasa jujur
5. Jangan suka cari pasal
6. Jaga bahasa
7. Mulakan berdamai sekiranya terjadi pergaduhan
8. Sentiasa bermuhasabah
9. Kurangkan perasaan cemburu
10. Saling memahami
11. Caring
12. Terima si dia seadanya
13. Sentiasa mengingati tarikh-tarikh penting pasangan
14. Buang sifat bosan
15. Jadi diri sendiri
16. Paling penting setia kepada pasangan
17. Selalu membina hubungan dengan baik
Macam inilah, bukan susah sangat untuk semua orang ikut, kan? Apa kata anda semua amalkan tips yang ada dalam senarai tu. Kalau tak dapat semua, amalkan salah satu pun cukuplah. Itu pun kalau rasa-rasa mahulah, tak ada paksaan.
Mungkin ramai yang akan rasa tips semua ni amat berguna. Tapi bukan senang untuk ikut semua sebab jika dapat amalkan semua mereka sudah jadi seorang yang sempurna yang mempunyai keazaman yang tinggi..hehe
Jatuh Cinta Lagi
Sebenarnya aku bukanlah pandai sangat, tapi bila ada orang tanya pada aku, aku cubalah jawap dengan sebaik mungkin, bukannya apa, tak baik menghampakan perasaan orang. Macam – macam orang yang pernah aku jumpa dan macam – macam masalah yang pernah ditanya pada aku, pada hal aku pun tak pernah tak bermasalah.. cuma aku elakan dari cari masalah.. kalau masalah datang, selesaikan dengan cara cari jalan penyelesaian..
Ade yang bertanya pasal Kitab kamsutra , kitab tengtang kamasutra ni aku pun tak tau.. yang aku tau itupun setelah digoogle, kitab ni menceritakan tentang perhubungan intim. Yang aku tau pasal kitab tajul muluk, Pasal apa aku tau.. sebab aku ada kitab tu, edisi pertama itupun opah aku bagi suruh aku simpan, kulit je dah aku tukar yang lain semua sama..
Kitab tajul muluk yang opah aku bagi ni masih elok dalam jagaan aku, macam – macam ade dalam kitab tu, dari perihal membuat ubat makjun, nak tegak rumah, nak tengok rasi atau tak pasangan tersebut, pengasih, pelaris, pendinding, nak tanaman supaya tak dikaco dek binatang, nak kaya dalam masa 2 kali jumaat pun ada.. aku baca pun naik berpinar biji mata, tulisan jawi lama.. pening kepala aku.
Baca juga: Tips dan Cara Untuk Move On Yang Paling Berkesan
Bab kaya dalam masa 2 minggu tu aku tak praktis pun sebabnya benda ni nak paham kena tanya guru, ayat – ayat dalam kitab ni pun tak berbaris.. jadi takut tersalah baca salah pulak maknanya.. dulu pernah aku nak cuba, kononya nak buat blog cerita pasal tafsir mimpi.. cerita pasal tajul muluk ni.. tapi sekerat jalan je.. ade 3 post je.. tak larat nak baca kitab ni.. tulisan dia halus, lepas tu bahasa dia, bahasa lama.. nanti kalau aku rajin boleh le aku buat entri pasal apa ada dalam tajul muluk tu.. hehehe.
Oppps.. terlupa pulak aku pasal post kali ni.. isu yang agak sensitif sikit dalam institusi kekeluargaan, Aku pun pernah tengok isu ni dibangkitkan dalam rancangan wanita hari ini. Isu ni pulak bukanlah isu mengenai penghinaan nama allah oleh majalah gereja kristian, mungkin ada udang di sebalik mee yang cuba dilakukan oleh mereka, sebabnya tiba – tiba je depa nak juga.
Jadi walaupun isu ni membakar perasaan aku sebagai seorang umat islam, aku harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera, kerana jelas rasanya ada unsur penghinaan agama islam di dalam negara yang memang agama rasminya agama islam…
Berbalik kepada isu asal tadi.. mengenai apa yang aku tengok dan panelnya terdiri daripada linda rafar ke atau diana rafar ke (aku pun ingat – ingat ayam) serta ifa raziah yang still maintain isu yang dimainkan agak menarik.. ianya mengenai jatuh cinta pada kakak ipar, adik ipar,abang ipar dan ipar,par dan par lagi le..
Mengapa aku bangkitkan isu ni? Sebabnya ada kawan aku yang bercerita pada aku yang adik ipar dia suka kat dia.. jadi dia tak berapa selesa nak balik umah mak mertua dia.. jadi kadang – kadang dia mengelak untuk balik ke kampung, supaya tak bertembung dengan adik ipar dia, bila ditanya oleh isteri dia mengelakkan dengan mengatakan ada kerja tu la, kerja ni la.. tapi sampai bila nak dielakannya.
Nak berterus terang, takut dikatakan mengada – adakan cerita, jadi pendamkan lah juga.. aku pulak cakap kat member tu, tepuk dada tanya selera, bukan apa, kalau tak dibagi tau nanti takut jadi yang bukan – bukan, elok juga diberitahu, tapi gunakan cara yang baik, ibarat menarik rambut didalam tepung…
Itulah je, aku bagi tau, aku nak bagi nasihat banyak – banyak aku pun tak berapa tau, aku tak pernah ada masalah macam ni.. jadi kalau korang ada pendapat atau idea yang bernas apa kata kita kongsi bersama…
Artikel berkaitan:
kalau dapat pasangan yg hobinya suka cari pasal, mamang sakit jiwa laa jwbnya.