Kenapa saya tulis kawan saya? Sebab ada orang cakap saya jarang bergaul di luar (tak ramai kawan) ada yang cakap saya tak pandai nak berkawan (bernada negatif) tetapi saya tidak berasa sedemikian pun sebab saya yakin saya ada ramai kawan (yang berkualiti dan positif sahaja)
Memang saya akui. Saya susah nak kawan dengan orang kalau.. ada kalau ye hehe. Kalau orang tu berperangai negatif sangat sangat. Saya boleh berkawan tapi untuk di jadikan sebagai kawan rapat memang saya akan cuba elakkan sebab saya nak jadi manusia hebat.

Saya tahu ‘iman’ saya lemah sebab tu saya cuba elakkan daripada terpengaruh dengan mereka (buat masa ini). Kalau boleh saya nak kawan dengan manusia yang boleh buat potensi diri saya semakin tinggi sahaja. Sebab kawan-kawan macam ni lah yang akan menolak kita ke atas bukannya tarik kita jatuh ke bawah.
Cuba bandingkan 2 situasi di bawah:
‘Aku nak buat bisnes la. ok tak?’
Kalau kawan berperangai negatif, dia akan kata : perghhh (ejek) tak payah lah. Buat bisnes susah lah. complicated lah. Nanti kau akan jatuh bankrup sampai terduduk baru kau tahu. aku tak recommend buat bisnes sebab aku dah buat dulu rugi RM 1,000 dah. Aku dah serik.
Kalau kawan adalah positif, dia akan kata macam ni:
‘Wahhh (puji) bagus tu. Aku sokong sebab orang islam memang ‘wajib’ dah buat bisnes sekarang sebab kita nak bangunkan ekonomi islam. Islam pun memang galakkan umat dia untuk jadi kaya supaya kekayaan tu kita boleh bantu umat islam kita yang susah. lagipun sebaik-baik harta adalah harta yang terletak pada tangan orang mukmin.
Aku sokong kalau kau nak buat bisnes dan aku doakan kau berjaya dalam jihad ekonomi ini. tapi ingat, buat bisnes kena ada ilmu tau. kau boleh baca yang ini (hehe terpromote post terdahulu lak :p)

Nampak tak beza kenapa kita kena a little bit choosy dalam memilih kawan. Sebab tu saya kata, bila kita dah kaya kelak, harta tu jangan letak kat hati tapi letak lah kat tangan. Kat hati letak Allah number 1 barulah bila kita jadi jutawan nanti kita takkan kufur nikmat.
Nak sambung lagi pasal islam dan bisnes hehe.
Sekarang kita nampak islam ditindas. saudara kita di Palestin, Syria, Iraq semua perlukan pertolongan kita. Kita tak mampu nak pergi berjihad pegang pistol ke sana tapi apa yang kita mampu selain doa? Kalau ada sedikit lebihan rezeki yang kita dapat dari bisnes, kita boleh bagi kat mereka.
Sebab saya ada ingat orang kata nanti kat akhirat Allah akan tanya kita ‘apa yang kita sudah beri kepada saudara-saudara seislam kita. Mereka kena tembak tiap tiap hari. Tangisan bayi kecil yang kehilangan ibunya (baca : jihad) ekonomi islam di negara mereka lumpuh. Tapi apa yang kita dah buat di saat musuh-musuh islam sedang perangi saudara kita?

Gambar tu gambar anak kecil pelarian syria yang naik bot lebih muatan lepastu karam tengah laut. Terdampar di pesisiran pantai. Masih tak cukup bukti ke untuk ‘memaksa’ kita kenapa kita kena bangkit lawan musuh islam?
Kalau ikutkan saya pun malas nak peduli tapi atas sebab-sebab macam ni lah yang membuatkan saya ‘paksa diri’ untuk berubah. Saya janji kat diri saya akan cuba bantu sebab bagi saya sekarang kita sudah kritikal. Syria besar pun musuh islam boleh serang. Malaysia yang kecil ni sehari je rasanya kalau mereka nak attack. Takkan nak tunggu saat tu? Allahuakbar. Bagi saya ia betul-betul menyetap iman saya.
Berbalik kepada isu asal,
That’s why kita kena ada lebihan rezeki supaya rezeki tu kita boleh gunakan untuk ‘beri’ kepada orang yang memerlukan. Kalau setakat keluar pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang. Agak-agak kita ada lebihan duit tak untuk bagi kat orang? Kadang-kadang duit nak beli barang keperluan diri pun tak cukup dan kita terus merungut sampai tak ada masa nak fikirkan orang lain.
Sedih kan? Sedih kat mereka atau sedih kat diri sendiri yang masih tak nampak situasi yang sedang kita alami sekarang?

Susah ke nak beri manfaat kepada orang lain? Ok saya nak kongsi 1 cara senang:
Cuba kita fikir apa nikmat yang Allah dah bagi kat kita. nikmat tubuh sihat? Kalau ada tubuh sihat, kita boleh bagi manfaat kat orang dari segi tenaga
Kalau ada nikmat rezeki, kita boleh bagi manfaat kat orang dari segi wang.
Kalau ada nikmat kepakaran ilmu dan intellectual, kita boleh bagi manfaat kat orang dengan cara share ilmu kita tu dengan orang.
Kalau ada nikmat mulut, kita boleh bagi kata-kata positif (seperti pujian, dorongan) kat orang. Kira manfaat lah kan sebab kita boleh buat die rasa tinggi potensi diri.
Kalau ada nikmat makanan, kita boleh share makanan kita kat orang sebelah.
Artikel berkaitan: