10 Sikap Suami Yang Tidak Digemari Oleh Isteri

Sempena dengan hari yang indah ini, apa kata kita luangkan sedikit masa untuk renung, fikir dan timbang-timbangkan perkongsian hari ini iaitu 10 sikap suami yang tidak digemari oleh isteri.

Saya percaya sekiranya anda bertanya kepada mana-mana isteri pun, tidak kiralah sama ada dia wanita berkerjaya yang hebat atau pun sekadar suri rumahtangga sepenuh masa seperti saya, dia tetap inginkan suami yang bebas daripada berperangai seperti di bawah.

  1. Suami yang malas dan selalu berhenti kerja.
  2. Suami yang masih suka berlagak seperti belum kahwin dan masih available kepada wanita lain.
  3. Suami yang selalu bercakap bohong.
  4. Suami yang kaki pukul dan seorang penyalahgunaan kuasanya.
  5. Suami yang tidak menghormati isteri dan ahli keluarganya.
  6. Suami yang kedekut dan selalu belanja wang isterinya saja.
  7. Suami itu kaki judi dan suka minum arak.
  8. Suami yang cuma pentingkan diri sendiri saja.
  9. Suami yang kuat berpura-pura baik bila berada di depan isteri.
  10. Suami yang tiada cita-cita dan tidak ingin mencapai sebarang kejayaan dalam kerjanya.

Jadi, bagi semua kaum lelaki yang sudah kahwin dan jadi suami yang isteri anda, perlulah ambil perhatian tentang perkara yang disebut di atas supaya tidak menghadapi sebarang sifat-sifat yang dinyatakan.

sikap suami
sikap suami

Kes-Kes Yang Diadui Oleh Isteri

Kes Pertama dari Mamamia

Salam sejahtera, isteri memang emosi banyak, suami memang buat dek selalu, tak kuasa nak layan, lama lama isteri yg jiwa kacau. Oleh itu para isteri dinasihatkan agar menguatkan imun mental dan fizikal agar dapat menepis apa jua dugaan yang datang. Penyebab susahnya perempuan..perempuan jugak…itulah masalahnya…bukan orang lain saudara kita jugak”..sabo aje la..kalau boleh, kalau tak buat keputusan terbaik utk diri sendiri…wallahuallam. Thanks.

Kes Kedua dari Maizatul

Memang itu kisah benar dan terjadi pada saya, saya rungsing memikirkan suami tidak mahu dan malas berkerja. saya yang support segalanya, tapi sampai bila? Saya dah hilang sabar… dia cuma pentingkan diri sendiri. katanya dia tak perlu berkerja kerana saya ada gaji. cukuplah saya saja yang bekerja katanya.

Kami masih tidak ada anak. Hati saya sakit sangat. Keluarga saya tak pernah dia nak berbaik. Dia kata keluarga saya habiskan duit saya. Dia marah bila saya support adik-adik saya yang masih belajar. Dia kata dia suami saya yang perlu saya support. Dia tak nak dengar hal-hal agama dan katanya saya berdosa kalau tak ikut cakap suami. Saya rasa stress sangat. Saya minta dilepaskan tapi dia kata dia takkan lepaskan saya.

Sekarang dah dekat 2 minggu kami tak bertegur. Saya diamkan diri. Saya tak pandai bawa kereta dan tiada lesen. Hari-hari saya pergi kerja dengan naik bas. Dia tidur di rumah sampai tengahari dan lepas tu dia keluar lepak dengan kawan-kawannya.

Dia bawa kereta yang saya beli atas nama saya. Sejak tak bekerja dia dah tak bayar duit kereta, katanya kereta tu nama saya jadi saya yang perlu bayar. Saya rasa saya seolah-olah sengaja hendak disakiti oleh suami. Wahai kaum adam di luar sana, jangan kata wanita terlalu emosi tapi renungkan lah betapa dayus nya lelaki sekarang, sanggup makan hasil titik peluh isteri.

Kebanyakkan wanita berkerjaya, tapi suami rela duduk di rumah atau bekerja sekadar bergaji kecil , tiada wawasan untuk maju keran mereka tahu isteri mereka akan support segala keperluan keluarga. Kepada Mamamia apa perlu saya lakukan. Niat saya, saya nak tinggalkan suami saya.

Kes Ketiga dari Hazel

Assalammualaikum…nasib kita lebih kurang sama,cuma yang bezanya laki saya suka kerja dan gaji juga banyak. Nmun yang menjadi masalahnya bila duit gajinya boleh habis dengan sekelip mata kerana dia kaki judi. Saya yang duduk di rumah lebih untuk jaga anak-anak.

Tapi dia selalu habiskan duitnya semua atas judi. Kita ni macam hamba, tak pernah buat kami anak beranak bahagia. Masa kat umah pun tak ada nak bermesra dengan anak-anak. Apalah nasib kami? Bersabar dan berdoa pada yang esa yang mampu ku lakukan hingga kini.

Kes Keempat dari Kayla

Sejak kahwin suami saya dah berhenti bekerja. Semua perbelanjaan saya yang tanggung. Lepas saya mengalami keguguran dia mula buat perangai. Saya kena melalui operation yang sakit tapi masih semua beban atas sayaa.

Sekarang situasi jadi lebih teruk sebab dia mula ambil dadah. Kad bank saya dia yang kawal. Kereta saya pun dia kawal. Kereta saya dah macam kena langgar dengan gajah sekarang. Lepas tu dia mula pukul sepak terajang dan maki hamun saya. Boleh dikatakan selang sehari. Akhir ini, kerja saya pun tergadai sebab dia.

Satu hari saya lari dari rumah sebab sudah tak boleh tahan. Masa tu dia sedang tidur. Saya lari dengan akaun bank saya yang kosong.  Nazak saya.. end of the story.. saya failkan fasakh.. sebab minta lepas dia tak nak lepas.. Siapa boleh tahan didera macam tu.

Skarang syukur Alhamdulillah.. baru sebulan saya lepas dari dia. Sebab saya tak ada anak, jadi saya boleh buat keputusan macam ni. Bagi mereka yang ada anak mungkin sukar nak buat keputusan macam ni. Semoga anda semua tabah menghadapi dugaan.. Amin..

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *