Surat Rayuan Saman Sample dan Format

Siapa yang pernah dapat surat saman kompaun trafik? Kadang-kadang ada yang sampai 4 saman sekaligus! Kalau dah kumpul banyak-banyak saman, maka duit pun banyak-banyaklah perlu anda untuk dilaburkan untuk selesaikan semua saman tu.

Pernah juga kakak aku kena 4 saman sekaligus. Jumlah saman yang perlu kakak saya bayar dekat RM600 juga kalau tak silap aku. Mengikut maklumat yang ada, kalau kakak aku nak kurangkan bayaran samannya, dia kena pergi jumpa Ketua Polis Trafik di IPD. Apa lagi terus pergi jumpa dan alhamdulillah dapat potongan diskaun 50%. Lepas tu serik terus.

semak saman
semak saman

Tapi bukan begitu saja boleh dapat diskaun untuk bayaran saman. Kita lagi perlu sediakan satu surat rayuan untuk diserahkan kepada IPD dan mereka akan mempertimbangkan sama ada rayuan diskaun kita diterima atau tidak.

Contoh Surat Rayuan Diskaun Untuk Saman Trafik

Ramai orang yang tidak tahu macam mana format dan cara untuk menulis surat rayuan  itu. Jadi untuk membantu anda semua, bolehlah anda rujuk ke bawah untuk contoh surat yang aku sediakan untuk memudahkan anda menghasilkan surat anda sendiri dengan mudah dan cepat.

Di bawah ini hanya contoh surat rayuan untuk mengurangkan saman trafik anda. Contoh ini adalah diambil daripada pejabat polis trafik. Ia boleh digunakan sebagai sample dan format rayuan ini untuk urusan pembayaran saman anda nanti. Terdapat dua contoh yang aku letakkan di bawah, boleh anda pilih mana satu yang anda ingat anda lebih berkenan:

Sample dan Format Surat Rayuan I

Nama & Alamat

——————————————————————————————————————-

Tarikh:

Kepada
Ketua Cawangan Trafik,
Ibu Pejabat Polis Daerah
Seberang Perai Utara,
Polis Diraja Malaysia,
Jln. Heng Choon Thian
12000 Butterworth,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Tuan,

Rayuan Dikurangkan Kadar Kompaun Kesalahan Saman Trafik

Saya seperti nama diatas ingin memohon jasa baik tuan agar dapat mengurangkan kadar kompaun saman trafik atas kesalahan _______________ yang dilakukan oleh saya ke atas saman nombor XXXXXX, kenderaan nombor XXX 1234.

2. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini dan diharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________________
(Nama & tandatangan)


Sample dan format surat rayuan II

Nama,
Alamat sendiri.
__________________________________________________________

Ketua Polis Daerah Padang Besar,
Ibupejabat Polis Daerah
Padang Besar
Polis Diraja Malaysia,
02100 Padang Besar,
Perlis 19hb September 2011

Tuan,

Rayuan Mengurangkan Kadar Saman, No Saman: XXXXXXX, No Kenderaan: XXX XXXX.

Murujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengurangkan kadar saman yang dikenakan demi kesalahan saya atas melanggar undang-undang jalanraya.

2. Saya merayu pihak mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar saman yang dikenakan atas saya kerana masalah kewangan peribadi yang ketat. Saya berjanji dengan tuan bahawa saya tidak akan mengulangi kesalahan yang saya buat kali ini lagi.

3. Ribuan terima kasih disampaikan dari saya terlebih dahulu atas jasa baik pihak tuan.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

________________________
(Nama & Tandatangan)

Saman Atas Kesalahan Jalanraya

Bagi kesalahan seperti tidak memakai tali pinggang keledar / letak kereta di atas garis kuning, saman dikurangkan daripada RM70 kepada RM50. Manakala untuk kesalahan seperti memandu melebihi had laju, saman dikurangkan daripada RM150 kepada RM100. Pandu cermat, wang selamat. Tumpu pada pemanduan.

Ok, semoga info serta maklumat tentang sample dan format surat rayuan saman yang aku masukkan di atas tu dapat membantu anda. Tidak perlu pergi Balai terus, boleh draf terlebih dahulu kemudian baru pergi Balai untuk dapatkan RM100 diskaun.

Mengapa anda disaman?

Kadang-kadang anda berasa hairan dalam pengetahuan anda, bagaimana boleh disaman. Tak kiralah saman ekor ke tidak. Jika kita perhatikan trend pemandu di Malaysia ini mereka tidak mempunyai kesabaran yang tinggi. Apa pun mahu cepat. Soal keselamatan dan undang-undang dipandang ringan sahaja.

Contohnya: ramai pemandu membuat pusingan U ditempat yang tidak sesuai atau terlarang, begitu juga memasuki lorong simpang melalui double line, memotong disebelah kiri, cilok, dan banyak lagi kesalahan-kesalahan yang sudah ;menjadi kebiasaan dilakukan di jalan raya.

Begitu juga penunggang motorsikal, biasikal dan juga pejalan kaki. Mereka tidak peduli risiko setiap tindakan mereka itu. Mereka beranggapan bahawa keselamatan diri mereka adalah di jaga atau atas tanggungjawab orang lain. Maka terjadilah penunggang motosikal menerjah kereta disebelah kiri, pejalan kaki berjalan megah dibahu jalan, pejalan kaki melintas dengan perlahan dan seakan-akan tidak sedar akan bahaya menanti.

Jika kita pemandu kereta berhemah, kita akan pastinya dapat melihat akan aksi malang mereka ini. Bila pejalan kaki melintas separuh jalan mereka mula memperlahankan langkah mereka padahal kereta semakin menghampirinya. Jika dibunyikan hon akan marahlah orang pejalan kaki tu.

Kesimpulannya sebagai pengguna jalanraya kita wajiblah menjaga keselamatan diri kita sendiri dan risiko-risiko yang akan timbul jika kita melakukan sesuatu diatas jalan raya. Janganlah kerana kita akan menyusahkan orang lain, lebih-lebih lagi jika kemalangan berlaku. Ia akan melibatkan banyak pihak, masa dan wang.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Surat Rayuan Saman Sample dan Format”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *