Ia adalah penting untuk anda membuat semakan saman secara berkala jika anda telah mendapat saman trafik supaya anda dapat menyelesaikannya sebelum ia disenaraihitamkan dan mempengaruhi pembaharuan cukai jalan anda.
Adakah anda tahu jenis saman yang mungkin boleh kena semasa anda gunakan jalanraya di Malaysia? Adakah anda tahu cara untuk buat semakan sama ada anda kena saman dan macam mana boleh anda buat pembayaran sekiranya anda ada kena saman?
Jika jawapan anda ada tidak pasti atau tidak tahu, maka di sini saya ada mengumpulkan semua maklumat yang relevan mengenai saman di Malaysia. Harap melalui perkongsian ini, ia dapat membantu untuk menambah pengetahuan anda tentang perkara ini setelah membacanya.
Apa yang penting untuk anda lakukan adalah selalu mengingatkan diri supaya memandu kereta dengan berhati-hati setiap masa apabila menggunakan jalanraya. Keselamatan adalah yang paling penting!
Jenis Saman di Malaysia
Pertama sekali, saman jalanraya Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang berlainan.
- Saman jalanraya yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM).
- Saman jalanraya yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
- Saman jalanraya yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran (Dewan Bandaraya).
Setiap jenis saman akan mempunyai amaun penalti yang berbeza.
1. Denda RM300
Denda saman yang dibuka dengan amaun sebanyak RM300 biasanya terlibat dengan kemalangan jalan raya, bahaya memandu yang mengancam keselamatan pemandu lain, menjejaskan jalanraya dan halangan pengangkutan awam (seperti kereta polis dan kereta ambulans).
Contoh: langgar lampu merah, panda laju yang melebihi kelajuan yang ditetapkan, tidak memakai tali pinggang keledar, salah guna lorong kecemasan, menggunakan lorong kiri untuk potong kereta, menggunakan telefon pintar semasa memandu, dan lain-lain.
2. Denda RM150
Ia agak serupa dengan Jenis Denda RM300, tetapi harganya sedikit berbeza.
Contoh: Kelebihan muatan penumpang, lesen memandu yang telah habis tempoh, memandu tanpa lesen memandu, letak kereta dalam grid kuning, Buat U-Turn di tempat yang tidak dibenarkan, dan lain-lain.
3. Denda RM100
Denda ini terutama merangkumi kesalahan teknikal yang boleh menyebabkan kemalangan jalanraya.
Contoh: lampu kereta tidak menyala, lampu isyarat tidak menyala, enjin tidak berhenti semasa meninggalkan kenderaan, cermin pandangan kiri dan kanan rosak dan tidak diperbaiki, tidak ada cermin pandangan belakang, dan lain-lain.
4. Denda RM70
Kesalahan teknikal yang tidak akan menyebabkan kemalangan jalanraya.
Contoh: Plat lesen tidak mematuhi JPJ punyastandard, pandu kereta tanpa plat kenderaan, lesen memandu yang telah tamat tempoh, tidak menggunakan lampu isyarat semasa menukar lorong, dan lain-lain.
Cara-cara Untuk Semak Saman
Sekarang semak saman jalanraya sudah dipermudahkan dengan pelbagai sumber yang dibekalkan. Anda boleh menyemak melalui SMS, laman web, atau pakai aplikasi telefon pintar. Mari kita belajar bersama cara-cara yang sedia ada di bawah.
1. Semak Saman Melalui SMS
Check saman melalui SMS hanya boleh dilakukan jika saman itu dikeluarkan oleh PDRM atau Polis Diraja Malaysia. Apa yang diperlukan hanyalah Kad Pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan anda.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
Masukkan teks seperti berikut ke dalam telefon pintar anda:
POLIS SAMAN [Nombor kad pengenalan atau nombor plate kenderaan anda.]
Contoh:
POLIS SAMAN 821212031234
atau
POLIS SAMAN VAB9876
Lepas tu, hantarkan SMS ke 32728. (Perlu ingat bahawa caj sebanyak RM0.50 akan dikenakan atas setiap balasan SMS.
Sekiranya anda mempunyai saman yang belum bayar dan anda ingin mengetahui maklumat yang terperinci, boleh anda masukkan teks seperti berikut:
POLIS SAMAN [Nombor kad pengenalan atau nombor plate kenderaan] [e-mel]
Contoh:
POLIS SAMAN 821212031234 [email protected]
Lepas tu hantar SMS ke 32728.
Anda akan menerima butiran saman yang akan dihantar ke e-mel anda.
2. Pakai Aplikasi Telefon Pintar
Untuk mereka yang pakai Apple IOS, boleh pasang aplikasi Malaysia Police Summons.
Untuk mereka yang pakai Android, boleh pasang aplikasi Malaysia Summons.
Muat turun dan pasang aplikasi berkenaan ke dalam telefon pintar anda. Bila siap pasang, buka aplikasi tersebut dan masukkan nombor kad pengenalan anda untuk semak sama ada anda ada kena saman jalanraya atau tidak.
3. Semak di Laman-Laman Web Yang Berkenaan
Terdapat beberapa laman yang disediakan untuk anda buat semakan saman trafik. Antaranya adalah laman rasmi JPJ, Rilek, dan Myeg.
JPJ
Kunjung ke laman web JPJ.
Boleh anda pilih “ID NO ONLY” atau”ID NO AND VEHICLE NO” untuk mencarinya.
Rilek
Rilek atau Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan merupakan lagi satu laman yang boleh anda buat semakan.
Cara untuk buat semakan adalah seperti berikut:
- Lawati https://www.rilek.com.my/register untuk mendaftarkan satu akaun.
- Setelah berjaya mendaftarkan akaun, klik “Check / Pay Summons”.
- Sistem akan menunjukkan sama ada anda mempunyai saman tunggakan, dan anda boleh membayar terus melalui laman web ini.
Myeg
MyEG Services Berhad (“MYEG”) adalah syarikat konsesi untuk Kerajaan Elektronik Malaysia (“E-Government”). Ini menyediakan platform untuk membolehkan anda memeriksa saman dari JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), PRDM (Polis Diraja Malaysia) dan juga DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
Cukup mendaftar untuk akaun MyEG Eservice PERCUMA untuk memeriksa sama ada anda mempunyai saman tertunggak.
- Layari https://www.myeg.com.my/register untuk mendaftarkan satu akaun.
- Setelah berjaya mendaftarkan akaun, klik eServices dan pilih JPJ atau PDRM.
- Masukkan nombor IC.
- Sistem akan menunjukkan sama ada anda mempunyai tunggakan pembayaran, dan anda boleh membayar terus di laman web ini.
Cara Bayar
Cara yang paling mudah adalah dengan membayar saman sendiri di kaunter perkhidmatan trafik di balai polis, pejabat JPJ atau kaunter pejabat pos. Sekiranya anda tidak mahu menyusahkan diri atau tidak ada masa pergi ke tempat-tempat ini untuk buat bayaran, anda juga boleh buat bayaran denda saman dalam talian.
Buat Rayuan
Sekiranya anda tidak mampu bayar saman yang dikenakan, boleh anda tulis surat rayuan dan buat rayuan kepada pihak berkenaan. Jika rayuan diterima, saman anda akan dihapuskan atau anda mungkin akan dapat diskaun atas amaun yang dikenakan.
Jika anda tidak tahu macam mana tulis, di sini ada sample surat rayuan saman yang boleh anda rujukkan.
Diskaun Saman
Kadang-kala PDRM dan JPJ akan menawarkan potongan untuk semua saman yang dikeluarkan oleh mereka. Tempoh bayaran akan diberikan bagi mereka yang mempunyai saman untuk buat bayaran. Adakala diskaun yang ditawarkan boleh sampai ke 70%.
Jadi jika pada masa ada discount yang ditawarkan, anda boleh cepat-cepat pergi bayar saman yang anda kena dan dengan itu anda akan dapat belanja wang yang banyak kurang ni.
Boleh anda perhatikan Facebook page ini yang selalu ada update tentang diskaun yang ditawarkan.