Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Khasiat Madu Lebah Kelulut

Madu lebah kelulut ini banyak khasiatnya berbanding dengan lebah biasa. Sebelum ini, madu jenis ini kurang popular di golongan masyarakat dan jarang diternak oleh pengusaha madu lebah. Kebanyakan madu yang dimakan pada masa itu adalah madu yang mereka ambil dari sarang lebah di hutan. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pihak MARDI dan lebih banyak pendedahan dan informasi tentang madu lebah kelulut ini, sambutannya makin menggalakkan.

Istimewanya lebah kelulut ini, mereka tidak menyengat seperti lebah biasa. Jadi, penternakan lebah ini menjadi kerja yang lebih mudah dilaksanakan berbanding lebah biasa.

madu lebah kelulut

madu lebah kelulut

Kaedah dan Cara Menternak Madu Lebah Kelulut

Kaedah dan cara penternakan dikatakan kurang berkesan untuk mendapatkan madu yang banyak bagi lebah kelulut ini. Walau bagaimanapun, kaedah penternakan yang diperkenalkan oleh MARDI telah berjaya mengatasi masalah ini. Bagi mereka yang berminat untuk menternak lebah kelulut ini bolehlah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak MARDI.

Boleh juga anda rujuk ke video ini untuk mengetahui cara menternak madu kelulut asli tu.

Cara Membuat Sarang Kelulut

Adakah anda ingin tahu macam mana caranya untuk membuat sarang kotak kelulut? Boleh anda rujuk ke video ini di mana ia ada ajar pembuatannya.

Nampak bukan susah sangat. Apa yang anda perlukan adalah kayu yang tidak pernah dirawat. Kayu yang dipakai untuk membuat sarang kotak mestilah bersih tanpa dirawat oleh apa-apa bahan kimia sebab lebah kelulut tidak suka dengan bau ini.

Spesies-spesies Lebah Kelulut

Di Malaysia, terdapat kira-kira 30 spesies lebah kelulut yang dikenal pasti. Di dunia pula terdapat kira-kira 150 spesies lebah ini. Menurut kajian, spesies ini terdiri daripada Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona itama dan banyak lagi yang boleh dijumpai di hutan.

Lebah kelulut ini merupakan ajen pendebungaan yang penting bagi negara beriklim tropika, sub-tropika dan bahagian-bahagian tertentu di dunia. Selain Malaysia, negara-negara lain yang turut mempunyai lebah ini ialah Thailand (20 spesies), Myammar (9 spesies), Indonesia (37 spesies), Vietnam (8 spesies), Taiwan (1 spesies) dan India (3 spesies).

Lebah kelulut jenis ini boleh menghasilkan madu kelulut yang terbaik berbanding dengan lebah lain. Mereka mempunyai koloni yang besar dan organisasi sosial yang kompleks berbanding lebah madu biasa. Jenis lebah ini suka membina sarang madu kelulut di dalam tanah, dalam kayu dan juga dicelah batu.

Khasiat dan Kebaikan Madu Kelulut

Telah diperakui bahawa khasiat madu lebah kelulut ini lebih baik berbanding lebah biasa. Antara khasiat yang boleh kita perolehi daripada madu lebah kelulut ini ialah:

1. Madu jenis ini adalah kaya dengan asid fenolik yang baik untuk manusia.

2. Ia mengandungi asid p-coumaric yang mempunyai nilai antioksidan tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut.

3. Mengandungi asid fenilpropionik yang mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

4. Asid fenilpropionik yang merupakan bahan utama dalam madu kelulut ini juga mampu merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan mengurangkan trigliserida dalam darah.

Khasiat Untuk Lelaki

Madu kelulut boleh meperkuatkan tubuh badan lelaki. Ia juga dapat meningkatkan tenaga batin lelaki jika ia dicampur dengan telur dan makan.

Selain daripada itu, madu lebah juga boleh bantu memperbaiki bilangan sperma lelaki dan meningkatkan penghasilan sel sperma secara teratur. Jadi, jumlah bilangan sperma akan jadi banyak dan dengan itu ia mudah membolehkan isterinya hamil.

Khasiat Untuk Wanita

Bagi wanita, mereka boleh dapat manfaat kecantikan dengan penggunaan madu lebah kelulut ini.

Kandungan antibakteria dalam madu itu boleh membasmikan parasite dan bakteria dalam kulit wanita dan jadikan kulit yang putih dan muka yang licin.

Selain daripada itu, madu untuk bolem menjadikan kulit dan rambut wanita lebih lembut dengan penggunaannya secara teratur.

Oleh sebab madu mempunyai sifat yang bertindak sebagai antiradang, ia juga kerap digunakan sebagai herbal semula jadi untuk rawatan jerawat yang amat berkesan.

Cara Untuk Membezakan Madu Kelulut Asli dan Madu Palsu

Dari kajian yang dikemukakan oleh Malaysia, di pasaran terdapat 80% madu yang diedarkan adalah madu palsu. Jadi, sebagai pengguna, kita mesti tahu macam mana untuk bezakan madu asli dan palsu tu.

Kita boleh membezakan mereka dengan mengenalpastikan sifat dan ciri fizikal madu tu.

Antara ciri-ciri istimewa madu kelulut asli adalah:

1. Madu kelulut asli sangat menyerap air. Kita boleh biarkan madu itu di tempat mempunyai kelembapan udara yang tinggi dan permukaan madu asli akan bertambah jadi cair.

2. Ia mempunyai isi gula yang boleh mengubah sudut putaran cahaya dengan pesongan optik.

3. Bila tuang madu kelulut asli ke dalam gelas yang mengandungi air suam, air akan tetap jernih sebelum dikacau. Jika madu yang sudah campur dengan bahan lain, ia akan keruhkan air suam itu.

4. Sifat madu yang tidak dapat dipalsukan ialah dengan kandungan enzim diatase di dalamnya. Enzim diatase tidak dapat diperbuat daripada bahan lain kerana ia cuma boleh dihasilkan dari air liur lebah.

Harga madu kelulut asli untuk 100ml di pasaran adalah lebih kurang di antara RM25 – RM30.

Cara Minum Madu Kelulut Yang Betul

Kesedaran masyarakat terhadap khasiat madu lebah kelulut telah meningkatkan permintaan terhadap madu ini. Kalau dahulu mungkin orang kurang tahu, kini semakin banyak sambutan dari dalam dan luar negara. Semoga industri ini terus berkembang.

Sekarang baru saya tahu patutlah saya boleh nampak banyak tempat orang membuat iklan tentang madu kelulut. Amat bagus khasiatnya terhadap badan manusia. Dulu bila kelulut buat sarang dalam lubang celah pintu akan dimusnahkan sebab kelulut suka melekat penuh dekat rambut.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh