Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Contoh

Surat adalah sesuatu yang ditulis oleh seseorang yang kemudiannya dihantar kepada orang-orang yang tertentu.

Walaupun kita sudah masuk ke era informasi digital di mana segala perkara dapat dilaksanakan secara dalam talian termasuk e-mel yang merupakan surat digital yang dapat diterima dalam saat selepas dihantar, namun surat bersetam yang dihantar melalui pos masih lagi banyak digunakan oleh banyak pihak bagi tujuan-tujuan tertentu.

Secara umum, terdapat dua format surat untuk surat yang dihantar, iaitu surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Keuda-duanya memerlukan format yang berlainan bagi tujuan yang berasingan. Surat kiriman rasmi adalah surat bertajuk yang singkat dan padat tanpa ayat panjang dan bahasa kiasan.

Ia dihantar kepada orang yang tidak semestinya diketahui oleh kita dalam urusan rasmi seperti pemohonan kerja atau bantuan, aduan, rayuan, pesanan dan lain-lain yang melibatkan pengutusan rasmi dengan badan berkanun, jabatan kerajaan atau swasta.

Manakala, surat kiriman tidak rasmi adalah surat peribadi yang selalunya ditulis kepada orang yang sudah kita kenali terutamanya ahli keluarga termasuk ayah, ibu, abang, adik, kakak, nenek, datuk, atau saudara-mara, kawan karib dan rakan sejagat, dengan tujuan untuk bertanya khabar  mengucap tahniah atau tahziah, mengundang, penjelasan, membalas dan sebagainya.

Kita boleh menggunakan bahasa yang kita rasa sesuai dan selesa dalam surat tidak rasmi kerana ia hanya dituju khas kepada orang yang kita kenali dengan isi kandungan yang panjang untuk menceritakan perkara remeh-temeh yang berlaku dalam kehidupan seharian atau untuk meluahkan perasaan kita terhadap orang, perkara atau peristiwa.

Dalam format surat rasmi, kata panggilan yang digunakan hanyalah Tuan untuk lelaki dan Puan untuk perempuan. Tetapi, dalam surat tidak rasmi, banyak kata panggilan digunakan untuk golongan lelaki dan perempuan tertentu seperti ayahanda, bonda, adinda, kakanda, saudari, saudari, anakanda dan cucunda.

Mereka juga berbeza dalam tempat menulis alamat, pengakuan dan tandatangan di mana kesemua ini diletakkan pada sebelah kiri dalam format surat rasmi, manakala dalam format tidak rasmi, ia diletakkan pada sebelah kanan surat.

Perbezaan yang paling ketara adalah, surat rasmi memerlukan tajuk rasmi manakala surat tidak rasmi memerlukan kata menghadap seperti, “Menemui sahabatku Ali yang diingati, diharap sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.” atau “Ke hadapan sahabatku, Abu, diharap agar saudara sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.”. Berikut adalah format surat kiriman tidak rasmi.

Format Tulis Surat Tidak Rasmi

format surat tidak rasmi
format surat tidak rasmi

Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi

contoh surat tidak rasmi
contoh surat tidak rasmi

Menemui sahabatku Abu yang diingati, semoga sentisa dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanyakan khabar saudara memandangkan sudah sekian lama kita tidak saling mengutus surat.

Bagaimana dengan semua ahli keluarga saudara? Anak sulung saudara sudah berumahtangga atau masih sedang mencari jodoh? Anak sulung kami sudah tamat pengajiannya dari Universiti Melaya dan kini sedang bekerja di ibu kota negara kita.

Dia akan balik ke kampung halaman pada musim raya dan pada masa ada cuti mingguan yang panjang. Dengar khabar, syarikat yang saudara pernah bertugas sudah gulung tikar, bagaimana dengan keadaan saudara sekalang, mencari kerja atau bercadang untuk persaraan awal?

Untuk pengetahuan saudara, kami bercadang untuk datang melawat saudara sekeluarga pada cuti sekolah bulan Jun yang akan datang. Adalah saudara berada di rumah pada masa tersebut?

Kami bercadang untuk bersinggah di sana selama tiga hari sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Kalau ada masa, saudara sekeluarga boleh mengikut bersama kami dalam trip tersebut.

Jangan risau, kereta kami masih mempunyai tempat duduk yang mencukupi dan ruang untuk beg-beg saudara sekeluarga. Ia pasti akan menjadi perjalanan yang lebih bermakna dengan penyertaaan saudara sekeluarga. Apa pendapat saudara, setuju?

Di sini juga ada satu berita buruk. Ingat tak rakan sedarjah kita, Shankar? Dia telah meninggal dunia pada Januari yang lepas, meninggalkan isteri dan dua orang anak kesayangannya yang masih bersekolah. Akibat kematiannya adalah serangan sakit jantung secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda kesakitan sebelum ini.

Kami berasa amat terkejut semasa menerima berita pemergian dia dan mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat ini, memandangkan kami masih bersama-sama bermakan malam di kedai makan seminggu sebelum perkara ini berlaku.

Kami sempat menghadiri upacara pengebumian dia dan melihat wajah dia buat kali terakhir. Dia kelihatan tenang, harap-harap dia juga meninggal dengan tenang.

Setakat sinilah surat saya buat kali ini, saya amat berharap kita dapat berjumpa pada bulan Jun yang akan datang. Moga-moga dapat menerima berita baik dari saudara. Saudara sekeluarga juga boleh datang melawat dan bermalam di rumah kami pada bila-bila masa, kedatangan saudara sekeluarga sentiasa dialu-alukan dan akan disambut dengan tangan terbuka.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Muslih Ahmad

Banyak Perkara Yang Boleh Ditulis Dalam Surat Kiriman Tidak Rasmi

Terdapat banyak perkara yang boleh ditulis dalam surat secara tidak rasmi. Sama ada anda tulis surat kepada ahli keluarga yang tinggal di tempat lain, atau anda tulis surat kepada pihak individu tertentu untuk sesuatu urusan, boleh anda pakai format surat kiriman yang tidak rasmi itu.

Lain perkara yang boleh tulis sedemikian termasuk:

  • Surat kiriman tentang aktiviti semasa cuti sekolah
  • Aktiviti kokurikulum sekolah
  • Amalan gaya hidup sihat
  • Tentang alam sekitar
  • Surat aduan tentang isu tertentu
  • Tentang faedah bersukan
  • Tentang faedah mempunyai banyak rakan
  • Tentng faedah menyertai perkhemahan badan beruniform
  • Tentang gotong royong
  • Tentang gejala sosial
  • Tentang gejala buli
  • Tentngn hari sukan sekolah
  • Tentang kemalangan jalan raya

Hari guru

Sebagai seorang pelajar, anda boleh tulis surat tidak rasmi kepada guru sekolah anda terutamanya pada sambutan hari guru. Anda boleh tulis surat kepada guru kesayangan anda untuk memberitahu beliau anda menghargai pembelajaran yang diajar oleh beliau dan ilmu yang anda memperolehi daripada guru itu.

Hari Jadi

Jika anda merancang untuk meraikan hari jadi anda, boleh juga anda tulis surat tidak rasmi kepada kawan-kawan baik anda untuk menjemput mereka menghadiri jamuan hari jadi anda.

Hari Raya

Hari Raya Aidifiltri merupakan hari yang diraikan oleh semua orang muslim. Boleh anda tulis surat kepada saudara mara untuk meraikan hari yang bermaksud ini dengan mereka bersama.

Perletakan Jawatan

Jika anda ingin meletak jawatan dari pekerjaan tapi segan nak beritahu boss anda, boleh juga anda tulis surat perletakan jawatan yang tidak rasmi dulu. Jika sudah confirm nak resign, baru tukar kepada surat rasmi.

Bercuti

Terdapat juga surat bercuti yang tidak rasmi yang biasa ditulis oleh ramai orang. Sama ada anda bercuti di dalam atau luar negara, boleh saja anda tulis surat seperti ini.

Antara surat bercuti yang biasa ditulis termasuk surat bercuti di kampung, berkelah di tepi pantai, balik kampung, cuti sekolah dan lain-lain.

Lawatan ke Sesuatu Tempat

Ada juga orang yang tulis surat ini selepas membuat lawatan ke sesuatu tempat seperti:

  • Lawatan ke zoo negara
  • Lawatan ke rumah orang tua
  • Lawatan ke kilang

Di atas adalah contoh-contoh yang boleh ditulis. Banyak lagi perkara yang boleh anda tulis dalam surat yang tidak rasmi yang boleh anda boleh berfikir sendiri.

Artikel berkaitan:

2 Comments on “Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Contoh”

  1. Sudah lama tidak menulis surat rasmi setelah kerap mengunakan email.

    Sekarang ini nak buat aduan rasmi pun dah mudah kerana sudah disediakan borang atau mengunakan media sosial di FB page dan Twitter.

    Saya sendiri buat aduan duit lesap ketika mengunakan ATM Machine dengan buat aduan di Twitter rasmi bank lebih cepat dapat re-fund berbanding buat aduan melalui telefon. 🙂

    Apa pun seni menulis surat tidak harus dilupakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *