Belajar Cara Menaip dengan Cepat, Pantas dan Laju

Mempunyai kebolehan untuk menaip dengan pantas lagi cepat bukanlah mudah diperolehi dengan masa yang singkat kerana kebolehan ini tidaklah seperti kebolehan semulajadi yang kebiasaannya lahir-lahir sudah pandai menaip, melainkan diperolehi dengan ‘latihan’ dan kekerapan penggunakan jari anda untuk menaip dalam masa yang sama dengan menggunakan kaedah yang betul.

belajar menaip

Ya, tidak dinafikan setiap kebolehan manusia menjadi kelebihan kepada dirinya untuk digunakan di lapangan yang berkaitan terutamanya kerja-kerja yang menjurus ke arah penaipan seperti kerani contohnya.

Jadi, apabila seorang kerani tahu menaip pantas maka kerja-kerja penaipan seperti surat-surat rasmi dapat disiapkan dengan lebih awal lalu menjadikan kerjanya lebih efisien.

Kebolehan menaip dengan laju dan pantas kepada penulis blog seperti admin juga penting. Seorang blogger yang pantas menaip menjadikan ianya satu kelebihan untuk menyiapkan sesuatu artikel dengan cepat. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk menyiapkan satu artikel berjumlah 1000 perkataan.

Namun, kepada blogger menaip cepat bukalah menjadi satu keutamaan kerana yang paling penting dalam sebuah penulisan adalah idea. Jika idea kering, dan tiada apa yang ditulis maka kebolehan menaip pantas tidak memberi sebarang makna.

Belajar bagaimana cara menaip dengan cepat cara pakar?

Sentuhan Penaipan atau dalam Englishnya disebut Touch Typing merupakan satu idea dimana setiap jari anda mempunyai kawasannya sendiri di atas papankekunci.

Percaya atau tidak, fakta membuktikan bahawa anda sebenarnya boleh menaip tanpa melihat langsung butang huruf dan nombor di papan kekunci atau keyboard anda.

Namun seperti yang admin sebutkan tadi, kebolehan atau skill ini bukan diperolehi begitu sahaja melainkan ianya memerlukan anda praktis dan melakukannya selalu.

Berikut admin kongsikan langkah-langkah beserta gambar yang perlu anda ikuti satu persatu bagi mendapat kebolehan menaip dengan cepat:

1. Posture duduk untuk menaip.

posture duduk
posture duduk
  • Duduk lurus dan pastikan sentiasa meluruskan bahagian belakang anda.
  • Pastikan siku anda dibengkokkan pada sudut yang betul.
  • Menghadapi skrin dengan kepala anda sedikit condong ke hadapan.
  • Pastikan sekurang-kurangnya 45-70 cm jarak antara mata dan skrin.
  • Dedah atau renggangkan bahu, lengan, dan otot pergelangan tangan kepada ketegangan yang paling singkat.

Pergelangan tangan boleh menyentuh permukaan meja di hadapan papan kekunci. Jangan sekali-kali membebankan berat badan anda pada pergelangan tangan anda.

2. Posisi awal yang utama bagi jari-jari anda.

posisi jari
posisi jari

Lengkungkan jari anda sedikit dan letakkan mereka di atas kekunci keyboard ASDF dan JKL yang terletak di barisan tengah kekunci huruf. Baris ini dipanggil HOME ROW kerana anda sentiasa bermula dari kekunci ini dan sentiasa kembali kepada mereka.

F dan J kunci perlu berada betul-betul di bawah jari telunjuk secara lurus dalam satu garis sebagai pembantu dalam mencari kekunci ini tanpa anda melihatnya.

3. Skema Papan Kekunci.

cara menaip dengan cepat
cara menaip dengan cepat

Papan kekunci berkod warna akan membantu anda untuk memahami yang harus jari menekan setiap kekunci.

  • Ketik kunci hanya dengan menggunakan jari di kekunci yang mana mereka telah ditetapkan.
  • Sentiasa kembali ke kedudukan asal jari pada kekunci “ASDF – JKL;”.
  • Apabila menaip, bayangkan lokasi simbol pada papan kekunci.
  • Sila wujudkan dan kekalkan rentak semasa menaip. Ketukan kekunci anda harus datang pada jangka masa yang sama.
  • Kunci SHIFT sentiasa ditekan oleh jari bertentangan kepada jari yang memukul kunci lain.
  • Gunakan ibu jari samada tangan kanan atau kiri yang anda rasakan lebih mudah untuk anda menekan bar Space.

Kaedah ini mungkin kelihatan menyusahkan pada mulanya, tetapi jangan berhenti, kerana anda akan dapati bahawa anda akhirnya dapat menaip dengan cepat, pantas dan laju.

4. Gerakan Jari

Jangan melihat kekunci apabila anda menaip. Hanya gerakkan jari anda di sekitar sehingga mereka temui dan biasa dengan penanda HOME ROW.

Hadkan tangan anda dan pergerakan jari hanya kepada kekunci tertentu. Pastikan tangan dan jari dekat dengan kedudukan asas anda. Ini dapat meningkatkan kelajuan menaip dan mengurangkan tekanan pada tangan.

Beri perhatian kepada jari manis dan jari kelingking anda, memandangkan kedua-duanya kurang peka berbanding jari-jari lain.

5. Kelajuan Penaipan

Jangan tergesa-gesa apabila anda baru mula belajar. Anda boleh mula cepatkan kelajuan hanya apabila jari anda memukul kunci yang luar dari kebiasaan.

Ambil masa anda apabila menaip bagi mengelakkan kesilapan. Kelajuan akan meningkat dengan sendirinya apabila taipan anda bertambah maju.

Sentiasa mengimbas teks atau dua perkataan terlebih dahulu sebelum mulakan taipan.

6. Jaga Diri Sendiri

Berehat sebentar jika anda mula merasakan bahawa anda terganggu dengan mudah dan mula membuat banyak kesilapan. Ia nampak lebih produktif untuk anda kembali semula menaip apabila anda berasa segar semula.

Setelah anda praktis 6 langkah di atas dengan jayanya, maka admin pasti anda mampu menaip dengan cepat pantas dan laju tanpa melihat langsung pada papan kekunci anda! Hebatkan?

Jika anda rasakan tips dan panduan ini berguna kepada anda, jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan anda yang lain. Sekian perkongsian untuk kali ini. Selamat mencuba.

Kombinasi Gabungan Tombol Butang Keyboard dan Fungsinya

Keyboard atau papan kunci komputer, apa yang istimewanya sehingga menarik niat aku untuk menulis? Cuba anda lihat pada keyboard anda, erm nampak biasa kan, cukup dengan huruf-huruf A-Z dan nombor 1-0.

Namun tahukah anda, selain daripada menggunakan huruf dan nombor untuk menaip sesuatu, mereka (merujuk kepada huruf dan nombor) juga dapat menggantikan kerja klik mouse atau tetikus. Jelas?

Sebagai contoh mudah, anda biasa membuka Program File menggunakan mouse dengan pergi ke butang start -> All program, betul tak? Tapi dengan bantuan shortcut key anda tidak perlu lagi menggunakan mouse, hanya taip kombinasi butang tertentu (shortcut) pada keyboard anda terus anda dapat membuka Program File tanpa melalui klik butang start dengan bantuan mouse pun. Memudahkan kerja anda, pantas dan effisien.

Shortcut – Keyboard atau papan kekunci mampu digunakan sebagai jalan pintas untuk anda mencapai atau membuka laman tertentu dengan hanya menggunakan beberapa kombinasi gabungan butang-butang yang terdapat pada papan kekunci keyboard komputer.

Cumanya anda perlu tahu apa shortcut tersebut. Melalui artikel ini aku akan kongsikan kepada anda beberapa kombinasi shortcut key untuk 5 jenis (kalau ada lagi, aku akan tambah kemudiannya) serta penerangan fungsinya.

1. Pertama – Shortcut untuk Window/Basic

F1: Help
CTRL+ESC: Buka menu Start
ALT+TAB: Tukar antara tetingkap/tab program-program yang dibuka tanpa perlu minimize.
ALT+F4: Quit program (keluar daripada tetingkap program yang sedang dibuka tanpa perlu klik tanda pangkah ‘x’)
SHIFT+DELETE: Delete item permanently (Buang item yang tidak dikehendaki selamanya tanpa perlu ke Recycle Bin)
Windows Logo+L: Lock the computer (tanpa menggunakan CTRL+ALT+DELETE), juga untuk tujuan tukar user pc.
CTRL+SHIFT+ESC: Untuk buka Windows Task Manager, sekiranya pergerakan komputer untuk tetikus terhenti contohnya.
CTRL+A: Select all the items in the current window
CTRL+Z: Undo the last command (petah balik dalam keadaan sebelumnya, contoh anda terubah nama folder, tekan kekunci ini maka nama akan tukar kembali kepada sebelumya)
F5: Refreshes the current window.

Pilih (select) mana-mana folder/icon di window, kemudian guna kombinasi shortcut key di bawah untuk:

F2: Rename object (Untuk ubah nama folder atau fail)
ALT+ENTER: Untuk buka ‘properties’ untuk objek yang di pilih. Properties untuk lihat maklumat terperinci mengenai folder seperti tarikh bila ia dimasukkan, kapasiti folder, dan sebagainya.
CTRL+X: Cut (untuk pindahkan fail keseluruhannya dari tempat asal ke tempat baru)
CTRL+C: Copy (untuk salin fail pendua ke tempat lain)
CTRL+V: Paste (untuk letakkan fail yang disalin)

keyboard shortcuts for microsoft word
keyboard shortcuts for microsoft word

3. Ketiga – Shortcut untuk Adobe Photoshop

Sekiranya anda pengguna tegar Adobe photoshop, untuk permulaan sekurang-kurangnya anda cuba dapatkan pelekat shortcut nie untuk papan kekunci anda, atau beli sahaja papan kekunci yang khas untuk adobe ni. Mudah sikit kerja anda nanti.

adobe photoshop shortcut
adobe photoshop shortcut

4. Keempat – Shortcut untuk Facebook

Keyboard Shortcut untuk Facebook: Sekiranya gabungan butang Ctr tidak berfungsi atau tidak memberikan hasil, anda boleh ganti dengan Shift. Rujukan kemaskini: FB Keyboard Shortcuts

fb shortcuts
fb shortcuts

5. Kelima – Shortcut untuk Twitter

Sebenarnya Twitter sendiri ada sedia fungsi shortcut ni, anda hanya perlu klik pada simbol ‘?’ untuk memaparkannya, paparan akan keluar seperti gambar di bawah:

twitter shortcut
twitter shortcut

2. Kedua – Shortcut untuk Microsoft Word

Demikian 5 jenis keyboard shortcut dengan fungsi-fungsi gabungan yang boleh anda gunakan untuk memudahkan kerja perkomputeran anda. Semoga artikel bertajuk Kombinasi gabungan tombol butang keyboard dan fungsinya ini bermanfaat dan dapat membantu anda.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *