Setelah berakhir pendidikan di Universiti dan mendapat segulung ijazah, kita bakal melangkah ke alam pekerjaan yang sememangnya banyak berbeza dengan sewaktu kita belajar. Apa yang paling ketara ialah kita akan mendapatkan wang daripada hasil kerja yang kita lakukan. Berikut adalah saranan untuk perancangan wang sewaktu mula bekerja.
Sebelum Mula Kerja
Kita perlu ada dana untuk menyediakan diri kita untuk pekerjaan. Biasanya kita perlukan duit untuk menyewa bilik/rumah, membeli keperluan asas seperti tilam, almari dan pakaian kerja. Kalau ada lebih PTPTN atau scholarship bolehlah gunakan, kalau takde, kenelah pinjam dengan ibubapa.
Di sini penting untuk mencari rumah yang serve the purpose untuk kita tinggal, tidak terlalu selesa hingga kadar sewanya mahal atau terlalu murah sehingga rumah itu kelihatan seperti saying penagih.
Tempoh Percubaan
Sewaktu mula bekerja, kita belum lagi disahkan jawatan sebaliknya kita berada dalam tempoh percubaan ataupun probation, biasanya sekitar 3 bulan dan 6 bulan. Bergantung kepada syarat syarikat itu sendiri.
Di sini adalah penting untuk kita belajar dan ‘adapt’ dengan cepat dengan situasi kerja, kita perlu membuktikan yang kita adalah layak mendapat jawatan tetap dengan menjadi ‘punctual’, dapat berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik.
Gaji Pertama
Mendapat gaji pertama memang sesuatu yang mengujakan, penat belajar dan bekerja akhirnya terbayar. Kalau ikutkan semua orang di sekeliling kita hendak dibelanja bagi meraikan gaji pertama, walau bagaimanapun, adalah penting untuk kita belanja atau beli sesuatu untuk orang yang kita terhutang budi paling banyak iaitu bapa kita.
Selebihnya, itu kalau nak belanja juga, belanja yang biasa sahaja. Jangan habiskan gaji pertama ini, simpanan untuk masa depan bermula pada gaji pertama.
Bila dah Confirm
Masuk ke gaji bulan ke2 dan ke3, kita sudah tidak perlu lagi belanja sesiapa pada bulan ini sebaliknya kita boleh menyimpan kebanyakan wang kita selain daripada perkara asas seperti makan, sewa dan kos transportation.
Katakan setelah 3 bulan confirm, biasanya akan ada kenaikan gaji. Jadi, jumlah simpanan anda jugak boleh bertambah kerana perbelanjaan asas masih kekal.
Terus Bekerja dan dapat manfaat
Sekiranya kita terus bekerja, ada 2 perkara yang mana pekerja untuk tunggu setiap tahun, iaitu the big ‘B’ which is BONUS dan juga Kenaikan Gaji Tahunan.
Kedua-dua ini bergantung kepada syarikat yang kita bekerja, ada yang bagi bonus 6 bulan, ada yang 3 bulan, sama juga seperti kenaikan gaji, ada yang 10%, ada yang 3%. Yang pasti kesemua yang kita dapat ini boleh 100% dimasukkan dalam simpanan.
Katakan gaji RM 2,000, dapat bonus 2 bulan, jadi kesemua RM 4,000 itu boleh terus dimasukkan sebagai simpanan. Katakan kenaikan gaji tahunan adalah pada 5%, kalau gaji RM 2,000, kita dapat kenaikan RM 100, jadi simpanan kita boleh lebih RM 100 daripada sebelum ini. Selain itu manfaat perubatan jugak boleh mengurangkan kos yang perlu dibayar sekiranya kita sakit.
Opss terlupa, pastikan pada waktu ini ana telah habis membayar dengan ibu bapa anda sewaktu awal-awal kita nak bekerja.
Di atas saya banyak menekankan menyimpan duit sebanyak mungkin, selain membelanjakan gaji yang kita untuk keperluan asas sahaja. Tentu ada alasannya bukan? Ikuti apa yang dibincangkan seterusnya.
Rancang Wang Untuk Apa?
Sebenarnya saya tekankan untuk menyimpan sebanyak yang boleh adalah sebahagian dari perancangan kewangan kita untuk sesuatu yang lebih besar / lebih penting dalam hidup kita.
1. Dana Kecemasan
Manalah tahu berlaku kecemasan seperti dibuang kerja, atau kecemasan lain yang menimpa diri kita atau keluarga kita, dana inilah perlu ada untuk menghadapi semua ini.
2. Dana Untuk Membeli Kenderaan
Kenderaan yang dirujuk adalah kereta, yang mana hanya kita betul-betul perlu menggunakannya barulah kita membelinya. Untuk bayar muka sahaja sudah 10%, belum dikira perbelanjaan menanggungnya, jadi di sini kita perlukan dana untuk membeli dan seterusnya menggunakan kenderaan.
3. Dana Untuk Berkahwin
Fitrah hidup manusia berpasang – pasangan, satu masa nanti insyaAllah kita akan berkahwin, tambahan pula semasa di Universiti lagi dah bercinta, makin cepatlah kia dengan perkahwinan.
Jadi adalah penting untuk menyediakan dana yang cukup untuk sesuatu majlis perkahwinan. Saya tak pasti ketika ini, namun semasa saya berkahwin saya telah berhabis sekitar RM 18,000.
Untuk majlis kahwin saya menggalakkan penggunaan wang tunai berbanding berhutang kerana kita sendiri akan terasa duit penat lelah kita kumpul itu dibelanjakan, untuk itu kita tidak akan membelanjakan duit kita itu terhadap perkara yang dirasakan membazir.
4. Dana Untuk Membeli Hartanah Pertama
Bukan setakat berkahwin sahaja, kita perlu meyimpan wang yang kita dapat sebagai modal untuk membeli hartanah pertama, selepas berkahwin, daripada kita menyewa bertahun-tahun, adalah lebih baik kita kumpul dan untuk membeli rumah pertama dan berhenti menyewa.
Saya sendiri memiliki beberapa buah rumah sewa, memang sewa yang tenant saya bayar, bila ditolak installment loan rumah di bank yang yuran maintenance apartment, saya masih boleh mendapat lebih RM 100 bersih.
Harus diingatkan dalam situasi atas normal, manusia akan hidup sekitar 60 ke 70 tahun, memandangkan kita hidup dalam dunia yang menggunakan wang sewaktu kita mula bekerja, jadi amatlah perlu untuk membina asas yang kukuh sewaktu kita mula berkerja.
Langkah Atau Perkara Untuk Rancang Semasa Mula Bekerja
Kenderaan
Berkenaan topik kenderaan sewaktu mula bekerja, kalau tempat kerja itu boleh sampai dengan pengangkutan awam seperti LRT, kita tidak perlu membeli kereta terlebih dahulu.
Kalau anda seorang lelaki yang pandai menunggang motosikal, boleh sahaja menunggang motosikal untuk ke pejabat. Ini kerana menaiki kenderaan awam atau motosikal amat menjimatkan kos.
Kalau kita berkereta, sudah tentunya kena bayar ansuran bulanan, belum termasuk insurans dan roadtax tahunan. Bila betul betul perlu sahaja barulah beli kereta, lebih lambat adalah lebih baik.
Saya membeli kereta sewaktu hampir hendak berkahwin, ini kerana perlu untuk pasangan berkahwin memiliki sebuah kereta, memang ‘kedekut tahi hidung masin’ lah kalau dah kahwin pun naik bas lagi untuk balik kampung. Kalau belum berkahwin, rasanya saya belum lagi membeli kereta.
Di Mana Nak Menyimpan
Amanah Saham Bumiputera. Pelaburan ini tebukti sekian lama memberi pulangan yang konsisten dan kita tidak akan rugi sekiranya mengeluarkan simpanan dalam masa yang singkat.
Sebagai contoh kalau kita menyimpan utk pendahuluan membeli kereta, atau belanja untuk perkahwinan, katakan dalam jangkamasa 2 tahun sahaja kita tetap akan dapat dividen dan tak perlu risau kerugiaan dalam penyimpanan kita.
Selain itu alternative lain (yang berpotensi memberi pulangan lebih) ialah seperti labur dalam emas dan unit trust, tetapi ada strategi lain jika hendak menyimpan dalam instrument ini seperti kos pengendalian atau spread dan juga jangkamasa pelaburan.
Penting untuk tidak membazir dan beli liability
Tidak membazir di sini adalah seperti membeli sesuatu yang bukan keperluan sebagai contoh smartphone, designer clothes, perfume mahal mahupun set home theater dengan game console.
Semua ini hanya membawa kegembiraan sementara dan tidak mempunyai pulangan dari segi kewangan. Liability pulang yang dimaksudkan adalah seperti kereta yang installmentnya lebih dari separuh dari gaji anda, not to mention kereta yang mahal lagi tinggi insurans, roadtax dan kos servisnya juga.
Di penghujungnya, duit hanya habis untuk menyara sebuah kereta sahaja. Satu lagi perbelanjaan yang saya rasa tak ada guna sangat ialah membership di gym, sudahlah sign up untuk 12 bulan, awal bulan pertama sahaja rajin pergi selebihnya, tak pergi pun, sudahnya jadi liability bulanan.
Kesimpulan
Dengar macam kurang menarik, perlu berjimat dan menjaga budget dalam merancang wang semasa mula bekerja. Duit itu anda usahakan anda tentukan untuk dibelanjakan, tidaklah perlu terlalu berpekin sehingga kelihatan seperti haji bakhil dan menyusahkan orang, atau terlalu ‘reward ourself’ sehingga tak ada simpanan.
Apa yang pasti dengan gaji yang sama, ada seorang boleh miliki sebuah keluarga dengan 2 orang anak, simpanan berjumlah lebih 100k dan 4 buah rumah pada usia 30.
Dan, ada yang masih baru berkahwin, tanggung personal loan untuk kahwin, masih menyewa rumah dan ada sebuah Honda civic yang dah 5 tahun (yang dibeli baru pada usia 25) pada usia 30. Pilihan anda untuk jadi yang macam mana?
Senang kata, kitalah penentu masa depan kita, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.