Risiko Melabur Dalam Unit Trust Public Mutual Fund

Public Mutual Pernah Digantung dari Mengurus Dana KWSP

Adakah anda tahu bahawa Public Mutual pernah digantung dari mengurus Dana KWSP? Berita ini adalah benar di mana Public Mutual digantung dari mengurus Dana KWSP pada tahun 2012.

Pada masa itu, berita ini benar-benar mengejutkan saya kerana selama ini saya juga mengalihkan dana dari akaun 1 KWSP saya ke beberapa dana di dalam Public Mutual. Kalau tidak salah saya hanya Public Mutual sahaja digantung dan syarikat pengurusan dana lain tidak pula digantung.

Public Mutual Fund

Yang menjadi persoalan pada masa itu adalah kenapa? Setahu saya Public Mutual adalah agensi pengurusan Dana No. 1 di Malaysia dan bila sudah jadi No. 1, rasa semua perkara dibuat oleh mereka adalah betul. Apapun seperti yang ditulis di atas, tiada seberang alasan khusus kenapa ianya ditutup.

Cuma nak tambah, pulangan dana-dana yang dilaburkan oleh financial consultant saya tidaklah mencecah pulangan yang sangat tinggi contohnya 20% setahun. Disebabkan dana yang berbeza dan tarikh dimasukkan berbeza, maka pulangan jugak berbeza. Ada pulangan pada 15% , ada 7%, ada 1% dan ada juga yang belum cukup 1 tahun untuk kira pulangan.

Walaubagaimanapun, pengantungan ini cuma buat masa sementara dan ia telah ditarik balik oleh KWSP pada 31/10/12.

Apa Yang Menyebabkan Penggantungan Ini?

Pengantungan itu hanya untuk sementara dan hanya untuk EPF saja dan tidak melibatkan cash investmnt. Ia berlaku disebabkan ada agent Public Mutual ditangkap oleh pihak KWSP mengedarkan flyers dengan gunakan sekolah yang membandingkn pulangan antara EPF dan dana Public Mutual. Lepas siasatan dan rundingan dari pihak Public Mutual dengan pihak KWSP, akhirnya kerunsingan ini dapat diselesaikan.

Perbandingan yang dibuat oleh agent itu memperdayakan pelabur sebab dia bukan buat perbandingan sahaja tetapi consultant tersebut guna sekolah untuk edarkan flyers dia, guna logo epf, flyers tanpa identiti ejen seperti nombor ejen, contact nombor, dll. Selain dari itu, dia minta pelabur menyatakan jumlah akaun 1 KWSP dan kembalikan borang melalui sekolah yang berkenaan.

Petikan Soalan-soalan Yang Ditanya dalam Flyer

5) Sila nyatakan jumlah Akaun 1 KWSP saudara untuk tujuan penyemakan dengan KWSP bagi mendapatkan Pelaburan dan Perlindunan Takaful Percuma

6.Pegawai kami akan menghubungi anda. Dimananakan perjumpaant tersebut?
Rumah[ ] Tempat Kerja [ ]

jika tempa kerja, berikan alamat tempat kerja.

Ini merupakan gara-gara agent yang ingin cepat dapat untung dan bertindak dengan tidak etika. Kalau produk kita bagus, tak payah bandingkan dan burukkan produk pesaing kita. No. 1 tetap No 1. Apa yang perlu kita buat cuma carilah kekuatan sendiri tanpa burukkan produk pesaing. Customer memang tahu macam mana untuk bezakan.

Ada Kes Penipuan Yang Berlaku

Sebenarnya Public Mutual punya kesalahan yang berkaitan dengan EPF investment memang ada banyak seperti kes penipuan clients, submit without permission, forge signature dan macam-macam lagi kes. Selama ini EPF sudah banyak bertolak ansur, Jadi kes yang dikatakan di atas ini merupakan letupan. Walaupun syarikat unit trust boleh promote pelan pelaburan mereka dengan bebas, tetapi tidaklah baik dengan memburukkan EPF, kan?

Public Mutual adalah agensi pengurusan Dana No. 1 di Malaysia dan bila dah jadi No. 1, rasa semua perkara dibuat dengan betul. Tapi sesetengah dana memang tidak perform seperti yang dijanjikan, dan consultants pulak memberi maklumat yang telus tentang pelaburan mereka. Bila terlalu agresif nak kejar sales, kepentingan pelabur mereka menjadi kurang diambil berat.

CIMB Wealth Advisors

Ada yang cakap CIMB Wealth Advisors (CWA) lebih beretika dan profesional berurusan dengan pelabur mereka. Dana Islamic mereka bukan terbaik, tetapi mereka selalu memberi info yang berguna tentang pelaburan di CIMB Wealth Advisors. Berbanding dengan Public Mutual yang telah bertapak lama dalam industri ini, memanglah mereka boleh berkedudukan No.1.

Bagi CIMB Wealth Advisors, usianya tidak sampai separuh usia Public Mutual, tetapi ia sudah mempunyai largest Syariah Fund in Malaysia dan memenangi the best principal asset management in South East Asia.

Tetapi performance dari CIMB Wealth Advisors pun tidak sama, jika anda buat kajian boleh dapati mereka punya Islamic Fund pun 1 atau 2 yang bagus saja. Mereka mungkin bagus dari equity, tapi performance untuk keuntungan cuma biasa saja. Ini adalah sama dengan Public Mutual, tapi Public Mutual memang mempunyai return yang lebih konsisten return.

Ada kawan saya dulu jadi agent SBB Mutual. Lepas tu SBB dibeli oleh CIMB dan jadi sebahagian dari CIMB Wealth Advisors. Apa yang dia katakan adalah returnnya tidak konsistent dan kawan saya rasa malu dengan customers dia. Lepas tu dia terus letak jawatan daripada jadi agent CIMB Wealth Advisors.

Untuk banyak tahun, Public Mutual dapat bagi return kira-kira 10% – 12% per annum. Pada pendapat saya, kalau untuk conventional investment, Public Mutual agak baik.

Tetapi untuk Islamic investment yang menjaga shariah, CIMB Wealth Advisors adalah lebih baik.

Bagaimanapun, ia adalah terpulang kepada pelabur sendiri untuk buat pilihan. Bila berlabur dalam mana-mana unit trust pun, kita perlu tengok long term return dan bukan short term. Jangan cepat melatah dan kena bijak buat pilihan.

Semua pelaburan yang ada adalah baik sebenarnya, cuma kekuatan sesuatu fund itu terletak pada Fund Manager. Sejauh mana mereka cekap menguruskan pelaburan itu. Bagi kita sebagai pelabur pula, kebijakan kita terletak pada jenis fund yang kita pilih.

Ada fund yang memberi keuntungan lebih kurang 3-5% per annum, seperti money market, bond, dan lain-lain. Ada juga fund yang boleh beri keuntungan 8-12 % per annum. Yang lebih baik dan tidak mustahil ada yang boleh menjangkau 18-35% keuntungan per annum.

Jadi, tidak kira melalui mana pun kita melabur di Public Mutual atau di CIMB Wealth Advisors, apa yang penting adalah fund manager dan consultant yang kita lantik.

Kalau consultant cantik kerjanya 20% per year pun mungkin dapat capai dan mudah sebab tak semua consultant tahu “Art of Investing”, dan mungkin juga sesuatu consultant ada maklumat dalaman yang consultant lain tak tahu.

Jadi, melabur merupakan satu perkara yang serius dan bukan main-main saja. Yang penting ialah pilih sama siapa consultant anda. Terdapat juga fund yang mempunyai performance yang strong dengan return yang profitable. Dan mereka tidak fokus atas pujuk orang terus melabur. Bagi fund yang professional, mereka akan bagi nasihat mengikut status kewangan seseorang tanpa paksaan atau oversell.

Bentuk Pelaburan

Sebenarnya, dalam apa-apa bentuk pelaburan pun, ia memang bergantung pada tujuan pelaburan itu sendiri. Biasanya kita bahagikannya kepada 3 perkara pokok:

  1. Pemeliharaan modal(capital preservation)
  2. Jangkaan masa(time horizon)
  3. Jangkaan pulangan(expected return)

Dalam satu-satu masa, kita hanya boleh dapat ‘biasanya’ dua sahaja daripada 3 perkara di atas. kalau pilih no.1 dan no.2, biasanya kena bersabar dengan no.3. Begitulah sebaliknya.

Dalam kes unit trust, dalam mana-mana syarikat yang kita labur, 4 perkara di bawah boleh diguna sebagai tips:

  1. Pertengahan hingga jangka masa panjang.
  2. Pelabur tetap (sama ada secara bulanan, suku tahunan, setiap setengah tahun atau bahkan setiap tahun melalui dividen ‘belian semula’).
  3. Pemantauan (Monitoring)
  4. Tahu target anda (iaitu: berapa lama vs berapa banyak pulangan).

Perlu anda ingat bahawa untuk item no.3, pemantauan perlu 80% dilakukan oleh agen, manakala selebihnya, investor sendiri. Sebabnya ada kes di mana agen tak lagi aktif. Mungkin bertukar angin dengan cara kurang professional (senyap). Adakalanya agen tu meninggal dunia (ingat, ini adalah 10-20 years punya investment period).

Jadi, apa perlu investor buat untuk 20% yang lain tu, sila INGAT kita ada duit dalam portfolio Public Mutual, CWA, Kenanga, atau mana-mana pun. Jadi, tanya kepada agen anda sekurang-kurangnya satu kali setahun andai kata tiada sebarang update dari agen.

Boleh anda tanya soalan-soalan seperti ini:

  1. Bagaimana status keuntungan pelaburan saya?
  2. Tolong uruskan ‘Trust Nomination’ saya – sudahkah anda membuat ini?

Andainya agen tidak lagi aktif, jangan terlalu risau tentang pelaburan anda bersama syarikat unit trust tersebut. Boleh anda call mereka atau pergi ke kaunter untuk bertanykan soalan di atas. Jangan meloncat kalau anda mengalami kerugian, tapi sila hubungi mana-mana agen lain yang berpengalaman menguruskan hal seumpama ini kerana ‘recovery plan’ sentiasa ada. Apa yang perlu anda buat adalah tanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *