Gold Investment Account Dari Public Bank

Saya ada buat pelaburan dalam emas di Gold Investment Account (GIA) dari Public Bank. Jadi kali ni cuma nak cerita tentang pelaburan emas dalam bentuk buku. Bila sebut buku. Memanglah saya dapat buku seperti di bawah.

gold investment account

Terdapat dua cara yang boleh digunakan jika anda ingin nak melabur dalam emas, iaitu:

  1. Emas Fizikal
  2. Melalui Buku

So GIA yang saya buat ini adalah melalui buku. Berikut adalah informasi tentang pelaburan GIA ini:

Emas yang dibeli adalah berdasarkan harga pasaran semasa 1 gram emas yang mempunyai ketulenan emas 99.9%.  Boleh anda lihat harga emas GIA terkini dengan ikut link ini.

Gambar di bawah menunjukkan contoh harga emas.

harga emas

Syarat-syarat untuk layak diri dalam melabur ke GIA di Public Bank adalah seperti berikut:

  • Umur lebih 18 tahun baru boleh buka.
  • Kena ada akaun dalam public bank dulu, baru boleh buka GIA. Macam gambar pertama yang ditunjukkan di atas, saya kena buka 1 saving account dengan Public Bank dulu baru boleh saya buka Gold Investment Account.
  • Minimum pembelian permulaan adalah 20 gram. Katakan harga emas untuk 1 gram dijual dengan RM 150 di pasaran pada masa anda beli, jadi minimum amaun yang perlu anda beli adalah 20 gram x RM 150 = RM 3,000.
  • Pembelian seterusnya ialah minimum 5 gram.  Katakan harga emas 1 gram adalah RM 150, jadi minimum nak beli emas tambahan kenalah 5 gram x RM 150 = RM 750.
  • Dalam buku GIA akan tertera berapa gram emas yang dibeli. Macam kes saya, saya beli jumlah dengan 122 gram.
  • Minimum baki dalam akaun adalah 2 gram. Kalau nak juga 2 gram tu, kena lah anda tutup akaun investment anda.
  • Servis caj sebanyak RM 10 setahun akan dikenakan kalau emas dalam akaun anda kurang dari 10 gram.

Macam mana boleh dapat untung dengan GIA?

Rujuk kepada contoh harga emas 1 gram di atas. Ada harga jualan (RM 209) dan harga belian (RM 201). Kalau harga emas naik mungkin (peluang yang besar harga emas akan naik, sejak dulu lagi) setahun dari sekarang harga jualan RM 230 dan harga belian RM 210.

Jika anda jual emas yang anda ada pada harga RM 200, jadi untuk 1 gram anda sudah boleh dapat keuntungan sebanyak RM50 (RM 200 – RM 150) untuk 1 gram.

Boleh mengalami kerugian tak jika saya labur dalam Gold Investment Account ni?

Mula-mula invest dalam emas memang sudah rugi. Katakan pada waktu pagi tadi anda beli pada harga RM 209, petang nak jual pada harga RM 201, anda sudah rugi RM 8.

Harga emas juga sama dengan komoditi yang lain di mana harganya akan naik dan jatuh dari hari ke hari. Katakan selepas 1 tahun harga belian jadi RM 195, kebetulan anda nak pakai duit dan perlu jual emas anda. Maka anda memang akan rugi walaupun sudah pegang emas itu selama satu tahun. Anda akan mengalami kerugian RM 200 – RM 195 = RM 5.

Emas adalah seperti ASB di mana ia tidak ada compounding interest. Bagi emas,  kalau ia dalam 1 gram, akan kekal jadi 1 gram. Kalau ASB ada RM 1,000, dividen 10 percent dari RM 1,000 tu akan anda dapat RM 100. Pada tahun kedua 10% dividen akan dikira dari RM 1,100, dan bukan dari RM 1,000 lagi.

public bank gold investment account

Apa strategy yang boleh kita  ada dalam pelaburan GIA ni?

Strategy saya adalah lebih cenderung kepada diversification, ataupun memperbagaikan pelaburan, kali ni dalam emas pula.

Aku akan simpan emas ni untuk jangkamasa yang lama di mana saya akan simpan selama 3 tahun atau lebih. Memang akaun ini tidak akan terusik. Kalau terdesak memang saya akan gunakan duit dari akaun ASB.

Lepas 3 tahun, saya target kalau pengiraan keuntungan untuk pelaburan emas ini boleh dapat 10% compounding interest ke atas, saya akan jual. Kalau tak capai untung 10% compounding saya akan tunggu lagi untuk tahun ke 4, 5 dan keseterusnya.

Kenapa tak beli emas public gold berjumlah 122 gram?

Saya berpendapat Emas Public Gold adalah antara yang terbaik untuk mereka yang meniaga emas bukan labur dan duduk diam. Ini kerana spread public gold adalah tinggi berbanding spread GIA.

Spread GIA adalah sekitar 3.9% ke 4% manakala Public Gold pulak 5-6% bergantung kepada berat emas fizikal public gold itu sendiri.

Public Gold adalah Emas Fizikal, dan ia memang ada risiko misplace atau dicuri. Kalau GIA, buku orang curi pun bukan boleh berbuat apa-apa pun.

Lagi satu kelebihan tentang emas fizikal adalah bila rega jatuh atau naik, nak guna duit anda cuma perlu pergi Ar-Rahnu buat sandaran, cukup masa untuk tebus balik.

Kenapa Emas Boleh Jadi Satu Pelaburan Yang Baik?

Pelaburan dalam emas ni adalah satu jenis pelaburan selain daripada ASB, bursa saham, hartanah, dan lain-lain. Emas juga memberikan keuntungan yang boleh tahan. Kalau kita tengok graf harga emas 30 tahun lepas dengan sekarang memang sudah berbeza jauh sangat.

Kita boleh jadi jutawan kalau masa dulu kita ada labur dalam emas setiap tahun dan pegang sampai sekarang. Buat masa yang panjang , harga emas boleh naik dengan banyak juga.

Antara sebabnya emas amat bernilai. Ia digunakan untuk perhiasan dan jual beli, kemudian ia pula adalah sumber galian yang memerlukan teknologi dan penerokaan lombong baru. Jadi semuanya memerlukan pelaburan yang tinggi dan ini seterusnya menaikkan harga emas.

Lagi satu emas ni memang berlawan arus dengan pasaran saham. Bila saham naik, emas turun. Bila saham turun, emas naik pula.

Tetapi yang menyeronokkan di sini adalah emas tak seperti saham di mana kalau jatuh ia akan jatuh habis. Emas maintain kerana kebanyakan emas ini dipunyai oleh bank-bank setiap negara di dunia.

Tetapi saham dipunyai oleh individu dan ini menyebabkan ia tak stabil apabila setiap individu mula menjual saham mereka. Emas dapat kekalkan harganya sebab bank tidak akan sekali-kali menjualnya kerana mereka tahu sebenarnya emas adalah wang tulin dan bukan wang kertas seperti dollar, pound dan sebagainya.

Jadi, satu hari nanti emas akan melonjak naik kerana permintaan yang tinggi dan mungkin pada masa tu penggalian emas pun semakin terhad. Sesiapa yang memiliki emas pada waktu itu pasti merasa amat gembira dan berpuas hati hasil penuaian emasnya.

Apa Yang Sesetengah Orang Risau?

Ada orang yang takut terdapat orang yang jadi sasaran kepada perompak semasa mereka beli emas dari tempat jual emas, dan ikut mereka sampai balik ke rumah. Tapi labur dalam Gold Investment Account dari Public Bank tidak akan perlu anda takut perkara seperti ini berlaku.

Lain kerisauan bagi sesetengah orang termasuk:

  1. Emas tiada dalam milikan bank(belum order ke atau lain masalah), tapi diteruskan urusniaga dan bayar.
  2. Selepas bayar, tidak mendapat hak milik sesuka hati terhadap barangan.
  3. Emas dalam bank ada 100 kilogram. Pukul 2.30pm Abu beli 100 kilogram emas. Pukul 2.31pm, Ahmad pula nak beli 20 gram. Tapi sebab bank sebenarnya cuma ada 100 kilogram (yang sudah habis jual pukul 2.30pm tadi), transaksi Ahmad dikira tidak sah.

Emas fizikal, kita risau dicuri kena tetak parang apa bagai. Emas dalam bank, risau salah dari segi hukum ke apa bagai kan.

Kalau takut kena rompak atau dicuri berhubung emas fizikal, rasanya tak ada apa-apa. Boleh cuba fikir, orang akan makan di kedai, tapi risiko keracunan makanan ada, tapi masih mereka akan makan lagi di kedai. Orang pandu kereta atau motor ada risiko untuk kena aksident, tapi masih ramia yang pandu kereta atau motor.

Baca juga: Pelaburan emas atau silver

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *