Aku, Pejabat Tanah Dan LHDN

Hari ini hari yang paling mencabar bagi aku. Aku pergi ke pejabat tanah dengan harapan dan tanggapan yang amat mudah, iaitu nak pergi buat proses tukar nama bagi tapak rumah yang aku beli. Anda tahu lah, aku ni seorang peniaga, jadi aku amat mementingkan ketepatan masa, dengan slogan 1 Malaysia aku pun pergilah ke pejabat tanah.

Aku pergi bersama dengan Pak Saudara Aku yang menjual tanah beliau kepada aku. Setibanya aku di lokasi iaitu pejabat tanah, aku pun masuk ke bilik yang berurusan perihal tukar hak milik tanah tersebut. Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku dalam bidang hartanah ini bolehlah dikategorikan aku ni sebagai tidak tahu apa-apa tentang urusan tukar hak milik ni. Dan tentulah aku mengimpikan layanan yang mesra daripada pegawai. Bukan pegawai.. tuan? Bukan jugak.. tapi kerani jaga counter tu..

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri

Lantas aku pun berhenti seketika. Tengok-tengok kalau-kalau ada menggunakan sistem nombor. Maklumlah zaman dah canggih. Rupa-rupanya tak ada. Jadi aku yang tercegat berdiri macam tunggul tu pun tak disapa. Padahal masa tu cuma ada seorang saja. Lepas tu ada seorang perempuan masuk dengan bawa banyak fail. Aku intai rupanya geran tanah. Sebab warna geran tu biru. Jadi dia ni biasa datanglah ke pejabat tanah. Hati aku mula berbisik. “EJEN” le ni.

Layanan yang diterima oleh ejen perempuan ni agak mesra. Dengan hilai tawa dan senyuman.. wahhhhhh!!! Aku terdetik di dalam hati lagi, baiknya orang pejabat tanah ni, mesra.. bagus….

Tibalah giliran aku pulak. Itupun aku terpaksa redah saja. Maklumlah tak ada prosedur untuk bertanya ke apa. Akupun menghulurkan borang kebenaran daripada menteri besar tu untuk bertanya macam mana nak buat tukar hak milik ni “Bang!”.. dengan hormat aku menegur kerani yang besar kepala tu..

“Macam mana nak buat proses tukar nama ni ye.. saya TAK TAU LAH!” aku berkata dengan nada yang lembut. Lalu dia mengambil surat kebenaran tadi dan dibelek-beleknya.

“Cari apa?” terlintas di fikiran aku.. “Emmm mana borang lagi satu!” dia cakap dengan aku.

“Borang apa bang?” aku pulak tanya dia.

“Borang tukar namalah” dengan maklumat dari pak saudara aku. Pak saudara aku kata dah buat.. “borang tukar nama yang mana bang? Pak cik saya kata dah buat”.

Dibalasnya balik.. ” mana ada pun?” dengan kasar dia cakapnya dengan aku.

Kan ke aku dah cakap awal-awal lagi yang aku TAK TAU…. NI FIRST TIME AKU… kelam kabut aku bukak fail. Cari dalam fail tersebut, jumpa lah borang yang dibayar dengan harga RM70.00 iaitu borang meminta kebenaran menteri besar.

Aku pun dengan pantasnya menunjukan borang tersebut.. “ni ke bang?”

“Bukan.. ini bukan. ini borang dulu..”

Ye ke? aku mana tau… aku tanya pak sedara aku lagi ada ke tak de borang tu.. dia kata ada.. dulu dia dah isi.. kena RM50.00 upah isi borang kat luar banggunan.. pada tukang taip.

Borang tu dah bagi kat pegawai dulu masa minta kebenaran menteri besar. Pak saudara aku kata surat tu tak dibagi balik apabila diminta. Dia cakap pada pegawai tu, mahal pakcik isi borang tu. Tapi pegawai tu tetap tak bagi. Dia kata nanti dah dapat surat kebenaran datang jumpa dia.

Jadi.. yang aku bengang tu.. dah le nama borang tu aku tak tau.. kerani tu suruh aku masuk opis jumpa pegawai dalam bilik… dia saja nak main-mainkan aku apa. Aku nampak tak ada orang dalam bilik tu. Pegawai tu pergi minum kopi ke atau buat apa pada pukul 11 pagi ni. Macam tak adad integriti langsung..

Dah lah kerani tu cakap kasar. Takkan dia tak tau ,bilik sebelah saja boleh nampak. Kerani tu tak bagi tahu langsung pada aku apa nama borang tukar nama tu. Aku berdiri jadi macam orang BODOH dalam opis mereka. Nasib baik ada kerani yang baik hati bagi tahu aku borang tu nama dia BORANG 14A yang boleh ambil di pintu sekian-sekian.

Aku dah naik darah tadi, tapi di pejabat tanah tak boleh naik darah dan marah-marah. Bukan apa, aku dengar cerita kalau kita marah-marah nanti mereka akan buang permohonan kita ke dalam tong sampah. Habis nanti kita tanya permohonan kita hilang ghaib begitu sahaja.

Jadi aku pun bersabar dengan kerenah birokrasi ni. Maklumlah aku ni insan biasa, bukan ejen. Jadi layanan tu macam tu je lah. Tak apa lah. Aku malas nak komplen sebab apa anda pun faham lah, kalau kita komplen sama saja. Yang salah nanti pelanggan juga, yang kena pun kita juga. Bos dengan anak buah dia akan tanya-tanya kabar macam tu saja. Tak pun berlakon depan pelanggan..

BORANG 14 A

Borang 14 A Pindah milik Tanah, Bahagian Atau Pajakan. Borang ni yang jadi punca masalah aku hari ni. Aku pergi ambil borang tu dari kaunter.  Kerani di kaunter kat sini pulak awek cun. Sejuk hati aku lepas jumpanya.

Dia pun bagi aku borang dan lepas tu dia cakap isi dengan dakwat hitam basah atau taip. Itu saja yang dia cakap dengan aku. Tak apalah tu satu hal dan aku pun baca borang tu.

Mudah kalau faham tapi jadi masalah pula sebab aku tak faham. (disini masukkan nama orang yang menyempurnakan) apa ke maksud ayat ni? Jadi untuk memudahkan aku pun pergi keluar dan cari tukang taip.

Oleh kerana pak saudara aku tu dah terkena jadi aku cari yang lain. Rupa-rupanya harga untuk menaip borang 14A ni memang telah diseragamkan oleh tukang-tukang taip penghisap darah. Aku pun mengambil keputusan untuk menulis sendiri saja. Bukan aku tak reti cuma tak faham saja. Aku kembali semula ke pejabat tanah tu dan isi mana yang aku tahu. Mana yang tak tahu aku tanya pada kerani yang baik hati tadi. Alhamdullilah, dengan dia ni layanannya baik…

Permasalahan aku yang menimbulkan tanda tanya

  • Kenapa Ejen Dapat layanan yang Mesra?
  • Kenapa Pegawai dia orang keluar tak bagi tau.. ? aku andaikan begitu sebab kerani dia suruh masuk opis jumpa pegawai tersebut.
  • Kenapa tak diajar customer menulis borang 14A?
  • Kenapa Pegawai tersebut tidak memulangkan borang 14A yang telah di isi oleh pak saudara aku pada masa beliau memohon surat kebenaran menteri besar.
  • Kenapa tukang Taip di luar mengenakan harga yang tinggi untuk menaip borang 14A SEBANYAK RM50.00.? yang sepatutnya di isi sendiri oleh pelanggan ataupun dibantu kerani pejabat tanah …

Jadi untuk Borang 14A ni aku boleh katakan carta aliran untuk proses borang ni..

Carta aliran no. 1 untuk orang yang paham macamana nak isi.

  1. ambil borang di kaunter.
  2. isi
  3. submit dan buat bayaran
  4. jumpa pegawai untuk tandatangan
  5. LHDN mati stem.
  6. pulang dengan senyuman

Carta aliran no.2 untuk orang yang bebal, tak reti baca , buta huruf dan bodoh.

  1. Ambil borang di kaunter,
  2. pegi keluar jumpa tukang taip penghisap darah????!
  3. Submit dan buat bayaran..
  4. jumpa pegawai untuk tandatangan
  5. LHDN mati stem.

Pelanggan balik rumah dengan tanda tanya kenapa bayaran tukang taip sebanyak RM 50.00 sedangkan yang ditulis tak sampai 10 patah perkataan cuma perlu tulis nama sahaja. Juga ini akan menimbulkan syak wasangka dan kredibiliti di antara si tukang taip dan si pegawai di pejabat tanah.

Jadi di antara ejen, tukang taip dan pegawai tanah menimbulkan syak bagi aku. Sebabnya persepsi orang terhadap pejabat tanah ni memang-memang tak elok. Tanya pada sesiapa pun, kalau cakap kerja kat pejabat tanah.. mesti orang pergh punya..

p/s: artikel ini ditulis dengan bahasa yang agak tunggang-langgang.. harap maklum..

One Comment on “Aku, Pejabat Tanah Dan LHDN”

  1. hmmm sy pun menagalami pengalaman yg sama..konon g pejabat tanah nk mintak advise macamana nk setelkan issue kaveat sy..kaunter 1 suruh masuk bilik pegawai..tercongok jugak dpn bilik tu,tp tgk org masuk kite pun masuk la..tp pegawai yg kononnya leh bg advise tu haremmm nk tlg..dia xpaham apa sy tanya..bile sy ulang byk kali dia kata sy ulang2 benda yg sama plak..dah ko yg sengal..bila keluar dr bilik tu alhamdulillah ada sorang uncle prihatin share apa yg sy leh buat utk setelkan mslh sy tu….
    tu baru kisah pegawai dlm bilik…lum lg berdepan ngan org2 kt kaunter..semua kerek2 muka ketat..main hp slumber je..duduk kaunter kot..xde etika ke dorang ni..
    ish mmg sakit hati la berurusan ngan pjbt tanah ni…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *