Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Adakah anda mengalami masalah kewangan dan anda perlukan wang dengan cepat? Tetapi anda rasa malu untuk pinjam dari saudara mara dan kawan atau walaupun anda minta tolong daripada mereka tetapi mereka juga tolak permintaan anda.

Jika anda dalam keadaan seperti ini, anda bolehlah pertimbangkan untuk mendapat pertolongan dari Bank Muamalat.

Dapatkan Pinjaman dari Bank Muamalat

Bank Muamalat adalah sebuah bank Islam di Malaysia. Di antara semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, produk pembiayaan peribadi merupakan servis yang paling popular di Malaysia. Setiap pembiayaan peribadi memenuhi keperluan pengguna tertentu dari penjawat awam ke pesara tentera dan kakitangan untuk syarikat swasta.

Bank Muamalat Malaysia Bhd telah menyertai The Global Alliance for Banking on Values (GABV), sebuah rangkaian bank berasaskan nilai-nilai yang terkemuka di dunia.

Pembiayaan peribadi yang mematuhi Syariah yang ditawarkan oleh Bank Muamalat adalah ditawarkan untuk menampung keperluan pelanggan perbankan Islam. Pembiayaan dari Bank Muamalat mempunyai kadar yang rendah dan kadar maksimum tambahan yang melindungi anda daripada pembayaran kadar faedah yang berlebihan.

Bank ini juga boleh membiayai semua kos urusan, di mana ia menjadi satu tawaran yang sangat menarik jika anda ingin mengurangkan kos pinjaman anda.

Bank Muamalat

Produk Yang Ditawarkan

  • Pinjaman Peribadi
  • Pinjaman Kereta
  • Pinjaman Rumah
  • Kadar Deposit Tetap

Biar saya jelaskan tentang produk popular dari bank itu yang dikenali sebagai pinjaman peribadi terlebih dahulu. Anda boleh mengetahui tentang kadar faedah pembiayaan, kelayakan untuk memohon dan butir-butiran lain di bawah ini.

Pembiayaan peribadi Cash-i Muamalat Prestige

Pembiayaan peribadi Cash-i Muamalat Prestige adalah produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ia merupakan pembiayaan peribadi yang berdasarkan prinsip-prinsip Syariah dan menawarkan kadar faedah yang tetap serta pembayaran balik yang fleksibel.

Pelanggan yang memohon pembiayaan peribadi Cash-i Muamalat Prestige akan diberikan jumlah pembiayaan yang ditentukan dengan kadar faedah yang telah ditetapkan pada permulaan pembiayaan. Pelanggan juga boleh memilih tempoh pembayaran balik yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka, bermula dari 12 bulan hingga 10 tahun.

Pembiayaan peribadi Cash-i Muamalat Prestige adalah sesuai untuk pelanggan yang memerlukan pembiayaan tambahan untuk memenuhi keperluan kewangan mereka, seperti pembelian harta benda atau pengurusan hutang. Ia juga membolehkan pelanggan untuk menguruskan kewangan mereka secara lebih bijak dengan cara mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar berbanding dengan produk pembiayaan peribadi konvensional.

Kadar Keuntungan

Bank Muamalat menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar keuntungan yang kompetitif.

  • Kadar faedah(interest rate)  tahunan: 2.69% p.a hingga 7.52% p.a

Faedah:

  • Tersedia untuk semua kakitangan swasta, kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, dan mereka yang bekerja sendiri.
  • Pinjaman ini boleh digunakan untuk sebarang sebab.
  • Tempoh bayaran adalah di antara 2 tahun hingga 10 tahun.
  • Amaun yang boleh dipinjam adalah di antara RM10,000 hingga RM250,000.

Syarat dan Kelayakan:

  • Umur: Pemohon mesti berumur dari 18 hingga 70 tahun.
  • Tempoh pekerjaan: Minimum 3 tahun bekerja dalam syarikat bukan dari kerajaan.

Dokumen yang diperlukan:

Cara untuk mendapatkan pinjaman ini

    1. Anda boleh memohon secara online dengan melawat ke laman web Bank Muamalat. Lepas berada di laman web bank itu, mengisi borang dengan butiran anda. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul sebelum tekan butang submit supaya wakil bank boleh menghubungi anda dalam masa yang singkat.
    2. Pergi sendiri ke cawangan Bank Muamalat yang terdekat dengan tempat tinggal anda.

Pembiayaan Peribadi Pesara

Bank Muamalat juga menawarkan pinjaman peribadi kepada para pesara termasuk tentera dan kakitangan kerajaan yang sudah pencen. Mereka boleh buat pinjaman tersebut untuk kegunaan sendiri. Pinjaman ini tidak terbuka kepada pekerja swasta.

Tempoh bayar bayar balik adalah dalam lingkungan 3 tahun sampai ke 10 tahun.  Jumlah pinjaman yang boleh didapati adalah dari RM 5,000 sampai ke RM 150,000.

Pembayaran balik adalah melalui skim pencen dengan BMMB.

Insurans takaful adalah wajib untuk memebuat pinjaman ini sebab ini dapat melindungi peminjam dari jumlah penyelesaian tertunggak dalam kes insiden yang tidak dapat dijangkai. Duti setem 0.55% dikenakan dari jumlah amaun yang dipinjam. Penalti 1% akan dikenakan berdasarkan amaun tertunggak untuk apa-apa pembayaran balik lewat.

Bank Muamalat Personal Financing-i untuk Angkatan Tentera

Bank Muamalat juga ada menawarkan pinjaman peribadi terutama untuk angkatan tentera di Malaysia. Butir-butir untuk membuat pinjaman tersebut adalah seperti berikut:

  • Tujuan: Selesai hutang dan pelaburan bagi tentera
  • Siapa boleh pinjam: Tentera sahaja
  • Tempoh: 3 – 10 tahun
  • Amaun pinjaman: RM 5,000 – RM 100,000
  • Kadar Keuntungan: Tetap 5.5% p.a., Terapung: BFR + 1.8%
  • Cara bayar balik: potongan gaji secara automatik melalui BMMB
  • Takaful: Wajib
  • Penjamin: Tidak perlu
  • Documen yang diperlukan:
    • Salinan BATC10/MyTentera (depan dan belakang)
    • Slip gaji 1 bulan yang terbaru(untuk kadar tetap)
    • Slip gaji 2 bulan yang terbaru(untuk kadar terapung)
    • passbook untuk akaun simpanan di BMMB
    • penyataan penyelesaian terkini
    • penyata pelaburan(jika ada)
  • Umur kelayakan: maksimum 52(Lain-lain Pangkat), maksimum 65 (Pegawai)

Jadual Pembayar Balik

jadual bayar balik muamalat

Boleh anda dapatkan quote daripada Bank Muamalat jika minat untuk membuat pinjaman peribadi ini.

Pakai Kalkutor Bank Muamalat Untuk Buat Kiraan

Jika anda berminat untuk dapatkan pinjaman peribadi dari Bank Muamalat itu, boleh anda pakai kalkulator pinjaman Muamalat untuk kira ansuran pinjaman bulanan anda. Kalkulator tersebut boleh didapati dengan klik dalam link ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman, dan kalkulator dari Bank Muamalat itu akan membuat kiraan dan menunjukkan kepada anda kadar faedah untuk pinjaman anda. Kalkulator itu juga akan kira dan tunjuk bersama dengan ansuran bulanan gadai janji anda yang perlu anda bayar balik setiap bulan.

Alamat

Bank Muamalat Malaysia Berhad 
Ibu Pejabat, Menara Bumiputra,
21 Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur
Tel: +603 2050 8600

Hubung dalam negeri: 1300-88-8787 
Hubung dari luar negeri: +603-2600 5500

Artikel berkaitan:
9 Bank Malaysia Dengan Kadar Faedah Baru

28 Comments on “Pinjaman Peribadi Bank Muamalat”

  1. Saya pesara tentera, 2hb 3 2020. kelulusan dr bank muamalat telah diperolehi. bila amaun akan dikreditkan ke akaun bank saya?

  2. Betul ke anggota tentera yang brsara awal ada pinjaman peribadi muamalat ke bayar habis baki hutg…dalam agremnt pinjaman tidak dinyatakan mcm tu pon

  3. Hi Karim,

    Just send something thru Contact Us (Hubungi Kami) page about Bank Muamalat Malaysia Berhad contact number. The contact number has been change to new number.

    Regards

      1. Hi Karim,

        Thank you for helping, can you remove number 1300-88-8787 because “Hubungi dalam dan dari luar negeri will be the same number : +603-2600 5500”.

        Thanks,

  4. Boleh ke saya nak buat personal loan dgn bank muamalat untuk bayar full gadaian emas saya di bank muamalat jgk?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *