Ramai orang yang tidak tahu uruskan wang peribadi mereka dengan baik. Maka, di sini aku ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara untuk buat budget yang bijak untuk perbelanjaan.
Contoh yang diberikan di bawah yang aku buat untuk seorang kawan aku, Encik A yang bahagi beban kewangannya dengan isterinya.
Table of Contents
Langkah Pertama: Senaraikan jangkaan Income bulanan
Setiap bulan pendapatan anda mungkin ada beza. Contoh bagi yang makan gaji, mungkin pada bulan 12 anda ada dapat bonus dan pendapatan anda akan jadi lebih banyak.
Contoh
- Jan – Gaji RM2,400, Sewa RM550
- Feb – Gaji RM2,400, Sewa RM550
- Mar – Gaji RM2,400, Sewa RM550
- Apr – Gaji RM2,500, Tunggakan gaji RM300, Sewa RM550 (gaji naik RM100, ada tunggakan dari bulan Jan -Mar)
- May – Gaji RM2,500, Sewa RM550
- Jun – Gaji RM2,500, Sewa RM550
- July – Gaji RM2,500, Sewa RM550
- Aug – Gaji RM2,500, Sewa RM550
- Sep – Gaji RM2,500, Sewa RM600 (kontrak sewa baru, harga naik lagi RM50)
- Oct – Gaji RM2,500, Sewa RM600
- Nov – Gaji RM2,500, Sewa RM600
Dec – Gaji RM2,500, Sewa RM600, bonus 2 bulan RM5,000
Pendapatan seperti dividen yang diterima dari ASB pun boleh juga dimasukkan ke dalam ini tetapi apa yang aku mengesyorkan untuk anda buat adalah biarkannya terus tinggal di tempatnya.
Biar dividen dari ASB, Gold, Unit Trust, Tabung Haji terus berkembang biak. Ini merupakan pelaburan untuk masa panjang yang boleh menjanakan dana yang banyak.
Langkah Kedua: Senaraikan keperluan perbelanjaan
Setiap bulan perbelanjaan anda memang berbeza. Senaraikan dengan awal-awal lagi akan membolehkan anda urus dengan senang. Selepas anda dapat gaji pada hujung bulan, anda kena mula membuat jangkaan perbelanjaan pada bulan baru.
Jangka Perbelanjaan Untuk Keperluan Biasa:
- Makan: RM500
- Pampers & Susu: RM200
- Installment Kereta: RM600
- Bayar rumah: RM400 (combine loan dengan isteri)
- Installment rumah sewa + maintenance: RM380
- Wang Bagi ibubapa: RM250
Maka jumlah perbelanjaan bulanan adalah RM2,330
Perbelanjaan bulanan ini kena tambah dengan perbelanjaan extra.
- Feb – RM2,330 + RM100 extra balik kampung raya cina
- Mar – RM2,330 + RM100 extra, balik kampung cuti skolah
- April – RM2,330 + RM300 bayar LHDN
- May – RM2,330
- June – RM2,330 + RM100 extra, balik kampung cuti skolah + RM450 (duit insuran & roadtax kereta yang dikongsi dengan isteri)
- July – RM2,330
- August – RM2,330 + RM100 extra, balik kampung cuti skolah
- Sep – RM2,330 + RM600 untuk hari raya (budget RM1,200, lagi RM600 isteri yang tanggung)
- Oct – RM2,330
- Nov – RM2,330
- Dec – RM2,330 + RM200 cuti sekolah dan jalan-jalan lama sikit
- Jan – RM2,330
p/s: selain daripada bayaran untuk pinjaman rumah dan insurans, isteri Encik A ada bantu untuk bayar servis kereta, minyak kereta, pakaian anak dan duit nursery. Pandai-pandailah kawan aku ni bincang dengan isterinya untuk minta dia bantu kewangan keluarga bersama.
Kalau seseorang mempunyai isteri yang merupakan suri rumah tanpa bekerja, maka dia tidak mempunyai income dan dia tidak akan dapat bantu untuk kewangan keluarga anda.
Langkah Ketiga: Buat jangkaan berapa duit boleh simpan
Tolaklah gaji bulan ni dengan jangkaan perbelajaan bulan depan.
- Income Jan – Belanja Feb = RM2,950 – (RM2,330 + RM100) = RM520
Income Feb – Belanja Mar = RM2,950 – (RM2,330 + RM100) =RM520
Income Mar – Belanja Apr = RM2,950 – (RM2,330 + RM300) =RM320
Income Apr – Belanja May = RM3,350 -RM2,330 =RM1020
Income May – Belanja Jun = RM3,050 – (RM2,330 + RM100 + RM450) = RM170
Income Jun – Belanja Jul = RM3,050 – RM2,330 = RM720
Income July – Belanja Aug = RM3,050 -(RM2,330 + RM100) = RM620
Income Aug – Belanja Sep = RM3,050 – (RM2,330 + RM600) = RM120
Income Sep – Belanja Oct = RM3,100 – RM2,330 = RM770
Income Oct – Belanja Nov = RM3,100 – RM2,330 = RM770
Income Nov – Belanja Dec = RM3,100 – (RM2,330 + RM200) = RM570
Income Dec – Belanja Jan = RM8,100 – RM2,330 = RM5,770
Langkah Keempat – Simpan jumlah yang boleh simpan setelah dapat pendapatan
Tinggalkan dalam bank
- Semua perbelanjaan keperluan untuk bulan yang datang. Dengan pakai cara ni anda cuma berbelanja atas apa yang perlu.
- RM500, ini adalah duit untuk sesak nak pakai, dan juga sebagai duit buffer kalau anda perlu belanja lebih sikit wang.
Aku menggalakkan anda melabur dalam ASB sebab ia mempunyai pulangan yang konsisten. Di samping itu, ia tiada caj pengendali kewangan dan tidak akan rugikan wang anda.
Kalau anda ingin nak pelbagaikan tempat simpanan pun boleh juga. Tapi sebelum anda melabur, adalah penting untuk pastikan anda faham tentang macam mana pelaburan itu supaya anda tidak rasa risau lepas melabur.
Langkah Kelima: Simpan seberapa banyak yang anda boleh
Selepas langkah keempat dah selesai, langkah kelima cuma aku nak kongsikan strategi yang aku pakai tu, iaitu SIMPAN PALING MAKSIMUM.
Dengan strategi ini, duit tentu ada bila kena pakai untuk kecemasan. Kalau duit bukan cemas sangat nak pakai, teruskan simpannya. Lagi banyak ada, lagi banyak boleh dibelanjakan. Tidak kiralah nak beli aset lagi macam rumah atau pun nak merasa liability pakai real superbike.
Ni sekadar contoh
Sesuaikan dengan income anda dan tanggungan anda, kalau ada personal loan, interest bulanan Overdraft, kenalah anda buat tolakan lagi. Kalau langkah kedua lebih dari langkah pertama, memang anda akan mengalami masalah dengan cashflow anda. Jadi kenalah cantas apa yang patut.
Dengan kaedah yang dikongsikan di atas untuk membuat budget tu, harap anda boleh bermanfaat daripadanya dan dapat jadi kaya raya lebih beberapa tahun.
Bagaimana Budget Kewangan Anda Boleh Lari?
Aku perasan ada 3 sebab yang boleh menyebabkan budget lari.
1. Budget Tak Betul
Biasanya kita buat budget bulanan, tapi kita tak masukkan budget untuk perkara yang bukan bulanan. Contohnya servis kereta 3 bulan sekali, ataupun balik pada musim perayaan.
Perkara bukan bulanan tapi bila jatuh pada bulan itu ia termasuk dalam perbelanjaan bulanan, ini adalah budget yang tidak betul. Budget yang betul akan ambil kira juga perkara yg bukan bulanan, walaupun perbelanjaan untuk beli hadiah birthday anak juga perlu diambil kira dalam perbelanjaan bulanan.
Lagi satu contoh budget tak betul ialah membuat anggaran perbelanjaan yang tidak praktikal. Contohnya duit makan untuk satu keluarga RM20 sehari, padahal secara hakikatnya RM20 untuk makan sekeluarga memang tidak munasabah.
Perkara yang tak begitu besar nilainya yang kita tak masuk dalam budget macam duit kelab, beli beras, gas masak habis, ubat gigi, tisu tandas, softener, sabun basuh kalau semua ditambah sekaligus pun boleh jadi banyak jug.k
2. Tiada Disiplin Dengan Budget
Walaupun ada membuat budget dengan cara yang betul, tetapi tiada disiplin dengan budget pun tak ada makna juga. Kesudahannya lari budget juga.
Contoh paling senang adalah budget untuk diri sendiri. Jika buat budget untuk makan RM15 sehari tetapi bila kawan-kawan ajak keluar makan, kita ikut saja dan belanja RM35 untuk makan tengah hari itu, maka budget sudah lari.
Another point to add is the word “SALE” itself, memang bikin budget lagi, bila masuk kedai yang sedang buat sale, mulalah terasa murah, dan bila rasa murah mulalah terasa nak beli, dan bila dah beli tapi tak ada dalam budget, maka di situlah yang kita alami ‘lari budget’.
3. Suratan Takdir
Ini sesuatu yang tidak dapat dikawal. Contohnya hilang dompet, hilang handphone, kereta rosak, jatuh sakit dan pergi jumpa doktor, dan sebagainya. Memang benda-benda ni perlukan duit. Dan jika anda tidak simpan wang kecemasan untuk perkara seperti ini, maka budget anda akan lari dari sini.